Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Monday, 4 February 2013

the story behind.

as salam.

AMARAN: buat mereka yang tidak mempercayai, it's okey. pergi maen jaoh2. buat mereka yang malas nak baca cerita panjang-panjang ni, it's okey. tutup browser ni, pegi usha blog orang laen. buat mereka yang tak memahami it's okey.kami yang rasa, kami yang tau. buat mereka yang cuba berniat jahat, it's okey. kami berserah pada Allah atas segala yang bakal dan akan kami tempuhi. insyaAllah.

cerita disebalik enntry yang lepas. well.....things happened fast. sampai tak sedar tiba-tiba je benda tu dah berlaku. *tunduk* ayah cakap,

"rumah kita tengah 'panas' sekarang ni. ayah nak semua orang berdoa agar semua ni dapat dihentikan atau dikurangkan. dan mogon agar kita semua kuat untuk menempuh semua dugaan yang diberi."

kronologi musibah bermula dari hari family saya ambil saya di Melaka. or maybe, awal lagi..? wallahua'lam. started from Asrama Yayasan Melaka, kami di'ganggu' sepanjang perjalanan pulang ke rumah. kalau dulu ianya mungkin satu perkara yang menakutkan, tapi sejak peristiwa besar yang berlaku beberapa bulan yang lepas, 'diganggu' oleh makhluk Allah yang laen tu seakan perkara biasa. nak takut pun dah tak boleh. kerap sangat berlaku sampai dah rasa biasa. mungkin.

basically, adek-adek saya mempunyai sixth sense. Allah buka sedikit 'hijab' mereka untuk melihat makhluk Allah yang berada dialam lain. ada yang nampak dalam bentuk rupa, ada yang nampak dalam bentuk cahaya, dan ada yang tak nak describe or komen pape. mereka special. Allah beri mereka peluang untuk menguatkan akidah mereka dengan mempercayai alam ghaib dan seterusnya meningkatkan keyakinan pada Allah. Subhanallah! tapi, saya tak termasuk dalam golongan special tu. mungkin ada hikmahnya, dan saya redha. :)

berbalik pada cerita tadi. it's been a while since kami diganggu, sehingga menyebabkan one of my sister punya badan diambil alih oleh makhluk yang laen. dalam kereta. berbekalkan keyakinan pada Allah, kami berhenti solat di satu RnR dan ayah cuba membantu my sis ni. dan alhamdulillah, keadaan boleh dikawal sehingga kami selamat sampai ke rumah. tamat.

i though it's the end. tapi rupanya tu baru permulaan.nak dipendekkan cerita, sorang demi sorang dalam ahli keluarga saya diduga lepas tu. seperti yang diceritakan dalam entry saya sebelum ni, si Aten masuk hospital. demam panas sampai dia pengsan. dan kejang. sampai kena panggil ambulans datang rumah sebab susah nak angkat dia memandangkan badan dia kejang. ambil masa 2 hari jugak la dia terlantar di hospital, menyebabkan keadaan rumah jadi tunggang langgang. dengan ibu yang sibuk ulang alik dari rumah ke hospital. dan keadaan dia pada waktu malam disana yang kerap kali diganggu sehingga ayah kena tempiasnya dirumah. *sigh* lepas dua hari ayah paksa ibu gunakan segala kemampuan yang dia ada untuk paksa doktor bagi si Aten balik rumah. lepas segala pertelingkahan kecik dengan doktor, alhamdulillah, aten dibenarkan balik. maka setiap malam jugak la kami sekeluarga bersolat jemaah, dan kemudian membaca ayat-ayat Ruqyah secara berjemaah. nak dipendekkan cerita alhamdulillah, Aten makin sembuh. *lega*  tapi kemudiaan ayah dan ibu pula yang demam. eheh..? dengan segala dugaan dan ujian yang datang ni, saya fikir satu je. mungkin ada hikmag disebalik semua yang terjadi.


Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.

 source: http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/2419-ujian-itu-rahsia-allah-swt.html

kata-kata yang dipetik dari salah satu artikel yang saya baca di iluvislam.com. maka, saya tersenyum sendiri.

seterusnya, pada harijadi ayah yang ke 50 beberapa hari yang lepas, motor cabuk kesyaangan ayah buat hal. rosak dipagi hari ayah nak ke tempat kerja. it's okey. alhamdulillah kami punyai 2 kereta. satu untuk kegunaan ibu, satu lagi untuk kegunaan rumah. unfortunately, kereta ayah tiba-tiba rosak. tayar pancit. nak repair kena tunggu kedai buka. end up, ayah tak pergi kerja. *sigh* kata ayah;

"ni lah hari jadi yang paling teruk pernah ayah rasa."

tapi dia cakap dengan senyuman. means dia redha... i guess? tapi mungkin ada kekesalan sebab tiba-tiba kena ambil emergency leave. siapa tak sedih kan? sebab takde transportation pulak tu. oh ye, kereta tu memang dia kena repair sebab itu je kenderaan yang kami ada untuk hantar dan ambil adik-adik dari/ke sekolah. tanpa ayah tau, kaami ada plan untuk sambut b'day ayah petang tu. tapi semua plan rosak sebab takde kenderaan. nak buat macam mana kan? terpaksa la tuka kepada beli kek senyap-senyap dalam keadaan kelam kabut sebab nak kena tunggu ibu balik kerja dulu baru boleh saya pinjam kereta dia untuk cari kek di saat-saat akhir. dan hari jadi ayah tamat dengan penuh kegembiraan diwajah adik-adik saya sebab dapat makan kek askem yang dorang dok idam-idamkan. termasuklah saya. kekekeke... hari yang teruk *bak kata ayah*, berakhir dengan saat-saat yang menggembirakan. dapatlah ayah berehat dirumah sepanjang hari. lagi pula, dia still belum baik dari demam time tu. maka saya teringat ayat yang selalu saya sebutkan,

Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.

done with that. beberapa hari kemudian ibu pula ditimpa musibah. ada yang menganiaya ibu, menyebabkan ibu kena tukar tempat kerja setelah dia bersusah payah hantar borang untuk dikekalkan di klinik yang dia currently kerja. *sigh* rajuk ibu sampai dia dah ambil borang nak tukar kerja kat daerah laen. hohoho.. now i know where did i get those kuat-merajuk-hormon. *senyum lebar-lebar nampak gigi* nak dipendekkan cerita, setelah ibu puas mengadu pada DIA instead of orang atasan ibu, bos ibu mahupun kawan-kawan ibu, dikhabarkan yang BOS BESAR ibu TAK TAHU lansung pasal pertukaran tempat kerja ibu tu. dan mereka sanggup adakan special meeting untuk membincangkan kes ibu ni. alhamdulillah.. maka 1 February dipilih sebagai hari dimata meeting tersebut akan dijalankan. 

dan al-kisahnya, pada hari tersebut (1 February) saya disuruh untuk menghantar duit dan doa untuk dikirim pada pak cik saya yang akan berangkat ke Mekah sebelum jam 12 tengahari. disebabkan beberapa masalah dalaman, saya tak tahu entah kenapa hati saya berat untuk ke Cheras dan berjumpa pak teh sebelum dia berangkat. berat sangat, sehingga saya kerap mendapat bayangan teantang accident. entah kenapa, pada jam 10.20 ibu telefon, berkeras untuk saya bertemankan si Alia pergi ke Cheras jumpa  jugak dengan pak teh. dalam keadaan resah gelisah, takut kena marah *sebab mood ibu tengah tak berapa nak baik and she keep getting mad at me on the phone earlier* saya bergegas ke cheras.silly me. ayah ada cakap;

"kalau sebelum nak buat satu perkara tu Farah rasa tak tenang, keliru, dilemma, ambil masa 5 minit, pegi buat solat istikharah time tu jugak. tak pun buat la apa-apa solat sunah yang boleh, minta petunjuk dari Allah."

poor me. silly me. sengal me. hasil dari perasaan tak tenang dan beserta gangguan suara yang tak dikenalai semasa sedang drive tu, akhirnya terjadi sebuat perlanggaran dimana saya lah yang bersalah. yes. i'm the wrongdoer. i'm the one yang langgar kereta depan. kat lamou insyarat. tak jauh dari rumah. menyebabkan ali punya kepala terhantuk dekat dashboard kereta *sebab dia tak pakai tali pinggang kereta. silly me. saya nampak tapi tak tegur pun bila dia tak akai talipinggang tu.* dan kereta yang dilanggar *kereta mahal katanya. Audi MPV* bercalar sikit. kereta saya sendiri? hancur. cermin retak oke? kes ni selesai kat balai. alhamdulillah segala bayaran insurans yang bayar. alhamdulillah, ayah tak marah teruk setelah saya cerita dari awal sampai akhir apa yang jadi. ayah cuma berpesan,

"PLEASE DO REMEMBER, kalau hati tak tenang, minta petunjuk dari Allah dulu. baru buat keputusan. pedulikan kalau orang nak marah. yang penting, dahulukan DIA."

saya malas nak cerita macam mana keadaan masa accident tu sebab benda tu satu nightmare bagi saya. yang penting, lepas je dari accident tu saya demam terkejut sehingga ke hari ni. setelah beberapa solat hajat dan bacaan yaasin, alhadulillah semua dugaan besar terhenti buat seketika. i think? wallahua'lam.

at first, i do feels that: 

"kenapalah Allah bagi dugaan macam ni kat family aku. bertimpa-timpa pulak tu."

tapi lepas solat jemaah dengan family tu ayah ada baca something yang sort of like this. not totally like this tapi maksud dia macam ni jugak la...

".....Ya Allah, dugaan yang KAU beri pada kami tidaklah seteru dugaan yang KAU beri pada para nabi yang terdahulu. namun hati-hati kami yang lemah ni terasa segala dugaan yang KAU beri ni amatlah berat. betapa lemahnya iman kami Ya Allah.."

seriously, saya tersentak seketika. dan ayah baca ayat tu dengan penuh...penghayatan. he almost cry, or maybe he did. wallahua'lam. i can't see it properly sebab kepala saya still pening dan tak berapa nak sihat lepas accident tu. hmmm... pape pun, bersyukur sebab semua selamat. dan diharap saya akan beringat selalu untuk mendahulukan Allah dalam setiap perkara, dan berhati-hati dalam memandu. itu pun kalau saya boleh memandu lagi. sebab saya macam....takut nak pegang stereng..? huhuhuhu...  until then, wassalam.

0 cot-cet cot-cet mereka...:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...