as salam.

sementara tunggu maghrib ni, kite membebel la kejap. boleh kan? hehe..

sebagai seorang wanita yang mempunyai 9 nafsu *blush*, saya memang susah untuk tidak mengikut nafsu-nafsu ni. kadang-kadang, giler susah nak kawal dari buat, at the end, buat jugak.. hewhewhew.gatai. ye, saya memang gatal. gatal nak membebel. hohoho..

 9 nafsu saya tu....saya rasa, boleh buat ranking kot. jap ea jap ea.

.
.
.
.
.
.
.
.

*pikir*
.
.
.
.
.
.
*still pikir*
.
.
.
.
.
.
.
.
.

done!

pembahagian nafsu yang sukar dikawal oleh si Ferra. >.< *malu*


1. makan makan dan makan. *sebab tu mok-mok.*
2. mencuba makanan pelik-pelik. *kalau pergi mana-mana mesti nak rasa makanan popular kat situ!*
3. tidur. zzZZZ...
4. berjalan-jalan dengan keluarga, menikmati keindahan alam ciptaan Allah.*pantang kalau kena tinggal dengan family. merajuk!*
5. tengok movie. *pandang ade movie baru keluar, mesti nak download*6. shopping buku  *pantang jumpa kedai buku. mesti masuk. =_='*7. shopping gadget. *sangat suka benda pelik-pelik!*8. benda comel. *nafsu membeli benda comel sangat susah nak dikawal. kalau tak dapat beli mesti teringat-ingat.9. tengok lelaki berbadan hot. *panas telinga*


ok. untuk nafsu yang kesembilan tu, saya nak tegur diri sendiri sikit. *segan gilos!* ni ade satu kisah saya nak share. thank a lot to sayang saya, Nur Marliana untuk share benda ni di facebook. ;) SAYA SYORKAN UNTUK KORANG BACA!


******
sumber: facebook

Tha'labah : Kisah Pemuda yang Cintakan Syurga

Pernahkah saudara mendengar tentang kisah Ta'labah? Salah seorang daripada para sahabat Nabi S.A.W. Seorang pemuda yang punya misi dan visi yang sangat agung.

Seorang remaja yang begitu hebat di zaman Rasulullah S.A.W. Namanya Tha'labah bin Abdul Rahman, seorang remaja berusia 17 tahun. Setelah memeluk Islam, beliau selalu mengikut Rasulullah S.A.W mengajar. Jika Rasulullah berhajatkan sesuatu, Rasulullah S.A.W akan khabarkan kepada Ta'labah.

Suatu hari Rasulullah menyuruh Tha'labah mencari sesuatu. Ketika dalam perjalanan mencari barang yang Rasulullah hajati itu, Tha'labah telah melalui sebuah rumah yang pintunya terbuka. Angin yang bertiup membuatkan pintu tandas rumah tersebut juga terbuka, dan ketika itu Tha'labah terlihat akan seorang perempuan yang sedang mandi.

"A'uzubillah! Ya Allah aku takut nanti malaikat Jibril memberitahu kepada Rasulullah S.A.W! Ya Allah, aku takut turunnya ayat quran yang menyenaraikan aku dalam golongan orang yang berbuat dosa! Ya Allah..."

Rintihan Tha'labah

Dia merintih sehingga dia lupa akan barang yang dipesan oleh Rasulullah S.A.W. Dia melarikan diri dan terjumpa satu bukit di pinggir Madinah yang dipuncaknya ada sebuah gua. Tha'labah masuk ke dalam gua tersebut dan asyik menangis. Tha'labah menangis dan menangis, beliau kesal amat dengan dosanya.

Pada masa yang sama, Rasulullah S.A.W menanti kepulangan Tha'labah beberapa hari namun Tha'labah tidak kunjung tiba. Lalu Rasulullah S.A.W mengarahkan Saidina Umar RA untuk mencari Tha'labah dan beliau terjumpa Tha'labah di tempat dia bersembunyi di puncak bukit.

Umar berkata "Tha'labah, Rasulullah mahu berjumpa kamu."

"Kenapa? Sudah turunkah ayat al-Quran tentang dosaku, sudah beritahukah Jibril kepada Rasulullah, aku tidak mahu masuk neraka, aku tidak mahu masuk neraka." Kata Tha'labah dalam ketakutan yang amat sangat.

