Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Thursday, 15 August 2013

de praktikal.

as salam.

arini saya saja buat entry awal. menggantikan esok. sebab... hehehe.. kita tengah merajuk! ;p ahaaaa.. yang tu konflik dalaman. pedulikan. maka marilah kita sambung membebel.




Alhamdulillah..saya dan rakan-rakan seramai 4 orang telah diterima ber-praktikal di salah sebuah Audit Firm di Kajang. Nama syarikat? hehe..cukup lah kalau saya kenalkan sebagai MNC. Kalau anda inginkan elaun yang tinggi dan kerja yang sedikit, saya aka seratus-peratus menghalang anda dari memasuki syarikat ni. nak tahu kenapa? ahaaaa...

berbanding dengan elaun yang diterima oleh rakan-rakan se-batch saya, boleh dikagtakan elaun kami paling rendah. rm200 je. tapi saya rasa sangat bersyukur. sebab, jarak dari rumah ke tempat keje tak jauh mana pon. 10-15 minit dah sampai dah. masuk keje pon pukul 9 pagi. so... hehehe.. seronok! tapi.. bukan tu je yang buatkan saya seronok bekerja disitu.

hari 1st masuk kerja, kerja yang sangat banyak sudah mula diserahkan pada kami. sedangkan di whatsapps group kelas saya, ade yang letak gambar tengah tidur dalam pejabat sebab takde keje. hahaha.. mula-mula.. rasa macam nak nanges je. penat! belajar banyak sangat benda dalam satu masa. saya diletakkan didalam department audit. tai buat keje company secretary sikit, dan hampir nak masuk department akaun pulak. tapi tak jadi. huhu..

bayangkan, 1st day keje da ade overtime. second day keje pon. malah, sehari sebelum raya pun ada keje yang hampir membuatkan saya kena overtime lagi. nampak penat? kan? haaaa.. kat sini la yang seronok. sebab saya rasa, perlahan-lahan saya mula meminati audit (yang mana masa exam dulu dapat C+ je pon) dan rasa..tak susah pun kerja ni. buat working paper audit, adjust audit report, buat statutory audit, tak tau pulak audit ni seronok. hehe..

dan kemudian! disebabkan meja saya terletak disebelah telefon pejabat maka terpaksa lah menjadi counter girl seketika. tapi yang bagusnya, saya mula belajar menghilangkan rasa malu yang tak bertempat tu. bayangkan, nak call syarikat lain untuk mintak report dari dorang, alahaaai... rasa nak nanges je. takot! hahahaa.. terok betul. tapi sekarang alhamdulillah.. takde pon rasa malu lagi. in fact kalau one day dorang suh datang pejabat dorang untuk amek report pon saya tak kesah. macam mencabar pulak. hihi..


this is how we do working paper. and that's me

.
meja saya. si gadis tukang angkat phone. hihi..tapi kadang-kadang saje je biarkan si Naddy mak tiri yang angkat. malas nak gerak. ahaaaa..~~



dan juga disebabkan saya boleh pergi kerja dengan selambanya sebab syarikat kecik dan tak perlu nak melawa sangat pegi keje, maka outfit yang selalu saya pakai semestinya baju kurung ataupun jubah. kalau boleh dapat yang tak payah bergosok tu lagi bagus. nampak tak pemalasnya disitu..? -____-'

apepun, saya bersyukur sebab ikot cakap ayah untuk kerja kay situ. walaupun penat. walaupun maybe kena selalu OT. walaupun kena banyak duduk bersila untuk buat working paper. huhuhu.. oh oh, kalau buat OT pun...dapat je elaun. tak ke seronok? kekekee... orang laen elaun banyak..tapi OT tak dapat. so.. hehehehe...

oke done. saya dah tak nak merajuk. hihihi.. dah boleh pegi bukak puasa walaupun dah pukul 9 malam. -__-'. gedik punya budak. asyik nak merajuk je kejenye.


7 cot-cet cot-cet mereka...:

Dhahlia Ahyat said...

Boleh tahu tak nama syarikat audit yg awak buat intership ni? Help me . Couse saya tengah cari tempat intership juga . Kawasan kajang sebab dekat dengan rumah kan . Kalau ada tempat yg nak suggest pun ok juga . Harap membantu . Thanks .

>Misz Farah..?< said...

nama syarikat ni Mohd Nizaruddin & Co. untuk audit firm sekitar pekan kajang la. bersebelahan syarikat ni ada Kathy Tax, yg ni pun boleh praktikal gak, tapi bukan audit firm. lebih kepada accounting dan company secretary.

nurul asyiqin said...

salam nk tny awk kos apa ea? da buat report li? awk buat mcmna?

nurul asyiqin said...

hi nk tny awk kos apa? report li awk buat cmna?

>Misz Farah..?< said...

Waalaikumsalam. sy kos perakaunan. report li buat mcm biasa je.. just tulis buat ape je ritu. ntah la kitorang punya mcm tak fix pn nak kena buat mcm mana. so suka hati la. huhuhu..

nurul asyiqin said...

blh bg cnth report li x? emel sy eyqin762@gmail.com

>Misz Farah..?< said...

i'm sorry asyiqin, tapi report li saya dalam bentuk hardcopy. kitorang kena tulis dalam buku je, dan kemudian buku tu dah diserahkan pada lecturer sem lepas. saya x pegang apa2 evidence pn pasal report saya. i'm sooo sorry..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...