i'm sorry ibu. mianhe ibu.

as salam.

pheww.. 3 entry dalam satu malam. gigih betei. whenever my writing moods datang, saya kena cepat-cepat tulis or else like before, ia akan hilang dan terus jadi malasssssss nak menaip. tu yang jadinya sampai 3 bulan tak update blog. keh keh keh..

after family dinner tadi, saya dok borak dengan ibu. membebel pasal banyak benda. dan antaranya;

Topik 1: Pasal kereta.

"ibu, ayah cakap kan nanti dah kerja RM300 kena bagi ayah untuk sewa kereta myvi tu. betul ke?"

"eh, ibu tak tau pun?"

" ibuuuuuuuuuuuu~ (muka gedik meminta-minta) akak rancang nak habiskan hutang PTPTN tu cepat-cepat, so duit gaji tu dalam RM500 nak bayar PTPTN tu. nak cepatkan habis hutang kalau tak riba' nanti. takmoooo.. penat la hidup dalam berhutang."

"bayar jela. kan still ada duit gaji lebih nanti."

"ibu! ibu tau tak ayah cakap RM300 tu tak termasuk duit minyak dan tol? uwaaa... mana aci! akak baru nak mulakan hidup. macam mana nak menyimpan kalau macam tu?"

"Farah, ibu ayah dulu dengan duit gaji Farah tu lah kami mulakan hidup tau. ayah tu nak ajar Farah hidup susah je mula mula ni. nak ajar farah manage hidup macam mana. eleh.. cakap je nak menyimpan. karang ade la tu gadjet baru dia beli. macam ibu tak tau. bagus jugak ayah buat macam tu."

....dan saya berlalu bawak cawan ke sinki sambil menunduk. CHECKMATES. *tetiba batu jatuh atas kepala*

tapi lepas tu saya lari balik duduk sebelah ibu nak buakak topik baru.



Topik 2: Nak merasa duit anak.

"ibu akak rasa.... nak belajar bawak motor jela. so tak payah bawak baby silver. pastu boleh bawa motor besar ayah kalau da power sikit. hehe.."

"aah. lepas tu bila pancit ke ape dok la kat tengah jalan sensorang. awk tu bukannya reti nak repair ke apa. bukannya reti nak handle kecemasan macam tu."

"ala.. apa susah.pape jadi call jela ayah suruh pikap. bukannya jauh ponnn tempat keje akak dengan ayah.. ngee~"

*ibu sekadar menjeling.*

"tak pun kan ibu, akak rasa nak naik motor sekali dengan ayah la. pergi keje sekali naek motor besar. cun jugak! baru la takde awek nak kacau ayah sebab nampak dia bawak pompuan kat belakang. hew hew hew. pastu tak payah bayar RM300. dah jimat. yeay!!"

"Farah... sebenarnya ayah tu nak merasa duit anak je. merasa duit gaji pertama anak dia. bukannya nak suh bayar sewaa pon. takkan tak faham faham lagi?"

"ohhhhh........" 

pastu saya tunduk sekali lagi, pergi ke dapur ambil air masak. pastu datang balik ke ibu. bukak topik baru.



Topik 3 : akak dah kerja ke?

"ibu, akak ni...dah dikira kerja ke? ni bukan macam training je ke?"

ibu pandang mencerun sambil kecikkan mata. tak cakap apa apa.

"yelah, ibu tau tak dalam otak akak ni.. terngiang-ngiang ayah cakap. anggap je keje ni macam masa praktikal dulu, sebabb nak cari pengalaman. tak yah peduli pasal gaji ke apa. anggap ni satu proses untuk belajar. alaaa.. perasaan macam masa intern duluuu.. kan? means Farah belum kerja lagi la kan? ayah cakap kerja betul-betul yg steady bila guna result degree nanti.. kan?"

" Ibu rasa macam nak cari satu benda nak ketuk Farah sekarang ni. awak sedar tak yang awak tu dah habis belajar? kalau intern aritu ada sampai kena interview semua ke? ada bincang pasal gaji ke?"

"ohh.. akak kira dah kerja betul la ni ek? ohh...sebab tu ayah nak rasa duit gaji akak ea? ohh.. baru faham. adoiiiiiiiiiiii... lambat pikap giler akak! malunye! kesian ayah akak mengada-ngada tak nak bagi rm300 tu tadi."

