Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Thursday, 14 November 2013

Gades Praktikal.

As salam.

it's been busy weeks for me. eley.. setiap hari pon kau busy Farah oi. mana pena kau tak busy. -___- dan malas yang datang menerpa pabila saya pulang dari kerja..( macam sekarang ni penulis sedang menaip diatas katil..beserta meja kecik yang diletakkan diatas katil kerana malas nak gerak naik turun katil) menyebabkan saya berada ditahap yang paling serius! ahhhh.. i need to change! >__<

oh well..  that's enough.

sepanjang saya berpraktikal di MNC, a.k.a Mohd Nizaruddin & Co. banyak ilmu yang saya pelajari. seriously, kalau korang tak cukup kekuatan mental dan fizikal better jangan apply sini.  kalau kau memang malas nak buat kerja setakat nak potostat je baek jangan apply sini. kalau kau tahap manja-manja nak kena tegor sikit nanges2 baek kau jangan datang sini. kalau kau nak elaun tinggi tapi kerja sikit baek jangan datang sini. SERIOUSLY.

kenapa?

1) kau akan dianggap sebagai seorang auditor yang sebenar oleh client, yang sepatutnya, i repeat, SEHARUSNYA TAU TANGGUNGJAWAB dan FLOW seorang auditor. so kalau kau buat silap sikit memang kena la dengan client.

2) dalam sebulan tu ade la dalam 5-10 company kau kena audit. dan tu belum masuk kerja senior sebelum kau lagi. eh takpe. company dormant (yg tak banyak revenue, tak banyak item) je. kejap je siap. insyaAllah.

3) kalau kau punya kenderaan, kau akan disuruh hantar document sana sini. kira macam merangkap tugas despatch boy la. tapi jangan risau. berbayar. hihi..

4) klient akan fikir kau buat audit company dia sorang je. so dorang akan keep calling and asking  "bila boleh siap huh?" ...

dan tetibe manager letak document baru dan cakap "buat yang ni dulu. urgent. yang laen biarkan dulu."
 -____-'

5) bila bos masuk dia suka ajak buat bacaan yaasin, surah al waqiah, surah al-kahf dan beberapa zikir. dan kemudian kekadang ade sikit tazkirah. dan tafsir quran. so dalam seminggu tu kau jangan risau kalau xde pengisian rohani. insyaAllah ada.

6) there'll be bias between you and budak praktikal yang laen dimata senior. ahh.. normal la tu. saya memang bukan orang yang disayangi. *merajuk*

7) kekadang bila client nak cepat..kau kena ot. oh jangan risau, ini berbayar juga. cume kekadang kau tak ready untuk ot. dan nak tak nak, kau kena juga. haish...

9) isteri bos suka menggoda kau dengan makanan-makanan free yang diberi. kekadang kek. kekadang cupcakes. lasagne. cheesecake. ah... yang penting kek. sedap pulak tu. i loike!

10) dan laen-laen alasan.

despite all of the reasons above, kalau kau rasa kau nak menimba ilmu dengan ikhlas, pedulikan cabaran. dan apply untuk praktikal disini.

bagi pemilik nama Farah Nurazrina ni, dia suka berpraktikal disana. well, staff dye walaupun macam berpuak tapi dorang okey. sangat unite. suka bergosip *same la kitew. hihihi* dan tak lekang nak ngajar ilmu. mungkin ada yang garang sikit. or banyak. -__-' tapi kalau nakkan ilmu, kena la hadapi cabaran sikit. tak mati nye kena marah sikit-sikit ni. i love the way dorang ajar buat sesuatu. satu-satu mereka tunjukkan. step by step. 

workload belambak? rilekkssss.. bila banyak keje la kita lagi belajar. ye tak? dulu kalau nak terel math cikgu mesti kasi buat keje sekolah banyak3. betul tak? so apply la benda tu disini.

"maka, nikmat Tuhanmu yang manakah engkau dustakan?"

alhamdulillah.. pilihan ibubapa memang selalunya tepat. terima kasih ayah sebab 'paksa' orang amek tempat yang dekat. hihihi..

now, lets get back to our business. sepanjang berpraktikal saya berpelung mengenali mereka ini. Syafiqah, Nik, Kak Haziq, kak Saffa dan lain-lain. mereka juga berpraktikal disana. of, si Naddy tak payah kira. tu dah kenal dari sekolah lagi. hihihi.. among all, kami berempat jelah yang tinggal. tak termasuk Ayie, abangnya si Syafiqah. takde gambo dia so tak boleh la nak menyelit. huhu..

itupun, gades yang bernama Nik Syahirah Zulkeflee (kalau tak salah eja la. sori nik!) dah abes waktu untuk praktikal. jadi, dihari-hari terakhir dia ( dah lama dah kot gambar-gambar ni. budak pemalas ni malas nak upload) akmi berjimba sakan tak hingat dunia. time lunch la terutamanya. hihi.. OT pun bersama juga. sampai pukul 9 kami berkhemah di MNC, menyiapkan kerja sambil layan moviee... hihihi.. nakal budak nik ni. ngajo orang yang bukan2. (oke tipu je)

gambar di jusco. tandas jusco. kunun-kunun nak buat macam gadis Pavi la. puhahaha!


a moment to remember. she actually terharu giler bila kitorang wat surprise birthday party kat domino. dan Capika sayang buatkan kek khas untuk nik. so sweet~


homemade cake by capikah sayang,

si nakal Naddy mak tiri sayang.

Us, dan gades yang terharu.

masing-masing update gambo masuk insta or facebook. eheh..



Dear nik, dear Capikah, dear Naddy,

maybe terlalu awal untuk saya nyatakan disini tetapi, it such a pleasure to meet you guys, hangout together, eat what we wanna eat, and even overtime together. all those memories will be kept deep inside here *sambil tepuk dada*. dan semoga ukhuwwah yang terjalin akan berkekalan buat selama-lamanya. oh by the way, Kak Haziqah pun termasuk sekali. kang majuk pulak akak tu. hihihi.. love you guys lillahi taa'la.



last but not least, disebabkan saya semakin malas, here's a tip for a better work dress code.

1) malas nak gosok tudung? pakai shawl. yangtak payah gosok. dan labuh. easy. tak sampai 5 minit, pakai cara basic je, and done.

2) pakai kemeja. malas nak gosok? sokey. pakai cardigan kat luar. orang akan nampak benda tu macam "eh kau nampak macam wanita bekerja" padahal kau malas nak gosok baju kurung.

3) pakai seluar instead of kain. kekadang baju yang sepatutnya match dengan kain saya pakai dengan seluar. dan tetiba jadi trend pulak staff pun pakai camtu. sebab malas. hahahaha!

4) pakai baju gelap. so kalau tak gosok seyes tak nampak. kalau nampak pun...aku peduli hape. *nampak tak malasnya disitu?* hohohoo..

5) pakai blouse. tapi bukan yang meriah sangat. yang simple sudah. corak kosong je cukup.

done. hihi.. until then, wassalam.

p/ss: i've found a new victim to be stalk. inchek ai. ahahahahaha... seyes, baca blog dye boleh buat saya yang tensen gelak habis habisan. tahniah bro. kekekeke...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...