Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Sunday, 28 July 2013

kifarah dosa.

as salam.

sobsobs.. jam menunjukkan pukul 2:14 pagi dan saya tak mampu nak tidur. kenapa? sobsobs.. here's the story.

saya tak tahu kenapa but lately perasaan 'kedengki' a.k.a cemburu kepada adik saya yang last a.k.a si Akim semakin menjadi-jadi. teruk betul. dah tua bangka pun nak jeles dengan adik sendiri. >.<' entah lah. he keep getting the attention and i keep taking the blame. mungkin angin monsun puting beliung saya dah nak datang kot sampaikan saya boleh berperasaan begitu. wallahua'lam.

nak dipendekkan cerita, adek-adek dapat makeover bilik dorang lagi hebat dari saya. katil, meja, almari, semuanya baru. jeles? heh... tak kesah pon. sebab bak kata ayah,

"Farah tu tak lama lagi kawen, mana nak dok sini lagi dah. kalau dia nak perabot baru nanti kat rumah dia sendiri dia beli la mana yang dia nak."

=___='

arasso ayah. akak faham. ayah dah tak sabar nak halau akak ea? sobsobs.. *gedik*. eh saya tak sedih pun pasal tu. nonsense.

nak dijadikan cerita lagi, si akim beli katil yang berbentuk kereta. heh, tu katil idaman dia dari dulu. saya sebagai kakak yang nakal mestilah selalu bahan dia, cakap yang saya nak kan katil tu. bahaha! dan dia percaya! selalu jugak lah bahan dia sebab katil tu. kalau ade kerja nak minta tolong dia buat tapi dia tak nak, hahahahaha.. time tu lah saya ugut menggunakan katil kereta dia tu.

nak dijadikan cerita lagi, stime berbuka tadi entah macam mana kemarahan dia macam..errr... memuncak? asyik cari gaduh je dengan saya. sebagai kakak yang tak matang saya mestilah tak mengalah. bahan dia habis-habisan. sampai dia merajuk taknak makan untuk berbuka (tapi dia makan jugak. gedik!)

hahaha...

but then masuk bab touching. ibu tegur, saya yang sedang terbawa-bawa watak 'kakak yang tak matang' tadi TERmengungkit kasih-sayang ibu yang lebih pada si Akim. saya.... berniat nak main-main je. but then.... haish.... tak tau pulak ibu ambil serius. sedangkan ayah pun cakap;

"eh, yang you am,bil serius tu kenapa? budak tu main-main je lah."

tapi...rupanya ibu tetap terasa. saya tak sedar.

lepas makan dengan sedikit (kunun-kunun ambil aura merajuk sambil diet) saya pun ke ruang tamu untuk melipat baju yang berlambak-lambak kat depan sementara tunggu ayah bersiap untuk solat Maghrib berjemaah. dan disitu sketsa perit bermula.

selepas mengambil wudhuk dan kunun-kunun nak sambung merajuk dok kat depan, saya....TERpijak salah satu jet pejunag akim yang bersepah kat atas lantas.

hey! terpijak barang mainan Akim tu dah biasa. tapi tak pernah pulak bila terpijak mainan dia ade sekali bunyi "CRACK" kat kaki tu.

dan hasilnya, kaki saya.... SAKIT YANG TERAMAT! TERSELIUH OKEY? sakit giler... T________T mulanya ayah cakap;

"ni kifarah dosa ni.  dah nak pukul 8 lebih tapi tak maghrib lagi. solat dulu. nanti ayah urut lagi."

dan dengan tangisan yang tak berbunyi, saya solat berdiri seperti biasa. serius saya cakap, SAKIT GILER! T____T dalam hati hanya mampu beristighfar je sebab otak keep hoping ayah pendekkan bacaan surah dalam solat sebab sakit sangat dan itu membuatkan saya lansung tak khusyuk. ye, saya mengaku saya solat tak khusyuk. betapa berdosanya saya.

lepas maghrib rehat kejap pastu solat isyak dan terawih berjemaah pulak. disambung dengan witir. ya Allah... betapa sakitnya saya rasa ketika tu. menangis setiap kali solat. sampai adik saya angkat saya setiap kali habis trawih sebab saya tak mampu bangun dengan sendiri.

dipendekkan lagi cerita yang panjang ni, *haish* lepas witir dan sedikit tazkirah ayah pun urut lagi. dan time ni la ibu cakap;

:sakit sangat ke? tu lah. mungkin balasan sebab buat ibu terasa tadi."

