cerita si kecik.

cerita1


"ibu, tadi kat sekolah akim kena marah."

"kenapa?"

"tadi kat dalam kelas akim takde cikgu. lepas tu ade pengawas yang jaga. dia tulis nama akim. padahal akim tak buat bising pun. kawan-kawan akim yang bising."

"oh..cikgu marah akim ke?"

" cikgu cakap, siapa yang buat bising nanti dia kena pindah kelas. akim sedih la. kawan-kawan akim pun sedih. lepas tu akim dengan dua orang kawan akim melukis sambil sedih-sedih. dorang tak nak akim pindah kelas. "

"betul keeeeeeeeeee..?"

"betullah. tak caya tengok ni."




time ni ibu tahan gelak. saya? kekekeke... *muka evil sambil tahan daripada nak gelak besar* tapi diam-diam saya curik buku dia, nak snap pic ni. tunggu la one day nanti akim dah besar sikit, saya nak tunjuk balik. kekeke...

"ibu..akim tak nak pergi sekolah esok. nanti akim kena pindah kelas. akim takut."

=__='  ooookey. naif sangat budak kecik ni. sebab tu lah asyik kena buli je dengan ayah. haha.. antara buli-an ayah;

cerita 2


"akim kenapa suka buat rambut terpacak camtu?"

"sebab smart lah yah. tengok ni, akim smart. ayah tak."

"akim, jaga-jaga tau. rambut pacak ni bahaya. *sambil pegang rambut pacak akim yang dah letak gel segala* kalau tercucuk orang, nanti boleh meninggal. sebab lama-lama nanti rambut akim ni jadi keras, tajam macam pisau"

lepas tu ayah mendiamkan diri dan fokus untuk drive. akim....berfikir kot. muka macam berfikir dalam-dalam. wayyy to deep. hahaha.. but the best thing is, lepas tu akim cuba 'cucuk' dashboard kereta dengan rambut pacak dia!

"akim buat apa ni?" -->ibu yang tanya

" tak tajam pun rambut ni? tempat ni *tunjuk kat dashboard kereta* tak tercucuk pun yah?"

 hahahaha.. ibu terus tepuk peha ayah. marah sebab cerita benda bukan-bukan kat akim. tapi yang nyata, semua orang dalam kereta time tu memang gelak besar la.


#kesimpulannya, kanak-kanak sangat mempercayai kata-kata orang tua. eh, kalau macam tu... mungkin sebab tu kot dia tak percaya cakap saya..sebab saya muda lagi! XD oke stop. tu bukan pointnya.

pointnya kali ni, kalau anda ade adik kecik, or anak saudara or sepupu or anak sendiri, silalah ceritakan benda yang benar sebenar-benarnya. jangan sogokkan dorang dengan benda yang tipu. sebab dorang mudah percaya. lagi-lagi cerita pasal hantu. kalau dari kecik dorang dah letak fahaman yang 'kita-paling-takut-dengan-hantu', tak ke dah syirik kecil tu? bukan ke kita kena takut dengan Allah, Tuhan sekalian alam? haaaa... think about it.


oh, saya perasan something..lately ni, saya banyak cerita pasal si akim. hehe.. nak buat macam mana, untuk distract perasaan kat 'benda' laen, lebih baik ingat kat adik sendiri kan kan kan? lagipun, si kecik ni adalah lelaki yang paaaaaaling saya sayang selepas ayah dalam hidup saya. if one day nanti...dia dapat tau perkara sebenar sekalipun.... saya tetap sayang dia. once he is my precious adek, forever he will be. =')


ok, stop emo farah. kau emo pasal benda laen, pastu lepas kat sini pulak kan. =_=' pffft!


ehem. budak-budak ni.... they're sooooooooooooo naive! but still, cute. hehehe.. best untuk dibuli. >.< oh no! jahatnya kakak ni.



p/s--> sarah, i'm soooooooooooo sorry. penat la buat kerja rini. sangat3 penat. aku tak dapat nak ym dengan kau malam ni. miane! i promise i'll make up for you later. buat masa sekarang, i just need to be alone.   so many things aku nak kena fikirkan. hohoho... kenapa macam pelik gila ayat aku. =_='

You Might Also Like

0 cot-cet cot-cet mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...