" Fer, tahun ni kita nak ke naik flight nak? Aku tak pernah lagi naik flight." - Mizat, 2018.
As salam.
Setiap tahun, me, and Mizat, (Friend from Uni) akan buat at least sekali, percutian bersama. Short Gateway la. Bermula dengan Melaka, Melaka lagi, Perak (kira dah advance sikit) dan akhirnya tahun ni kami berjaya melangkah jauh ke seberang, iaitu ke Miri dan Brunei. jyeahhh!
Mulanya Mizat nak ke Kuching. sebab trip kami selalunya berkisarkan makanan dan dia dapat tau banyak makanan pelik-pelik ada di Kuching, Sarawak. Tapi saya berjaya brainstorm dia untuk ke Miri dengan alasan,
"lepas tu kita boleh ke Brunei. banyak makanan sedap kat sana. dan ade Prince Mateen! kekeke.."
dan akhirnya setelah berjaya membeli tiket pada harga RM210 (return ticket) seminggu sebelum berangkat, pada 11/10/2018 dengan lafaz bismillah dan tawakal kami memulakan trip duo BFF ke Miri-Brunei.
11/10/2018-Kajang-KLIA-Miri
Flight kami pada jam 9.30pagi. jam 7.45pagi baru kami bergerak dari Kajang. pffttt memang dah lambat. Alhamdulillah setengah jam je perjalanan dari rumah saya ke KLIA2. first time saya travel sendiri tanpa keluarga. masing-masing sibuk hantar whatsapps suruh hati-hati. ayah berapa kali entah call tanya kat mana dah. ahaha.. macam spoil kids sangat.
the thing is, ni gambar terakhir menggunakan Iphone 7 Plus Mizat. sebab lepastu sampainya disana Handphone dia hilang.
HILANG GAISSS!
fuuhh..
boleh pula dia terlupa letak handphone atas bumbung kereta masa isi minya, dan kemudian terus masuk kereta dan drive. dah guna find my iphone pun tetap tak jumpa. nasib baik juga dia ada handphone lebih.
Kami sewa kereta Myvi which cost us around RM400 untuk 4 hari. paling murah yang kami jumpa. dan this person siap tolong uruskan untuk kami masuk ke Brunei. oh ya, RM50 include dalam RM400 tu, harga kalau bawa kereta keluar negeri.
flight delay pada mulanya. kami menjejaki bumi kenyalang (lols) pada jam 1 petang. kereta sewa kami sudah menunggu di airport. dan tempat pertama yang dituju (setelah phone Mizat hilang) adalah Restoren Muara Lalapan. Menikmati Nasi Lalapan yang serupa nasi ayam penyet dengan harga RM10.
blog-blog banyak suggest makan kat situ sebab paling sedap katanya. Ikut rasa saya... hmmm.. boleh la sedap jugak la.
Dan seterusnya kami terus ke Nova Hotel, Miri. hotel ni saya bagi 4 star sebab best gila. bersih. kemas. selesa. sampai je hotel kami solat, dan lepak tengok cerita 'pulang' dari pendrive yang saya bawa. menangis-nangis la dalam bilik hotel tu.
patutnya ikut itinerary draft yang saya buat, kami akan ke Canada Hill menikmati sunset but end up kami layan next movie kat dalam bilik. kah kah..
Malam tu kami ke Pasar Malam Saberkas, around 15 minutes drive dari hotel. sebab point utama kami ke Sarawak adalah untuk merasai culture sana dan makanan sana. Beli Umai otak-otak yang mizat nak, beli mee kolok dan durian kampung sana, seterusnya bawa balik bilik makan sambil layan Ant-man pulak. haha. nasib baik memang dah download banyak movie siap-siap.
Di Pasar malam tersebut kami kenal Kak Su, yang jual Umai dan supply umai untuk kami bawa ke seberang. saya tanya;
"akak orang kat sini sarapan makan kat mana? boleh suggest apa yang popular kat sini?"
"semestinya Laksa sarawak! cuba ke Laksa Lolita. boleh waze je. situ paling sedap."
12/10/2018-Bandar Miri-Gua Niah
Pagi yang hening, kami pun memulakan langkah dan perjalanan menuju ke Laksa Lolita. kata nak try kan makanan sana. guna waze je alhamdulillah sampai. dalam 45 minit dari Nova hotel.
setelah makan, kami bergegas ke Gua Niah which is 3 hours from Laksa Lolita or 2.5 hours from Nova hotel.
and guess what?
KAMI SESAT.
SESAT GAISSS. GUNA WAZE PUN SESAT.
pelik betul. sebabnya dia bawa kami ke jalan yang menakutkan. kampung. kelapa sawit. jalan makin kecil. kereta lain lansung takde. alhamdulillah jumpa sorang pakcik naik motor ni dan kami pun bertanya,
"pakcik tumpang tanya. sini boleh ke Gua Niah ke?"
dengan loghat sarawak yang pekat dan sukar difahami dia cakap,
"eh jauhh dari sini. kena ikot jalan besar. depan ni semua ladang. jalan kecil dan berbatu.patah balik!"
dan kami pun patah balik. Dengan berbekalkan bismillah dan tawakkal, sampai juga kami di Gua Niah. pada jam 12.45pm (lebih kurang).
Dari pintu masuk, entrance fee ke Gua Niah RM10.00. dan tambang untuk menyeberang sungai RM1.00 sehala. jarak dari pintu masuk ke entrance Gua Niah aroound 3.3km. disebabkan kami banyak juga berhenti untuk ambil gambar semua, dalam sejam 45 minit baru kami sampai ke entrance dia.
ada auntie cakap,
"masuk la dalam lagi. ada banyak lagi benda boleh explore di dalam."
tapi kami dah surrender. penat! haha.
setelah puas ber selfie dan rehat, kami meneruskan perjalanan kembali semula. another 3.3km nak kena tempuh.
seterusnya kami singgah ke masjid yang berdekatan untuk tukar baju dan solat. ingat nak makan late lunch tapi tengok jam dah jam 5 petang maka kami teruskan perjalanan untuk singgah ke pantai-pantai yang ada di sepanjang jalan kembali ke Miri.
bersambung di next post.
until then, wassalam.
0 cot-cet cot-cet mereka...