mari menyayangi makhluk berbulu. =_='

as salam.

hari ni hari malas sedunia kot. saya lansung tak rajin nak buka buku arini. aish.. bagus sangat. =___=. mentang-mentang next exam lagi 5 hari. mulalah bermalas-malasan. memnag nak kena cubit ni! *cubit diri sendiri. ouch! tak sakiiiit~.. haha..*

esok kompem, saya balik. yeay! hehehe... pegi jugak la kenduri Mia.sebab nak jumpa dia lepas kawen macam segan giler kot. orang dah de tanggungjawab laen, takkan nak kacau pulak kot.. entah-entah dia tengah honeymoon kat rumah ke time tu, pastu nak jumpa pulak. mesti hubby dia marah. tengok, betapa memahaminya saya. hehe..

tau tak perasaan ni, bila mana kita tak sabar nak pegi majlis kawen kawan kite dan pada masa yang sama berdebar sebab akan jumpa ramai kawan sekolah yang lain? dan hadirnya perasaan excited sebab mungkin si biskot akan datang tapi kalau la..kalau la dia datang kan? hoho..ok, itu satu gurauan. TAPI yang yang perlu gembira, sebab kompem nappeum namja tak pegi. hooyeah! so takde la nak risau pape lagi. kang kalau terjumpa dia bawak adek kesayangan dia pegi lagi sakit hati.

serius tak sabar. rindu nak jumpa Dahlia Basri yang dah semakin matang dan kini bekerjaya, Eliza yang giler-giler, dan of course, Mia yang dah berkahwin. =') masing-masing dah besar. bape lama dah tak jumpa dorang ni. sob sob. budak Geng Kuning ramai tak datang. lama tak jumpa dorang. Soleiha Roffie pun dah berpunya. dia yang gangsta tu pun dah jadi wanita. Syaz sekarang dah ada kat Malaysia. tu pun tak jumpa-jumpa lagi. Nana pulak takde kat Malaysia sekarang. Mun Yee, Chiam, Farid, Shahir, semua pun tak pegi. takpe la korang. next time la kita reunion. =')

geng kuning without Mia and Chiam. adeeh.. time ni saya dah start mok-mok. maluuu! >.<



Mia dan Nana. Mia, si baju pink. *cubit diri sendiri*. still tak percaya dia dah nak kawen.. sob sob..

ok, stop dulu cerita reunion. nanti saya yang teruja lebih. hihihi.. next, cerita pasal makhluk berbulu. ye, saya tak suka makhluk berbulu. sebabnya mereka ada aura "aku nak gigit kau! gegegegeeeeet! hoho.." walaupun mereka chomel dan manja dan gedik. dan penggoda.  tak caya? tengok ni!


tengok! tengok tu! pandai betul goda orang suruh sayang kat dia. mengade! dan saya tak tau kenapa, makhluk berbulu ni suka datang kat saya. itu sangat pelik. al-kisahnya.. tengah hari tadi saya pergi blok sebelah nak isi air dan bekalan masa depan. dengan berpakaian serba hitam dah selekeh, saya melangkah dengan sepenuh kelajuan memandangkan masa itu emas. hoho..

tapi ade pulak pak cik berbaju biru pakai minyak wangi sedap tu jalan mengalahkan pompuan, dan menghalang saya untuk teruskan kelajuan. lantas saya memotong dia dengan cepat tanpa memandang ke belakang. eh, ni bukan cerita pasal pak cik tu! ok2. dan sampailah di tempat yang dituju. 

sambil-sambil tunggu Syiqa, saya pun pegi la isi bekalan masa depan. dan ketika itulah dia datang. makhluk berbulu! dengan muka comel dia datang kearah saya...dan stop betul-betul dibawah plastik nasi ayam saya! aipp! dengan penuh sayu, lepas pandang kiri kanan dan pasti takde orang, saya cakap camni;

"chen, aku tau kau lapar. tapi aku laaaaaaagi lapar! huhuhu.. kau buat la muka comel kat orang laen. aku tak mampu nak bagi ayam ni kat kau. maaf ea?"

dan si kuchen tu pegi pusing-pusing mengelilingi saya, dan tiba-tiba dia stop! dan landing depan saya. tiba-tiba, pakcik berbaju biru tadi datang kat situ dengan kawan-kawan perempuan dia yang sangat ramai. dan borak ape ntah,. like i care?

dan tak lama kemudian kuchen tu pegi. pheeew~.. lega. rupanya dia pegi ke arah pakcik tu, dan landing kat pakcik tu pulak! ok, sekarang saya dah nampak muka pak cik tu. no wonder la dikelilingi wanita. ade rupa. kuchen ni gatai jugak ek..? =_=' 

dalam hati saya dah mula membebel. mana Syiqa ni? dah la sorang-sorang kat sini. segan.. dan ketika itulah saya nampak, pakcik tu dok usap-usap kuchen tu. dan kuchen tu muka dia sangaaaat bahagia. eh kuchen? gatainye kau. =__=' tak lama kemudian, pak cik tu blah. da kuchen tu datang balik bawah kaki saya, landing kat situ. eh-eh? mentang-mentang la aku forever alone, kau nak temankan aku la ni? hehehe.. tengok! macam mana kita tak mudah tergoda dengan makhluk berbulu ni. 

eh? apa point yang saya cuba nak sampaikan ni? ermm...jap. meh kite pikir same-same.

1. orang takde keje dan kuat membebel memang macam ni. semua nak jadikan cerita. hoho..

2. kuchen tu gatai. tapi dia sangat memahami kehendak hati saya time tu yang memerlukan teman. hehehe..


ok. dah stop bebel. lagu IU-I hate her masih berlagu di telinga. nampaknya, ni minggu IU kot. hoho.. eh, just now kat fb ade member saya yang ade sugar glider. tak tau lak binatang berbulu lagi sekor ni pun comel jugak. oh tidak! serangan makhluk berbulu! mereka mula menari-nari dengan comel di depan mata saya!


seee? comel khaaaaaan? oh, pedulikan muka lelaki di belakang tu. Ahmad Afiq, aku curik gambar kau satu. sorry tak gitau kau. huhuhu.. niat aku nak tunjuk kyo, kau punye sugar glider tu je. no other intention.

mungkin lepas ni boleh kot promote kat Aten or Alia (adek) untuk pujuk ibu ayah beli mende alah ni satu. hohoho...


p/s:  quote kat atas ni untuk pujuk diri sendiri. takde kena mengena dengan entry diatas. dan yang ni untuk nappeum namja dan adek perempuan kesayangannya.


i wish you happily ever after...hohoho..

You Might Also Like

0 cot-cet cot-cet mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...