.solat dan dosa.

as salam.

dalam kuliah lepas Isyak semalam, Ustazah Minah ade cakap;

"kenapa kita solat, tapi tetap lakukan perkara mungkar? itu  tandanya solat-solat kita tak khusyuk. bila solat tak khusyuk tu, cuba kita fikir balik. adakah solat-solat kita diterima oleh Allah?"

wallahua'lam. ustazah tak cakap spesific macam ni, tapi saya sendiri yang ringkaskan. sebelum ni pernah terjadi sesuatu yang buat saya terasa sendiri dalam diri. it's not about mengaibkan diri sendiri, tapi nak muhasabah diri sama-sama,

 bila mana family dilanda musibah, adik-adik kena gangguan, time tu iman dan akidah kami benar-benar teruji. time adik-adik ganggu tu, one of us pegi telefon kawan yang ade 'kelebihan' untuk 'minta tolong'. dan alhamdulillah dia tak angkat call tu. sebab ayah marah sangat. ayah cakap;

"bila ada masalah macam ni, kita minta tolong pada ALLAH. bukan pada manusia! tu pun alhamdulillah kawan awak tak angkat call tu. kalau dia angkat tadi macam mana?!"

betul. apa yang ayah cakap tu betul. dekat situ kita boleh nampak sekuat mana pergantungan kita pada Allah. dan one of us,cuba baca zikir-zikir, ayat-ayat quran untuk lawan gangguan tu. tapi.... hilang. lupa. even bacaan simple macam Ayatul Qursi pun boleh salah! malu. malu sangat.

dan sekarang, rasanya ayah dah pesan;

"jadikan ayat-ayat Ruqiyah tu amalan, bukan baca time ada problem je. jadikan al-Quran tu amalan. bukan baca time hati tak tenang je. kalau benda-benda tudijadikan amalan, insyaAllah badan jadi kuat, terhindar dari gangguan-gangguan ni."

tapi kami ni.. heh.. manusia yang gedik lagi tak tahu malu. beramal time perlu. bila dah oke sikit, tinggal macam tu. memang padan la muka diri sendiri. =______=

one of us, walau macam mana pun dia cuba buat, tapi dia lansung tak diganggu. i'm quite curious, kenapa dalam family, dia sorang je yang selamat, tak diganggu. dan ini jawapan ayah;

"cuba tengok amalan dia. pernah tak Farah nampak *** tak solat tahajud? pernah tak Farah nampak *** tak puasa dalam seminggu? dan ayah sendiri redha dengan setiap perbuatan/amalan ***. redha *** terletak pada keredhaan suami, dan bila suami redha, maka Allah pun redha."

it's something like that lah ayah cakap. bukan exactly macam tu, tapi based on apa yang saya faham, ianya macam tu. *sigh* time untuk muhasabah diri. malu lah macam ni. malu sangat. >______________<

You Might Also Like

0 cot-cet cot-cet mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...