"aku harap even kalau kau dah kawen nanti jangan lupakan aku, dan kenangan kita." -Ferra,2018
As salam.
tadi saya terbaca entry lama time heart broken. and i was like,
"euwwwwww."
ok dah. mari kita sambung cerita pasal perjalanan hari kedua di Miri dari entry lepas;
12/10/2018-Bandar Miri-Gua Niah
balik dari Gua Niah kami menyusuri jalan dan pantai yang ada. banyak pantai tapi tak dapat nak pergi semua. dah nak maghrib pun. kat sana jam 6 tu macam jam 7 di semenanjung.
Benda yang best untuk di try, coconut shake gula apong dan ais-krim kelapa with gula apong. memang gula apong ni popular kat sana. and naisssss.
oh ya, kami hanya sempat ke Pantau Tusan. tempat yang quite cantik dan popular. sebab sebelum ni viral bila malam boleh nampak cahaya biru atau dorang cakap, fenomena Blue Tears.
tapi takde la kitorang gigih nak tunggu sampai malam. berdua je kot. bahaya.
dan seterusnya malam tu kami ke Miri Container City untuk cari shellout yang sedap. Dan mizat nak try ratah Midin (sayur). Shellout untuk dua orang cost around RM25.00. air lemonade satu jug, RM6.00. Midin sepinggan RM5.00.
habis makan kami terus balik ke hotel layan Ocean 8 and Deadpool. haha.
13/10/2018-Brunei day trip
Hari yang ditunggu-tunggu. sebab Mizat yang daftar untuk memandu di Brunei, whole day tu Mizat jela yang kena pegang stereng.
kami tukar duit di bandar Miri, RM151.00 untuk Brunei Dollar 50 sorang. cukup ke? haaaa.. mulanya kami fikir;
"kita ni da la kuat makan. cukup ke duit ni?"
"takpe. aku dah buat research. Kau ade Singapore dollar kan? kat sana boleh guna juga."
"ohh... selamat. okey."
masing-masing ade Singapore dollar. so kami fikir kalau tak cukup pakai jela duit tu. tapi rupanya 50 Brunei Dollar tu cukup sangat!
tol dari Malaysia. ni Asean Bridge. tapi kita tak perlu bayar pun tol ni.
Tapi tol masuk ke Brunei nanti kena bayar. 3 Brunei Dolar atau kat sana dorang sebut 3 ringgit.
Dari Miri Ke Asian Bridge tu around 45 minit ke 1 jam. dan pekan terdekat dari imigresen tu adalah Kuala Belait. kat sana kami cari makan dulu. teringin nak rasa Jollybee, franchise yang femes di Brunei. Kalah KFC or MCDonald. datangnya dari Philippines.
Set ni berharga 6 Brunei Dollar. rasanya? boleh la, Mizat suka sebab ayam spicy dia rasa spicy keseluruhan, bukan pada kulit ayam sahaja.
Dan kami teruskan perjalanan lagi.
Menara Cendera Kenangan di Kuala Belait.
Disini tempat perlumbaan kapal/motorboat time birthday Raja. ni pun pakcik yang kerja kat situ bagitau, saja jadi peramah. nak tau sejarah /cerita satu tempat tu kena la banyak bertanya.
On the way nak ke Seria tu ada pasar. Mizat ajak singgah nak tengok buah-buah pelik kat sana. dan makanan beserta harga jualan di Brunei.
hotel 6 star kat brunei. memang ramai orang datang untuk ambil gambar. kami acting as orang yg stay kat hotel tu. kekeke.
bertabah sangat Mizat (yang suka speeding) bila kena ikut peraturan. bawak 100km/j je gaiss.
Dah sampai Jerudong Park kami tengok jam,
'ohh.. da jam 4 petang. nak try main tak? tapi rugi nanti. hmm.. next time la.'
Jerudong Park ni macam Sunway Lagoon kat Malaysia. tapi versi sepi. sebab tak ramai orang datang. Dalam ni ade themepark, waterpark, garden park. Oh ya, kat sini juga saya jumpa kawan masa sekolah dulu, Nuratul. haha. kemain lagi jumpa kat Brunei.
Dari Jerudong Park ke Bandar Seri Begawan, kami menyusuri pantai-pantai yang ada disekitar. sekadar melihat macam mana pantai di Brunei. Lols. padahal saja nak cuci mata.
Kampong Ayer is a historical settlement area on in Bandar Seri Begawan, the capital of Brunei. Literally means 'Water Village' (Malay: Kampung Air), Kampong Ayer consists of a cluster of traditional stilt villages built on the Brunei River, mainly in the vicinity of the present-day Pusat Bandar or the City Centre.[2][3] Hence, it has often been dubbed as 'Venice of the East' since the pastSeterusnya kami menyusuri jalan di Bandar Seri Begawan.
ni the only temple yang ada kat Brunei. Auntie yang saya jumpa di Gua Niah yang cerita.
ni macam backpacker place kalau ada yang nak cari hostel murah.
Sempat juga kami solat Asar dan Maghrib disitu. Yanh saya tak berapa gemar, tempat wudhuk perempuan agak tersorok dibelakang which tak connected to ruang solat wanita. Overall masjid ni ambient dia best. tenang. Orang di Brunei memang peramah.
Seterusnya kami ke Nasi Katok SDK Signature, popular untuk nasi katok buttermilk yang sedap. Nasi Katok ni macam nasi lemak kat malaysia, yang mana pagi/petang/malam orang tetap nak cari dan makan. Nasi katok ni ada nasi, seketul ayam dan sambal. Selalunya harga takkan lebih dari 1 Brunei Dollar.
ni namanya nasi katok. Saya punya buttermilk, mizat punya BBQ. 1 Brunei Dollar je. Air pun sama 1 Dollar Brunei.
Selepas Isyak kami ke Restoren Aminah Arif untuk rasa Ambuyat! ambuyat ni macam makanan tradisional kat sana.
AMBUYAT sejenis makanan tradisional bagi kaum Brunei dan Bisaya, malah menjadi sajian utama selepas nasi.Suatu ketika dulu ia dihidangkan sebagai menu harian dan hidangan wajib semasa hari-hari istimewa seperti perkahwinan serta hari keramaian kaum berkenaan.
Hidangan yang diperbuat daripada sagu rumbia itu amat terkenal di Sabah, Labuan, Sarawak serta Brunei.
yang ni info dari sumber Berita Harian Online.Harga Ambuyat di Restoren Aminah Arif (mana-mana cawangan pun) 16 Brunei Dollar untuk dua orang.
Mengakhiri perjalanan kami di Brunei, kami ke Pasar Malam Gadong. Pasar malam terbersih pernah saya pergi. haha. kat sini la kita nak cari pelbagai jenis makanan yang ada di Brunei. Kami beli beberapa jenis kuih dan makanan untuk dibawa balik ke Malaysia. Niat malam tu nak lepak hotel, makan sambil layan movie.
0 cot-cet cot-cet mereka...