Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Friday, 19 July 2013

mengenal sejarah Islam : Perang Siffin

as salam.

semalam dalam tazkiran Subuh yang disampaikan oleh ayah setelah tiba-tiba tanpa signal suruh saya yang bagi (but at the end dia jugak yang sampaikan) sepatutnya masuk tajuk 'mengingati kematian', telah tersasar sedikit ke Sejarah perpecahan umat Islam. heh.. keling sungguh ayat beta. =___='

the point is, ayah ade bagi introduction pasal perpecahan umat Islam yang sekarang sedang berlaku di Mesir, Syria dan etc. i've heard before yang pasal Syiah dan Sunni ni, tapi tak tau pulak asal usul pergaduhan saudara sesama Islam tu bermula pada zaman sahabat lagi. kalau dah namanya ayah, dia mesti bagi cerita pendek dan lepas tu suruh saya pegi cari sendiri info pasal cerita tu kat internet. grrrrr.... tak suka la cerita separuh jalan ayah neeee! >.<

maka bermula lah pencarian pasal asal-usul perpecahan umat Islam. saya taip bulat-bulat kat enjin pakcik google:

asal-usul perpecahan umat Islam

dengan naifnya. heh.. sebab ayah cakap camtu so saya buatlah macam tu. memang la hasilnya kelaut. jumpa pasal perpecahan politik kat Malaysia je banyak. =___='

dan setelah jemari gemok saya ni menari-nari atas keyboard jumpa jugak la kisahnya. alhamdulillah, dipermudahkan. rupanya betul macam yang ayah cakap tu. Sejarah perpecahan umat Islam bermula pada zaman sahabat! dan perang tersebut dinamakan... PERANG SIFFIN.

menurut sumber rujukan iaitu blog yang laen, dikatakan asal usul perang siffin ni sebab perbezaan pendapat untuk cara menangani peristiwa pembunuhan Sayyidina Uthman. ada juga yang mengatakan ianya perbezaan pendapat antara Muawiyah dan Sayyidina Ali dan Muawiyah namun dimanipulasikan oleh Abdullah bin Saba'.

ceritanya quite complicated sebab tak tahu mana yang sahih, mana yang diubah. kalau lah jumpa apa-apa buku pasal perang Siffin ni alangkah seronoknya! tapi..takpelah. anda boleh baca cerita selanjutnya di link-link yang saya bg kat bawah. saya hanya share sedikit perkara yang menarik dari setiap blog rujukan saya. wallahua'lam. =)

(part 1)dari Blog Mencari Redha Allah:

Dari Abi Musa RA, katanya:
“Aku duduk bersama-sama Nabi SAW di dalam sebuah pondok di sebuah kebun dari kebun-kebun di Madinah. Lalu, datang seorang lelaki meminta kebenaran untuk masuk duduk bersama Nabi SAW dan aku. Lalu Rasulullah SAW bersabda:

“Wahai Abu Musa, bukakanlah pintu dan izinkan dia masuk, dan khabarkan kepadanya satu berita baik, yakni dia AHLI SYURGA”.

Maka aku pun bukakan pintu, dan aku nampak Saidina Abu Bakar as-Siddiq RA. Kemudian aku khabarkan padanya berita baik itu, lalu dia mengucap “Alhamdulillah..”

Selepas beberapa ketika, datang lagi seorang lelaki, meminta kebenaran untuk masuk. Lalu Rasulullah SAW bersabda:

“Wahai Abu Musa, bukakanlah pintu dan izinkan dia masuk, dan khabarkan kepadanya satu berita baik, yakni dia AHLI SYURGA”.

Maka aku pun bukakan pintu, dan aku nampak Saidina Umar al-Khattab RA. Kemudian aku khabarkan padanya berita baik itu, lalu dia mengucap “Alhamdulillah..”

Kemudian datang lagi seorang lelaki, meminta kebenaran untuk masuk duduk bersama kami. Lalu Rasulullah SAW bersabda:

“Wahai Abu Musa, bukakanlah pintu dan izinkan dia masuk, dan khabarkan kepadanya; dia dijanjikan menjadi AHLI SYURGA, DI ATAS UJIAN YANG DIA TERPAKSA TANGGUNG, SEBELUM DIA MATI”.

