Quality times with them!

as salam.

hey, it's monday again! alhamdulillah... sehingga ke saat ini, saya masih diberikan peluang untuk menikmati keindahan hiduo di dunia. masih deberikan nikmat hidup, nikmat iman, nikmat Islam. alhamdulillah..

semalam, hari yang sangat menyeronokkan. sangat memenatkan. sangat menyedihkan. 3 benda berlaku dalam satu hari. amacam? cool tak? hehehe...

as i told you before, my parent datang melawat. again. hee~.. *orang cakap saya budak manja, saya cakap parent saya yang sayang saya. ;)* pagi yang indah dimulakan dengan cerita seorang ayah mengejutkan anak-anaknya bangun dari tidur;

(seperti yang diceritakan oleh ibu dan Aten)

"Aten, Alia, Akim! bangun cepat. nak ikot pegi Melaka tak? Nanti lama-lama cair kek dekat Melaka tu"


*uhuk!*


"siapa buat/beli kek ayah?"


"kakak la! siapa lagi."


*uhuk! uhuk!* (saya tengok purse, duit dalam tu ade rm5 je. o...key. =_='. dan bila pulak saya cakap saya nak beli kek?)


"yeay!"

dan askar-askar ayah mula berlari, berebutkan bilik air, kunun-kunun tak sabar nak jumpa kakak dorang padahal nak pegi jalan-jalan makan-makan je.

ayah yang bersemangat. yelah, semalam hari bapa, so konon-konon berharap anak dia nak sambut la. tapi sorry la ayah, akak tak pernah rasa nak sambut hari ibu or hari bapa.  sebab UAI cakap...


sumber: facebook

so, kiranya semalam kita...spent quality times together la. as a family. bukan celebrating hari bapa. =) it's been 2 weeks since last time kami spent quality times together before. dan in another 2 weeks, bermulanya final exam saya. so memang padan sangat la dapat jumpa family sekarang. selain dari mintak berkat, at lease dapat la suntik semangat banyak2 dan dapatkan mood study. hehe...

kami menghabiskan our quality times with bowling, karaoke dan of course, makan. hehe.. seronok sangat semalam. terima kasih ayah, terima kasih ibu, terima kasih adik-adik. you've made my day. =')

benda yang saya idam-idam sangat dua tiga hari ni, iaitu burger, pun ayah tolong tunaikan. yeay! eventhough dapat burger dengan sos tomato (akim salah beli) tapi itu dah cukup buat saya gembira. benda yang kita idam kita dapat, siapa yang tak hepi kan? hehehe...

p/s: benda yang menyedihkan of course la pasal nappeum namja. satu-satu kebenaran terbongkar sekarang. hurm...


ini sebab saya. atas segala batasan yang saya buat. jawapan kepada 'something missing' awak. kenapa saya tak boleh buat itu, kenapa saya tak boleh buat ini, kenapa saya tak boleh panggil awak ma cam tu, semua kerana jawapan yang atas ni.

You Might Also Like

0 cot-cet cot-cet mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...