Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Tuesday, 7 August 2012

si gatal. lagi!

as salam.

kejap. nak gelak. gelak besar punya. bhahahaha! *maaf, tak sopan.*


dalam ibu sibuk buat kuih raya, saya sibok pasang langsir sambil kemas rumah, akim yang bosan turut serta men'sibok'kan diri. mula-mula, cari gaduh dengan saya. lepas tu, sepahkan rumah. urgh.. geram betol! later on, dia mula menyanyi. hahaha. yang ni memang nampak sangat dia takde keje. =_='

*nyanyikan ikut nada budak-budak*

" a-pa-kah hu-bu-ngan i-bu de-ngan a-yah?" 
sambil mata memandang saya, tunggu jawapan. heh. memang tak la nak layan dia. hahaha.. padan muka. kemudian dia sambung lagi.

" a-pa-kah hu-bu-ngan a-ten de-ngan pa-kis-tan?" 
time ni ibu dah datang depan, nak rehat jap. ibu marah akim. suka hati je nak ejek kakak-kakak. padan muke dia lagi! hahaha.. *sambil angkat ibu jari, jelir lidah kat dia*

" eeee...! haaa! a-pa-kah hu-bu-ngan a-kak de-ngan a-bang a-***?" 
oke. ini dah melampau. turn ibu pulak gelak. ceeet! sampai hati ibu!

"eh, takde pape hubungan pun. akim jangan sebut nama dia lagi oke?!" sambil buat muka serius. kalau tak nanti dia buat lagi. padahal dalam hati nak tergelak dah tengok muka cuak akim. hehehe.. siapa suruh bahan kakak.


"kenapa akim suka sangat dengan abang a***?" oke. ibu ni memang lah.orang dah cakap drop the subject, tapi still nak bahan orang. yang lepas tu lepas lah. nak buat apa ingat-ingat lagi. >.<

"sebab abang tu baik. dia bagi akim maen game kat hempon dia. akim tak suruh bagi pun, tapi dia bagi jugak."

urgh.. adek aku yang sorang ni.. senang betul nak bagi rasuah. just sebab dia bagi maen game, terus dapat label abang baek? no wayyyy!

"akim, dia jahat lah. baek akim lupakan dia. nanti akak carikan abang laen untuk akim eh?"
hohoho.. niat kat hati nak cakap camtu. tapi kalau dilayan ibu dengan akim ni, kang tak abes-abes saya kena bahan. so, diam adalah perkara paling bijak yang saya boleh lakukan.

tiba-tiba alia masuk.
" a-pa-kah hu-bu-ngan a-kim de-ngan a-fi-na?"

"haa! akim gatal! siapa afina ni? ibuuuu! akim gatal." padan muka. bahan kite lagi. kan da kena. tapi reaki akim buat saya rasa...pelik..? dia...senyum kambing. sambil menggedik-gedik gelak. eh budak ni. angau ke ape?

"afina tu nak kawen dengan akim. dia cakap dia ada baaaaaanyak pilihan, tapi lepas tu dia pilih tiga je. akim, salehuddin dengan noramin. tapi salehudin suruh akim kawen dengan dia dulu. lepas tu dia cakap dah besar nanti dia nak kawen dengan akim."

WHAT THE........... FISH?  DUCK? CAT? bhahahahahaha! *gelak guling-guling*

ibu yang dengar pun gelak besar. alia apatah lagi. akim senyum kambing je. oh tidak. adek saya si gatal! =__='

#sukahatikaujenakkawencepatcepat. grrrrr....

kecoh rumah pagi tadi. semua sebab akim si gatai. >.< tapi bila dah hantar dia pegi sekolah tadi.. hurm...sunyinya rumah. akim cepatlah balik! ='(

0 cot-cet cot-cet mereka...:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...