Raya 2013.

as salam.


alhamdulillah..selamat pergi selamat pulang. Hello kajang! i'm home~ kekeke..

erm...masuk keje kol 9. kol 8.15 kang gosok baju. 8.30 mandi. 8.40 bertolak. sebelum kol 9 sampai. amacam perancangan hidup? teratur kan? ahaaaaa.. sementara ada masa ni nak update blog sikit. takkan nak update buku log praktikal je. hohoho..

Alhamdulillah.. Alhamdulillah..Alhamdulillah.. seronok sangat! peraturan DIA memang sangat baek, malah yang terbaik. 'ilham' ayah nak pegi menziarahi makcik2 atok2 dan dua pupu yang jaohhhhh dari mata neh, (eley, kat Singapura je ponnnn) telah membuka minda dan memberi banyak pengajaran pada kami. eh..yang tu story morry laen kali lah. mana sempat nak taip panjang-panjang. -___-'

anyway..

malas nak taip banyak-banyak. mari biarkan gambar yang berbicara.... ecece..


cisss.. kunun nak baju sama dengan orang laen, sekali jadi anak tiri pulak dalam family. orang laen pakai baju choc-oren, yang saya pulak pakai peach. padan muke. ikutkan rasa binasa, ikutkan hati mati. eheh? betul ke peribahasa tu...? hohohoho...


raya kedua. purple katanya. tapi entah kenapa...baju purple saya dah macam baju kurung outing sekolah teknik dulu. erk...?

pelannye, trip pegi johor ni ade beberapa kereta nak join. at the end, dua family pergi hari ahad-rabu, lagi 3 family pegi ari rabubalik hari. haish.. thaun ni takde konvoi raya. tak best. >___<


the beradik's. the gedik's. the pengumpul duet raya. bahaha! si kecik di kiri dan kanan saya hari-hari tanya 

"jom la pegi raya kat rumah saudara laen. nak kumpul duit raya ni." 

eheh korang ni. orang pegi sana nak melawat saudara yang sakit. dan eratkan silaturrahim. bukan kumpul duit raya dik oiii... -__-'

si kecik ni lagi sorang. pegi rumah orang laen, selamba katak je buat macam rumah sendiri. conquer ps2, ps3, psp, basikal, dan segala macam mainan saudara dye, macam tu mainan dye sendiri. ahaaaa... rasa nak gigit je budak kecik ni. 



oh oh.. last but not least. the foooood~~ mana mungkin pegi sana sini tak makan makanan yang sedap-sedap. hehehe.. memandangkan dua hari sebelumnya perut sebu..takde selera nak makan... muke pon serupa mayat hidup je bak kata adek2, jadinya saya manfaatkan makanan sepanjang perjalanan tu. kekeke.. and pufff!

i've got my life back!


and wallah.. that's all. cerita dalaman, errr..next next entry la. lg 2 minit nak masuk 8.15. jadual lari nanti. kbai! wassalam.

p/sss: special thanks to si junior yang selalu kubuli dulu. the one who always nasihat me, and hold on to me time kak tengah lonely, beside Allah la of course. buat saya lupa masalah. buat saya gelak. buat saya sesar yang saya kena jadi lagi matang dari dye. cisss~!

eheh.. nape la awak lagi matang dari akak. padahal tengok muka awak, tengok gaya awak, cara awak mesej, sume macam tak matang lagi. tapi bab bagi nasihat... amboi.. kalah akak si kaunselor tak bertauliah neh. naseb baik dye tak tau pasa blog ni. mau malu saya kalau dia baca.

 hadoooi.. mari menjaga hati. nak pegi keje. babai~

You Might Also Like

0 cot-cet cot-cet mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...