Lalu aku bukakan pintu, dan aku nampak Saidina Uthman Bin Affan RA. Kemudian aku khabarkan padanya berita dari Nabi SAW itu, lalu dia mengucap “Alhamdulillah..” Kemudian dia berkata, “Allah SWT lah yang akan menjadi penolong aku di saat aku menghadapi ujian sebelum aku mati”.

(Hadith Sahih, Riwayat al-Bukhari)


dari blog Laman Sirah:
Termasuk sejarah versi Syi`ah adalah Perang Siffin merupakan pemberontakan yang diketuai oleh Muawiyah bin Abi Sufyan ke atas Ali bin Abi Thalib. Sekali lagi hal ini perlu diteliti semula, benarkah Muawiyah bin Abi Sufyan radhiallahu ‘anh memimpin kaum pemberontak ke atas Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anh?
.........
Al-Imam Ibn Hazm rahimahullah menerangkan :

“Dan tidaklah Muawiyah mengingkari sedikit jua akan keutamaan Ali dan hak beliau untuk menjadi khalifah. Akan tetapi pada ijtihad beliau, perlu didahulukan penangkapan ke atas para pembakar api fitnah daripada kalangan para pembunuh Usman radhiallahu ‘anh daripada urusan bai`ah. Dan beliau juga berpendapat dirinya paling berhak untuk menuntut darah Usman.” [al-Fishal, jld. 3, ms. 85]


dari blog Mencari Redha Allah part 2:

.......Apabila Saidina Ali diangkat menjadi khalifah, dia dituduh lambat mengambil tindakan terhadap pemberontak yang membunuh Saidina Uthman, sehingga riwayat mengatakan bahawa setelah lapan bulan berlalu, Khalifah masih belum mengambil tindakan.

Namun, hakikatnya bukan begitu. Saidina Ali bukanlah tidak mahu bertindak, tetapi dia berijtihad bahawa tindakan yang akan diambil tidak boleh dilakukan dengan tergesa-gesa dan ijtihadnya ini bersandarkan kepada sabda Rasulullah SAW yang berbunyi :

“Gopoh-gapah (tergesa-gesa) itu dari syaitan, dan tenang itu dari Allah”.


Saidina Ali tidak mahu terjadi kesilapan dalam menjatuhkan hukuman. Maka siasatan yang teliti perlu dijalankan. Selain itu, Saidina Ali juga memerlukan masa untuk memahami urusan pentadbiran yang baru dipegangnya.

Tetapi, situasi ini telah dimanipulasi oleh Abdullah bin Tsaba’. Dia menyebarkan fitnah di kalangan penduduk Syam mengatakan bahawa Saidina Ali Bin Abi Thalib bersubahat di dalam peristiwa pembunuhan Saidina Uthman. Oleh kerana itu, dia berlengah-lengah dalam mengambil tindakan terhadap pembunuh Saidina Uthman.


KESIMPULANNYA:
Jangan sesekali timbul di hati kita prasangka yang tidak baik terhadap para Sahabat Ridhuanullah ‘Alaihim Ajma‘in. Mereka merupakan golongan yang sangat hebat dalam memperjuangkan Islam. Jika tidak diatas usaha dan pengorbanan mereka, tidak mungkin kita dapat menikmati nikmat Islam dan Iman pada hari ini. Nabi SAW bersabda,

"Janganlah kalian sekali-kali mencerca sahabatku, jika seandainya ada diantara kalian menginfakkan emas sebesar gunung uhud, tidak akan mampu mencapai satu secupak yang mereka infakkan, bahkan tidak pula setengahnya.”

(Hadith Sahih Riwayat al-Bukharie)

ini kerana masing-masing cuba menyalahkan Sayyidina Ali mahupun Muawwiyah, sedangkan mereka tidak tahu kebenarannya. teringat kata-kata seorang sahabat saya,

KEBATILAN YANG TERSUSUN DAPAT MENGALAHKAN KEBENARAN YANG TIDAK TERSUSUN RAPI.

wassalam.


sumber rujukan :
http://ibnuzukefeli.blogspot.com/2009/08/sejarah-hitam-islam-perang-sifin-part-1.html
http://ibnuzukefeli.blogspot.com/2009/09/sebelum-saidina-uthman-bin-affan.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Siffin
http://duniasyiah.blogspot.com/2012/10/perang-siffin.html
http://www.anwaraidc.com/?p=28876

0 cot-cet cot-cet mereka...:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...