Girls Day Out!

as salam.


budak akaun kalau buat kerja biasanya, satu meja tak cukup. maka, pelbagai inisiatif telah diambil untuk mengatasi masalah tersebut. dan antaranya? lambakkan kertas kat atas katil! hohoho...  grrrr.... paper akaun dah tamat petang tadi. alhamdulillah..saya tak sempat jawab. =__='  mostly student yang ambil FAR400 tak sempat nak habiskan soklan dalam masa 3 jam tu. bayangkan, masa buat kat rumah, untuk satu soalan je saya ambil dalam masa setengah-satu hari! so, jangan tanyalah betapa serabutnya dan kabutnya kami dalam nak menyiapkan jawapan dalam masa 3 jam. penat! grrr...dah dah! lupakan! focus untuk next paper pulak.


disebabkan housemate saya ada yang bakal tamat belajar sem ni, maka malam tadi kami telah telah menyewa kereta dan berjimba sehabis-habisan! *as if hari Isnin takde paper lagi je.. =_='*

program 'berjimba bersama housemate' bermula dengan aktiviti bermain bowling. tapi malangnya bagi kami, tempat bowling tu ade macam family day kot, so memang sangat crowded dan kena tunggu berjam-jam untuk giliran kami. nak tak nak, terpaksa la menggunakan masa yang ada untuk aktiviti seterusnya, iaitu bergambar. sesi bergambar menggunakan kamera Cik Faa, so memang la saya takde gambar sangat. dan lagi, disebabkan saya dah biasa tidur awal, mata saya memang sangaaaaaat kuyu sepanjang bergambar. tudung selebet pun saya dah tak kesah. penat baru habis test FAR + mengantuk. tapi demi housemate tersayang, ku gagahkan jua...

p/s --> saya tak biasa keluar malam. in fact, kat rumah pun saya TAK PERNAH keluar malam macam ni. my 1st experiences untuk menjadi remaja. kekekeke... tapi saya dah mintak permission ibu dah untuk keluar malam ni. dan alhamdulillah, ibu kasi.dan ibu cakap;


"bagus lah akak nak keluar. keluar dari 'kepompong' akak tu. asyik nak memerap dalam bilik je."


huhu.. bukan ke ibu patut gembira sebab ada anak yang tak suka keluar rumah, terutama keluar malam?  >.< 

*mata yang terpaksa dibesarkan. mengantuk mula menguasai diri...zzZZZ...*

Farah dan Ferra. she's my roommates for these 2 semester. =)


disebabkan kami ada sepuluh orang, maka untuk mempercepatkan  game, kami buat 2 kumpulan. ni lah proses cabut undi untuk tentukan group.


dan kemudian kami pun main. hoho.. muka saya muka 'longkang'. asyik masuk longkang je bolanye. grrr... dapat tempat corot dalam group. bior jela.. maen pun for fun. dah la time tu dah pukul 1 lebih, mestilah dah takde tenaga sangat. *alasan*. hehehe... tak pernah saya keluar sampai pukul satu pagi untuk maen bowling. tak sangka ramai jugak pemuda pemudi yang still berjaga untuk maen bowling.. 

dan apabila 10 orang wanita bermain bowling, setiap kali something happen *spare/strike/longkang* haruslah disertakan gelakan dan jeritan. hohoho.. dan disebabkan kami 10 orang wanita juga, maka muncullah banyak suara-suara liar yang menjadi 'penyokong'. oke, ini sangat memalukan. dah la asyik masuk longkang je! >_<

dan ni result akhirnya;



memang have fun betul malam ni. lupa terus segala depression kat exam tadi. hohoho.. dalam pukul 1 lebih, kami menuju ke destinasi seterusnya untuk melaksanakan aktiviti untama, iaitu MAKAN!

disebabkan saya tak larat nak ambil gambar, maka, nanti-nantilah saya update balik beserta gambar. ade kat kamera housemate. malas nak pegi amek. huhuhu..

dalam pukul 2 lebih, para kakak-kakak ni membawa adek kecik mereka *saya* berpusing-pusing satu Melaka. mula-mula pergi pantai Klebang. pukul 2-3 pagi lepak kat pantai. dengan mat rempit yang berlegar-legar kat kawasan kami, dan hon0hon kereta mereka yang lalu0lalang, cukup buat saya kecut perut. mana pernah lagi lalui keadaan macam tu. huhuhu.. seram kot.. yang laen rilek je. memang tak la saya nak keluar pergi pantai time malam. bahaya giler! kalau ade family or kawan or hubby takpe. =_='

 next activiti, mencari tempat karaoke. hohoho.. satu Melaka kakak-kakak ni bawak adek mereka mencari tempat karaoke. dan pelbagai benda kami temui. 'mayat' la, 'makcik nyonya' la, 'pakcik gam' la... huhu.. sampai pukul 4 lebih pusing-pusing tak jumpa mana-mana pusat karaoke yang bukak, at the end kakak-kakak pun bawak adek mereka pulang. 

kami sewa 2 kereta, Atos dan Kancil. seronok jugak eh konvoi macam ni. ^_^ baru saya tau macam mana perasaannya jadi remaja. hohoho..


dan dalam pukul 5 pagi, dalam keadaan hujan yang mula turun, kami berlari-larian balik ke rumah. dan sekarang saya sedang tunggu masuknya waktu Subuh sebelum tidur. kang kalau dah tidur memang tak Subuh la.. huhuhu..

p/sss---> baru saya tau macam mana seronoknya nappeum namja time kat penang dulu. asyik jalan je pegi jelajah penang. untunglaaa.. sepanjang saya kat Jengka tak pernah pun pegi mana-mana. duduk terperap je dalam bilik. sebab tu jadi puteri lilin bawah tempurung. =_='

You Might Also Like

0 cot-cet cot-cet mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...