Alhamdulillah!

as salam.

alhamdulillah..alhamdulillah...alhamdulillah.....

oke, hari ni boleh senyum lebar-lebar. sememangnya perancangan Allah tu yang terbaik. Alhamdulillah.. hari ni...ada problem baru pulak datang. tak besar pun..tapi melibatkan orang lain dan kami hanya membantu. tak kesah la tu. yang penting, ibu dah start cakap dengan ayah balik. hehe.. Alhamdulillah...

walaupun adik-adik saya tengah boikot saya sekarang sebab saya tak bawak dorang tengok cite the conjuring semalam (eh hello? cite tu 18 tahun keatas je) dan lepas tu masing-masing buat protes aman dengan tak nak layan or bercakap dengan saya (i know i did the right thing walaupun ada sedikit rasa bersalah) tapi kalau ibu dengan ayah dah bercakap, means masalah besar seperti mereka yang menangis sorang2 dalam bilik, tak boleh tumpukan perhatian pada kerja dan pelajaran sebab stress dengan masalah keluarga dapat dikurangkan. insyaAllah.. masalah dapat selesaikan masalah yang lain. =)

now, berbalik pada cerita adik-adik saya yang boikot kakak dia neh... haish... ni lah sebabnya saya malas nak jaga hati orang. at the end saya yang kena balik. nak jaga hati adik-adik, kakak saudara terasa. nak jaga hati kaakk saudara, adik-adik menyumpah marah dan terasa. dah tu hati saya sape yang nak jaga? *istighfar*.. haish..

the thing is, saya tolong buat kerja kakak saudara, edit journal yang berkait dengan art..dalam bahasa inggeris. dan upahnya? dalam bentuk belanja makan dan tengok wayang. sebelum ni pon sebenarnya kakak saudara saya tu dah lama dah nak ajak keluar tengok wayang. date berdua. berjimba malam-malam. dan lepas tu tapi saya je yang tak nak. sebab anak dara tak elok keluar malam. lepas tu tngok wayang membazir. lepas tu nanti penat. pastu nanti adik-adik tak boleh ikot. kesian.

tapi!

kalau dah banyak kali tolak pelawaan orang memang tak sedap la. lagi-lagi kita tidur sebilik, sekatil. haish... dan si kakak saudara tu pulak kejenye mendesak. mendesak. dan terus mendesak. setiap waktu mesej tanya jadi ke tak, siap call lagi time orang tengah buat kerja. dan keluahkan segala hujah-hujah dye supaya dapat keluar bersama. makanya... siapa sampai hati nak tolak kalau dah macam tu!

saya cuba arrange supaya dapat bawak adek-adek sekalai. kata dorang, cite The Conjuring tu best. lepas tu ada kawan-kawan dorang yang lepas je masuk. oke fine. try la bawak. sekali tengok arini ade tiket pukul 6.30 dan 9 malam. dan semalam ari rabu. dan mereka budak bawah umor. dan esoknya mereka sekolah. KAU GILER? erk... memang tak la. saya bersunggu search kat mines, jusco, siap propose tengok cite lain supaya dorang dapat kuar tengok sama. depan bos pulak tu. nasib baik bos tak nampak. -___-'

dan yada yada yada... bla bla bla.. akhirnya, decide yang dorang tak boleh ikot. sebab kalau tengok 6.30, Alia tak dapat ikot. plus nanti tak solat Maghrib. dan tak fair. dan saya tak nak keruhkan keadaan dengan ayah. then saya mesej ibu bagitau. suruh jangan bagitau dorang supaya dorang tak terasa. tapi malangnya ibu bagi Aten baca.dan dye tau. dan dye cakap camni:

"takpe. dah tau dah memang tak jadi punye. tak marah pon. aten boleh pergi dengan alia berdua. tak kesah pon. takde sape marah. dah la malas nak mesej. hav fun."

eh HELLO? orang dah bersusah payah pikir pasal korang..ada korang fikir pasal akak? then kata tak marah tapi boikot. mengong. memang geram tahap ape dah ni. selfish. tak pernah nak jaga hati orang lain. unmatured. haishhhhhh....

alhamdulillah mood akak baik arini. akak geram je. kalau geram bape jam je pon. korang nak boikot sukahati korang lah. yang penting masalah lagi besar dah settle sikit.dan akak tak rugi pape pon kalau korang boikot akak. buat korang stress je. akak kesah hape. =___= *gaya kakak yang evil sedang merajuk*


sumber: Facebook

#gaya cakap macam tengah cakap dengan adek je. eh tapi memang pon. sebab Alia rajin stalk blog akak dye. hohoho...

pape pon, arini kena istighfar banyak-banyak. zikir banyak-banyak. doa banyak-banyak. kuatkan hati. kuatkan iman. perbanyakkan amal. Selamat berpuasa kawan-kawan! dan... marilah kita bersiap nak pergi kerja. hihi.. wassalam.

You Might Also Like

0 cot-cet cot-cet mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...