Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Sunday, 14 October 2012

.rindusetengahmati!.

as salam.


it's been a while since si Farah ni dapat pangkat CEO of PBSM (persartuan Balik rumah setiap minggu). sekarang dia dah turun pangkat, bagi pangkat tertinggi ni kat orang lain. sekarang si Farah cuba untuk mengorak langkah, join PBI  persatuan budak independent) yang mana majoriti ahlinya stok-stok yang tak reti nak balik rumah jumpa family. nak hidup berdikari, walaupun sekangkang kera sebatang kara kat Melaka ni. eheh..

dah dua minggu saya kena batuk-batuk+demam yang kejap ade kejap tak+ hingus yang dengan lajunya meleleh-leleh + pening kepala yang tak frequently datang pun tapi sebok nak mention kat sini. hew hew hew.. disebabkan duration mende alah ni berlaku sangat lah lama (pada pandangan ibu) maka tiba-tiba mereka yang berada disebelah sana bercadang untuk menjenguk seketika anak kesayangan yang sakit diperantauan ni. hoyeeeah! maka perasaan anak yang sedang sakit ni mula lah berbunga-bunga keriangan sebab dah lama tak jumpa family, rindu tak terkata!

kusangka, panas hingga ke petang. tapi tiba-tiba hujan pulak tengah hari. ceeeh! sebok je hujan!

suddenly, lepas bagi harapan segunung impian, ibu cakap ayah kerja. tak dapat pergi jenguk anak kesayangan dorang. *matamulaberair* maka, si budak matang ni mula bertukar menjadi budak cengeng kembali. sob sob.. i miss my family.

saya tak kesah orang nak label saya gedik, mengada or whatever lah yang sesuai. hey! rindu kat family, bukan salah pun. sekurang-kurangnya, rindu saya pada insan yang betul. pada mereka yang HALAL untuk dirindui. bukan pada jejaka-mana-ntah-yang-tiba-tiba-dapat-mandat-untuk-dirindui. ewww~...*ala-ala budak gedik* at least saya utamakan parent selagi mana saya belum punya tanggungjawab pada insan yang bergelar.... ehem..bakal suami *panastelinga*.

ayah banyak kali mention, once perempuan tu dah berkeluarga *means kawen lah* dia kena ikut segala perintah suami dia (as long as tak melanggar perintah Allah) dengar cakap suami dia, ikut suami dia, dan kalau si suami sampai tak bagi balik kampung jumpa parent pun kena ikot jugak. ayah cakap ayah tak nak jadi penyebab kami, anak-anak perempuan dia dapat dosa sebab tak ikot cakap suami. so dia dah redha awal-awal kalau saat-saat akhir dia, anak-anak dia tak ade dengan dia sebab kena ikot cakap suami. *sob sob* walaupun nampak kejam, tapi itulah realitinya. sebab tu lah sejak dengar kuliah subuh ayah tu, saya dah nekad, utamakan family selagi boleh. sob sob..

kan dah gedik, mata nak berair time cakap pasal family. grrrr.... lepas subuh tadi dah basuh baju, kemas katil, kemas buku, konon nak sibukkan diri. tak nak ingat atau sedih sebab tak dapat jumpa ibu ayah adik-adik. but at the end, tulis jugak blog sebab dah tak tahan. rindu sangat!

p/s--> cepatlah cuti!

0 cot-cet cot-cet mereka...:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...