as salam.
mula-mula, saya nak ia jadi camni.
Oleh: Ustaz Bob Al-Bukhari (dipetik dari status page syahirul.com)
mula-mula, saya nak ia jadi camni.
gaya ala KARA Nicole.
but it's end up jadi macam ni pulak. *sigh*
gaya ala Jewellery Yewon.
takpelah. at least someone puji yang gaya sekarang lagi kemas berbanding dulu. oke fine. semua tak suka saya nampak matang. >.<
ini hanyalah dari pandangan mata saya sahaja. pada pandangan mata saya, wanita berambut panjang nampak matang dan feminim. especially without bang. or kalau nak ade pun, jenis yang panjang punya. eh, hair bang pun sebenarnya memainkan peranan penting tau pada wajah. with hair bang, anda kelihatan....muda? huhuhu...
p/s--> bang tu rambut depan ala-ala korea tu. yang macam ni.
Miss A Suzy hair bang
bagi saya juga, wanita berambut pendek nampak comel dan menunjukkan muka yang tidak matang. huhuhu.. aip! jangan nak marah-marah. ni pendapat saya je. oke?
cuba tengok muka IU kat bawah ni. credit to google.
IU without bang and long hair.
nampak matang kan? nampak feminim kan? nampak ayu kan?
IU long hair with hair bang.
see? nampak lain sikit kan? hair bang bagi effect muka muda remaja. even with long hair.
IU short hair. with and without hair bang.
nampak tak muka kebudak-budakan si IU ni? muka dia dengan rambut pendek nampak macam budak bawah umur kan? kan? kannnn? ^_^
as a conclusion, pilih lah gaya yang sesuai dengan kehendak jiwa anda. eheh? macam pelik pulak ending dia cakap macam ni. haish..
yang sebenarnya, saya nak kongsi sikit cerita pendek dari facebook syahirul.com yang saya baca semalam. cerita benar yang sangat kena dengan keadaan semasa. perempuan zaman sekarang suka sangat pakai tudung bagi nampak bonjol kat kepala, konon nak cakap,
"rambut i panjang sangat. susah nak cover."
eh tolonglah. my dear friend, Dahlia Basri time sekolah dulu sanggup tak ikat rambut, masukkan dalam baju. memang sangat tak selesa tapi pendirian dia, dia tak nak bonggol ikatan rambut tu nampak sangat. memang saya sangat respect dengan dia. nice Dahl!
dan nak dijadikan cerita, masa saya sekolah teknik dulu ada satu waktu saya kehilangan getah rambut. entah mana ntah saya campak. disebabkan sangat tak selesa kalau tak ikat rambut masa pakai tudung, maka saya capai je pape yang ada dan cucuk sanggul dalam tudung. ye, i know. sangat ridiculous kan? hudus giler kan dengan ada bende tercucuk keluar kat atas kepala dalam tudung. tapi nak buat macam mana. kabut punya pasal.
dan sesi memalukan pun bermula. one of my kawan lelaki, Kimie Idris tegur saya masa kitorang tengah duduk berempat kat Midpoint sekolah.
"rambut kau panjang sangat ke sampai kena buat camtu?"
"macam mana?"
"tu yang tercucuk-cucuk keluar kat tudung kau tu?"
" oh.. hehe.. tadi aku kabut. aku pakai cucuk sanggul je. ala-ala makcik dalam pantang."
" tapi rambut kau pendek je. aras bahu kan? lebih sikit la dari bahu. boleh ea cucuk sanggul?"
"WHATTTT?! mana kau tau rambut aku paras tu? kau pernah nampak ke?"
"tak la. dari segi ikatan rambut kau hari-hari tu aku boleh agak."
*pengsan*
see? kau tak payah nak pakai bonggol sangat pun dorang boleh agak la rambut kau panjang mana. tapi seriously, sangat memalukan. lagi-lagi bila orang tegur macam tu. rasa macam;
"apa guna aku pakai tudung tapi orang boleh tau rambut aku macam mana? arrrrrrrrghhhhhhhhhhhhh *konflik dalaman*"
malu. malu. malu. tak nak ingat lagi dah. haish.. eh, masa dah tamat. saya nak kena buat kerja lain. haa.. sila lah baca cerita pendek dibawah. until then, wassalam.
Pelik lah. Rambut isteri saya panjangnya sampai melebihi pinggang tapi semenjak saya kenal dia sampai lah sekarang ni, tak pernah pulak dia pakai tudung sampai terbonjol kepala ke atas belakang macam e.t dari planet marikh. Kadang-kadang tengok dah macam apes from planet of the apes pun ada. Renti-rentikan lah alasan kata rambut panjang sebab tu bersanggul tinggi. Ada sampai ke keting ke panjangnya? Semua tu sebab nak menarik perhatian je. Nak marah saya, marah lah. Saya memang suka kena marah dengan orang yang tak nak patuh syariat Islam ni. Rasa nak bagi hadiah pon ada sebab nanti kat akhirat karang bila Allah tanya, rambut kau akan jawab, "ustaz bob dah bagitau dah kat aku yang nabi melarang wanita bersanggul tinggi macam bonggol unta tapi aku yang DEGIL"