Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Thursday, 23 August 2012

de momento.

as salam..

pernahkah anda lalui...

1- that awkward moment --> bilamana ada lelaki bukan ajnabi datang rumah dan kita berdesup masuk bilik, pakai segala yang boleh dijadikan untuk menutup aurat, dan bila kita dah keluar dari bilik dengan penuh keyakinan yang kita dah jaga aurat kita tiba-tiba kita baru sedar yang kita pakai baju muslimah dengan seluar tidur! =__='

2- that embarassing moment --> bila mana kita baru lepas shopping komik bagai nak rak dan dengan gembiranya membawa satu plastik besar yang penuh dengan komik-komik dan bila kita tengah jalan tu tiba-tiba plastik tu koyak dan semua buku berterabuh kat atas lantai. dan adik-adik yang sangat sengal dengan lantang dan gumbiranya gelakkan anda yang tengah blank dan blur di tengah-tengah shopping mall.

3-  that crazy moment --> bila mana anda sedang membaca komik (selaen keluaran gempak starz) dengan khusyuk dan tiba-tiba ada bahagian sensored yang lansung tak di sensoredkan dan telinga anda terus rasa panas giler rasa tak tau nak buat apa dan bila anda pandang belakang tup-tup adek anda turut sama ternampak sesuatu yang dia tak payah nampak dan label anda sebagai gatai. >.<'

4- that funny moment --> bila mana anda yakin 100% yang adek kecil anda mencarut (i've clearly heard he said Ba*i) dan anda kejar dia satu rumah sebab marah sangat dengar ade orang mencarut dalam rumah anda dan tiba-tiba lepas cubit dan belasah dia habis-habisan adek perempuan anda cakap

"kakak, kenapa marah dia cakap tambi?"

*sigh* dan anda terus peluk si kecil dan terpaksa korbankan rm2 untuk memujuk dia kembali. semua salah telinga dan otak yang salah interpret maklumat. =_='


*sigh*

0 cot-cet cot-cet mereka...:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...