Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Friday, 10 August 2012

Amirah..who?

as salam.

who's Amirah? huhuhu.. takde siapa-siapa yang spesifik pun. cuma tiba-tiba nama ni jadi trending dalam rumah pagi tadi. mulanya begini;

" ibu tau tak, amirul jiran kita tu cakap dia suka kat aten. shhh...rahsia tau. (nasib baik aten tak baca blog ni. kekeke...) mula-mula aten tolak, sebab dia kata amirul tu muka nerd. budak belajar je. tapi sekarang kalau nampak amirul, dia terus cakap kat alia, 'tu boypren aten'. gatai kan aten?" si alia memulakan bicara.

ketika tu, ibu tengah jaga oven, saya dan alia sibuk membentuk tart nenas.

" eley, alia pun apa kurangnya. dah la minat 'bekas perdana menteri'. hahahaha.." saya saje je bahan dia. sebab dia minat sorang lelaki sejak dari darjah enam. that guy nick name was Pak Lah.

# kami adik beradik agak open la cerita kisah hidup masing-masing dengan ibu. ni je caranya untuk ibu pastikan anak-anak ibu tak salah pilih kawan. ibu tau dengan siapa kami berkawan, dan siapa lelaki yang kami minat (errr..) dan siapa lelaki-lelaki dalam hidup kami (errrrrrrr....). huhuhu..

" eeee...akak ni! tapi amirul tu la lah pelik la. aten cakap kalau kawen dengan amirul nanti masa depan terjamin. yelah, dia kan pandai. nati mesti kerja bagus-bagus. jahat la aten amek kesempatan. padahal amirul tu tak hensem pun."

"eh, amirul tu okey la. akak setuju je kalau aten dengan dia. hehehe.."

"akak suka amirul ke?"

"giler! dia bawah umur la. entah-entah belum matang pun lagi. tamao la. maksud akak tadi, amirul tu okey apa. buat apa cari lelaki hensem. nanti dah tua berkedut jugak. amirul tu baik la. nerd (sebab pakai spek yang macam old fashion), pendiam, tapi comel je.dah la baik. hari-hari pergi masjid. tak pernah miss pun. kalau akak la jadi aten, akak ketepikan semua pakwe-pakwe cina dia tu. baik pilih amirul."

"ibu! akak minat amirul!"

tiba-tiba ibu yang mendiamkan diri je dari tadi tukar topik. hahahaha..

" korang tau tak, sebenarnya ibu suka nama Amirah. dulu sepatutnya nama kakak jadi Farah Nur Amirah."

"WHAT?! hahahahaha... ibu tukar topik! kenapa pulak amirah boleh jadi azrina ibu?"

"dulu masa sebelum ibu bersalin, ibu dah bincang dengan ayah. aklau anak perempuan, letak nama amirah. kalau anak lelaki, letak nama amirul. ibu tak tau pun jantina farah sebelum bersalin tu. ibu siap canang-canang lagi kat arwah mak, makcik-makcik semua yang nama bakal anak ibu ni amirah or amirul. tapi time tu Nabilah lahir dulu. lepas tu cik yah bubuh nama Amirah kat nama Nabilah. ibu sedih la jugak sebab ingatkan nan letak nama amirah kat nama Farah. tapi lepas tu ayah pujuk. cakap, 'apa kata kita gabung nama kita berdua? Nur dari nama you, Azri dari nama I.' maka akhirnya terlahirlah nama azrina."

"ohoooo... kenapa ibu minat nama amirah tu?"

"entah. ibu suuuuka sangat nama amirah tu. tapi takpelah. dah rezeki Nabilah dapat nama Amirah."

"hahahaha.. kak Amirah... oh..kak Amirah..."

maka, bermula lah sesi sakat-menyakat antara dua beradik ni. nasib baik Aten sekolah. kalau dia join jugak lagi parah. >.<

0 cot-cet cot-cet mereka...:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...