selagi ada kudrat!

as salam.

alhamdulillah kerana masih diberi nikmat hidup, nikmat iman, nikmat Islam. alhamdulillah kerana dah siapkan 2 assignment, tinggal bertungkus lumus untuk siapkan outline BEL untuk esok (baru nak buat hari ni), Study Far (test jumaat ni),siapkan assignment PSA (next week bentang), study PSA (next week test 2) dan kerja-kerja lain yang berlambak lagi. =_='. dah cakap, lepas cuti memang kena pulun habis habisan. nak update blog pun nak berkira. ni pun alhamdulillah dapat tidur sekejap, lepas ni boleh terus stay up sampai esok. kot. kalau mampu la.

memang saya tengah berperang sekarang ni. berperang dengan assignment, dengan nak buat nota, dengan test, dengan final exam yang nak dekat, dan yang paling pasti, dengan perasaan sendiri. apa lah nak jadi dengan saya ni, asyik emo je memanjang. gedik sangat. >.< saya ingat saya dah kuat. tapi nampaknya saya masih lagi lembik.. lagi lembik dari bubur yang saya masak. =.=

dan yang saya paling tak suka, bila perasaan ni datang menggila-gila. bogoshipo. weh! sedarlah sikit Farah keadaan kau macam mana sekarang. aish.. geram lah macam ni. lawan sikit boleh tak? jangan asyik nak lembik je. grrrr....

selagi ada kudrat, saya akan lawan perasaan gedik ni habis habisan. selagi ada kudrat, saya akan berusaha habis-habisan untuk final exam ni. selagi ada kudrat, saya akan lakukan ibadah-ibadah selagi termampu. insyaAllah.

p/s: hati tak tenang lepas bangun dari tidur. adakah sebab kena kacau dengan bunyi sms tadi or orang baru bangun tidur memang macam ni? hmmm...

You Might Also Like

0 cot-cet cot-cet mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...