it's Friday, Friday~...

as salam.

setelah beberapa hari bersengkang mata tak cukup tidur, ditambah dengan test-test, assignment, kini tibalah hari yang ditunggu-tunggu. it's Friday babe! hehe~... hari yang penuh barakah. tapi saya terpaksa mulakan hari ini dengan perasaan marah sebab........ ade orang ganggu waktu tidur kite! >.<

tau tak perasaan ni, bila mana bangla ops! pekerja KAYM ni janji nak datang betulkan simen dalam bilik saya yang dah ranap *not my fault okeeeh?!* pukul 10, but instead dia datang pukul 7 lebey! dan tuan punya bilik baru je nak tidur lepas Subuh dan berharap dapat tidur lama sebab lepas tu ade kelas memanjang but then kena kejut sebab bangla pekerja tu tiba-tiba cakap nak buat awal. dan ketika tu kita dalam mamai dan berpakaian tak sopan *baru bangun dari tidur* dan ade pulak housemate dah tolong bukak kan pintu untuk bagi bangla pekerja tu masuk. tau tak perasaan tu?


eh, bukan mangsa kemarahan. tapi perasaan nak marah+nak nanges+ sakit kepala mamai + keliru + malu semua bergabung menjadi satu. sort of muka macam dekat atas la. tapi cuba tambah sikit minyak-minyak masak *sebab baru bangun* kat muka tu. haaaa... jadilah koko crunch! =_='

grrrr.... memang lah seronok kan tidur berapa jam je lepas tu kelas sampai ke petang. tadi sebelum nak presentation pun dah menguap besar, ditambah dengan mata yang semakin mengecil. dan sekarang tak sabar nak tunggu Maghrib kepas tu terus nak tidur!


keadaan lantai bilik lepas disimen. pedulikan makhluk berbulu yang diberi nama B0o-B0o tu. dia memang suke mencapap. hehehehe...


dan pernah tak anda lalui keadaan dimana lepas siap-siap semua, dah prepare nak pegi kelas, tiba-tiba terasa nak jenguk muka sendiri dekat cermin. al maklumlah, dalam minggu ni dah berapa lama tak picit-picit jerawat kat muka, berapa lama tak belek-belek lemak kat pipi yang makin bertambah. =_= dan tiba-tiba anda terkejut!

"eh, sejak bila muka aku ade jerawat warna hitam?"

dan penat la anda tekan-tekan picit-picit gonyoh-gonyoh tanpa sedar yang itu sebenarnya tahi lalat dan sejak kecil lagi dia memang dah  menetap kat muka anda. daebak! (dah bertahun sangat ke aku tak tengok muka sendiri kat cermin?) dan kemudian siap cari balik gambar-gambr lama, nak kompemkan sama ada tahi lalat tu betul-betul ade ke tak. pathetic!

bila saya cerita dekat roomate saya dia cuma cakap ni je;

Ferra gile. dah lama kot tahi lalat tu ade kat situ. *dengan muka unbelievable dia*

ha. ha. ha. sangat memalukan. oh oh, dah maghrib! yeay!! nak solat so that lepas tu boleh tiduuuuuuuuuuuur! bai-bai!

You Might Also Like

0 cot-cet cot-cet mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...