petua ibu #1

as salam.

ibu ada banyak petua. nak cantik? nak kurus? nak masakan sedap? nak buat kuih raya sedap-sedap? nak dapatkan kasih sayang ibu banyak banyak banyak? hoho.. you name it. insyaAllah, ibu akan terus cerita/bebel/tunjuk caranya. tapi jangan tanya macam mana nak dapatkan future hubby yang baik sebab yang tu ibu suh carik sendiri. =.= lalala~... *gediks*

orang tua-tua memang banyak petua, lagi-lagi kalau asal dari kampung. (klang can be consider as kampung. tak kire! nak jugak ada kampung!) ibu banyak tips-tips berguna, anak dia je tak nak dengar. lagi-lagi anak sulung kesayangan ibu neh. kekeke..

lately, ramai yang puji muka Aten makin putih, muka Alia makin berseri. dan ade pak cik sengal yang cakap muka saya makin berminyak. ceet! =_='. ramai yang tanya adek-adek saya, apa rahsia mereka? heh.. bab ni yang saya lemah sikit. sebab lepas tu ibu mesti pandang saya dengan mata yang tajam beserta perlian;

" anak orang laen bersusah payah nak dapatkan tips dari ibu. anak ibu sendiri tak nak amek tau. "

=_____________=' oke fine ibu.. fine! *sulking*

disebabkan cemburu dengan perubahan muka adik-adik, makanya kini saya mula ambil tips dari ibu satu per satu. hehehe.. tapi buat masa ni baru satu je petua ibu yang saya guna. sebab malas sangat. hehehe... :D

#1 petua serikan wajah.

yang ni senang je. bahan-bahannya sangat mudah nak diperolehi. *wink*

bahan bahannya:

1. bekas kecil / mangkuk kecil
2. beras yang belum dibasuh. 
3. emak yang nak basuh beras

cara-caranya:

1. ambil mangkuk kecil/ bekas kecil. get ready, tunggu mak nak ambil beras untuk dibasuh.
2. cakap dengan mak, untuk basuhan pertama beras tu, letak air sikit je. jangan lebih dari beras.


3. dengan air yang cukup-cukup tadi, basuh beras sambil baca selawat 3x.
4. kemudian air basuhan beras tu jangan pulak dibuang. letakkan dalam mangkuk kecil anda tadi. 
5. kemudian basuh muka anda dengan air basuhan beras tadi. biarkan selama 10 minit atau lebih. ikot suka hati anda lah. then bilas.
6. jangan habiskan semua air tadi. simpan sedikit. biarkan kat atas meja semalaman. anda akan nampak air beras tu makin lama makin keruh.
7. esoknya, atau kalau nampak air kat atas beras tadi dah start jernih, dan ade benda macam putih-putih kat bawah dia, haaa.. jangan buang pulak. perlahan-lahan, buang air jernih tu dan tinggalkan serdak (tu kot nama dia) putih putih tu melekat kat mangkuk anda.
8. pakai serdak putih tu kat muka anda. macam mask, bila kering nanti, anda akan rasa muka anda makin mengeras. 
9. amalkan selalu.

done!

# tahan jelah dengan bau beras tu. bila kering nanti hilang la bau dia. huhu..

p/s--> time pakai tu banyak betul dugaannya, asyik nak buat saya gelak je time muka tengah mengeras. sebab muka mengeras, mulut susah nak gerak, cakap pun senada je. sampai ibu cakap camni;

"farah tak payah la cakap. suara takde perasaan. akak diam lagi bagus." <-- sampai giler hati ibu!

pastu bila saya  berusaha nak tahan gelak sebab tengok muka aten yang baru bangun tidur tu macam alien (sebab saya yang  baek ni menconteng muka dia time dia tidur. kekeke), tiba-tiba ayah tegur macam ni;

"kenapa Farah? tutup-tutup mulut, pegang-pegang muka, sakit gigi ke? gigi baru nak tumbuh? ke baru nak patah?"

dan akhirnya saya tewas. 

" kah kah kah kah!" *gelak guling-guling. habes muka. =__='*

You Might Also Like

0 cot-cet cot-cet mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...