puasa dan eye mo.

as salam.

beberapa hari yang lepas,  masa kat kelas FAR 430 (sambungan kepada FAR 400) saya sangaaaaaaaat mengantuk. sorry madam! eventhough dari tepi muka madam macam ibu sikit, saya tetap tersengguk-sengguk menanti madam habis cakap. huhuhu..  disebabkan keadaan sangat memalukan, di mana saya duduk quite depan..dan tersengguk dengan ketara, maka saya memikirkan satu solution untuk bagi hilang mengantuk. EYE MO!


ye kawan-kawan.. penyelamat dunia telah datang! BANANANA *music background* (ala-ala iklan tv9)

baru saya nak titiskan keatas mata yang dah makin kuyu lagi sepet ni, tiba-tiba Mizat cucuk pinggang saya.

"Fera, jangan!"

"apa? kenapa?"

"kau puasa! tak noleh pakai aye mo. nanti batal."

"eh, kenapa pulak? aku dah pakai dari pagi la. aku mengantok giler ni. lens pun macam dah kering. kang sakit ooo.. baek aku pakai sekarang."

"mana boleh! batal la. mak aku ade tanya sorang ni, dia cakap batal la kalau pakai eye mo time puasa. memasukkan sesuatu dalam mata. kan ade lubang kecik kat dalam mata tu, nanti dia serap pastu masuk dalam badan. pastu ko dapat rasa aye mo tu."

"eh, ye ke? hmm *dengan was-was* tak pe lah. tak jadi lah pakai. lagipun aku tak tau pun pasal benda ni. so tak batal la puasa aku kan?"

"aah. dah2, di simpan. kalau nak hilang ngantok meh aku cucuk-cucuk lagi nak?"

"eh? takpe la."

disebabkan curiosity yang melampau-lampau, dan mata dah rindu nak pakai lens cepat-cepat tapi saya tengah nak habiskan puasa enam, makanya.....saya pun tanya la pak cik google, betul ke tak apa yang mizat cakap tu. dan saya jumpa ni;

HUKUM PAKAI EYE MO KETIKA PUASA
hukumnya sama seperti bercelak, tidak membatalkan puasanya

sumber: http://lampukelip-kelip.blogspot.com/2011/08/eye-mo-ketika-puasa.html

dan si penulis blog ni cakap, dia based on buku 100 persoalan puasa by ust azhar yahya + ustz fadilah haji yaacob. so, kalau was-was lagi, marilah kita cari buku ni di mana-mana kedai buku, atau bertanya pada yang pakar. yang lebih pakar. sekian.

p/s--> tak pakai  lens 2-3 hari ni sebab dengar Mizat cakap camtu. back to the old specky Fera. Nersy Fera. huhuhu..

You Might Also Like

0 cot-cet cot-cet mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...