Pilihan kamu.

as salam.

alhamdulillah.. esok merupakan hari terakhir sebelum study week. esok ada test yang terakhir dan quiz yang terakhir sebelum final exam. petang ni ada kelas yang terakhir, dan perlu hantar assignment yag terakhir. moga dipermudahkan, amin. =)

tadi, buka facebook kejap. dan macam biasa lah, mesti jumpa benda best kat facebook ni. hehehe.. rasanya, semua sedia maklum kot.. kalau untuk lelaki, dalam memilih mereka ada 4 option kan? iaitu;

--->BERHARTA
--->RUPA PARAS
--->KETURUNAN
---> AGAMA

ni berdasarkan hadis,  iaitu;

Rasulullah s.a.w  bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” [1] *Hadith ini telah direkodkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka serta imam hadith yang lain.*

every choices that you make, will bring a different consequences. tak percaya? jom buat eksperimen. ;)

kita mulakan dengan memilih wanita yang punya rupa paras yang menawan/comel/cantik/hot. boleh jadi, maybe, mungkin, situasi begini yang terjadi. wallahua'lam.

MULA-MULA...

-bestnya! dapat Isteri cantik/comel/menawan/hot! semua member-menber aku jeles! kalau dah aku hensem (perasan), mesti la kena dapat gugurl yang macam ni. 
- tapi.... geram aku bila mata-mata lelaki kat luar ni asyik pandang isteri aku je. weh, korang tak nampak ke suami dia ade kat sebelah ni?! grrr... elok-elok la sikit!


BEBERAPA TAHUN KEMUDIAN....

- ish dia ni (isteri), sedar tak kat muka dia dah ade kedutan? pandai-pandai la pegi cari produk nak kembalikan seri muka tu. setiausaha/rakan sekerja aku lagi comel/cantik/hot dari wife aku. hurm.. tergugat pulak iman macam ni.

atau;

si isteri mungkin dipikat oleh orang lain. 

p/s: ni kebanyakan yang terjadi je. bukan 100% betul tau. kang tak pasal-pasal saya yang kena hentam pulak karang. =____=

dan kalau anda pilih yang beragama pula...

kenapa pilih orang yg beragama hidup bahgia?kerana orang yang beragama dia memilih Islam sebagi cara hidupnya..Islamkan agama yang mengajar penganutnya berakhlak mulia,berkasih sayang, bertolak ansur antara satu sama lain..Islam juga agama yang penuh dengan keindahan,kebahagian dan nilai-nilai murni yang mulia..ini kerana ISLAM datang daripda ALLAH S.W.T yang Maha Indah,Maha Pemberi Kebahagiaan, Maha Mulia dan Maha segala2nya melalui RasulNya..sebab itu pilih orang yang beragama akan bahagia..kerana dia akan berusaha sedaya upaya mengikut ajaran Allah dan Rasulnya serta mengamalkan dalam kehidupan sehariannya...^_^

ni bukan kata saya. ni kata seorang rakan facebook. dan he's a guy, bukan kata-kata seorang wanita. sumber: facebook

mungkin ada orang akan fikir, 

Si Ferra ni jeles la tu. muka tak santek/cun/hot, pastu nak kondem kami yang santek/cun/comel/hot.

ish3... jauh panggang dari bara. jauh ayam dari kfc. hohoho... sorry ea? ni bukan entry jeles ke hape. memang tak la. saya bersyukur sangat dilahirkan dengan muka sebegini, perangai sebegini, dan cara begini. semua yang Allah beri, saya redha. =) 

last but not least, saya nak kongsi kata-kata seorang rakan facebook. tapi yang ni perempuan pulak. =) bai bai!

Dia comel, dia cantik. Allah beri dia kelebihan itu. tapi.....Apalah gunanya cantik tetapi hati tidak tenteram. Cantik tetapi dilaknat oleh Allah dan rasulNya. Kecantikan fizikal tidak akan bertahan lama, ia hanya palsu sahaja..

You Might Also Like

0 cot-cet cot-cet mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...