Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Thursday, 18 October 2012

tips nak bangun malam.

as salam.


saya sedar kepayahan diri nak bangun tengah malam, date dengan DIA. saya sesar setiap malam, kadang-kadang saya akan terbangun pagi, sama ada melalui kejutan dari teman sebilik ataupun, bunyi hempon yang mendayu-dayu ataupun mimpi yang buat saya tersentak seketika. setiap malam pun macam tu. tapi malangnya, tak lama lepas tu saya akan kalah dengan nafsu sendiri. tidur balik. =__________=' malunyer!

sampailah tadi, bila tiba-tiba dalam pukul 2 lebih kot, ade pakcik 'history' telefon. entah apa yang dia nak cakap, bila tau saya dah tidur, dia terus letak, tinggalakn saya dalam curiosity yang melampau-lampau. hurm..pantang betul lah dengan orang yang suka tinggalkan tanda tanya ni. penatlah saya dok pikir amenda la pak cik ni nak cakap, sekali zaaap! saya teringat sesuatu.

beberapa jam sebelum tu;

ketuk-ketuk bantal;
" Ya Allah, aku betul-betul nak bangun tengah malam malam ni. tolonglah kejutkan aku walau seketika."

letak tangan kat dada, pejam mata;
"aku berniat nak bangun pagi malam ni. bukan sebab nak isi kekosongan dalam jadual amalam yang sahabat sediakan, bukan juga untuk menunjuk-nunjuk ataupun kejar ilmu dunia semata-mata.aku nak bangun malam sebab aku dah rindu nak date dengan DIA."

dan kemudian, paksa mata untuk pejam sambil hayati ayat-ayat Ruqyah dalam mp3. paksa diri tidur awal seperti biasa supaya esok boleh bangun pagi walau dengan apa cara sekalipun.

alhamdulillah! alhamdulillah! alhamdulillah! berjaya jugak. kenapa aku tak sedar? kenapa aku boleh pikir reason pakcik tu call instead of fikir kenapa Allah gerakkan hati pakcik tu untuk call aku. aturan DIA sangat indah. DIA tahu betapa kuatnya pengaruh pakcik tu dalam hidup aku yang mana sampai sekarang masih ada kesannya (erk..=___=) dan menggunakan kelebihan yang dia ada, aku dapat bangun malam seperti yang aku nak. TERIMA KASIH nappeum namja. TERIMA KASIH YA ALLAH!

actually, tips tu pun saya terbaca dari post pak cik tu kot sebelum ni. dah lama dah saya tau pasal tips ni, tapi tak jugak buat. entah kenapa, tiba-toba teringat cara ni. dan alhamdulillah, berkesan!

sebelum ni, kalau nak bangun malam saya akan mintak tolong housemate yang kejutkan, which kadang-kadang TERsambung tidur jugak. kalau ibu yang kejut lagi lah. lembut sangat suara sampai tak mampu nak gerakkan badan pun. =____= dan kalau hempon yang kejutkan, heh... jari saya mesti akan automatik tekan snooze sampai dia diam. hohoho..

saya pernah terbaca, kalau nak bangun malam, mula-mula, kena tidur awal. dalam pukul 10-11 tu dah elok la nak tidur. sebelum tidur tu amek wudhuk dan niat, minta Allah kejutkan  untuk bangun malam. tapi saya ni pemalas. malas nak amek wudhuk sebelum tidur. memang patut la kena ganggu selalu. haissssh... >.<

alang-alang dah bangun ni, boleh la sahur sekali. esok puasa sunat. yeay!

p/s-->pagi-pagi  perut dah craving for kit-kat. tapi tengah on diet. arrrrgh! iman belum cukup kuat nak lawan nafsu untuk sebatang kit-kat! ='(

0 cot-cet cot-cet mereka...:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...