ZAAPP! SENTAP MAK NAK. ibuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu... maaaaaaaaaaaaf!  T_________________T

saya hanya mampu menangis sebab sakit sangat ayah urut. lepas tu dia keep bebel pasal kifarah dosa, pasal Allah bagi balasan CASH sebab lukakan hati ibu, pasal sebagai peringatan supaya kita tak lalai dan sebagainya. saya dengar. tapi dalam tangisan. sakit woooo..

and the rest is history.

sampai sekarang saya tak mampu lelapkan mata sebab tak selesa kaki sakit sangat. lepas solat sunat, saya tak tau lagi nak buat apa lantas update blog.

sekian.


oh oh! lupa. sekarang kaki saya lansuing tak boleh jejak lantai. saya solat secara duduk. nak kejutkan ayah mintak tolong urut lagi, rasa bersalah pulak sebab dorang penat. maka... marilah menangis sorang-sorang sambil mengadu pada DIA. T______T

oh oh oh lagi. disebabkan saya jakun sikit macam mana nak solat duduk ni, maka saya pun search internet. dan jumpa ni. sekian.

p/s: tak mampu nak taip banyak. kaki sakit duduk lama-lama ni.T_____________T


PANDUAN SOLAT SECARA DUDUK (DIATAS KERUSI)










atau ni;

credit to google.

BOLEHKAH KITA SOLAT SECARA DUDUK?

Diketahui bahawa menunaikan solat dalam keadaan berdiri ketika takbiratul ihram yang pertama , ketika membaca Al Fatihah , ketika ruku’ dan ketika I’tidal adalah wajib. Dan kewajipan berdiri dalam situasi yang disebutkan tadi adalah diwajibkan di dalam solat fardhu. Namun jika sekiranya seseorang itu tidak mampu solat berdiri maka dia dibolehkan untuk solat sambil duduk sebagaimana yang telah dinaskan oleh hadis.

Adapun di dalam solat-solat sunat, seseorang itu boleh menunaikan solat sunat dalam keadaan duduk walaupun ia mampu solat berdiri dan dikira baginya separuh pahala solat orang yang solat sunat dalam keadaan berdiri. Namun jika ia solat sunat dalam keadaan duduk kerana tidak mampu berdiri maka baginya pahala yang sempurna seperti orang yang solat sunat dalam keadaan berdiri.

Hendaklah diketahui bahawasanya orang yang mampu solat dalam keadaan berdiri di dalam solat fardhu tetapi sebaliknya ia menunaikan solat fardhu dalam keadaan duduk maka batallah solatnya dan tidak ada pahala baginya.

Adapun solat dalam keadaan duduk itu ada padanya berbagai bentuk dan keadaan. Antaranya solat sambil duduk terus di atas tanah (lantai), maka ketika ruku’ hendaklah ia menundukkan kepalanya dan ketika sujud hendaklah ia meletakkan kepalanya di atas lantai.

Namun jika ia tidak mampu sujud dengan meletakkan kepala di atas lantai maka hendaklah ia sujud dalam keadaan merendahkan kepalanya lebih rendah dan lebih kebawah dari keadaan ketika rukuk supaya jelas perbezaan di antara kedua perbuatan tersebut. Sedangkan duduk di atas kerusi ketika solat tidak membolehkan seseorang itu sujud terus di atas tanah (lantai), maka batal dan tidak sah solatnya itu.

