Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Thursday, 26 September 2013

Sabah, a journey to remember. Part 1.

As salam.

6 September yang lepas menjadi saksi bahawa salah satu impian saya dah tercapai. Alhamdulillah...sejak kecil lagi family saya memang suka berjalan. trend ni bermula daripada arwah nenek ataupun arwah mak mengikut panggilan saya, yang nama arwah suka sangat buat pelan last-last minit untuk pegi sana sini. dan kemudian diikuti oleh si ayah dan ibu kepada Farah.

it's started with promosi tambang murah Air Asia yang membuatkan ibu terbuka hati untuk pergi ke Sabah sebab tengah murah. dan dibantah oleh si ayah sebab tahun ni kami dah pegi berjalan dan bershopping sakan di Vietnam which cost us Rm 16,000++ total. dan ayah tak nak kami membazir lagi. tapi unfortunately ibu dah pun bayar dan dah set, bulan 9 pegi Sabah. puas la ayah bagi alasan ada kelas la, ugut tak nak ikot la. but at the end, pegi juga. hihihi..

time ni saya teringat salah satu kata-kata ayah dalam sesi kuliah Subuh yang lepas-lepas;

"kalau memang rezeki tu Allah tetapkan milik kita, buat lah macam mana pun. ia tetap akan jadi milik kita."

hehehe.. terkena batang hidung ayah balik! banyak sangat alasan..tapi pergi jugak!


But seriously, memang banyak gilos dugaannya nak pegi Sabah ni. boleh pulak IC Aten si adek hilang masa nak check in flight, dan passport dia pon tetibe hilang. padahal semua orang punya ada. tapi Alhamdulillah la lepas tu jumpa. risau pulak kita time tu.

dan kemudiannya flight suppose to be berlepas pada jam 9.30 pagi. tapi delay sampai nak dekat pukul 12 tengahari! gila lama tunggu dalam flight. ayah sampai boleh habeskan beberapa mukasurat al-Quran.

psss--> btw, i'm sooo glad that ayah appreciate my gift. Terjemahan Al-Quran tu saya belikan untuk rumah sebab kami takde al-Quran terjemahan lansung dalam rumah. yang ada pun saya punya yang saya selalu bawak pegi Melaka. dan saya saaaaaangat terharu ayah gunakan ia sebaiknya. Alhamdulillah.. tak sia-sia. =')

later around 2 pm kami selamat sampai. dan alhamdulillah, semua selamat. ayah dah search kereta dari KL lagi dan dapat deal kereta VIVA. oke, kereta VIVA untuk 6 penumpang. beserta luggage. can you imagine that?! hahaha! itu pun ni yang paling murah.  RM100 sehari. yang laen beratus-ratus. mana mampu.. T___T nanti tak enjoy la holiday. huhu..


DAY 1:

keluar rumah pukul 6.30 pagi dan selebihnya duduk kat dalam airport tunggu turn naek kapal terbang. seriously bosan. hahaha! iman saya cukup lemah, tak sekuat ayah yang boleh baca Quraan kat tempat bising dan bosan camtu. saya dok amek gambar, makan cekelat. kacau akim, makan gula-gula. dengar lagu, makan mints. -_____-' yeah.. really healthy.


dalam pukul 10 boleh naek flight tapi belum boleh terbang atas sebab teknikal. makanya pihak air asia bagi makanan yang dah di order online dulu. makanan yang dipilih? mulanya saya pilih nasi lemak pak nasir sebab ayam rendang dia sedaaaap sangat. tapi ibu tersalah pilih nasi ayam so kena tukar. and trust me. nasi ayam dia tak best. wuuu~~ T___T



dan makcik disebelah saya ni dengan gembiranya makan nasi lemak yang lazat itu, tanpa offer syaa sikit pon. oke tak. dia bagi sikit. sikit jela. SESUAP NASI. =__=


oke, sejam lebih kapalterbang tak gerak-gerak. ape lagi boleh buat? maen game. amek gambo. mengunyah.


Alhamdulillah, sampai juga di Terminal 2, lapangan terbang Kota Kinabalu.  cari kereta, isi minyak, buka WAZE (GPS hempon yang sangat berguna) dan ciaoooo~~ 

tempat pertama yang dituju, Tanjung Aru. pantai tanjung aru. lapar! seriously, makanan kat Sabah ni sangat banyak untuk dimakan sorang. saya ulangi, SANGAT BANYAK. beli makanan sorang satu tapi at the end, ade 2 makanan bungkus. dan makanan dia tak sama pon macam kat semenanjung. contohnya, nasi goreng USA. hahaha... memang laen. susah nak describe.


lepas makan berjalan la kat pantai. dan mok cik-mok cik ni dengan hepinya amek gambo. haish.. cam takde keje laen.


NEXT DESTINATION! cari hotel. ibu nak cari hotel yang boleh jalan kai je pegi pasar filipina. night market. setiap hari ade. kat situ la nak dapatkan souvenir murah. dan alhamdulillah.. hotel yang dipilih CAPITAL HOTEL. dekat dengan Jesselton point. dekat dengan pasar filipina. selesa. ada wifi. tapi susah nak parking. yelah, hotel kat tengah bandar. memang susah giloooos nak parking. tapi nak pegi 7eleven jalan kaki je. nak g pharmasi pon dekat. petron kat depan hotel je.  nak kedai mamak turun bawah belok sikit da sampai. kedai kat sebelah hotel kedai Italian food. ahaaaa.. nak ape lagi?

sepetang tu kami berjalan di KK Waterfront. cari maklumat untuk berjalan esok. dan kemudian menikmati pemandangan di sekitar kawasan hotel. oh btw, waktu solat kat snaa cepat. dan pukul 6 petang dah macam maghrib dah. memang beza gileeeerrrr. huhuhu..






DAY 2: PREVIEW.

dah ngantok. sambung next time. babai~~

0 cot-cet cot-cet mereka...:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...