don't talk to me!

as salam.

ok, sepatutnya saya study. tapi... kita tak sihat. pastu kite rase kite nak membebel.. tapi tekak kita sakit.. nak cakap banyak-banyak pun tak boleh. ='( *alunan lagu sedih dimainkan* kite sedih giler. nak cakap dalam hati je boleh. nak keluarkan suara, boleh guna suara kartun je *bak kata kak wa*. sedih ni... *dush!* ok. marilah kita stop berdrama. =___=

saya nak membebel lagi. so, kalau anda rasa tak nak baca bebelan merepek saya, silalah berangkat keluar. hee~..

bebelan kedua harini bertajuk;

CHENTA DAN DICHENTAI. 

ceeeeeeeeeeh! geli.. eeee... kecik-kecik cakap pasal chenta. gatai. =__='

AIP! dah kata nak membebel, suka hati la nak bebel bab apa. shadap and just read! ;p gurau je. maaf terkasar bahasa.

ketika berjalan-jalan ke 'teratak' cik Miera Azzudin, saya terbaca sesuatu yang best. hewhewhew..

sumber: facebook

bercinta, dicinta dan mencintai. *meremang bulu roma =_=* 

it is easy to fall in love with someone. it is easy make someone love us, i guess. but it is hard to make a person that we loves so much, to  loves us the way that we do. the truth always hurt us. =')

sebagai seorang wanita, memang agak mudah untuk kita menyukai seseorang. dan bila kita saaaaaangat suka kat someone tu, perasaan suka tu terus bertukar jadi cinta. wanita memang begitu. hatinya lemah. senang goyah.sedang digoda. sebab tu kita kena careful!

cuba tengok, betapa ramai wanita yang 'andartu' ataupun yang dah berumur, tapi tak kawin lagi sebab kisah silam? i've seen one. my lecturer. dia cantik dan comel (pada pandangan mata saya), bekerjaya, sempoi, gila-gila. tapi bila ditanya pasal kawen, dia hanya mampu tunduk sambil tersenyum.

"siapa yang mudah nak lupakan 1st love dia. susah nak percayakan lelaki lepas apa yang kita dah pernah lalui."

whooooa... see? hanya kerana seorang lelaki sengal yang berjaya mempermainkan hati dan perasaan seorang wanita, my lecturer dah susah nak percayakan lelaki. pity her. but hey, i know that feeling. been there, done that. thanx to nappeum namja.=)

that's why my dear friend, don't ever, ever, ever, trust a guy. dan jangan sesekali meletakkan tahap kecintaan  yang paling tinggi buat si dia. sebab, boleh jadi dia bukan jodoh awak. sentiasa berdoa agar hati awak dihuni dengan rasa cinta buat DIA, Allah s.w.t serta Nabi Muhammad s.a.w. dan jangan risau sayang-sayangku..


Allah akan beri kamu seseorang yang kamu perlukan. just wait and see. 

kalau kamu masih dihuni perasaan semalam, well, saya sendiri pun masih alami perkara tu. tapi jangan risau, lama-lama ia akan terhakis. saya pegang kata-kata nappeum namja yang kerap kali suruh saya cari yang lain, dan jangan sayang dia lagi.  so...saya buat. dan alhamdulillah, ia mula berkurangan. memang lah ia perlukan masa, mungkin berbulan, mungkin bertahun. sabar sayang-sayangku. kita boleh punya. ingat;

ALLAH TAKKAN BERI KITA UJIAN YANG KITA TAK MAMPU HADAPI. SETIAP MASALAH ADA PENYELESAIAN. 
just smile, dan teruskan berdoa. =) oh oh, tiba-tiba saya rasa saya dah matang. >.<

eh eh, ade satu kisah sahabat yang saya nak kongsi. jemput la baca. =)

sumber: Bayyinat

*******


Salman r.a, sebagaimana sahabat yang lain, juga jatuh cinta. Dia mengambil keputusan untuk menikahi gadis yang diminatinya itu. Lantas, dia meminta Abu Darda' yang merupakan sahabat baiknya untuk menjadi tukang bicara. Lalu, berangkatlah kedua mereka ke rumah bapa gadis itu. Di rumah bapa gadis itu, Abu Dara' yang memikul amanah sebagai tukang bicara, mula melemparkan jaring kata-kata.

"Sebagaimana yang kita tahu, Salman ialah salah seorang sahabat Rasulullah yang utama", mukaddimahnya terus sahaja kepada sosok Rasulullah.

"Sahabatku ini berkenan dengan anak gadismu dan dia ingin memperisterikan anak gadismu. Atas kiraanmu, bagaimana?", tanya Abu Darda' kepada bapa gadis itu.

Sebagai seorang lelaki soleh, bapa lelaki tadi jelas gembira atas lamaran daripada seorang sahabat yang utama di sisi Rasulullah, untuk anak gadisnya. Tapi tanpa terburu-buru, dia berkata, "Izinkan aku bertanyakan pendapat anak gadisku".

Lalu selepas meminta pandangan anak gadisnya, lelaki tadi menemui Abu Darda' dan Salman, lalu menyampaikan berita dari hati gadis; "Maaf, Salman. Anak gadisku tidak bersedia untukmu tetapi jika Abu Darda' juga punya hajat yang sama, maka anak gadisku berbesar hati untuk itu"

Salman menangis serta-merta. Kecewa? Ah, tidak. Sebaliknya, dia menangis kerana gembira. Walau pinangannya ditolak, dia nyata masih juga gembira kerana gadis itu meminati dan menyukai Abu Darda' lalu dia dengan bersungguh-sungguh, berkata kepada Abu Darda', temannya yang paling dia cintai;

"Ambillah segala persiapan yang telah aku siapkan ini dan jadikanlah ianya sebagai mahar dan kegunaan untuk pernikahanmu".

Masya-Allah. Hebatnya hasil tarbiyah Rasulullah, hingga para sahabat bukan hanya faham syariat dalam bercinta tapi juga faham hakikat cinta itu; 'cinta, tak semestinya memiliki!'.

*****



p/s --> last week minggu IU. minggu ni dah tukar lagu pulak. sebab ade orang sebok suka lagu kita. grrr... >__<

You Might Also Like

1 cot-cet cot-cet mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...