Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Monday, 15 September 2014

i'm sorry ibu. mianhe ibu.

as salam.

pheww.. 3 entry dalam satu malam. gigih betei. whenever my writing moods datang, saya kena cepat-cepat tulis or else like before, ia akan hilang dan terus jadi malasssssss nak menaip. tu yang jadinya sampai 3 bulan tak update blog. keh keh keh..

after family dinner tadi, saya dok borak dengan ibu. membebel pasal banyak benda. dan antaranya;

Topik 1: Pasal kereta.

"ibu, ayah cakap kan nanti dah kerja RM300 kena bagi ayah untuk sewa kereta myvi tu. betul ke?"

"eh, ibu tak tau pun?"

" ibuuuuuuuuuuuu~ (muka gedik meminta-minta) akak rancang nak habiskan hutang PTPTN tu cepat-cepat, so duit gaji tu dalam RM500 nak bayar PTPTN tu. nak cepatkan habis hutang kalau tak riba' nanti. takmoooo.. penat la hidup dalam berhutang."

"bayar jela. kan still ada duit gaji lebih nanti."

"ibu! ibu tau tak ayah cakap RM300 tu tak termasuk duit minyak dan tol? uwaaa... mana aci! akak baru nak mulakan hidup. macam mana nak menyimpan kalau macam tu?"

"Farah, ibu ayah dulu dengan duit gaji Farah tu lah kami mulakan hidup tau. ayah tu nak ajar Farah hidup susah je mula mula ni. nak ajar farah manage hidup macam mana. eleh.. cakap je nak menyimpan. karang ade la tu gadjet baru dia beli. macam ibu tak tau. bagus jugak ayah buat macam tu."

....dan saya berlalu bawak cawan ke sinki sambil menunduk. CHECKMATES. *tetiba batu jatuh atas kepala*

tapi lepas tu saya lari balik duduk sebelah ibu nak buakak topik baru.



Topik 2: Nak merasa duit anak.

"ibu akak rasa.... nak belajar bawak motor jela. so tak payah bawak baby silver. pastu boleh bawa motor besar ayah kalau da power sikit. hehe.."

"aah. lepas tu bila pancit ke ape dok la kat tengah jalan sensorang. awk tu bukannya reti nak repair ke apa. bukannya reti nak handle kecemasan macam tu."

"ala.. apa susah.pape jadi call jela ayah suruh pikap. bukannya jauh ponnn tempat keje akak dengan ayah.. ngee~"

*ibu sekadar menjeling.*

"tak pun kan ibu, akak rasa nak naik motor sekali dengan ayah la. pergi keje sekali naek motor besar. cun jugak! baru la takde awek nak kacau ayah sebab nampak dia bawak pompuan kat belakang. hew hew hew. pastu tak payah bayar RM300. dah jimat. yeay!!"

"Farah... sebenarnya ayah tu nak merasa duit anak je. merasa duit gaji pertama anak dia. bukannya nak suh bayar sewaa pon. takkan tak faham faham lagi?"

"ohhhhh........" 

pastu saya tunduk sekali lagi, pergi ke dapur ambil air masak. pastu datang balik ke ibu. bukak topik baru.



Topik 3 : akak dah kerja ke?

"ibu, akak ni...dah dikira kerja ke? ni bukan macam training je ke?"

ibu pandang mencerun sambil kecikkan mata. tak cakap apa apa.

"yelah, ibu tau tak dalam otak akak ni.. terngiang-ngiang ayah cakap. anggap je keje ni macam masa praktikal dulu, sebabb nak cari pengalaman. tak yah peduli pasal gaji ke apa. anggap ni satu proses untuk belajar. alaaa.. perasaan macam masa intern duluuu.. kan? means Farah belum kerja lagi la kan? ayah cakap kerja betul-betul yg steady bila guna result degree nanti.. kan?"

" Ibu rasa macam nak cari satu benda nak ketuk Farah sekarang ni. awak sedar tak yang awak tu dah habis belajar? kalau intern aritu ada sampai kena interview semua ke? ada bincang pasal gaji ke?"

"ohh.. akak kira dah kerja betul la ni ek? ohh...sebab tu ayah nak rasa duit gaji akak ea? ohh.. baru faham. adoiiiiiiiiiiii... lambat pikap giler akak! malunye! kesian ayah akak mengada-ngada tak nak bagi rm300 tu tadi."

"Ya Allah farah kenapa macam tu? Farah ni tak fokus tau tak? bukan lambat pikap. tapi otak melayang sana sini sebelum dapat tangkap apa yang orang cakap. ish.. geram betul. rasa nak ketuk dengan something je."

"ohhhhhh..."

lepas tu saya pergi basuh cawan tadi. again. saya ingat nak lari naik atas sebab da bapa kali rasa macam batu jatuh atas kepala.. pastu ibu panggil dan cakap sesuatu.



Topik 4: Kahwin.

"Farah sampai bila nak matang ni?"

"akak da matang la ni..." sambil menggumam.

"Farah, ibu dulu lepas belajar terus kawin tau. umor 23 tahun ni lah."

"ala ibu! taknak laa...." mula dah buat muka mengada nak kena penampar sebab tak nak masuk topik tu.

"umor Farah ni ramai yang dah kawen tau. bila nak membesar ni? lepas ni dah kawen mana boleh buat perangai macam ni. sebab tu bila kawan Farah kata Farah macam anak bongsu ibu nak gelak besar je. haish.."

"ibuuuuuuuuuu.. akak bukannya ada calon pun. baru nak mulakan hidup pon. nanti nanti laaa...."