NAK TAU LAGI? BACA DISINI;


until then, wassalam.
Wednesday, 24 July 2013

insta-maniac

as salam.

hihi..dapat pun online pakai komputer. kalau tak curik-curik macam ni memang susah la nak online pakai komputer. boleh online pakai phone je. *sigh*

anyway, i used to say these to my lil' sis:

"kau ni tak habes-habes snap muka sendiri. nak letak kat instagram lettew.."

"biar laa"

dan sejak tangan saya yang gatal ni TER install instagram dalam phone which i suppost to get rid of it but instead, now i'm became addicted to it! haila...

"eh farah, kenapa tak makan lagi? biasanya makanan sampai je kau terus 'ngap' tak pandang kiri-kanan?"

" hehehe.. nak tunggu semua makanan sampai dulu. nak amek gambar."

"ceeh.. masuk insta lettew"

see? betapa kroniknya penyakit insta yang melanda saya sampai boleh tak makan dulu semata-mata nak amek gambar. memang nak kena budak farah ni. >.<

malah, saya rasa saya lagi banyak letak gambar kat instagram daripada facebook. tapi gambar yang saya letak bukannya gambar diri sendiri macam yang adek-adek kesayangan saya tu buat. syaa malu. saya lagi suka letak gambar yang membawa 1001 cerita. sebab pada syaa, setiap gambar tu punya cerita yang tersendiri. biarlah gambar yang berbicara. ecece... jiwangs. =___='

so guys, wanna know me better? do follow me on instagram. si tuan punya instagram FERAHIME or FARAH NURAZRINA ni takde buat private pon. hihi..




until next time, wassalam.


Tuesday, 23 July 2013

Testing.

As salam.
Disebabkan masa untuk ke komputer sangatlah sedikit makanya saya nak cuba post dari handphone je. Manalah tau kalau2 ianya memberi hasil yang memuaskan....boleh lah terus guna kalau gitu. Hihi..
Anyway, a lots of thing happen recently. Nak update blog pun terbatas. Later la kite cite. Hihi.. until then, wassalam.
P/s: diet dikala puasa selama 10 hari hancur dalam masa satu malam. *sigh* semua salah kek! >.<

Friday, 19 July 2013

bee do bee do

as salam.

memandangkan hari ni ayah solat subuh kat masjid (usually ayah solat berjemaah dengan kami di rumah) means takde tazkirah 'pendek' yang biasanya akan mengambil masa sejam lebih =___=' (but it's okey. i like it as long ianya tak 'ke laut' later on atau dengan bahasa ringkas lari dari topik)

oke, tadi dah bagi topik yang serius. sekarang nak masuk topik yang santai sikit. hihi.. i'm addicted! >.< selain dari addicted to lagu kumpulan Infinite yang baru, Destiny, saya juga sedang addicted to the minions! kyaaaa~~ *ala-ala fangirl*

sumber: facebook

i think le minions word is gonna be a trend in my house. starting today! kikiki.. kalau anda perasan ade words korea dalam bahasa minions ni. dorang kire satu,dua, tiga dalam bahasa korea! kekeke.. thats how we always do it. we are the minions!

the madness started bila mana si Akim,


sebok suruh download cite bee do bee do. saya yang baru habes exam dan dah lama tak download cerita dah pening kejap, amende bee do bee tu? and he suddenly singing bee do bee do again. haha! that's cute thou.

dan bila balik rumah setelah mengambil masa 3 hari untuk kemas bilik, buat total makeover biar ade ciri-ciri gades umor 22 tahun sikit kat bilik sendiri, akhirnya saya cuba men-download cite tersebut. oh, rupanya cerita Despicable me 2!


and the minion are soooooooooooo kawaiii~~ kyeopta~~ cute~~ comel~~
and yet, funny. haha!



dan bila mana dah download tu, saje jelah saya tunjuk sikit potongan cite tu kat akim. and he kinda shouted;

"bee do bee do! akak nak tengok nak tengok!"

