not in the mood.

as salam.

disaat saya dilanda sakit hati sebab tak dapat jawab test dengan baik tadi, datang lagi satu benda buat saya sakit hati. makanya, bertambah tambah tambah la sakit hati saya. ho ho ho. >_<

sepanjang hari saya berfikir. dan kini saya kena pasti dengan jawapan saya. dan jawapan dia. kalau itu yang dia mahukan, itu juga yang saya akan buat. eh, ni bukan sesi balas dendam tau. tapi saya memang tak suka main badminton sorang-sorang. and it takes two to tango right? kalau sebelah sana cakap nak macam ni, makanya.... ok. saya pun akan buat macam tu. rasa macam bodoh je main badminton sorang-sorang selama ni. grrrr... padan la orang kata saya bodoh dan lembab sebab percaya dengan apa yang hati sengal ni cakap.

okey. kita tutup buku sakit hati. dan masuk chapter baru.




tau tak perasaan ni;


serba tak kena. serba berdosa. serba salah. serba serbi ada. puncanya? entah. saya rasa lost la. rasa macam nak ibu ayah adik adik ada kat sini bawak kita lari jauh-jauh. nak balik rumah sekarang jugak. adakah ini namanya homesick? oh tidak!

orang cakap, sejak dua menjak ni saya asyik stress je. mungkin juga. walaupun saya rasa saya takde la stress mana. kot. mungkin ini balasan sebab bila susah carik Allah, bila dah senang sikit terus tinggal solat sunat. sebab tu asyik nak marah-marah. syaitan dan conquer diri sendiri. adoooi.. serius rasa nak marah sangat ni. takpe lah. out dulu. kang entah apa saya dok bebel lagi. =_='

You Might Also Like

0 cot-cet cot-cet mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...