"ibu sentiasa doakan Farah dapat jodoh yang baik-baik. bla bla bla..."

hmm..maaf ibu sebab akk kawen lagi lambat dari ibu. dan kemudian saya naik ke bilik. tak turun turun.


sejujurnya, ibu tak tau. saya dah mengalah bab kahwin awal ni. saya hanya fikir nak bina hubungan dengan makanan (i do love food) dan bina hubungan dengan alam (i loveeeeeeeeeee travelling!) dan paling penting, bina hubungan dengan Allah. i used to think that my ideal ages of getting married is at 25-26 years old. sekarang dah jadi... errr... 28-29 years old or moreee?

i'm sorry ibu. i will no longer bring a man to our house melainkan dia datang dengan family dan untuk membincangkan hal pernikahan. few years back i do bring a guy yang mempunyai perancangan untuk berkahwin tapi hanya rupanya hanya sekadar omongan kosong sahaja. ciss.. insyaAllah lepas ni da takde da. akak fokus benda lain je okayy? i'm sorry ibu.


the three of us. siblings. the one that i felt most comfortable with. buat la muka hodoh macam mana pon.. buat la perangai tak semengah macam mana pon. cari gaduh berjuta kali pon, at the end we'll be together, being crazeyyyyyyy again. hahaha.. 

since i'm no lomger 'searching for my one trueee jodoh' so i can act and behave as myself. hohohoho... makan is my priority. gelak tak hingat dunia is my weakness. and i dont give a ...... to any haters. coz i'm here to impress Allah, perform everything yang Allah suruh. bukan untuk please manusia. like seriously, please accept me as who i am. thank you.


and these girl besides me, emyl, she's is a good girl. don't judge her because she's not wearing a tudung. i'm hoping that satu hari nanti, pintu hati dia akan terbuka untuk berubah dengan sendiri. dia gadis yang bijak, insyaAllah akan dipermudahkan. i'm not good at nasihat, and i'm sooooo afraid that any word from me can hurt her feeling. maka selemah-lemah perkara yang saya boleh buat, ialah dengan berdoa. i'm sorry emyl, if one day emyl terbaca entry ni, i'm hoping that u know how much i care and love you as a sister, apatah lagi sebagai saudara sesama Islam. and thank you for all the memories that we had together. =)


fly high to the sky! giler betei saya pakai kain pon nak melompat. ni namanya senget. hahaha!


us with birthday present. Elmo for emyl, and lil' monkey from Dahlia Basri for my belated birthday present. hehe.. thanks a lottttttttttttttt babes!



and so, elmo and MoMo (that lil' monkey had a name now) beraksi didalam baby silver. hahaha! how cute is that?

okey cukup membebel. alhamdulillah for everything. thank you ibu, ayah, family, friends. thank you Allah. :')
Sunday, 14 September 2014

kalau tak bersyukur jugak tak tahu lah.

As salam.

alang alang saya tengah rajin nak mengonline, meh la kita hupdate seberapa entry yang boleh. hew hew hew..

as i mention in my previous entry, i've already been accepted as an invoice assistant di sebuah syarikat yang agak besar. keje biasa-biasa je, sebagai orang bawahan. bak kata ayah, nak cari pengalaman kena hidup susah dulu. okeyyyy..

macam mana boleh dapat kerja cepat sgt ni? tak sampai dua bulan menganggur da dapat keje. lols. *ayat makcik-makcik kepochi*


TIPS NAK MEMULAKAN LANGKAH UNTUK CARI KEJE BAGI FRESH GRADUATE
  1. Sediakan resume. hahahaha! benda basic kot. mohon prepare resume yang simple but include all the important things. nak tengok contoh resume boleh google je. saya malas nak upload diri sendiri punya resume. sebab gambar passport terukkk sangat. kekeke *alasan*
  2. rajinkan diri google pasal JOBS FAIR atau CAREER FAIR. serius, sangat membantu lagi-lagi untuk memulakan langkah ke alam mencari kerja. dan kalau boleh pergi ke semua Karnival yang berkaitanm kerjaya. pergi je. tebalkan muka. serius! (mohon bawak banyak resume time ni. jangan menyesal dikemudian hari.)
  3. banyakkan bertanya. PALING PENTING. bila ke karnival kerjaya kena banyak bertanya pasal kerja yang related dengan course kita. tanya sama ada ambil fresh grad ke.. tanya macam mana nak memohon ke, tanya pasal minimum qualification untuk memohon ke. tanya je. 
  4. luaskan connection. kalau ada senior-senior, kawan-kawan yang da kerja ke.. tanya dorang kalau ada job vacancies yang related dengan course yang kau ambil. jangan malu bertanya, nanti terlepas peluang pulak.
  5. JobsMalaysia.com, Godzilink.com, Jobstreet.com, masuk laman web cari kerja ni. hantar resume through email.
  6. jangan demand! mulakan dari bawah kalau jenis yang low self confident macam saya ni. kekadang orang tak nak ambil kau bekerja sebab kau ni fresh grad, takde pengalaman pulak tu. pastu demand gaji tinggi, demand nak position tinggi-tinggi. heh.. kelaut la jawabnya.
  7. doa dan bertawakkal pada Allah. itu yang paling penting. dalam setiap solat doa la supaya dipermudahkan urusan cari kerja. kalau ikot petua ibu, banyakkan solat sunat dhuha. dan kalau ayah pulak, solat sunat isyrak jangan lupa buat.

dan bila dah dapat kerja, jangan lupa sujud syukur. bila dalam dilemma nak accept kerja mana atau perlu accept ke tak, buat istikharat. apa apa pun kembali pada Allah dalam buat keputusan. yang bab ni saya memang sellau leka. pape pun saya akan dahulukan ibu ayah. selalu lupa nak istikharah.. sebab dalam fikiran nanti mestia da ayat ni.

"ala... ibu ayah dah tolong buat istikharah untuk aku."

heh. rasa nak tampo diri sendiri. tapi tu la.. pemalas tahap ape dah. -____-'

Nak dijadikan cerita, last week sampai 2x saya ke Jobs Fair di Mid Valley Exhibition centre semata-mata nak hantar resume which alhamdulillah bawa pada apa yang saya peroleh kini. gigih punya nak cari keje sementara belum grad ni  hah. keje ape pun takpe, yang penting related to account dan rezeki yang halal, insyaAllah.