Oleh sebab Tha'labah sudah tersangat lemah, Saidina Umar RA memimpinnya pulang ke rumah. Apabila Rasulullah SAW menziarah Tha'labah, Tha'labah sedang terlentang lalu Rasulullah SAW meriba kepala Tha'labah.

Tetapi Ta'labah mengetepikan kepalanya. Rasulullah bertanya, "kenapa wahai Tha'labah?"

"Wahai Rasulullah, kepala yang penuh dosa ini tidak layak untuk berada di ribamu," kata Tha'labah.

"Apa yang kamu mahu Tha'labah?"

"Ya Rasulullah, aku mahukan keampunan Allah"

Cita-citanya hanya Syurga

"Apa cita-cita kamu wahai Ta'labah?"

"Cita-cita aku hanya syurga Allah. Tolonglah doakan moga Allah mengampunkan dosa-dosaku."

Lalu Rasulullah s.a.w berkata, "wahai Tha'labah aku menjamin kepadamu apa yang kamu mahu dan cita-citamu. Inilah bukti taubatmu."

Tidak lama selepas itu, Tha'labah menghembuskan nafasnya yang terakhir di riba Rasulullah SAW.

Ketika mayat Tha'labah siap dikafan dan tiba masa untuk dikebumikan, Rasulullah SAW datang agak lewat ketika itu. Para sahabat membuka jalan kepada Rasulullah untuk rapat ke kubur Tha'labah. Tetapi Rasulullah berjalan merapati kubur Tha'labah dalam keadaan berjalan yang perlahan, dan seperti tersekat-sekat.

Sahabat-sahabat bertanya, "wahai Rasulullah, kami telah membuka jalan, mengapa Rasulullah berjalan dengan tidak selesa?"

Rasulullah menjawab, "kamu tidak dapat melihat betapa ramainya malaikat yang hadir menghantar Tha'labah ke kubur."

Itulah kisah hidup seorang remaja hebat bernama Tha'labah. Betapa takutnya beliau dengan azab Allah SWT walaupun beliau tidak sengaja terpandang perempuan yang sedang mandi itu. Begitu malu bertemu Rasulullah, begitu mengharap keampunan Allah SWT, dan akhirnya menhembus nafas yang terakhir di ribaan insan mulia bernama Muhammad bin Abdullah, dan jasadnya diiringi malaikat ke kuburan. Subhanallah!

******

*PANAS TELINGA* okey, got it Ferra? Tha'labah, dengan tak sengaja tertengok je dah malu, rasa berdosa. si Ferra ni laen kes. gatai. lagu-lagu korea kan banyak guys yang suka tunjuk2 badan dorang yang berketul-ketul lagi hot, makanya si Ferra memang suka sangatlah alert dengan benda-benda camtu.  =__='

macam Jung Yong Hwa, dalam video lagu Fool-Juniel,


baru nampak dia pakai baju tanpa lengan dan mula berotot, dah jerit macam nampak ape. pastu siap perasan lagi yong hwa dah berotot! aishh... 
gambar yang menggugat iman. >.< segan tapi dalam pejam mata tu nak jugak bukak mata sikit, tengok. hohoho..

dan ada waktunya, bila kita cuba tahan untuk tidak melihat, mata kita dengan gatalnya bukak kecik-kecik, nak jugak tengok. memang dah gatal tahap kritikal. =__='. 

tapi lepas baca kisah tha'labah ni.. ehem.. macam terkesan sikit la. huhu.. mata perempuan saya ni gatal, susah betul nak kawal. so saya sangat memahami macam mana kaum adam nak kawal mata dari tak tengok aurat wanita cantik yang terbuka sini sana. eh, bukan saya menyokong dorang ye? nehi nehi! i just said that, i'm totally understand their feeling. been there, done that. on my own ways. hohooho..

makanya, kawan2! marilah kita bersama-sama membanteras gelaja yang menakutkan ini. mungkin ade juga wanita seperti saya diluar sana, atau boleh jado saya sorang je yg ada mata gatal. awww~.. itu sangat menyedihkan.='( dengan ini, saya mengisytiharkan.. bahawasanya... saya.... GATAL!  *tutup muka bawah selimut.* sekian. nak sambung belajar.

p/s----> found this in facebook too;


that laaaaaast someday. i'll wait for it. not for him, but for me.

You Might Also Like

0 cot-cet cot-cet mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...