bukan kisah saya.

An “ex” is called an “ex” because it’s EXample of what you shouldn’t have again in the future

source: facebook

as salam.

maaf, ni bukan entry pasal 'how-i-miss-my-ex' ataupun 'i-hate-my-ex-so-much'. *sigh..* saya tau, setiap dugaan pasti ada hikmahnya, pasti ada sebabnya. saya nak menceritkan, meluahkan satu cerita. bukan nak mengutuk siapa-siapa, cuma nak meluahkan. >.< bukan kisah saya. tapi kisah hidup seseorang. yang saya kenal. lelaki...memang macam tu kot. *sigh...*

#amaran! entry bebel panjang. kalau malas nak baca, boleh terus tutup. sekian.

******

pak cik A, sudah berumahtangga almost 24 tahun. ada 4 orang anak yang sehat-sehat comel-comel belaka. kewangan pun, walaupun tak berada macam orang laen but still boleh kira mewah jugak la bagi golongan sederhana.walaupun umor pak cik ni dah nak masuk 50 tahun, tapi alhamdulillah, masih diberikan tahap kesihatan yang baik, rupa paras yang macam lelaki berumur 30-an (urgh..). keluarga pak cik ni alhamdujlillah, bahagia. jarang bergaduh. solat pun kerap jugak berjemaah. kiranya, keluarga ni bukan berunsurkan dunia semata-mata la. still pentingkan ilmu agama, alhamdulillah. makanya, patut tak pak cik tu bersyukur?

anak-anak pakcik ni sangat rapat dengan keluarga. maksudnya, patuh dengan family. bukan jenis yang suka hangout dengan kawan-kawan sangat, sebab dorang sangat-sangat dijaga oleh kedua ibu bapa mereka. mungkin ade sorang dua yang degil, suka buat perangai. but still, takde yang sampai bila marah or merajuk tu keluar dari rumah. paling koman pun lari masuk bilik, kunci, lepastu nyorok bawah selimut. dan merajuk/marah dorang bukan lama pun. tak lama kemudian masing-masing mintak maaf, dan act like nothing happen. ciri-ciri keluarga agak 'bahagia' kan? hohoho.. makanya, patut tak pakcik tu bersyukur?

tapi nak buat macam mana. lumrah hidup seorang lelaki. bila dihasut, digoda syaitan sikit, mulalah rasa tak bersyukur. okey, bukan lelaki je. perempuan pun sama. tapi sekarang ni cerita ni pasal pak cik tadi, so highlight pada kaum adam la ea. huhuhu.. menggunakan alasan 'jiwa sepi', bermula dengan alasan 'have fun' je, dia mula memasuki dunia chatting. bila dah mula berchatting, semua gelaran hilang. mana lagi nak mengakui diri tu suami orang. mana lagi nak mengakui diri tu seorang ayah. mana lagi nak mengakui diri tu umor nak masuk zon 'warga emas'. menggunakan kelebihan yang Allah beri, dia mula bergembira di dunia cipataannya. sehinggalah...


meet poli (bukan nama sebenar). poli, seperti nama yang tertera didalam hempon pak cik ni. tak tau sama ada poli stand for 'ex-student-politeknik' sebab that women from politeknik or stand for 'poligami'. wallahua'lam. si wanita, lansung tak tau keadaan yang sebenar. sibok mengejar chenta internet, maka mereka mula berhubung secara serius. serius sampai tahap pak cik ni dah mula buat cerita kat anak-anak dia yang dia nak kawen lagi. disebabkan pakcik ni suka bergurau dengan anak-anak dia, so mereka anggap je lah benda ni macam satu gurauan.

sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ketanah jua. kan? rahsia terbongkar. si isteri dapat tau. dengan rasa kecewa, si isteri pergi jumoa keluarga si poli ni. keluarga si poli? terkejut giler. dalam masa terdekat, terus dikahwinkan si poli ni. tanpa rela. kesian? hmmm.. agak la. tapi nak buat macam mana kan? nak selamatkan rumahtangga, tu jelah caranya. maka dengan ini, putus sudah hubungan pak cik ni dengan kekasih gelapnya.

cerita dah habis. eh, belum lah. si poli, alhamdulillah. dah terima hidup dengan suaminya. dah ada anak dah pun. keluarga pak cik tu? alhamdulillah..kembali aman. tapi.... lelaki. haish... tak tau kenapa. still tak boleh lupakan 'ex' dia. nak sangat couple balik dengan 'ex' dia. giler tak giler? setiap hari, diam-diam dia call ex dia si poli tu. wallahua'lam..tak tau sama ada si poli layan ke tak. eh pak cik ni. sedar ke tak dia dah bergelar isteri orang? 

cinta tak seharusnya memiliki

i don't know whether this pak cik sangat-sangat-sangat cinta dengan ex dia ke hape, sampai tak boleh lupakan tahap yang macam tu. hati isteri mana tak sedih keadaan suami macam tu? hati anak mana tak kecewa dapat anak macam tu? macam mana kalau benda tu jadi tak anak dia sendiri? *sigh...*

sometimes, seronok tengok pakcik-makcik guard sekolah rendah Akim yang pergi kerja, balik kerja, berpegangan tangan. padahal dah tua tu. susah senang still bersama. alangkah bahagianya begitu.

************


" MISKIN tidak menghalang KEBAHAGIAAN. GAMBAR ini telah menceritakan segala-galanya...walaupun mereka hidup SUSAH tetapi mereka tetap BAHAGIA..." ♥

Moral of the story...

" Kasih sayang yang sebenar itu datang dari hati yang jujur dan ikhlas, bukan dari kemewahan yang melimpah ruah..." ♥

sumber : facebook


dengan adanya lelaki-lelaki macam ni di sekeliling hidup saya... patut tak saya rasa... menyampah? benci? trauma? anti-lelaki? anti-kawen? *sigh*

mungkin, ada baiknya kaum wanita lebih mengutamakan hubungan mereka dengan sang Pencipta daripada memikirkan hubungan mereka dengan manusia. mungkin boleh ambil kisah Rabiatul Adawiyah;

“Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.”

tinggalkan cinta dunia, tinggalkan cinta manusia. gapai cinta Allah. semoga hati menjadi lebih kuat.


# kata-kata Rabiatul Adawiyah diambil dari sini; http://permai1.tripod.com/rabi.html

tertarik dengan kata-kata di facebook Bercinta Selepas Nikah;

Kalau kita betul-betul sayangkan dia, lepaskanlah dia demi kebahagiaannya.. Itulah erti cinta yang sebenar..

dear pakcik, tolonglah berubah. sayangi keluarga anda. sayangi orang-orang yang menyayangi anda. selagi mereka masih ada... 


p/s---> jom hidupkan 10 malam terakhir ni dengan segala amalan yang kita mampu. Ramadhan bakal meninggalkan kita. sob..sob..


sumber: facebook

You Might Also Like

0 cot-cet cot-cet mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...