1st day, setelah consult dan pujuk ibu ayah untuk kasi keluar rumah akhirnya saya pergi sendiri ke Mid Valley tu naek Baby Silver. oh ye, hehehehe.. ayah ibu dah belikan kereta baru untuk saya pinjam sementara waktu ni. kereta Myvi je pun.. dan kepunyaan ibu yang Allah pinjamkan sebagai harta dunia kami je. Alhamdulillah. dengan berani saya drive sendiri (tak pernah ibu ayah kasi drive sendiri kemana-mana) dan jumpa kak Fiza disana. saya nak cari kerja, Kak Fiza nak dapatkan info untuk sambung belajar PHD. memang berguna sangat kami pergi hari weekdays. tak ramai, dan dapat layanan yang memuaskan. kita tanya apa je, semua dorang jawab. hehehe.. ALHAMDULILLAH!

dan kemudian, memasing memuaskan nafsu dengan makan makanan korea di Bulgogi Brothers Restaurant. penat Kak Fiza membebel pasal status halal makanan kat situ dan amhamdulillah, kami makan tanpa was was. sejak tengaok drama Let's Eat (korean drama) saya mula la mengidam nak makan itu ini. tapi at the end kami pilih Chicken Bulgogi dan Chicken Kimchi Stew.dengan side dishes yg sangat byk dan quite sedap, saya memang berpuas hati dengan makanan kat situ. except for air special tea dia. errr.. tak boleh diterima tekak lansung.  -____-'



esoknya again, pegi ke tempat yang sama untuk hantar resume. sebab hari jumaat tu bawak 5 salinan resume je. heehehe.. orang takde pengalamana nak buat macam mana kan. huhu.. kali ni pergi dengan Sarah. jumpa dia kat sana which mean again, drive sendiri. yehuuu~ rasa macam matang giler pergi sana sini sorang-sorang. kah kah kah! confession of a spoil kids. 

kali ni mampu makan Kenny Rogers Roasters je. tapi bersyukur sangagt sebab Sarah cakap dia tak pernah makan sana. rasa macam dah bagi gula-gula kat budak kecik yang dah lama nak gula gula. hahaha! imaginasi yang melampau beno. ceit.

jumpa sarah memang banyak la cerita terbuka. pasal senyum manis, pasal jodoh, pasal keje, pasal pelajaran. lols.. ala makcik-makcik kepochi bercerita. tak sah kalau suara saya tak berkumandang diseluruh kedai. kekekkee..

dah dah. ingat nak buat entry baru lagi. hehe.. kbai!

Hidup kena selalu pandang bawah. Dan ingat Allah.

As salam.

masuk bulan ni, dah 2 bulan saya menganggur di rumah. oh ya, buat pengetahuan semua saya dah habis belajar. atau belum? erk.. status saya masih tergantung. nak tau kenapa?

but 1st, let me remind bebudak Bachelor in Accountancy UiTM yang ade repeat paper lebih dari satu. JANGAN AMBIL SEMUA PAPER MASA PART 8.

Mohon extend.

saya tahu benda ni susah nak diterima oleh sesetengah pihak. macam saya, dulu saya terasa nak extend, tapi parent tak bagi. maka sebab saya memang bukan yg jenis melawan cakap ibu ayah saya pun ikot jela. dan banyak bende yang saya kena tempuh sepanjang semester tu. Ingat boleh pass semua paper dan tak payah fikir lagi. sekali.. expectation saya lari jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. *sigh*

sedih la bila result keluar aritu, saya ada kantoi satu paper. paper FAR 450 pulak tu, paper part 6 yang saya carry bawa ke part 8. tak pasal-pasal dalam dilemma sama ada nak extend untuk satu paper ( konon nak betulkan sikit pointer) atau nak amek suppliment paper. dan setelah berbincang dengan ibu dan ayah, again dek kerana patuh saya ambil suppliment paper untuk ambil sekali lagi paper tu 3 minggu selepas result keluar. dengan gigih saya dan kawan-kawan yang bernasib malang menguruskan apa yang patut untuk menduduki suppliment paper. oh ni saya nak bagitau info pasal suppliment paper:

SUPPLIMENT PAPER UiTM

    1.  TAK SEMUA paper boleh ambil untuk suppliment paper ni. ikot rekod yang terbaru, hanya paper part 8 sahaja yang boleh ambil suppliment paper. Dan paper tu pun ikot mana yang rate failure ramai je dia bukak untuk suppliment paper.
    2. yuran exam RM100 untuk satu paper.
    3. gred paling tinggi untuk paper ni hanya C atau C+ (yg ni x sure antara dua tu la). maksudnya, andaikata anda dapat A+ untuk paper ni, tapi dalam result hanya akan keluar C atau C+ je. so memang tak boleh nak baiki pointer
    4. korang kena alert sendiri pasal pendaftaran dan exam dia. kena banyak call UiTM. tanya pihak HEA (Hal Ehwal Akademik ) berkenaan paper ni.
    5. kena daftar cepat-cepat sebab pendaftaran dia ambil masa 5-7 hari selepas result final exam keluar.
    6. paper ni katanya senang sikit daripada masa final exam. KATANYA. terpulang pada orang yang ambil exam tu untuk tafsirkan.



dan sekarang saya nak highlight pulak kenapa tak boleh amek sampai 8 paper masa part 8 nanti:



KENAPA TAK BOLEH AMBIL PAPER BANYAK-BANYAK MASA TAHUN AKHIR
  1. penat. penat giler. serius. T___T
  2. Jaga pointer. kalau pegang paper banyak sangat, susah nak jaga pointer. apatah lagi nak naikkan pointer.
  3. tahun akhir adalah dimana anda akan dapat banya giler, diulangi, BANYAK GILER DUGAAN which sometimes tak expect pun akan dapat. serabut giler nanti. serius tak tipu.
  4. Projek / Assignment / Roleplay yg banyak giler nak mampssssss.. errr.. hehehee..
  5. susah nak cari masa free untuk buat assignment dengan groupmates yg tak sama ambil paper sebanyak kita. nanti asyik ade clash masa je sebab kita ade kelas itu la, kelas ni la.
  6. lower self confident. bila banyak paper, we are intended to be less focus. time ada test, banyak paper nak kena ambil maka result suck. then bila kena compared dengan kawan kelas, rasa macam low gilerrrrrr self confident.


ni jela antara yang saya mampu tulis. sebab banyak sangat reason dia yang saya dah rasa, tak nak orang lain rasa benda yang sama. tapi kalau korang nak juga buat benda yang saya dah rasa, sokey la. mungkin tu yang terbaik ke kan. kena banyak buat istikharah. serius.