" solat terawih dulu lah."

"ala nak tengok! nak tengok!"

" oke nanti kita pasang kat tv ea?"

"yeay! bee do bee do."

hahaha! this is a madness! dan bila mana McD jual patung minions dengan setiap pembelian happy meals, makin teruk jadinya.


ish3... haha.. anyway, saya dah tukar ringtones jadi lagu banana-potatonaaa~~ hahaa..


and kalau anda nak tengok lagi kecomelan minions, tengok ni;

oke poopaye!

mengenal sejarah Islam : Perang Siffin

as salam.

semalam dalam tazkiran Subuh yang disampaikan oleh ayah setelah tiba-tiba tanpa signal suruh saya yang bagi (but at the end dia jugak yang sampaikan) sepatutnya masuk tajuk 'mengingati kematian', telah tersasar sedikit ke Sejarah perpecahan umat Islam. heh.. keling sungguh ayat beta. =___='

the point is, ayah ade bagi introduction pasal perpecahan umat Islam yang sekarang sedang berlaku di Mesir, Syria dan etc. i've heard before yang pasal Syiah dan Sunni ni, tapi tak tau pulak asal usul pergaduhan saudara sesama Islam tu bermula pada zaman sahabat lagi. kalau dah namanya ayah, dia mesti bagi cerita pendek dan lepas tu suruh saya pegi cari sendiri info pasal cerita tu kat internet. grrrrr.... tak suka la cerita separuh jalan ayah neeee! >.<

maka bermula lah pencarian pasal asal-usul perpecahan umat Islam. saya taip bulat-bulat kat enjin pakcik google:

asal-usul perpecahan umat Islam

dengan naifnya. heh.. sebab ayah cakap camtu so saya buatlah macam tu. memang la hasilnya kelaut. jumpa pasal perpecahan politik kat Malaysia je banyak. =___='

dan setelah jemari gemok saya ni menari-nari atas keyboard jumpa jugak la kisahnya. alhamdulillah, dipermudahkan. rupanya betul macam yang ayah cakap tu. Sejarah perpecahan umat Islam bermula pada zaman sahabat! dan perang tersebut dinamakan... PERANG SIFFIN.

menurut sumber rujukan iaitu blog yang laen, dikatakan asal usul perang siffin ni sebab perbezaan pendapat untuk cara menangani peristiwa pembunuhan Sayyidina Uthman. ada juga yang mengatakan ianya perbezaan pendapat antara Muawiyah dan Sayyidina Ali dan Muawiyah namun dimanipulasikan oleh Abdullah bin Saba'.

ceritanya quite complicated sebab tak tahu mana yang sahih, mana yang diubah. kalau lah jumpa apa-apa buku pasal perang Siffin ni alangkah seronoknya! tapi..takpelah. anda boleh baca cerita selanjutnya di link-link yang saya bg kat bawah. saya hanya share sedikit perkara yang menarik dari setiap blog rujukan saya. wallahua'lam. =)

(part 1)dari Blog Mencari Redha Allah:

Dari Abi Musa RA, katanya:
“Aku duduk bersama-sama Nabi SAW di dalam sebuah pondok di sebuah kebun dari kebun-kebun di Madinah. Lalu, datang seorang lelaki meminta kebenaran untuk masuk duduk bersama Nabi SAW dan aku. Lalu Rasulullah SAW bersabda:

“Wahai Abu Musa, bukakanlah pintu dan izinkan dia masuk, dan khabarkan kepadanya satu berita baik, yakni dia AHLI SYURGA”.

Maka aku pun bukakan pintu, dan aku nampak Saidina Abu Bakar as-Siddiq RA. Kemudian aku khabarkan padanya berita baik itu, lalu dia mengucap “Alhamdulillah..”

