especially for you Sarah.

source: facebook

as salam.

saya ingin dedicatekan ayat tersebut (dalam gambar) buat my sayang, cik Sarah dengan ucapan;

"miane.. sorry.. kredit aku habis pulak! >.< tak dapat nak cakap dengan kau lama lama lama. seriously, aku rasa ade banyak benda nak bebel tapi celcom ni jeles dengan kita. grrrr.... next time kite borak lama lama lama lagi eh? and be strong! i know you're strong enough to handle that problem. tunjukkan yang wanita ni kuat. hooyeeah!"


disebabkan kredit tinggal rm0.00, maka disini jelah aku dapat cakap kat kau. pesbuk? urgh... nak log in pun lepas tak lepas. pic kat atas ni aku da amek awal-awal, letak kat draf. huhu.. kebetulan, kena pulak dengan kisah malam ni. huhuhuhu..

# AMARAN - penggunaan aku-kau dalam entry ni menunjukkan yang si penulis blog ni tengah berbicara dengan Sarah. dan entry ni memang khas untuk dia pong. hoho.. so kalau rasa tak nak masuk campur dalam girl's talk (bff talk), bolehlah pergi maen jaoh-jaoh oke?

alhamdulillah,dapat jugak aku teruskan puasa arini, walaupun sakit perut memanjang, ditambah dengan 'penderaan' dari ayah sepanjang hari =__='. mula-mula aku fikir, mesti aku tak boleh nak teruskan puasa. mesti kena berbuka tengah jalan sebab nak makan ubat segala bagai. but hey, rupanya aku boleh je. sebabnya,

Allah takkan duga hambaNYA kalau mereka tak mampu nak tempuh dugaan tu.

kan Sarah? seriously, aku memang dah tak boleh nak percayakan guys. sebab tu.. mungkin sebab tu... aku asyik bagi pandangan negatif je..? sorry.

tapi kan Sarah, aku sangat pasti yang lelaki ni makhluk yang sangat kompleks -> rumit. walaupun dorang sibok cakap wanita yang sangat kompleks la..emo terlebeh la.. bla bla... dan dengan bangganya cakap yang dorang ni simple, sangat mudah.. but teeeeeet! dorang salah. dorang dari kompleks sebenarnya. =__='

perempuan, serumit-rumit mana seorang wanita tu, kita senang nak predict. dan kebanyakkannya bersifat tetap. tetap dengan hati/perasaan/perangai/perbuatan dan sebagainya. mostly, aku tak cakap semua tau. o_0 tapi kalau lelaki.. heh, serius aku cakap. susah kita nak predict. mereka sangat unpredictable. dan sometimes, tak tetap. mostly la. (oke, aku tak cakap semua lelaki. tapi kebanyakan lelaki yang aku kenal bersifat camtu. jap, banyak ke lelaki yang aku kenal? errr... hehehe...)

therefore, selagi kau belum termaktub untuk menjadi isteri kepada siapa-siapa, jangan letakkan setinggi pengharapan terhadap si polan yang berkenaan. betul ni, lebih baik jangan. I've learn my mistake. >.<  aku lagi prefer kau cuba berdiri atas kaki sendiri, i mean, letakkan setinggi pengharapan pada DIA dan bergantung pada diri sendiri. dan on't woory, kalau kau 'jatuh', insyaAllah i'll be there untuk 'sambut' kau. itu gunanya kawan kan? mungkin payah but hey, tak salah mencuba kan? =)

dan satu lagi, aku sangat tak percaya pada 'friend with benefit', or dalam kamus melayu *ade ke dalam kamus? =_='* cinta platonik (cerita yang buhsan gilos bak kata kau. har har har...) ni boleh terjadi without salah seorang ataupun dua-dua ter'jatuh' suka/chenta/sayang pada pasangan or kawannya tadi.

i don't know.. it just don't make sense lah. ataupun mungkin ianya hanya aku yang selalu sangat berprasangka buruk. =_=' tapi cuba kau tengok, dalam cerita pun at the end memang one of them fall in love with their so-called friend tu kan....?

oke..oke.. fine. let say la, ADA yang berjaya jaga hati masing-masing supaya dorang tak terjatuh suka dengan kawan dia ni, tapi cuba kau tanya diri kau, kau mampu tak? kalau aku, awal-awal lagi aku surrender. aku memang failed bab hati-dan-perasaan-management ni. takot pisang berbuah dua-tiga-empat kali!

*err.. Sarah........kau percaya tak aku baru sedar yang pisang boleh berbuah sekali je? aritu aku tanya mak aku. lepas tu dia...........................speechless. tak sangka anak dia tak tau. itu sangat memalukan oke?*

anyway, aku rasa aku dah banyak membebel dan banyak melalut dan tak tau whether point aku sampai tak kat kau. *sigh...* tapi, dari apa yang aku dah belajar, based from my sweet-pain experience, (ayat tak boleh belah) jangan terlalu sayang. nanti, anything jadi kau yang sakit. dan berserahlah pada DIA. bergantunglah pada DIA. dan aku teringat something lepas baca buku Tunas-hlovate balik.

DOA itu WIRELESS

tak kesah la kta boleh solat ke tak, DIA tetap dengar. anywhere, anytime. ^_^

# reminder untuk kau dan aku. terutama pada aku lah rasanya. huhuhu...

p/sssss---> tadi masa kau call aku tu sebenarnya aku tertidur. aku baru bangun tidur. hohoho.. miane. >.< *lepas solat tarawikh aku terus tumbang tak sedar-sedar.* tapi.....................lepas call kau aku dah tak boleh nak tidur! adoyai.. habislah aku.

You Might Also Like

0 cot-cet cot-cet mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...