Naddy pun extend walaupun hanya repeat satu paper. Faten Farahin pun sama. saya rasa sedih sebab tak ikut jejak langkah mereka. at least dorang dapat jaga pointer. saya? hm.. takpalah. sebab ayah selalu cakap;

"YANG BAGI REZEKI TU ALLAH, BUKAN POINTER"

okey. totally agree!

saya tanya ibu,

"Ibu, akak da usaha sehabis yang boleh. berkejar sana sini untuk kejar keputusan yang baik. dan capai impian ibu ayah untuk tengok akak grad on time. tapi result akak tetaap macam ni. malah makin teruk. "

"Farah, Allah tu nak suruh Farah sentiasa ingat DIA. sebab tu DIA tak bagi Farah kejayaan sesenang macam tu je. nanti Farah jalan pun da tak pandang bawah, asyik mendongak gembira je sebab result bagus."

lebih kurang macam tu lah maksud ibu. tak exactly cakap macam tu pun tapi lebih kurang la. huhu.. dan ayah pun ada cakap;

"Kejayaan tu boleh jadi satu ISTIDRAJ. ingat."

okey ayah. okey ibu. akak redha. insyaAllah. lagipun, saya dah pernah rasa dekan pun dulu. at least takde la rasa kempunan sangat. lols.

dan kini, saya masih lagi menunggu result suppliment paper. sama ada saya boleh grad on time atau kena extend. semuanya saya SERAH PADA DIA, insyaAllah, apa-apa jadi pun saya dah tak kisah. mungkin ada hikmahnya, dan yang paling penting sebenarnya sebab saya ada moral support yang sangat kuat.. doa IBU AYAH. =) i'm a happy girl~

dan sementara menunggu grad ni, saya cari jugak la keje. memandangkan result degree tak la bagus mana dan saya sendiri pun sebenarnya belum grad, maka saya cari kerja yang SPM level je. dan alhamdulillah, sekali interview Jumaat lepas, terus saya ditawarkan kerja sebagai invoice assistant di sebuah syarikat swasta yang quite terkenal. ALHAMDULILLAH.. ALHAMDULILLAH.. ALHAMDULILLAH... what can i ask more? Allah selalu beri sesuatu yang lebih baik diatas sesuatu yang DIA tarik. thank you ALLAH!

kata ayah, biarlah belajar hidup susah. belajar kerja dari bawah. hidup kena selalu pandang bawah, jangan asyik nak mendongak keatas je terus. bila kita belajar hidup susah, kita akan lebih menghargai hidup. insyaAllah.

kekonon merenung masa depan lettew. kah kah kah! kami tiga beradik ni once orang hala kamera je mula lah berksi. kemain lagi. mohon tahan muntah. kbai.
Saturday, 31 May 2014

let it go. let you go.

INTRO:

SWEETBOX - everything gonna be alright (reborn)
lagu tema untuk buat assignment minggu ni. lols.


As salam.

Esok da nak balek Melaka da, InsyaAllah. teruskan perjuangan yang da nak abes ni. sikit je lagi Farah, and you'll be free. abes da belajar.

to be honest, i'm kinda cuak sebab betul ke saya nak end up study ni dengan pointer yang rendah? sejujurnya, dengan banyak shitty things happen during past semester dengan fail yang belanbak kali dan emosi yang terganggu dengan banyak.. betul ke saya nak abes belajar ni? bila saya kira-kira balik, entah berapa kali saya cakap saya benci akaun. berapa kali saya cakap saya rasa macam nak quit dan nak kawen je. *lols*  siap ada satu waktu tu saya dah melamar someone nak ajak kawen. nampak tak seriusnya saya nak lari dari belajar ni? *tutup muka*

tapi pejam celik pejam celik..ehh.. da nak abes da. good thing saya tak jadi kawen betul betul time belajar ni. hahahaha.. ibu da bagi greenlight pun sebenarnya kalau saya nak kawen time belajar tapi Allah lebih mengetahui kan. so settle da bab hati dan perasan.

sekarang cuak nanti da keje macam mana pulak. senang tak nak dapat keje. pointer rendah gilos bagai.. and later saya muhasabah diri balek. hei... rezeki bukan pada pointer. kalau takde rezeki jadi akauntan/auditor, jadi business woman. ahaaa... setel bab masa depan.

dan dalam minggu ni setiap hari saya rasa saya tidur lepas subuh.nak siapkan assignment yang banyaknya ya ampunn.. dengan melayan dan menjaga orang sakit lagi.. dengan nak setelkan hal rumah lagi. memang boleh giler la. tapi alhamdulillah..arini Allah bagi rezeki ki tengok wayang dengan teman gaduh saya a.k.a my little sis. cite Maleficent. not bad disney. sekarang disney cuba ketengahkan yang true love kiss bukan hanya datang dari seorang putera ataupun mana-mana lelaki, tapi pada orang yang benar-benar kasihkan kita. ibu, kakak, adik.. sort of like that. dan disney juga berjaya tunjukkan kanak-kanak zaman sekarang supaya jangan mudah percayakan lelaki..sebab they were like total jerks. ahaaa.. oke2. bukan semua lelaki.




 


semangat nak tengok cerita how to train your dragon 2. tapi malangnya masa tu tengah busy. 12 June keluar. hm.. download jela kot nanti. ah ngantok. until then, wassalam.


yuna kim - without you now. ringtones hempon. ahahaha.. lirik mendalam. lols.


