Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Wednesday, 25 July 2012

randomness versi quote.

as salam.

i've found this in facebook. saya translatekan je balik. kalau tak silap ni status dari  one of my fb friend, Iera Mysarah.

" masa kecil, kita menangis dengan kuat untuk mendapatkan apa yang kita nak. (indeed) bila dah besar, kita menangis senyap-senyap untuk melepaskan apa yang kita nak. "


sob sob.tipulah. masa kecik dulu saya tak reti nak nanges mintak ibu belikan itu ini. nak pape, semua usaha sendiri. dan kalau usaha sendiri, tak semua benda yang kita nak kita boleh dapat. sedih kan? huhu.. masa kecik dulu saya teringin sangat nak ada gameboy, tapi ibu ayah tak belikan pong. dah besau sikit, bila adek-adek mintak, amekaw! sorang satu dapat. sob sob... jelesnye! eh, ni bukan sesi luahkan perasaan jeles yang terpendam. aigoo.. =___=


# maaf. terlepas pulak merungut. sepatutnya saya bersyukur. bersyukur untuk segala rezeki yang Allah dah beri, dan redha untuk setiap benda yang dah jadi. *sigh...*


haritu ade beli satu novel, tajuk "Nah, untuk Awak!" karya Nirrosette. sinopsis? nanti lah. belum punya masa. malas bebenor nak karang ayat untuk sinopsis ni. huhu.. =___='



....dan saya rasa, kisah dan personaliti Nur Najiha Mukhlis sedikit sebanyak ada persamaan macam diri saya sendiri. except, alhamdulillah saya masih punya kedua ibu bapa, serta ada adik-adik yang sangat annoying suka menyakitkan hati dan suka cari gaduh tapi kalau tak jumpa rasa rinduuuuuu memanjang. huhu.. alhamdulillah. saya bersyukur. mungkin persamaan kami yang saya perasan adalah;

--> diuji atas perkara yang sama. =__='
--> tak suka makan ubat. apa-apa ubat pun. malah, pernah tipu ibu konon-konon makan ubat padahal buang dalam tong sampah. hehehe.. sorry!
--> tak sampai hati nak membenci orang yang pernah lukakan kita.
--> sometimes suka cari gaduh atas benda yang kecik. hehehe.. ni budak mengada punya perangai. >.<
--> believe in what we see. dan kadang-kadang apa yang kita nampak dan kita simpulkan tu, lain dari keadaan sebenar. =__='
--> sangat concern bout family. dan rapat dengan family. huhu..
--> kami sama-sama cuba untuk berubah. dan alhamdulillah, saya dah tau ending dia. tapi ending saya masih belum tau lagi. erk..?
--> dan yang paling penting... kami sangat setia. muahahaha... =___= gedik.

*******
...selingan sikit..

sumber: facebook

Ketika Allah rindu pada hambanya, Ia akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yg isinya adalah ujian.

Dalam hadits kudsi Allah berfirman. "Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya." (HR Thabrani dari Abu Umamah)
**************
oke, bersambung.

dan dalam buku ni ade ayat yang saya suka baca, bab bila mana babah Najiha 'pergi' buat selama-lamanya, tapi dia still tak boleh terima kenyataan tu. dan datangnya quote ni;

kadang-kadang ,
kerana terlalu sayang dengan seseorang,
Allah ambil dia daripada kita.
Allah jarakkan dia daripada kita.
untuk uji kita
masihkah kita sayang pada yang mengurniakan rasa sayang itu?
masihkah kita sayang pada yang menganugerahkan rasa sayang itu?
dan masihkan kita percaya pada aturan DIA?

# ini sebahagian daripada quote yang ada dalam buku tu. saya tak taip semua. huhu.. nak tau sambungannya, silalah dapatkan buku tu dipasaran. hohoho.. dah macam promoter novel pulak. o.0

time kemas-kemas 'mini library' saya yang memang sangat 'mini' tu, saya terjumpa balik buku 'contengan jalanan' karya Hlovate. oh tidak! saya belum khatamkan lagi buku tu! lepas beli time tu dah start masuk kuliah so saya decide nak baca time cuti. dan lepas tu lupa lansung saya pernah beli buku ni. =__=' sebagai peminat setia karya Hlovate, saya rasa macam... pelik. macam mana boleh lupa ada buku yang belum baca lagi ni? i wonder.......

p/s--> this is my tips untuk mengawal nafsu sepanjang bulan puasa ni. dan sampai bila-bila pun bole guna, insyaAllah. huhuhu..

1. bila datang perasaan 'bogoshipo' (tak kira la kat siapa-siapa) je, terus selawat keatas nabi. kalau tak jadi jugak, terus amek wuduk, solat.

2. kalau anda jenis yang suka memandang makhluk yang indah ciptaan Allah, lagi-lagi kalau ade orang cakap tengok-tu-ada-lelaki-hensem-lepas-tu-anda-terus-usha-lama-lama silalah pakai spek mata hitam (supaya kabur sikit) tak pun kalau anda pemakai spec mata seperti saya, buka spec setiap kali keluar. memang kabur jelah memanjang. >.<

3. before nak makan makanan berat (time berbuka tu), minum air masak banyak-banyak kali supaya penuh perut tu dengan air. hohoho.. ini sangat berkesan.

seterusnya, tidur awal supaya tak terlajak nak sahur esok. oke, selamat malam. =__= *dah mengantuk pulok tibe-tibe*

0 cot-cet cot-cet mereka...:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...