Selepas beberapa ketika, datang lagi seorang lelaki, meminta kebenaran untuk masuk. Lalu Rasulullah SAW bersabda:

“Wahai Abu Musa, bukakanlah pintu dan izinkan dia masuk, dan khabarkan kepadanya satu berita baik, yakni dia AHLI SYURGA”.

Maka aku pun bukakan pintu, dan aku nampak Saidina Umar al-Khattab RA. Kemudian aku khabarkan padanya berita baik itu, lalu dia mengucap “Alhamdulillah..”

Kemudian datang lagi seorang lelaki, meminta kebenaran untuk masuk duduk bersama kami. Lalu Rasulullah SAW bersabda:

“Wahai Abu Musa, bukakanlah pintu dan izinkan dia masuk, dan khabarkan kepadanya; dia dijanjikan menjadi AHLI SYURGA, DI ATAS UJIAN YANG DIA TERPAKSA TANGGUNG, SEBELUM DIA MATI”.

Lalu aku bukakan pintu, dan aku nampak Saidina Uthman Bin Affan RA. Kemudian aku khabarkan padanya berita dari Nabi SAW itu, lalu dia mengucap “Alhamdulillah..” Kemudian dia berkata, “Allah SWT lah yang akan menjadi penolong aku di saat aku menghadapi ujian sebelum aku mati”.

(Hadith Sahih, Riwayat al-Bukhari)


dari blog Laman Sirah:
Termasuk sejarah versi Syi`ah adalah Perang Siffin merupakan pemberontakan yang diketuai oleh Muawiyah bin Abi Sufyan ke atas Ali bin Abi Thalib. Sekali lagi hal ini perlu diteliti semula, benarkah Muawiyah bin Abi Sufyan radhiallahu ‘anh memimpin kaum pemberontak ke atas Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anh?
.........
Al-Imam Ibn Hazm rahimahullah menerangkan :

“Dan tidaklah Muawiyah mengingkari sedikit jua akan keutamaan Ali dan hak beliau untuk menjadi khalifah. Akan tetapi pada ijtihad beliau, perlu didahulukan penangkapan ke atas para pembakar api fitnah daripada kalangan para pembunuh Usman radhiallahu ‘anh daripada urusan bai`ah. Dan beliau juga berpendapat dirinya paling berhak untuk menuntut darah Usman.” [al-Fishal, jld. 3, ms. 85]


dari blog Mencari Redha Allah part 2:

.......Apabila Saidina Ali diangkat menjadi khalifah, dia dituduh lambat mengambil tindakan terhadap pemberontak yang membunuh Saidina Uthman, sehingga riwayat mengatakan bahawa setelah lapan bulan berlalu, Khalifah masih belum mengambil tindakan.

Namun, hakikatnya bukan begitu. Saidina Ali bukanlah tidak mahu bertindak, tetapi dia berijtihad bahawa tindakan yang akan diambil tidak boleh dilakukan dengan tergesa-gesa dan ijtihadnya ini bersandarkan kepada sabda Rasulullah SAW yang berbunyi :

“Gopoh-gapah (tergesa-gesa) itu dari syaitan, dan tenang itu dari Allah”.


Saidina Ali tidak mahu terjadi kesilapan dalam menjatuhkan hukuman. Maka siasatan yang teliti perlu dijalankan. Selain itu, Saidina Ali juga memerlukan masa untuk memahami urusan pentadbiran yang baru dipegangnya.

Tetapi, situasi ini telah dimanipulasi oleh Abdullah bin Tsaba’. Dia menyebarkan fitnah di kalangan penduduk Syam mengatakan bahawa Saidina Ali Bin Abi Thalib bersubahat di dalam peristiwa pembunuhan Saidina Uthman. Oleh kerana itu, dia berlengah-lengah dalam mengambil tindakan terhadap pembunuh Saidina Uthman.


