Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Thursday, 29 May 2014

current obsession

As salam.

memandangkan saya baru habes menaip assignment untuk subjek MAF640 makanya saya rasa rajin nak taip lebih-lebih dekat blog pula. hoho..

obsesi saya terhadap barang dan keinginan sangat mudah berubah mengikut waktu.tapi ade juga lah yang kekal sampai sekarang. for example, saya masih suka mengumpul novel, anime, masih suka makan. hahaha! yang tu tak payah kira kot. memang wajib masuk dalam favvvv list.

tapi lately saya da macam berubah sikit. dah mula cipta interest untuk bersosial dengan public. ohooi.. kalau nak tau saya yang dulu jenid yang suka dok dalam bilik je tak kuar umah kalau dekat ruma sewa tu. kalau orang tak ajak keluar memang takde la saya nak keluar rumah. in fact, kalau ibu ayah datang Melaka pun saya tak tahu nak bawak melawat mana sebab..er... tak pena keluar?

but now everything has change! muehehehe.. i'm no longer that fools. kira da reti la nak bersosial dengan orang laen. lagi-lagi dengan classmate. tehee~

so my 1st obsession buat masa ni,

1.  MENGUMPUL KENANGAN.

kalau kelas ade buat makna-makan ke, pape event ke insyaAllah saya akan attend. kalau dulu..err... malas? malu..? huhuhu.. dan paling latest, saya join jugak dinner Fakulti.

dimana-mana mesti ada makanan. ahaaa~

tema masquerade. pakai baju jubah je pegi dinner. ade haku kesahhh? huehuehue..

funny things kat hotel ni ada event lain juga waktu tu. ntah macam mana ada orang bukan Islam yang tertarik dengan jubah saya dan sanggup kejar saya sampai dekat ballroom kitorang untuk ambil gambo saya dan baju ni. ahaaa... pakai jubah pun dapat perhatian. malu la iteww~


ni masa Pesta Buku Antarabangsa aritu. saya dan mizat overnite ke KL semata-mata nak shopping buku. ohoiii.. penat gilos. pastu date pulak kat KLCC. memang mencipta kenangan sungguh.


Di Melaka Mall kununnya nak tengok festival belia kat seberang. sekali ade Hijab Fiesta kat bangunan tu juga. so sesambil jejalan tu gedik-gedik la cuci mata tengok tudung itu ini. ahh..pakai baggy shirt je pegi sana sebab tak pelan pon.

ni last week kami ke PC Fair di Mitc Melaka. memang keje menghabiskan duit ke ape. banyak snagat shooping sem ni. -___-' dan kemudian melantak di Restoren Ayam penyet dekat area MiTC. ni atas cadangan Mizat of course. sedap gilos nasi dia tapi lepas makan mengantok ya amat. nak buat assignment pun dalam tangisan sebab mata nak terpejam je lepas tu. huhu..

2. Beanie/ Baret


masa saya beli bende ni si Alia adek saya tanya:

"eh buat apa akak beli benda ni? akk bukannya freehair ponnn."

" ehhh..tak semestinya akak nak pakai sebab nak tunjuk kat orang. pakai ni untuk kepuasan diri sendiri. nak dapat feel moe-moe macam dalam anime. kekekeke"

erk.. hahaha.. ni la susahnya kalau dah terpengaruh dengan anime. tapi memang berguna pun beanie ni kat rumah. contoh kalau bad hair day, boleh pakai beanie ni untuk cover. pastu kalau rasa sesekali nak ngorat hubby, pakai la cekci-mekci macam orang barat tuu pastu accessory pakai beanie. kawaiii~ hahahaha..

lols. cerita macam orang dah kawen je. *tutup muka* ahh.. tak peduli. nak jugak pakai. heehehe..

3. cats/ rabbit headband

 


mana dapat ilham nak pakai? sebab tengok anime. hahahaha.. *tutup muka*

tapi seronok la. dress up macam nak pakai kat luar tapi sebenarnya pakai kat rumah je. nanti boleh prektis untuk suami pula. ehh.. *tutup telinga. panas. blushing*

headband ni sangat berguna terutama bila rambut tengah cari gaduh dengan kita. tetibe rasa muka dah macam kak limah dengan rambut menggerbang segala..serikan la dengan headband. kompem selamat. nanti da kawen ade kemungkinan future suami nak isteri kekal dengan rambut panjang. so kena prepare la kalau datang time macam menyampah giler dengan rambut panjang. ni pun saya belajar dari pemerhatian orang sekeliling. uhuks.. stalker. 

4. boots



ahhhh! stress tengok kasut boot cecantik di instagram. sape kata pakai  skirts dan seluar panjang tak boleh pakai boots? boleeyyy je okeyy! hehe.. in fact, kang raya kalau dah tak jumpa heels yang selesa mungkin saya nak pakai boots je. keh keh keh.. lepas tu kompem kena marah dengan ibu. sebab menyusakan diri dan sangat laaaaa weirdo. ohooo.. takpe ibu. akak memang weirdo ponn. kikiki..

alaa...ade lagi nak bebel tapi da nak pukul 4 pagi pulak. ceit. kena tidur ni. kang tak bangun subuh. wuuu~ nasib la kau Farah. orang lain update pegi jalan sana sini.. kau update pasal barang je laaa.. hmm.. until then, wassalam.

p/s---> i wonder what happen to gitar aku. lama tak main. rindu pulak tetibe. huhu..

0 cot-cet cot-cet mereka...:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...