Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Monday, 6 August 2012

tak perlu kaya.



Beliau adalah penarik beca selama 20 tahun yang telah menderma sebanyak RM150,000 untuk membantu 300 pelajar yang amat miskin.

Pada satu musim salji, beliau telah memberi RM250 terakhirnya untuk cikgu2 pelajar tersebut dan berkata, "Ini adalah derma terakhir saya kerana saya sudah tua dan tidak dapat bekerja lagi". Beliau meninggal dunia pada umur 93. Namanya Bai Fan Li

Anda tidak perlu menjadi kaya sebelum anda menolong orang yang susah.

Bagaimana kita sebagai umat Islam yang tahu besarnya pahala sedekah? bagaimana kita di bulan ramadhan pahala yang berlipat ganda ?

tepuk dada, tanya iman.... :)

sumber: facebook

# this article remind me of my old self. saya pernah cakap macam ni, lebih kurang la. bukan spesifik satu-satu ayat macam ni. (masa tu zaman belum matang);

"dah besar nanti akak nak jadi orang kaya la."

"kenapa?"

"nanti dah kaya boleh tolong orang miskin/tak berkemampuan. dah kaya boleh beli rumah agam yang besar (hasil tengok telenovela kat tv3 =_=) lepas tu ajak seeeeeeemua orang duduk sama-sama satu rumah."

this is a dream. my childhood dream. a real one. time tu dalam otak dok pikir  orang kaya je boleh bagi derma sana sini (konon-konon la) disamping dapat beli pape yang kita nak. sebab tu sibok nak jadi kaya. heh. punya la cetek pemikiran saya masa belum matang ni. =_=

dan lama ke lamaan, harapan nak 'jadi kaya' tu hilang dengan sendiri. bila mana tengok keluarga yang punya harta yang banyak, tapi punyai banyak problem. dengan masalah dengan iman, keluarga, dunia dan macam-macam lagi lah. urgh.. lebih baik hidup sederhana macam sekarang. walaupun nak mintak ipad tak pernah-pernah nak dapat, *tibe-tibe je* nak ipod/ipong pun tak mampu, tapi sekurang-kurangnya i'm happy with my life, with my family, with my everything. sikit-sikit Allah nak duga tu, biasalah kan?

bayangkan, saya yang sederhana, rumah pun takde barang-barang berharga sangat (berbanding pakcik kaya yang rumah dia sebaris dengan rumah saya) pun boleh kena pecah masuk. sampai saya trauma nak turun bawah sorang-sorang (even untuk minum air tengah-tengah malam) apatah lagi kalau berharta lebih sikit. >.<

okey. saya ada benda nak story sikit. gedik la nak story-morry segala bagai. =__=' tapi tak kira, saya nak story jugak. sebab saya sangat terkesan dengan kata-kata dia. ya, dan kini saya sangat pasti. memang lelaki ni fail bab memujuk wanita. >.<


*****

4 ogos yang lepas ibu ditimpa musibah yang teruk bagi kaum wanita, which barang kemas peninggalan arwah dan yang ibu dengan bersusah payah kumpul duit dari zaman remaja, dirompak. eh, ayat ni macam tak kena. bukanlah ibu kena rompak kat tengah-tengah jalan ke apa. tapi, rumah kami diceroboh masuk sekali lagi. tak tau pun bila. tapi penjahat tak aim barang-barang besar seperti laptop saya yang sentiasa terbuka ni. dia aim benda-benda tersorok. pelik kan? so, rantai, gelang, subang emas kepunyaan ibu, saya dan adik-adik menjadi sasaran. dan nah, raya ni no more barang kemas for us. ibu trauma. sedih. barang kesayangan hilang, yang dah kita kumpul-penat-penat dari zaman remaja, siapa tak sedih kan?

#perasaan tu umpama saya peristiwa ni, bila mana saya mengidam nak minum jus tembikai, dan ibu belikan tembikai. yeay!  saya sibuk prepare blender, ais, dan segala bagai untuk buat jus tembikai tu. tiba-tiba, bila nak keluarkan tembikai dalam peti sejuk, dia dah takde. hilang! dan ibu cakap, akim dah makan tembikai tu tadi. urgh!

lepas sedar barang kemas hilang, ayah ajak pegi shopping baju raya. of course la dalam perjalanan ibu moody, diam, suram je. kitorang buat lawak sengal kat belakang pun ibu tetap tak gelak. senyum pun tak. bimbang dengan keadaan ibu time tu, . dan dia mula membuka bicara. lebih kurang macam ni la ayat dorang;

"you sedih lagi ke? tu lah. siapa suruh beli barang kemas kalau tak pakai."


"kan budak-budak pakai time raya. abang ni, barang kemas tu keinginan setiap wanita la."


"kalau teringin nak ada, lain kali pakai 24jam. bukan simpan, setahun sekali je pakai"


"abang, budak-budak ni bukan boleh pakai time sekolah la."

"hmm..  buat apa beli untuk anak-anak? nanti dah besar dorang boleh beli sendiri."


"sekurang-kurangnya, ada lah peninggalan dari ani untuk anak-anak."


" ni yang i tak suka ni. sebab benda yang i tinggalkan untuk dorang ni, hanyalah ilmu dan agama. buat apa tinggalkan harta, nanti bukannya i dapat pape dari tu. tapi kalau tinggalkan dorang agama, at least masa dok dalam kubur nanti 'income' untuk i sentiasa masyuuuuk je dari anak-anak. hehehe.."


" hmm...tapi.. impian setiap wanita untuk ada barang kemas..salah ke nak belikan untuk anak-anak?"


" memang la tak salah. dah tu, yang you sedih sangat ni kenapa? cuba you fikir balik, time you tertinggal apa-apasolat, you sedih tak macam ni? fikir tak, 'ya Allah, kesalnya aku, sedihnya aku tertinggal solat'. ada tak? yang tu you patut sedih. bukan sebab hilangnya sesuatu barang yangAllah pinjamkan untuk you sementara di dunia ni. bla bla bla...."


#ayah kalau dah start membebel memang takkan habis. huhuhu..

******

so, as a conclusion... redha dengan apa yang kita ada sekarang. hehehe... yang laen-laen punya pengajaran, sila pahamkan sendiri. tak paham jugak, formspring saya. buat masa ni, saya tengah busy. ade date! dengan cik sarah. hehehe... >.<

p/s--> lelaki dan complicated memang tak dapat dipisahkan. dan i hate complicated man. yang suka bagi orang laen salah faham dengan tindak tanduk dia.

0 cot-cet cot-cet mereka...:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...