Thursday, 29 May 2014

current obsession

As salam.

memandangkan saya baru habes menaip assignment untuk subjek MAF640 makanya saya rasa rajin nak taip lebih-lebih dekat blog pula. hoho..

obsesi saya terhadap barang dan keinginan sangat mudah berubah mengikut waktu.tapi ade juga lah yang kekal sampai sekarang. for example, saya masih suka mengumpul novel, anime, masih suka makan. hahaha! yang tu tak payah kira kot. memang wajib masuk dalam favvvv list.

tapi lately saya da macam berubah sikit. dah mula cipta interest untuk bersosial dengan public. ohooi.. kalau nak tau saya yang dulu jenid yang suka dok dalam bilik je tak kuar umah kalau dekat ruma sewa tu. kalau orang tak ajak keluar memang takde la saya nak keluar rumah. in fact, kalau ibu ayah datang Melaka pun saya tak tahu nak bawak melawat mana sebab..er... tak pena keluar?

but now everything has change! muehehehe.. i'm no longer that fools. kira da reti la nak bersosial dengan orang laen. lagi-lagi dengan classmate. tehee~

so my 1st obsession buat masa ni,

1.  MENGUMPUL KENANGAN.

kalau kelas ade buat makna-makan ke, pape event ke insyaAllah saya akan attend. kalau dulu..err... malas? malu..? huhuhu.. dan paling latest, saya join jugak dinner Fakulti.

dimana-mana mesti ada makanan. ahaaa~

tema masquerade. pakai baju jubah je pegi dinner. ade haku kesahhh? huehuehue..

funny things kat hotel ni ada event lain juga waktu tu. ntah macam mana ada orang bukan Islam yang tertarik dengan jubah saya dan sanggup kejar saya sampai dekat ballroom kitorang untuk ambil gambo saya dan baju ni. ahaaa... pakai jubah pun dapat perhatian. malu la iteww~


ni masa Pesta Buku Antarabangsa aritu. saya dan mizat overnite ke KL semata-mata nak shopping buku. ohoiii.. penat gilos. pastu date pulak kat KLCC. memang mencipta kenangan sungguh.


Di Melaka Mall kununnya nak tengok festival belia kat seberang. sekali ade Hijab Fiesta kat bangunan tu juga. so sesambil jejalan tu gedik-gedik la cuci mata tengok tudung itu ini. ahh..pakai baggy shirt je pegi sana sebab tak pelan pon.

ni last week kami ke PC Fair di Mitc Melaka. memang keje menghabiskan duit ke ape. banyak snagat shooping sem ni. -___-' dan kemudian melantak di Restoren Ayam penyet dekat area MiTC. ni atas cadangan Mizat of course. sedap gilos nasi dia tapi lepas makan mengantok ya amat. nak buat assignment pun dalam tangisan sebab mata nak terpejam je lepas tu. huhu..

2. Beanie/ Baret


masa saya beli bende ni si Alia adek saya tanya:

"eh buat apa akak beli benda ni? akk bukannya freehair ponnn."

" ehhh..tak semestinya akak nak pakai sebab nak tunjuk kat orang. pakai ni untuk kepuasan diri sendiri. nak dapat feel moe-moe macam dalam anime. kekekeke"

erk.. hahaha.. ni la susahnya kalau dah terpengaruh dengan anime. tapi memang berguna pun beanie ni kat rumah. contoh kalau bad hair day, boleh pakai beanie ni untuk cover. pastu kalau rasa sesekali nak ngorat hubby, pakai la cekci-mekci macam orang barat tuu pastu accessory pakai beanie. kawaiii~ hahahaha..

lols. cerita macam orang dah kawen je. *tutup muka* ahh.. tak peduli. nak jugak pakai. heehehe..

3. cats/ rabbit headband

 


mana dapat ilham nak pakai? sebab tengok anime. hahahaha.. *tutup muka*

tapi seronok la. dress up macam nak pakai kat luar tapi sebenarnya pakai kat rumah je. nanti boleh prektis untuk suami pula. ehh.. *tutup telinga. panas. blushing*

headband ni sangat berguna terutama bila rambut tengah cari gaduh dengan kita. tetibe rasa muka dah macam kak limah dengan rambut menggerbang segala..serikan la dengan headband. kompem selamat. nanti da kawen ade kemungkinan future suami nak isteri kekal dengan rambut panjang. so kena prepare la kalau datang time macam menyampah giler dengan rambut panjang. ni pun saya belajar dari pemerhatian orang sekeliling. uhuks.. stalker. 

4. boots



ahhhh! stress tengok kasut boot cecantik di instagram. sape kata pakai  skirts dan seluar panjang tak boleh pakai boots? boleeyyy je okeyy! hehe.. in fact, kang raya kalau dah tak jumpa heels yang selesa mungkin saya nak pakai boots je. keh keh keh.. lepas tu kompem kena marah dengan ibu. sebab menyusakan diri dan sangat laaaaa weirdo. ohooo.. takpe ibu. akak memang weirdo ponn. kikiki..

alaa...ade lagi nak bebel tapi da nak pukul 4 pagi pulak. ceit. kena tidur ni. kang tak bangun subuh. wuuu~ nasib la kau Farah. orang lain update pegi jalan sana sini.. kau update pasal barang je laaa.. hmm.. until then, wassalam.

p/s---> i wonder what happen to gitar aku. lama tak main. rindu pulak tetibe. huhu..
Tuesday, 27 May 2014

pemerhatian si wanita pada jejaka.

As salam.

hello everyone! of course kalau tetiba saya boleh update blog bermakna saya berada dirumah dan sedang bercuti. eheh.. sebok nak umum pasal UiTM tengah cuti seminggu.

nampak cam seronok je kan cuti seminggu? tapi sebenarnye TAK LANSUNG! masa makin suntuk sebelum final exam.aktiviti sana sini nak kena attend. exam sana sini. discussion lagi. masalah itu ini lagi. haish..