"Ya Allah farah kenapa macam tu? Farah ni tak fokus tau tak? bukan lambat pikap. tapi otak melayang sana sini sebelum dapat tangkap apa yang orang cakap. ish.. geram betul. rasa nak ketuk dengan something je."

"ohhhhhh..."

lepas tu saya pergi basuh cawan tadi. again. saya ingat nak lari naik atas sebab da bapa kali rasa macam batu jatuh atas kepala.. pastu ibu panggil dan cakap sesuatu.



Topik 4: Kahwin.

"Farah sampai bila nak matang ni?"

"akak da matang la ni..." sambil menggumam.

"Farah, ibu dulu lepas belajar terus kawin tau. umor 23 tahun ni lah."

"ala ibu! taknak laa...." mula dah buat muka mengada nak kena penampar sebab tak nak masuk topik tu.

"umor Farah ni ramai yang dah kawen tau. bila nak membesar ni? lepas ni dah kawen mana boleh buat perangai macam ni. sebab tu bila kawan Farah kata Farah macam anak bongsu ibu nak gelak besar je. haish.."

"ibuuuuuuuuuu.. akak bukannya ada calon pun. baru nak mulakan hidup pon. nanti nanti laaa...."

"ibu sentiasa doakan Farah dapat jodoh yang baik-baik. bla bla bla..."

hmm..maaf ibu sebab akk kawen lagi lambat dari ibu. dan kemudian saya naik ke bilik. tak turun turun.


sejujurnya, ibu tak tau. saya dah mengalah bab kahwin awal ni. saya hanya fikir nak bina hubungan dengan makanan (i do love food) dan bina hubungan dengan alam (i loveeeeeeeeeee travelling!) dan paling penting, bina hubungan dengan Allah. i used to think that my ideal ages of getting married is at 25-26 years old. sekarang dah jadi... errr... 28-29 years old or moreee?

i'm sorry ibu. i will no longer bring a man to our house melainkan dia datang dengan family dan untuk membincangkan hal pernikahan. few years back i do bring a guy yang mempunyai perancangan untuk berkahwin tapi hanya rupanya hanya sekadar omongan kosong sahaja. ciss.. insyaAllah lepas ni da takde da. akak fokus benda lain je okayy? i'm sorry ibu.


the three of us. siblings. the one that i felt most comfortable with. buat la muka hodoh macam mana pon.. buat la perangai tak semengah macam mana pon. cari gaduh berjuta kali pon, at the end we'll be together, being crazeyyyyyyy again. hahaha.. 

since i'm no lomger 'searching for my one trueee jodoh' so i can act and behave as myself. hohohoho... makan is my priority. gelak tak hingat dunia is my weakness. and i dont give a ...... to any haters. coz i'm here to impress Allah, perform everything yang Allah suruh. bukan untuk please manusia. like seriously, please accept me as who i am. thank you.


and these girl besides me, emyl, she's is a good girl. don't judge her because she's not wearing a tudung. i'm hoping that satu hari nanti, pintu hati dia akan terbuka untuk berubah dengan sendiri. dia gadis yang bijak, insyaAllah akan dipermudahkan. i'm not good at nasihat, and i'm sooooo afraid that any word from me can hurt her feeling. maka selemah-lemah perkara yang saya boleh buat, ialah dengan berdoa. i'm sorry emyl, if one day emyl terbaca entry ni, i'm hoping that u know how much i care and love you as a sister, apatah lagi sebagai saudara sesama Islam. and thank you for all the memories that we had together. =)


fly high to the sky! giler betei saya pakai kain pon nak melompat. ni namanya senget. hahaha!


us with birthday present. Elmo for emyl, and lil' monkey from Dahlia Basri for my belated birthday present. hehe.. thanks a lottttttttttttttt babes!



and so, elmo and MoMo (that lil' monkey had a name now) beraksi didalam baby silver. hahaha! how cute is that?

okey cukup membebel. alhamdulillah for everything. thank you ibu, ayah, family, friends. thank you Allah. :')

You Might Also Like

0 cot-cet cot-cet mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...