.kenapa kita kena berubah?..

as salam.

i've receive a question on formspring. alhamdulillah.. means ade jugak la insan-insan yang sudi membaca blog saya. ngee~.. thanks! syukran! gomawoo~ arigatou. terima kasih. hew hew hew. *muka bangga kembang hidung*

disebabkan saya tak tau siapa geranganny yang bertanya (tapi saya boleh agak yang si dia adalah si cantik manis), jadi saya gelarkan anda comel. boleh? hee~.. oke, straight to the point, ini soalan yang ditanya.


salam,awk rase,perlu ke kite ubah perangai kte,tok seseorang yang kite sayang, sedangkan org laen,slesa n senang hati dengan perwatakan and cara kite yg happy and klakar2...,sedangkan kte dah slesa jadi diri kte sendri?? bole saye dapatkan pndapat dari awk?tima kaseh :D

terima kasih untuk soalan tu. nak pendapat saya ea? boleh. tapi sebelum tu, pernah tak dengar kisah Luqman al-Hakim dengan anaknya?

gambar sekadar hiasan.

kalau ade yang belum, cuba baca dulu. saya kopipes je dari page lain. maaf!

Dalam sebuah hadith menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk kedalam pasar dengan menaiki seekor himar manakala anaknya mengikut beliau dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu setengah orang pun berkata : "Lihat orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki".

   Setelah mendengar desas desus daripada orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya lalu diletakkan pula anaknya di atas himar itu. Melihatkan yang demikian itu maka orang ramai dipasar itu pula berkata :"Lihatlah orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu".

   Sebaik saja mendengar kata-kata itu Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi : "Lihatlah tu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu".

   Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang maka Luqman dan anaknya pun turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata : "Dua orang berjalan kaki sedangkan himar itu tidak ditunggangi".

Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang kerumah Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, lalu katanya : 

"Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia... maka orang yang berakal tidaklah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah s.w.t sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran maka kebenaran itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap sesuatu".



sama juga seperti cerita di bawah ni.


dah baca cerita kat atas? dah fahamkan isi dia? good. sekarang baru saya boleh bagi pendapat saya. =)

in my own opinion, it depend on jenis perwatakan yang nak diubah tu. kalau yang nak diubah tu, membawa kearah kebaikan, then go. kalau ianya membawa ke arah keburukan, then stop. kalau ragu-ragu, then kembali kepada basic. cuba awak tanya diri awak sendiri, adakah perwatakan  dan cara yang awak rasa 'selesa' tu melampau-lampau atau tidak. kalau awak rasa oke, tak melampau, tak membatasi syarak, then teruskan. 

kata orang;

kalau dia betul-betul sayangkan kita, dia mesti boleh terima diri kita seadanya.

TAPI!

boleh jadi jugak kerana dia sayangkan kita, maka dia nak kita berubah (kearah yang lebih baik). 


kaaaan? tapi kalau awak rasa awak tetap jugak nak teruskan dengan perbuatan, gaya, cara dan perwatakan awak yang sekarang tu sebab awak rasa ianya tak salah, then it's okey. teruskan. tapi kalau awak rasa nak berubah, tapi agak susah sebab awak dah terbiasa ke ape ke, meh sini saya nak bagi tips sikit.

nak berubah memang tak senang. susah tau. been there done that. i use to be a girls yang huhahuha--> jenis yang giler-giler, siap boleh maen keja-keja dengan budak lelaki, banyak cakap, worst of all, pernah sebabkan orang yang bawak basikal accident langgar kereta saya sebabkan aurat saya which saya taknak cerita kat sini *malu*. macam mana saya yang semua tu boleh bertukar jadi saya yang sekarang?

naah! jangan cakap sebab saya kuat. jangan cakap sebab saya dah biasa ke, kental ke, hape ke. eh, jangan tak tau. saya ni lembek tau. sikit-sikit nanges. sikit-sikit nak mengadu. heh.. =_=' *maluuuuuuu~* susah giler nak ubah diri. sampai sekarang still lagi ade bekas-bekas diri yang dulu, tapi tak banyak la. huhu.. \

erk, kembali pada subjek yang asal, which is you si comel.kalau awak nak berubah, mulakan sikit-sikit. dah istiqamah dengan ;erubahan tu. insyaAllah jadi punya. biar ambil masa yang lama, yang penting ada usaha. and kalau boleh, letakkan niat nak berubah tu kerana ALLAH. bukan kerana si dia. ;) insyaAllah, you can do it.


just for a reminder, awak mungkin beperwatakan begitu kerana awak masih muda. one day nanti, bila mana awak akan melalui fasa remaja-->dewasa (as in dewasa yang matang) awak akan berubah jugak tanpa awak sedar. manusi tu, memang sentiasa berubah-ubah. kalau tak, masakan boleh ada kes lelaki/perempuan yang curang dengan pasangan dia dengan sebab 'dah berubah hati'? hohohoho.. sekadar selingan. 

semoga awak dapat pendapat yang awak nak.maaf, saya tak pandai nak bagi pendapat. tapi demi awak, saya cuba bersengkang mata sampai pukul satu pagi (sekarang dah pukul 1:07pagi) untuk menyelesaikan masalah awak, dengan izin Allah. =) sekali lagi, terima kasih sebab sudi bertanya pada saya. =)

p/s--> kalau nak berubah kerana kata oramg lain, memang susah la sebab setiap orang akan ade komen masing-masing. yang berlainan. lantas, perlu ke setiap kemahuan mereka kita tunaikan..?

You Might Also Like

0 cot-cet cot-cet mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...