PAPEPUN..

ahaa.. meh story-story sikit.

sejak dua menjak ni jiwa remaja saya meronta-ronta nak buat benda lagha. oh yee.. saya sekarang semakin lagha. wuuuuu~.. lagi banyak dugaan Allah bagi, lagi lagha pulak jadinya. ohoiii Farah. da banyak dosa nak tambah dosa lagi dah kenapa? (>__<)

what have i done beberapa minggu ni, selain dari meng-usha anak bujang orang, saya juga dah mula berjinak-jinak dalam dunia stalking balek. ceit.. macam takde keje. ahaaa.. but then hasilnya beberapa analisis berjaya saya kumpul. maka ni lah hasilnya. eh jap, nak bebel lagi.

Seriously, saya patut sorok sikap satu ni daripada my future guy. stalking. nanti kang tak pasal-pasal dia takut. sebab i don't think that i would take sampai 6 tahun nak kenal hati budi someone tu but end up lepas 6 tahun tau dia jenis tak boleh setia dan tak boleh takde pompuan dalam hidup dia. heh.. serik dah. sia-sia je 6 tahun yang dah terkumpul tu. buat malu ja zaman jahiliyah yg cenggitu. i hope one fine day when i meet my future guy, saya ade kekuatan untuk teros ajak dia nikah. ahah! i don't mind kalau kena tolak. at least lepas tu bole buang perasaan tu jauh-jauh. takde la simpan buat virus dalam hati. hitamkan hati je. -___-'

all bout LELAKI based on Ferra si lampi punya observation. 

(mungkin benar mungkin salah. so... jangan percaya seratus percent okeyyy)

---> bias. dengan wanita yg bertudung labuh ke, islamik ke, lain caranya. cuba kalau dengan girl yg jenis sosial sikit. pergh.. kemain. -___-'

---> ada satu tahap ni dorang tak boleh kalau takde kawan perempuan yang dia rapat. dan benda ni berlarutan sampai waktu kawen. kalau isteri dia busy dengan benda lain, mula lah dia buka mata pada orang lain. lebih kurang tak reti setia la.

CASE:
my big bro masa sekolah dulu.. dia ade girlfriend yang dari sekolah sampai sekarang dorang still bersama. tapi sebenarnya tanpa pengetahuan the girl, sebenarnya ade je beberapa kali si big bro ni cuba mengurat girl lain. dan saya yang naif time tu pegi tolong pulak. berdosa gilerrr... mianheeee sry!

tapi katanya, itu untuk suka-suka je, dengan the girl tu dye serius. ahh.. rasa macam memang tak boleh percaya lansung dengan lelaki.

---> lampi. ahaaa.. kalau yang ni memang kita satu geng la. saya pon lampi, stok lambat pikap. tapi laki ni lampi dalam bab perasaan je. cuba bab lain yang membabitkan nafsu. perghh laju je. tak kira la dia islamik ke sosial ke. haishh.. malu pula.

---> gatal. yang ni kompem. ada satu waktu tu kalau dia tak dapat dgn girl dia or isteri dia, dia akan cuba lunaskan juga kegatalan itu pada orang lain.

CASE:
contohnya kalau dia nak pegang tangan makwe dia lepas tu makwe dia taknak dan tak kasi, ade la orang lain yang jadi mangsa.mungkin pasang lain ke..  atau ade kekasih gelap ke. atau buat kat kengkawan yang sosial ke. hmm.. tapi yang ni mungkin tak semua kot? kot. kot..? errr..

---> Lambat matang. hahahaha! yang ni kengkadang comel. sebab dorang suka buat perangai comel tak matang tu dan buat certain pompuan bole cair. tapi kalau lambat matang dalam berfikir tu memang nak kasi lempang je rasa. suka buat keputusan melulu. tal fikir apa consequences. hmmm..

--->  Manis mulut.sweet talker.no offense. kekadang lelaki yg panas baran ni ya Allah pandai gilos mengayat. tapi lelaki nerd yang tak reti bermanis mulut time bercakap pun somel gak. ahaaaa... gilos.

dan banyak lagi la kan. tapi malas nak taip benda lagha ni memanjang. kang tak habes kat satu entry je. hoho..mungkin datangnya lagha saya ni sebab penat dok kat hospital lelama jaga nenek pastu asyik nampak lelaki kacak ber kot putih dimana-mana (a.k.a dokterr) ahahahaha... ngeng. masuk air.

pape pun, jangan pernah percayakan lelaki. based on pengalaman dan pemerhatian sya, lelaki ni jangan kita  serahkan hati kita sepenuhnya. letak la doubt sikit. pastu bagi sikit je cinta kat dorang. selebihnya bagi pada yang berhak. bagi pada ALLAH. kan lagi best? tak tipu la.. Allah mana pernah lukakan hati kita. kita je 'curang' dari ingat ALLAH lepas tu bila ade prob sikit baru nak 'rujuk' balik pada ALLAH.

eh jangan marah. sebab saya mengaku saya pun sama. kita satu geng! -___-' da sampai masanya untuk ingat ALLAH setiap masa. tak kawen pun takpe lah. yang penting ada Allah. okeyyyy?

ahh mengantuk lak. tgk tajuk entry ni pulak rasa nak muntah. geli gilos. hahahaha.. gedik ah. kbai. until then, wassalam.
Tuesday, 15 April 2014

Mengumpul kenangan. Mengumpul bebelan.

as salam.

well hello everyone! sekarang dah masuk cuti semester penggal pertama. lols ayat skema giler. haha.. niat dihati:

"i don't wanna go homeeeeeeee! (coz i won't be studying at home. at all.)"

tapi memandangkan di Apartment Yayasan Melaka tu banyak sangat kes menakutkan teruramanya semasa cuti sem dan it's freaking my parent out. so they decided untuk angkat saya dan buku-buku beserta B0o-B0o pulang ke rumah. belajar di rumah (katanya). and here i am. dah 4 hari kat rumah membesarkan badan. melayan kerenah nafsu yang tak sudah. pfffttt...

