Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Friday, 20 July 2012

cerita si ibu.

as salam.

Selamat Berpuasa kawan-kawan! selamat berjuang menentang nafsu. bila mana syaitan semua dah diikat, hanya nafsu je yang tinggal. time ni lah kita boleh tengok, sama ada kita kuat tak nak melawan nafsu kita sendiri. malam ni dah mula solat tarawikh. sedihnya tak dapat ikot. rasa rugi sangat. kepada yang boleh tu, jangan pernah tinggal sekali pun solat tarawikh tu tau! *ini amaran keras! hohoho...*

sumber: facebook

sumber: facebook

Ramadhan kali ni...sangat ditunggu-tunggu. tak tau lah kenapa. maybe sebab perubahan tu kot. in fact, bukan saya sorang je yang rasa macam tu. even my little sister pun cakap benda yang sama. mungkinkah kerana ini Ramadhan yang terakhir saya? wallahua'lam. kalau nak ikutkan, kita memang kena anggap ramadhan ni ramadhan yang terakhir, supaya kita betul-betul dapat hayatinya. tiba-tiba rindu puasa time kat sekolah dulu. rindu jugak nak berbuka dengan sahabat-sahabat Jengka. rindu kakak-kakak usrah Jengka. ='( semoga mereka sihat-sihat belaka, dan semoga kami diberi kesempatan untuk berjumpa lagi. semoga!

next! ibu suka bercerita. ibu suka bagi summary dari apa-apa yang ibu dengar. lagi-lagi kisah benar dari IKIM.fm. dan kisah ibu kali ni adalah;

**********

Jangan melewat-lewatkan waktu solat!

seorang ibu dan anaknya sedang dalam perjalanan. tak tau lah dari mana ke mana. jauh kot, based on dari cerita ibu. mula-mula dalam perjalanan, azan zuhur masuk. si ibu terus cari petrol pam yang terdekat untuk solat. dan perjalan disambung kembali. dalam perjalanan, dah nak sampai rumah kot rasanya. azan asar pun masuk. si ibu cepat-cepat cari petrol pam yang terdekat, untuk berhenti solat. si anak tak puas hati;

"umi, kan dah nak sampai. kenapa nak berhenti solat kat sini? solat je lah dekat rumah."

tapi si ibu tetap berkeras nak solat jugak waktu tu. lalu si anank pun ikut je lah.

lepas solat tu, si anak teringin nak beli makanan. tak tau la makanan kat mana. tapi kena lintas jalan. si anak pun berlari la. tapi dalam masa yang sama ade lori laju sangat, menghala ke arah budak tu (rasanya). si ibu dah menjerit bagai nak rak! si anak pun terkejut, lalu dengan pantas bergerak ketepi. alhamdulillah, si anak selamat. bila si ibu bertanya kepada anaknya, macam mana dia boleh mengelak lori tu dengan pantas, si anak menjawab;

"entah la umi. saya rasa macam ada orang tolak saya."

dapat tak mesej dia?

#maaf, mungkin versi saya macam lari sikit, or lari banyak dari versi asal. sebab dengar dari mulut orang laen, bukan dari radio live. >.< harap maaf.

moral of the story---> jangan tangguh solat. kita tak tau bila-bila masa je kiat
**************
-tak tau nak bagi tajuk apa. =__='-

cerita seterusnya mengenai seorang anak yatim, yang dijaga oleh mak ciknya. suatu hari, seseorang (tak pasti jantinanya. ibu tak bagitau secara spesifik.) ternampak seorang wanita begitu garang memarahi anaknya. lalu seseorang tu tanya la dekat orang sekeliling. oh lupa. kejadian ni berlaku di sebuah sekolah Maahad. tak tau pulak Maahad mana. 

"siapa perempuan tu? kenapa dia marah anaknya teruk sangat?"

"oh, itu bukan anak dia. budak tu anak yatim. dia dijaga oleh makcik dia. sebenarnya, budak tu kena marah bersebab. budak tu setiap kali masuk bulan Ramadhan je, mesti mencuri duit kawan-kawan dia. setiap hari, dia curi RM2.50 (ke rm 1.50. lupe pulak. huhuhu...)"

dan kemudian seseorang tu berjumpa la dengan  budak tu. di tanyakan kenapa dia mencuri. dan budak tu pun bercerita..

" saya cemburu, setiap kali bulan puasa ibu bapa kawan-kawan saya mesti bawa makanan untuk berbuka pada anak-anak mereka. saya pulak, takde siapa nak jenguk. dan lagi, saya teringin nak beli roti john dengan air yang ada dijual dekat hujung sekolah tu. tapi saya takde duit. saya teringin sangat. sebab tu saya mencuri."

moral of the story --> bersyukur la dengan rezeki yang ada. orang laen tu belum tentu dapat makan apa yang  kita dapat. dan sentiasa lah bersedekat pada yang tak mampu.

*************

p/s--> bulan puasa ni memang sedap kalau dapat makan roti john. huhuhuuuu... aish! mana boleh pikir pasal makanan je! belum start puasa lagi dah fikir pasal makanan. adoyai... si fera ni memang nak kena. =__=' selamat berpuasa kawan-kawan!

0 cot-cet cot-cet mereka...:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...