Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Sunday, 11 November 2012

kenali tokoh : Saad Bin Muaz


'Cintamu adalah bermujahadah melawan nafsu, cintamu mendaulatkan Allah nombor satu!'
Fatimah Syarha, Cinta High Class.


# siapa baek hati boleh la hadiahkan saya buku Cinta High Class karangan Fatimah Syarha. saya nak, tapi belum mampu nak beli. duit tengah kering~... sob sob..

as salam.


alhamdulillah.. I've just finish 4 out of 7 test from this week and next week. phew~... penat! rasa macam otak ade brain-freeze seketika, bilamana malam tadi tiba-tiba rasa nak tidur lama-lama tu begitu menggoda jiwa. and i did. heee~.. teruk punya punya budak. tidur tak hingat dunia. memang la esok takde test kan sampai malas nak study? *erk* oke. ini ayat perlian. i do have a test tomorrow night. and dua lagi test rabu depan. *sigh*. takpelah. sikit je lagi. 6 minggu before final exam then it's over for this semester. 

 oke, that's it for this week punya update. bangun pagi harini (bilamana tengah cuti ni) terus rasa MALAS tu menyerang jiwa raga. maka, nak online pun pakai hempon je, dari dalam comforter (sebab malas nak bangun. sejuk!) still diatas katil. tak bergerak-gerak. SERIUS INI TAHAP ANAK DARA PEMALAS YANG TAK PATUT AND CONTOHI. =___= bal bla bla... then terjumpa satu status yang meruntun hati. yang menyentaap jiwa raga. hohoho..

teringat kisah sahabat nabi, Saad bin Muaaz.Masuk islam ketika umo die 31 tahun, meninggal
pada umo 37 tahun. 6 TAHUN je dalam islam.Masa dia mati, bergegar arash Allah. Para malaikatmenangis dgn kematian Saad bin Muaaz. Padahal 6 tahun jedalam islam!
Nah teman! kita bagaimana? saya 22 tahun doh islam.saya x tau hujung hidup saya macamana."moga hujung hidup aku dlm keadaan kau redha
ya Allah" :'(doakan saya teman.


status seorang sahabat. amekaw! orang lain bangun pagi terus berjuang, saya bangun pagi buat ape? ='( disebabkan cerita tentang tokoh Islam saya tak begitu luas, maka saya tertanya-tanya.. siapa SAAD BIN MUAZ? APA KISAH BELIAU? dengan sifat ingin tahu yang kuat, barulah saya berjaya keluar dari 'kepompong' comforter, basuh muka segala, bukak lapy and search for him. and this is the result.


*********

Saad Bin Muaz adalah seorang hamba antara sahabat yang paling hitam pada masa itu, dibandingkan Saad dengan Bilal, Saad dikatakan jauh lebih hitam dari Bilal. Saad mula memeluk Islam ketika berumur 31 tahun dan Syahid pada umur 37, seorang yang tinggi iman. Ketika berhijrah ke Madinah beliau ingin untuk mendirikan rumah tangga lalu dipinangnya perempuan di Madinah, kerana kulitnya yang hitam pinangannya telah ditolak berkali-kali oleh wanita2 Madinah. Rasa kecewa dengan peristiwa ini lalu beliau mendatangi Rasulullah untuk mengadu, “wahai Rasulullah, adakah hinanya aku ini kerna kulitku yang hitam sehingga pinanganku ditolak berkali-kali” lalu Rasulullah bekata “jangan bimbang Saad, engkau adalah orang yang aku jamin” lalu Rasulullah memanggilkan sahabat2 yang lain untuk bertanyakan kepada meraka akan rumah seorang wanita yang terkenal dengan kecantikannya di Madinah. Lalu Rasulullah menyuruh sahabat2 tersebut membawa Saad untuk di pinangkan kepada Saad atas jaminan Rasulullah. Alangkah gembiranya Saad di saat itu kerana dirinya dijamin oleh Rasulullah untuk dikahwinkan dengan wanita yang cantik.

Maka Saad pun dibawa oleh sahabat2 kerumah wanita yang cantik di Madinah itu. Ketika sampai di rumah tersebut, lalu Saad dan sahabat2 di layan oleh bapa kepada wanita tersebut. Lalu sahabat2 yang lain menyampaikan hajat bahawa Saad telah dijamin oleh Rasulullah datang untuk meminangka anaknya yang cantik tersebut. Bapa wanita kemudian gembira kerana salah faham menyangka anaknya dipinang oleh Rasulullah. Oleh kerana Saad seorang yang jujur lalu dinyatakan maksud yang sebanar bahawa beliaulah yang ingin meminang wanita yang cantik tersebut. Bapa wanita tersebut kemudian bertukar menjadi marah kerana menghina Saad yang berkulit hitam ingin mengahwini anaknya yang cantik. Saad pun balik berjumpa dan mengadu kepada Rasulullah. Perempuan yang cantik ini kemudian menegur bapanya kerana menolak pinangan Saad kerana Saad adalah seorang yang di jamin oleh Rasulullah, dan ketentuan oleh Allah. Lalu bapa wanita pergi mengejar Saad dan meminta maaf dan menerima pinangan Saad di depan Rasulullah. Rasulullah lalu menanyakan Saad samada beliau memiliki wang. Kerana mengetahui bahawa Saad tiada wang untuk berkahwin maka disuruhnya untuk meminta wang kepada Abd Rahman, Usman dan Ali. Dan Rasullulah menyuruh Saad membeli kelengkapan untuk perkahwinannya.