Yesterday while tolong ibu lipat baju yang melambak-lambak tu saya buka la cerita The Vampire Diaries Season 1 episode 1. bla bla bla and i realise, hei, lama dah saya tak tulis diary (a.k.a my blog) dan lama dah tak buat diary (a.k.a diari buku). ade sejarah kot kenapa saya stop tulis diari buku dan taip kat blog je instead. kenapa? heh.. next next next entry please... saja nak buat suspen. hohoho..

sepanjang sebulan kat Melaka banyak wehhhhh benda jadi. penat mak nak mengharunginya. suka duka nangis tawa sume ade. but as my roommates, Dahlia says:

" Ferra ingat je ni semester last. lepas ni dah tak merasa jadi student dah, kalau Ferra tak amek master la. Ni je chances terakhir nak merasa hidup sebagai pelajar"

hah ye. lebih kurang macam ni la dia cakap. kalau dia tak mengaku siap, tak nak dok sebilik. kekekeke.. jadi bersandarkan kekuatan dari ibu ayah adek2 makcik2 nenek sedara2 sepupu2 yada yada.... akhirnya sebulan yang pertama berjaya juga ditempuh. dengan penuh kenangan. Alhamdulillah..


orang mesti terfikir:

*aura negatif masuk*

apa yang susah sangat final yearstudent ni? 

apa yang serabut sangat first month tu?

macam kau sorang je yang pena merasa jadi final year student.

eh kau budak akaun je kotttt.. bukan engineering student. bukan dokter. kira-kira je ponnnn.

heii you! you don't even be in my shoes. snap the crap! !@$%^       ................   lols. i'm sorry. saya bukan orang yang suka mencarut. saya suka menaip je. hihi.. ye saya tau. orang lain ada dugaan yang lagi berat. orang lain ade je boleh dapat straight A, Dekan setiap sem. takde ponnn serabut macam saya ni.

for your information:
- menjadi seorang pemegang Degree in Accountancy tak pernah menjadi pilihan saya. berapa kali ntah saya cakap nak berhenti. nak tuka bidang. tapi pejam celik pejam celik ehhhh.. dah nak habes belajar pulak. =_____='

hal ini kerana (cheeewah) saya seorang yg patuh pada kedua ibubapa saya (booo!) dan oleh kerana akaun pilihan ayah saya dari mula lagi jadi saya turutkan walaupun tak berapa suka. malah perjalanan hidup saya dipermudahkan dalam bidang akaun ni. kenapa? sebab berkat doa ibu ayah saya. saya sedar kalau saya buat benda yang ibu ayah tak berkat je mesti akan jadi sesuatu. bonding maybe? or mungkin kerana Allah sayangkan saya. *wink wink* Alhamdulillah.


sayangkan Allah => patuh pada ibubapa => ibubapa redha => Allah sayang balek.

this is what i've been telling myself.

and for your information lagi, semester ni saya ambil 8 subjek. 8 okeyyy? LAPAN. *pengsan*

bagi student akaun lain, sem 8 ni sepatutnya ada 6 subjek je. tapi memandangkan ibubapa saya nak saya habes awal, maka mereka suruh juga saya teruskan. maka penatnya kemain nak mengharungi kelas yg terlebih banyak dari kawan-kawan, quiz dan test yang lagi banyak dari kawan-kawan. :((

dan juga masalah dalaman, hati dan perasaan, family, trust, dan lagi la. membuatkan sebulan yang lepas saya saaaangat serabut.

TAPI.

Allah kan adil. DIA tak pernah bebankan HambaNYA dengan sesuatu yang kita tak mampu. and it's TRUEEEEEEEEEEEEEEE! memang patut sujud syukur berkali-kali budak ni. banyak sangat nikmat yang Allah bagi. tapi still nak nanges-nanges gedik-gedik mengeluh sana sini. haishhh..

Dalam sem akhir ni, saya jumpa diri saya. dalam sem akhir ni, saya belajar mengawal stress. dalam sem akhir ni, saya belajar jadi lebih matang. dalam sem akhir ni, saya belajar untuk lebih memberi dari menerima. dalam sem akhir ni, saya belajar menyayangi sahabat dan kawan-kawan lebih dari menyayangi diri sendiri. dalam sem akhir ni, saya belajar jadi perempuan yang sejati. oke yang last tu macam geli sikit. =___=

membondingkan diri dengan adek-adek. bermonopod bersama. malah balik kampung jumpa nenek bersama mereka tanpa parent. cuba menjadi cucu yang baik, InsyaAllah.


mencipta memori dengan groupmates tetap. Lokasi: Restoren Windmill, Melaka Raya. 


1st time pegi travel jauh sikit dari Bandaraya Melaka dengan mereka. Class trip to A'Famosa Safari dan Cowboy Town. a day to be remembered. kitorang memang suka jalan-jalan nehhh.. hihihi..


classmate saya perempuan semuanya. gila-gila juga semuanya. a lot of fun and interesting things happen. lagi-lagi bila memasing kena ngorat dengan orang kat sana. hahaha! itu sangat kelakar.


Bershopping dengan Mizat di Pop Donna Concept Boutique, Melaka. Lokasi: Bukit Beruang, berdekatan dengan MMU Melaka. sampai dua kali kitorang datang. melampau sungguh. hahaha..


Geng jalan-jalan makan-makan. abes je kelas terus pecut cari destinasi untuk makan. memandang masa tu lauk kat peti sejuk dah habesss maka nafsu nak makan itu ini mula membara-bara. kekeke... 

Lokasi: Nasi Briyani gam, special lorong Nangka (kot). lorong berdekatang dengan Coconut Shake Kelebang. tak ingat nama tapi ingat tempat je. abes makan, sementara nak tunggu kelas seterusnya pegi makan keropok lekor cheese dan coconut shake, lepak kat pantai Klebang. memang hilang lansung stress aku. hahahaha!


first time keluar dengan cik rumet, Dahlia. ajak Mizat menjejaki Qasreena Cafe atau lebih dikenali sebagai Cherry cafe kot, area Bukit Katil. pergh tersorok okeyy tempat tu tapi kami sanggup menjelajah tengah malam cari tempat makan. dan hasilnya sangat berpuas hati. sedap. saya siap da bawak parent datang makan kat sini. hihihi..

try mee racun dan nasi colosium. sedap. =))


The Plate, area Bukit Beruang. Sebelah Windmills cawangan Bukit Beruang. fully Malay. western food yang boleh tahan la rasanya. menu pon menarik. dan buat bulan 4 ni ada promotion air free kalau amek set ala carte dia. ada satu dish yang chef signature dorang yang saya rasa sangaaaaaat sedap. tak ingat nama dia apa. =__= gambo pon tak sempat amek sebab da tak ingat apa-apa da. tau nak makan je. hahaha..

kalau amek ala carte tak dapat sup. kalau amek set dapat sup dengan air. nice la. Mizat pon okey je makan kat sini. hihihi..


