Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Tuesday, 24 July 2012

cerita kuchen.

as salam.

saya dan makhluk berbulu ni, sangat tak ngam. mereka comel, saya tak. mereka manja, saya gedik. mereka suka mencakar, saya suka menangis. grr... kontra. sangat kontra. dan berapa kali ntah saya mention, saya tak berapa gemar haiwan berbulu ni. sebab dorang ade aura;

"aku nak gigit gigit gigit kau! muahahaha..!!"

dan bila saya balik rumah... muncul lah 3 binatang kecil berbulu comel didepan mata. si Lily dah beranak. lagi! =_=' dan mereka bertiga...sangat mengada. suka menggedik dan menggoda saya supaya pegang dorang, peluk dorang, belai dorang. ceeet! saya takkan mudah tergoda! hohoho...

mari kita perkenalkan. yang kaler putih ni, nama pendek Spark. nama panjang Sparkling. mata dia kaler biru.  kepunyaan si Aten. saya takut nak pegang dia, sebab dia sombong. dan dia dah cakar saya. sekian. T_T sebelah dia, yang kaler hitam-putih tu kepunyaan si Akim. haaa.. ni ade story sikit. kekeke..


disebabkan akim suka cerita Jumbo si gajah biru, dia bagi nama (mula-mula) Muhammad Jumbo si gajah biru. HAHAHAHA! *gelak guling-guling* lepas tu dia bengang semua orang gelakkan nama yang dia bagi. terus buat muka, merajuk. so ibu bagi suruh panggil dia Comel. sooooo klasik. hahaha.. tapi..saya suka. comel memang comel. akim cakap;

"akak, comel ni comel kan?"

"kenapa pulak? kuchen laen pun comel."

"cuba akak tengok betol-betol, mata dia bulat macam akim. muka dia comel macam akim. sesuai lah dengan Akim."

"oookeeeey..." =__='

untunglah dapat kuchen comel kan? huhu.. si comel suka tidur atas peha. saya suka si comel. sebab dia manja. dan dia dah gigit (perlahan) jari telunjuk saya. T_T tapi aten cakap kuchen kalau gigit tandanya sayang. *mata bersinar-sinar* betul ke? hehehe...

dan.. ehem.. kuchen terakhir ni... yang kaler coklat-oren bawah ni... namanya..

Si AJ. nama panjang Alia Junior. nama pendek AJ. =__= suka hati kau lah Alia. akak okey je. si AJ ni kuchen 1st yang datang kat saya. stok-stok mesra alam. suke maen cak-cak. suka menjilat kaki saya. =___= suka tarik perhatian orang. dan mengada. hohohoho.... tapi dia comel jugak. macam mana ni?



dia suka bergaduh dengan adik-adik dye yang lain. si AJ ni lah. suka sangat tarik perhatian orang lain. huhu..


tengok! tengok! dia buat mula chomel dia. grrr... anak kuchen 1st yang berjaya panjat keluar dari kotak tu si AJ ni lah. pandai betui kome memanjat yer...


fokus pada si comel. comeeeel~..


ouch! takyah la pandang tajam sangat spark. no worries la.kite taknak peluk awak. kbai.




yang kat bawah ni la si Lily, ibu kepada kuchen-kuchen comel tu. anak kepada Alia. which means... Alia dah jadi nenek..? hohoho... nenek Alia. XD



masa balik kampung sabtu lepas, before tidur saya saje buka gambar comel ni. lepas tu tunjuk kat Akim. dia datang, ambil hempon saya, cakap nak pinjam jap, pastu dia tengok gambar comel sambil baring. macam boipren rindukan girlpren. kesian dia. dia sayang betul kat comel. huhu.. 



okey. saya mengaku kalah. akhirnya, sekarang saya dan boleh peluk-peluk, belai-belai kuchen-kuchen ni. setelah menjerit-jerit kena gigit, kena cakar, sampai merah leher kena cakap dengan makhluk berbulu neh. dan akhirnya... SAYA DAH BOLEH PEGANG KUCING! hewhewhew. bangga sangat. hohoho... =__=

#rupanya best sangat dapat bermanja dengan anak kuchen ni. ambil masa 21 tahun untuk rasa kasih sayang dengan kuchen. tak sangka.  >.<

p/s---> bestnye dah cakap dengan Sarah. lega. hehehehe... thanks sayang! dan awak, yang selalu formspring saya. yang wish b'day saya. yang follow bebelan saya pasal nappeum namja dan suruh saya lupakan dia, i know who you are. Cik NABILAH AMIRAH BINTI BAHARI kan? hehehe..

0 cot-cet cot-cet mereka...:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...