Ketika sedang membeli keperluan untuk perkahwinan Saad terdengar seruan jihad dari Rasulullah “wahai pemuda2 Islam bersiap sedia segera kerna musuh sedang datang untuk menyerang kita”, lalu Saad menukar fikiran dengan membeli kelengkapan perang siap sedia dengan baju perisai dan kuda untuk berperang. Dan Saad dengan segera pergi berbaris paling hadapan dengan sahabat2 lain dengan siap berpakain perisai perang. Kerana baju perisai yang lengkap, Saad tidak dikenali oleh sahabat2 lain. Takdir Allah Saad telah syahid dalam peperangan tersebut, dan selepas perang jihad tersebut, sahabat2 terkejut kerna tidak menyangka orang yang berperisai lengkap tersebut adalah Saad, mereka sedih dan tidak menyangka kerana Saad sedang bersiap sedia untuk perkahwinannya. Berita syahidnya Saad ini segera disampaikan kepada Rasulullah dan Rasulullaj berkata “di saat kematian Saad bergegar arash Allah dan menangis para maklaikat di langit dan di bumi”. Saad Bin Muaz dimuliakan oleh Allah di saat kematiannya adalah seorang yang hanya 6 tahun jangka hayatnya dalam Islam. Tetapi apakah kita kini yang ketika balir telah pun Islam sehingga hari ini adalah Islam akan dimuliakan oleh Allah di saat kematian kita?



*******

senyap. diam. berfikir.

sepanjang 21 tahun saya hidup kat dunia ni, apa yang saya dah sumbangkan untuk Islam? ade ke? dan sepanjang zaman lagha saya , berapa kali bila diberi pilihan untuk memilih, saya pilih untuk utamakan DIA instead of dia? 

#fyi, 'dia' yang saya maksudkan disini boleh merujuk kepada benda laen, tak semestinya spesefik untuk seorang insan.


melihat pada kisah SAAD BIN MUAZ ni, banyak kesimpulan yang kita boleh dapat. antaranya;

1. apa sumbangan kita pada Islam selama kita hidup?
sedangkan Saad yang baru beberapa tahun masuk Islam sebelum dia meninggal pun sempat lakukan sesuatu untuk Islam. bagaimana dengan kita yang lahir-lahir memang dah Islam ni? takkan la Islam pada IC je..? *perlian untuk diri sendiri*

2. bagaimana kesanggupan kita untuk meninggalkan perkara yang kita suka demi menyahut seruan Allah?
orang nak kawen, tapi sanggup tinggalkan perkahwinan demi nak berjuang di jalan Allah. macam mana pula kalau kita? diantara pergi holiday dengan family dan mengukuhkan ukhuwwah dengan sahabat mana yang kita akan choose? *perlian untuk diri sendiri lagi*. hadooi. dilema berminggu-minggu. *malu*

3. fiqh aulawiyat (fiqh keutamaan), bagaimana kita mengutamakan mana yang perlu?
bilamana diri sedar yang dah berminggu-minggu tak bagi makan pada 'rohani' (dalaman) bagaimana kita mengutamakan 'esok aku ade test' dengan 'malam ni ade program /majlis ilmu'? masih ramai yang memilih untuk 'puasa' kan rohani dan mengutamakan  'esok aku ade test jadi kena studi giler-giler malam ni' padahal jadual exam tu dah tau lama dah. boleh je study dari awal kan? *pesanan buat diri sendoro jugak*

4. seberapa kuatkah kita dalam berjihad? 
.......sedangkan jihad melawan nafsu pun masih lagi gagal... *malu*.......


nak huraikan lebih-lebih, saya tak reti. sebab ilmu saya sendiri masih kurang. sob sob.. sebab tu bila ada satu benda yang saya tak tahu, cepat-cepat saya search. cari. tak jumpa, tanya. at least ada usaha kan? 

oke, done with updating blog. perut dah lapar. semalam beli ketam, teringin nak makan ketam dah berhari-hari alhamdulillah dapat jugak beli ketam. yeay! boleh masak ketam. hehe.. oke, until next time. wassalam.

p/s--> gambar kat bawah ni sangaaaaaaaaat comel! hehehe...



0 cot-cet cot-cet mereka...:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...