Aritu pon sempat jugak kitorang melantak domino lepas kitorang kena hentam dengan teruk time presentation. oh btw, part 8 ni memang presentation je memanjang. setiap kelas kena present. buat video. berlakon jadi itu ini. hafal script. haish.. >___<

akan tetapi, pabila pulang kerumah, semangat TAKNAK-BALIK-SEBAB-NAK-BELAJAR tu tetiba jadi:

" TAKNAK BALIK MELAKA! TAK NAK AMEK TEST MINGGU DEPAN".

cisss.. ni la bendanya yang saya nak elakkan. tapi da jadi balek. studi? 1/10 je. selebihnya buat mende bebukan.


kunun nye nak studi kat chatime, sebab adik-adik tak boleh fokus nak studi kat rumah. k fine. dengan izin ibu ayah maka kami ke chatime. dah sampai sana belajar 1/10 je, selebihnya main. -___- dan tak lama lepas tu.....

 siap 'culik dengan rela' anak bujang orang. bawak ke the mines. yang paling hepi Akim la. sebab dia ade abang baru. abang yang boleh layan dye. sebok asyik nak maen dengan abg Justin dia tu. mungkin Si Aten kena kawen dengan Justin kot nanti. lols. kalau dia baca ni naya je. ekkekee...jangan risau Aten. akak da bagi restu. *lariksssssssssssssssssssss*

ha last but not least, makcik Farah. masuk sem turun berkilo-kilo. baru sebulan da naek balek berkilo-kilo. and now saya lagi prefer pakai kain dari seluar. unless kalau nak pegi pasar tu seluar tetap jd pujaan la kan. 

-___-

dan saya rasa saya dah terpendek kan diri. sebab sekarang sejak saya fokuskan untuk tak peduli pasal gemok, orang keep asking:

"kau asal macam makin pendek Farah?"

ERK..

mungkinkah saya kena pakai kasut tinggi kat dalam rumah?

kbai.


p/s: memandangkan fokus saya sekarang lebih pada makanan, maka kalau disuakan lelaki korea kat sebelah pun saya da tak macam 

"oh mai melting wehhhhhhhhh kacak bergaya bla bla yada yada.." =___='

instead klu nampak makanan i will be like:

" oh maiiiiiiiii sexy giler strawberry atas kek tu. giler tafffff dan gebu cheesecake tu. ahhhhhh.. ayam yg kacak sedang memanggil2."

lols.kbai.
Saturday, 1 March 2014

Hai saya nak membebel.

Bismillahirrahmanirrahim.

as salam.

hai awak-awak semua. lama tak memunculkan diri. disaat entry ini ditulis saya sedang mengemas barang untuk dibawa pulang ke Melaka esok. selamat tinggal Kajang. lulz.

oke ni short entry je. sekadar nak melepaskan rindu. ada orang cakap saya sekarang menyepi je. hoho.. memang ponn... banyak benda jadi. hanya saya dan Allah yang tahu. wallahua'lam.

sepanjang 6 bulan bergelar pelajar praktikal, seronok sangat. manis! there's so many thing happen and memories to be cherish. anyway, i love you sooo much my dear friend. Capikah, Naddy, Nik, Ayie dan Kak Haziq yang telah selamat bergelar Puan Haziqah. hihihi.. tak lupa juga kepada intern yang baru masuk, SharulSiChaol Ziha Syikin Mira Syahir AbeZul Faizal Firdaus Wan Ina Syida Adlina. ada tak nama yang saya tak sebut? hohoho... semoga korang baik baik di Mohd Nizaruddin & Co. rindu gelagat korang. :')

juga sepanjang 6 bulan dok rumah despite all the bad things that happen, banyak juga saya beraktiviti kali ni. Holiday Trip Sabah, Family matters that accidently turn into quick vacayyy ke Terengganu Pahang Perak Johor Singapore, beriadah lasak di Sunway Lagoon, Ice skating di Sunway Pyramid, Becoming a noob in softball di It's a Hit - Batting cages One Utama and many moreeeeeeee. so takde alasan saya nak bersedih atas segala dugaan yang datang menimpa. walaupun bertubi-tubi. sebab nikmat yang Allah beri tu dah terlalu banyak. Alhamdulillah.. :))

and some of the bad things turn into good thing. dapat juga saya tambah kawan baru. bukan sikit, tapi ramai. hehe.. satu kepala pulak tu. gila-gila juga seperti saya. Alhamdulillah..

juga segala fitnah yang ditujukan buat saya daripada Encik Nappeum namja. alhamdulillah aku maafkan kau. cuma hati aku belum cukup redha untuk melupakan segala gala galanya. you don't know anything mister. takpe. keep on blaming me. tuduh la aku itu ini. u know nothing. the truth is hanya Aku, Diba, Alja dan semestinya, Allah yang tahu. heh.. ingat la..Allah nampak segala yang aku dan kau buat. hope sampai bila-bila pon aku takkan pernah nampak kau mahupun kelibat kau. kbai pada kau.

so... final sem. final year. Moga Allah redha dengan perbuatan saya, amalan saya, ibadah saya. semoga segalanya dipermudahkan. aminn!

thowback mintak pelempang. kbai. haha..

muka ala-ala so what? yang harus diabaikan. 


ini budak curi bunga gua! lulz..


dont goooo~ coz i will mishhh youuuuuuuuuuuuu. haha.. drama sepetang.

until next time. wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...