sesi muhasabah : dosa dan pelaku dosa.

kita masih suka hate the sinner rather than the sin.



sumber: facebook.

as salam.

topik kita hari ni, dosa dan pelaku dosa. realiti masyarakat zaman sekarang, once seseorang tu dah buat satu kesalahan, kita hukum dia terus. banned dia. isolated dia. bagi dia rasa lagi down. sampaikan dia rasa,

"alang-alang dah jadi teruk, teruskan jelah. lagipun, bukan ada orang kesah. "

malah, ada juga yang sampai rasa bunuh diri adalah jalan terbaik untuk keluar dari kemelut hidup ni. *sigh..*

siapa kita nak judge seseorang tu? biarpun dia pernah buat dosa, takkan lah dia dah tak boleh bertaubat? dan lagi, boleh jadi, orang yang kita pandang hina tu, yang jahat tu, adalah orang yang lebih baik dari kita suatu hari nanti. saya jumpa benda ni di facebook;

Siapakah kita yang hendak menghakimi orang lain? Siapakah kita yang sesuka hati menjatuhkan hukuman kepada orang lain? Siapakah kita untuk mencaci dan mecerita keburukan orang lain? Dah sempurna sangat ke kita? padahal kita tak sedar diri kita juga sama… Kita juga hamba Allah..
Janganlah kita terlalu menghina seseorang akan masa silamnya… mungkin seseorang itu murah harga dirinya satu ketika dulu, tapi tak mustahil satu hari nanti beliau akan menjadi wanita yang lebih solehah dari kita kan?
Kenapa kita tak boleh nak menerima perubahan pada orang lain? Apa yang buruk, apa yang aib, apa yang dosa itulah yang sentiasa disebut-sebut, yang sering diungkit-ungkit. Tak sedarkah kita, kita mengata-ngata tu pun berdosa jugak?? Sepatutnya kita memperkatakan mengenai perubahannya. Sepatutnya kita bersyukur kerana orang itu mahu berubah ke arah yang lebih baik..



sumber: facebook

nah, makanya hidup kat muka bumi ni jangan sombong. sentiasa rendah diri. sentiasa muhasabah diri.

~✿ Kita sibuk bercerita tentang KEAIBAN orang lain.. bagi kita TIDAK MENGAPA kerana orang itu tidak mengetahuinya.. sedangkan itu AMARAN ALLAH.. kita sudah MENFITNAH saudara kita.. seorang HAMBA ALLAH.. walaupun KEBENARAN itu tiada siapa yang tahu.. perbuatan kita itu sentiasa dalam PEMERHATIAN ALLAH.. kita merasa BERKUASA bila kita dapat MENGAWAL kehidupan ORANG LAIN.. tanpa sedar AZAB ALLAH sedang menanti kita di sana..


jangan mudah membenci seseorang diatas kesalahan dia pada masa lampau. benci perbuatan dia, bukan orangnya. kita patut tolong dia, guide dia ke jalan yang benar. kan?

dan untuk si pelaku dosa pula, hurm... saya ada jumpa sesuatu yang best dari sini;


.......Melupakan dosa adalah satu dosaKemudian tidak pun takut dengan dosa yang telah dibuat adalah satu dosa pulaKalau berbangga dengan dosa itu lebih-lebih lagi kesalahan itu bertambah membesarDosa itu bertambah besar dan bertimbun-timbun pulaJika tidak takut dengan dosa sekalipun belum berbuat pun satu dosa satu kesalahanYang belum melakukannya satu kesalahan jugaDosa itu bukan kerana sudah membuat kesalahan atau dosaTapi kerana tidak takut atau tidak bimbang terbuat dosa adalah satu kesalahan pulaSebagai seorang hamba sepatutnya sentiasa takut dengan dosaSekalipun belum terbuat dosa.......


semua orang tak terlepas dari berbuat dosa. saya pun sama. sentiasa lakukan dosa tak kira waktu, sama ada saya sedar ataupun tak. *astaghfirullah.. malu!* kalau nak banding keadaan kita denga para sahabat nabi selepas mereka TERbuat dosa, memang jauh panggang dari bara.

****


Ada satu kisah di mana seorang Sahabat baru balik dari medan perang, dia tiba-tiba ternampak di pintu rumahnya betis seorang perempuan (isteri sahabatnya). Terus dia melompat keluar dari pintu dan berlari meninggalkan rumahnya bertahun-tahun, bertaubat dengan Allah kerana ketidaksengajaannya itu. Rintihan taubatnya itu turut menjadi amalan kita sehingga ke hari ini.

Maksudnya: “Tuhanku, aku tidak layak untuk Syurga-Mu. Dan aku juga tidak tahan menanggung akan seksa api Neraka-Mu. Oleh itu ya Allah, terimalah taubatku dan ampunkanlah dosaku kerana sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengampun dosa-dosa besar.”


*****

makanya, kita perlukan sahabat, teman, rakan yang baik. yang boleh bantu kita, yang mampu bimbing kita. yang mampu menyedarkan kita akan kesalahan kita, dan boleh memberi nasihat kepada kita. lihat, betapa pentingnya tanggungjawab sebagai seorang sahabat ni.



"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman." (adz Zariyat: 55)

sumber: facebook

dan apabila diberikan nasihat, jangan pula kita mengendahkannya. cuba dengar, praktikkan, dan sentiasa nilai balik diri kita. berterima kasihlah kepada sahabat-sahabat, rakan-rakan, yang sudi menegur. sudi memberi nasihat. kerana itu tandanya mereka sayang akan kita. beruntunglah kamu! =')

and last but not least, ingat lagi tak ceritapasal tha'labah? atau pernah dengar tak? saya ada cerita dekat entry sebelum ni;


ianya tentang bagaimana keadaan sahabat nabi selepas TER buat dosa. semoga kita mengambil iktibar. =')

#muhasabah untuk saya, awak dan mereka.


p/s --> saya telah diberikan nasihat. berpuluh-puluh nasihat terakhir dari dia. dan saya menangis. bukan kerana sedih sebab pemergian dia walaupun memang ada sikit sebab tu. tapi sebab terharu. terima kasih awak. =')

You Might Also Like

0 cot-cet cot-cet mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...