Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Monday, 16 July 2012

perubahan itu...


as salam.

saya nak promo sikit. saya suka bukak page or facebook inchek rusydi or syabab musafir kasih ni. sebab dia suka melukis. dan lukisan dia cantik. dan saya suka. =) sometimes, kita susah nak luahkan apa yang kita rasa. dan melalui lukisan la, kita boleh luahkan. dan apa yang saya nampak, lukisan inchek syabab ni memberikan petunjuk yang inchek syabab ni tak sabau nak kawen. kekekeke... *gurau. maaf ye.* 

apa-apa pun, jemput-jemput la subscribe dia. 
*ni, nampaknya inchek rusydi kena bagi saya komisyen. kekeke*

sebelum saya tidur, saya nak kongsikan satu cerita. it's about him and her. si gadis dan si teruna.

*****
si teruna, dahulunya seorang yang kuat agama. seorang yang patuh pada suruhanNYA. seorang yang kuat pegangannya. until he meets her. si gadis. dia hanya biasa-biasa saja. tak punya gaya, tak punya rupa malah, sangat bersahaja. si teruna berkawan dengan si gadis. si teruna banyak membantu si gadis, banyak memberi nasihat, malah menjadi penyebab kepada perubahan si gadis tersebut. ke arah yang lebih baik, alhamdulillah.

walau bagaimanapun, syaitan tu tak mungkin akan berputus asa. ade je bende yang di dengkinya. dia ganggu hati si teruna. lalu, dia lalai seketika. hanyut bersama si gadis. ada ketikanya, si teruna sedar, dan ingin berubah. namun, dek kerana pujukan si gadis, si teruna gagal untuk berubah kearah dia yang dulu. malah, dia makin berubah, berubah kearah yang lagi satu.

si gadis sedar, lalu berdoa supaya si teruna berubah menjadi dia yang dulu. tetapi dia tak sedar, dialah penyebab si teruna tak mampu berubah. sampai lah satu ketika, si teruna berterus terang. dia ingin berubah, tapi tak mampu kerana si gadis. barulah si gaadis sedar, selama ni dialah penghalang kepada si teruna untuk menjadi yang lebih baik.

dan kini, dengan berat hati, si gadis cuba. cuba sedaya upaya. cuba sekuat yang mungkin, untuk lepaskan si teruna pergi. pergi mencari dirinya yang 'hilang'. dan masing-masing terus membawa haluan masing-masing.


maybe. just maybe..

oh tidak, gambar dia sangat tak menarik. grrrr...


the end. tamat dah cerita.
*****

perubahan tu.. ada kalanya baik. ada kalanya tidak. tengok la situasinya jugak. ada kalanya, perubahan itu perlu. ada kalanya, lebih baik tak berubah lansung.


dan perubahan saya bermula minggu ni;



okey, pedulikan muka nak cover double chin dan mintak pelempang tu. =___='.

saya....saya nak ubah pemakaian tudung. nak biasakan diri pakai tudung yang besar sikit, besar lagi sikiiit lagi sikiiiiiiiit, dan besar lagi. dan saya ikut nasihat sahabat-sahabat saya, untuk tak pakai tudung kaler hitam je 24 jam. jadi untuk permulaan, kita pakai tudung Akel kaler kelabu. almost, but definitely not hitam. hohoho.. perubahan la kan?

but seriously, tudung Akel ni jenis lembut. sangat susah nak dibentuk.saya sangat malas, saya ulangi, MALAS nak habiskan masa depan cermin untuk betulkan tudung macam gugurl laen, yang lepas tu dok tempek make-up sana sini..that's not me. urgh.. tak sanggup. kalau lilit-lilit pun buat yg simple je. malas nak jaga penampilan segala.

BUT NOW!

semua tu akan diubah. except for make-up thingy. saya tak suka pakai make up. harap maklum.demi menjadi wanita yang matang, eh salah. muslimah yang matang, saya akan ubah penampilan. sikit demi sedikit. selagi mampu, saya akan cuba. doakan saya!

p/s--> tak tau kenapa, ramai pulak kawan yang putus chenta sejak akhir-akhir ni. musim kot..? sebab tu syg, bila awak dah ada someone, remember!

sumber: facebook
*kata-kata untuk awak, saya dan mereka*

 anyway, hopefully sayang-sayang saya kuat untuk tempuh dugaan tu. i know you can do it dear! =')

...sometimes, it's hard to let go of something that we use to have. once. letakkan sepenuh kepercayaan, kalau benda tu ditakdirkan milik kita, tetap jua akan jadi milik kita. aturan Allah tu indah. DIA turunkan hujan sebab lepas tu DIA nak bagi pelangi. kaaan..? so, be strong my dear. =') ......

0 cot-cet cot-cet mereka...:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...