as salam.
sobsobs.. jam menunjukkan pukul 2:14 pagi dan saya tak mampu nak tidur. kenapa? sobsobs.. here's the story.
saya tak tahu kenapa but lately perasaan 'kedengki' a.k.a cemburu kepada adik saya yang last a.k.a si Akim semakin menjadi-jadi. teruk betul. dah tua bangka pun nak jeles dengan adik sendiri. >.<' entah lah. he keep getting the attention and i keep taking the blame. mungkin angin monsun puting beliung saya dah nak datang kot sampaikan saya boleh berperasaan begitu. wallahua'lam.
nak dipendekkan cerita, adek-adek dapat makeover bilik dorang lagi hebat dari saya. katil, meja, almari, semuanya baru. jeles? heh... tak kesah pon. sebab bak kata ayah,
"Farah tu tak lama lagi kawen, mana nak dok sini lagi dah. kalau dia nak perabot baru nanti kat rumah dia sendiri dia beli la mana yang dia nak."
=___='
arasso ayah. akak faham. ayah dah tak sabar nak halau akak ea? sobsobs.. *gedik*. eh saya tak sedih pun pasal tu. nonsense.
nak dijadikan cerita lagi, si akim beli katil yang berbentuk kereta. heh, tu katil idaman dia dari dulu. saya sebagai kakak yang nakal mestilah selalu bahan dia, cakap yang saya nak kan katil tu. bahaha! dan dia percaya! selalu jugak lah bahan dia sebab katil tu. kalau ade kerja nak minta tolong dia buat tapi dia tak nak, hahahahaha.. time tu lah saya ugut menggunakan katil kereta dia tu.
nak dijadikan cerita lagi, stime berbuka tadi entah macam mana kemarahan dia macam..errr... memuncak? asyik cari gaduh je dengan saya. sebagai kakak yang tak matang saya mestilah tak mengalah. bahan dia habis-habisan. sampai dia merajuk taknak makan untuk berbuka (tapi dia makan jugak. gedik!)
hahaha...
but then masuk bab touching. ibu tegur, saya yang sedang terbawa-bawa watak 'kakak yang tak matang' tadi TERmengungkit kasih-sayang ibu yang lebih pada si Akim. saya.... berniat nak main-main je. but then.... haish.... tak tau pulak ibu ambil serius. sedangkan ayah pun cakap;
"eh, yang you am,bil serius tu kenapa? budak tu main-main je lah."
tapi...rupanya ibu tetap terasa. saya tak sedar.
lepas makan dengan sedikit (kunun-kunun ambil aura merajuk sambil diet) saya pun ke ruang tamu untuk melipat baju yang berlambak-lambak kat depan sementara tunggu ayah bersiap untuk solat Maghrib berjemaah. dan disitu sketsa perit bermula.
selepas mengambil wudhuk dan kunun-kunun nak sambung merajuk dok kat depan, saya....TERpijak salah satu jet pejunag akim yang bersepah kat atas lantas.
hey! terpijak barang mainan Akim tu dah biasa. tapi tak pernah pulak bila terpijak mainan dia ade sekali bunyi "CRACK" kat kaki tu.
dan hasilnya, kaki saya.... SAKIT YANG TERAMAT! TERSELIUH OKEY? sakit giler... T________T mulanya ayah cakap;
"ni kifarah dosa ni. dah nak pukul 8 lebih tapi tak maghrib lagi. solat dulu. nanti ayah urut lagi."
dan dengan tangisan yang tak berbunyi, saya solat berdiri seperti biasa. serius saya cakap, SAKIT GILER! T____T dalam hati hanya mampu beristighfar je sebab otak keep hoping ayah pendekkan bacaan surah dalam solat sebab sakit sangat dan itu membuatkan saya lansung tak khusyuk. ye, saya mengaku saya solat tak khusyuk. betapa berdosanya saya.
lepas maghrib rehat kejap pastu solat isyak dan terawih berjemaah pulak. disambung dengan witir. ya Allah... betapa sakitnya saya rasa ketika tu. menangis setiap kali solat. sampai adik saya angkat saya setiap kali habis trawih sebab saya tak mampu bangun dengan sendiri.
dipendekkan lagi cerita yang panjang ni, *haish* lepas witir dan sedikit tazkirah ayah pun urut lagi. dan time ni la ibu cakap;
:sakit sangat ke? tu lah. mungkin balasan sebab buat ibu terasa tadi."
ZAAPP! SENTAP MAK NAK. ibuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu... maaaaaaaaaaaaf! T_________________T
saya hanya mampu menangis sebab sakit sangat ayah urut. lepas tu dia keep bebel pasal kifarah dosa, pasal Allah bagi balasan CASH sebab lukakan hati ibu, pasal sebagai peringatan supaya kita tak lalai dan sebagainya. saya dengar. tapi dalam tangisan. sakit woooo..
and the rest is history.
sampai sekarang saya tak mampu lelapkan mata sebab tak selesa kaki sakit sangat. lepas solat sunat, saya tak tau lagi nak buat apa lantas update blog.
sekian.
oh oh! lupa. sekarang kaki saya lansuing tak boleh jejak lantai. saya solat secara duduk. nak kejutkan ayah mintak tolong urut lagi, rasa bersalah pulak sebab dorang penat. maka... marilah menangis sorang-sorang sambil mengadu pada DIA. T______T
oh oh oh lagi. disebabkan saya jakun sikit macam mana nak solat duduk ni, maka saya pun search internet. dan jumpa ni. sekian.
p/s: tak mampu nak taip banyak. kaki sakit duduk lama-lama ni.T_____________T
Adapun di dalam solat-solat sunat, seseorang itu boleh menunaikan solat sunat dalam keadaan duduk walaupun ia mampu solat berdiri dan dikira baginya separuh pahala solat orang yang solat sunat dalam keadaan berdiri. Namun jika ia solat sunat dalam keadaan duduk kerana tidak mampu berdiri maka baginya pahala yang sempurna seperti orang yang solat sunat dalam keadaan berdiri.
Hendaklah diketahui bahawasanya orang yang mampu solat dalam keadaan berdiri di dalam solat fardhu tetapi sebaliknya ia menunaikan solat fardhu dalam keadaan duduk maka batallah solatnya dan tidak ada pahala baginya.
Adapun solat dalam keadaan duduk itu ada padanya berbagai bentuk dan keadaan. Antaranya solat sambil duduk terus di atas tanah (lantai), maka ketika ruku’ hendaklah ia menundukkan kepalanya dan ketika sujud hendaklah ia meletakkan kepalanya di atas lantai.
Namun jika ia tidak mampu sujud dengan meletakkan kepala di atas lantai maka hendaklah ia sujud dalam keadaan merendahkan kepalanya lebih rendah dan lebih kebawah dari keadaan ketika rukuk supaya jelas perbezaan di antara kedua perbuatan tersebut. Sedangkan duduk di atas kerusi ketika solat tidak membolehkan seseorang itu sujud terus di atas tanah (lantai), maka batal dan tidak sah solatnya itu.
0 cot-cet cot-cet mereka...