KESIMPULANNYA:
Jangan sesekali timbul di hati kita prasangka yang tidak baik terhadap para Sahabat Ridhuanullah ‘Alaihim Ajma‘in. Mereka merupakan golongan yang sangat hebat dalam memperjuangkan Islam. Jika tidak diatas usaha dan pengorbanan mereka, tidak mungkin kita dapat menikmati nikmat Islam dan Iman pada hari ini. Nabi SAW bersabda,

"Janganlah kalian sekali-kali mencerca sahabatku, jika seandainya ada diantara kalian menginfakkan emas sebesar gunung uhud, tidak akan mampu mencapai satu secupak yang mereka infakkan, bahkan tidak pula setengahnya.”

(Hadith Sahih Riwayat al-Bukharie)

ini kerana masing-masing cuba menyalahkan Sayyidina Ali mahupun Muawwiyah, sedangkan mereka tidak tahu kebenarannya. teringat kata-kata seorang sahabat saya,

KEBATILAN YANG TERSUSUN DAPAT MENGALAHKAN KEBENARAN YANG TIDAK TERSUSUN RAPI.

wassalam.


sumber rujukan :
http://ibnuzukefeli.blogspot.com/2009/08/sejarah-hitam-islam-perang-sifin-part-1.html
http://ibnuzukefeli.blogspot.com/2009/09/sebelum-saidina-uthman-bin-affan.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Siffin
http://duniasyiah.blogspot.com/2012/10/perang-siffin.html
http://www.anwaraidc.com/?p=28876

Maaf Kak Dayana, Maaf Asyraf Muslim, Maaf.

as salam.

there have been a mistake for yesterday entry. it's seems like bukan kak Dayana yang hasilkan puisi tu. rupanya seorang wanita lain yang bersimpati dengan Kak Dayana yang buat, tapi di copy-paste oleh orang lain without letak nama penulis sebenar dan kemudian dislaah ertikan sebagai hasil karya Kak Dayana. regarding yesterday punya puisi, saya minta maaf. beri slaah info. tapi maaf Asyraf Muslim, itu tetap tidak mengubah pandangan saya pada anda.

menurut blogger ni:

http://lekatlekitgurl.blogspot.com/2013/07/panas-ana-hawana-penulis-sebenar.html

Ana Hawana dikatakan penulis sebenar puisi indah lagi sedih tersebut. gambar-gambar dibawah diambil dari blog beliau.




setakat mana kesahihan nya, wallahua'lam. yang pasti, saya nak minta maaf jugak sekiranya telah menyampaikan sesuatu yang salah. until then, wasslaam.
Thursday, 18 July 2013

Berita : Mati dikepit pintu lif

sumber: facebook

as salam.

oke, ni lagi sedih dari berita kematian Cory Monteith a.k.a Finn Hudson dalam Glee tu. Ya Allah, benda yang saya paling takut kalau naik lif dah terjadi. Takziah buat keluarga mangsa. mari kita sedekahkan al-fatihah buat mangsa.

hey my future guy.

as salam.

rasanya semua dah tahu pasal isu poligami Ashraf Muslim. saya bukan nak mengulas ke ape, just nak letak pandangan sendiri kat sini.

Ashraf Muslim.. saya mula kenal dia sebagai aktor dalam siri Impian Ilyana. mula meminati saat terbaca pasal perihal dirinya yang pada saya sangat cool dan unik dalam Majalah Remaja isu berapa ntah. oh, for your information, i used to subscribe Majalah Remaja. dulu. bukan sekarang. oh sambung balik.

tenang. ada rupa. berbudi bahasa. siapa tak suke? ye tak..

zaman jahiliyah dulu saya sangat-sangat-sangat suka dengan Ashraf Muslim, sebelum saya kenal dunia Korea-Jepun-Anime ni lah. sangat kagum dengan dia. saya ikuti kisah chenta dia, dari masa dia couple dengan Sherry Ibrahim sampai la dia kawen dengan Dayana. dan again, bertambah kagum bila mana dia kawen dengan Dayana kat Mekah, dan seterunya jadi pengamal perubatan Islam. pergh... memang kite suke sangat lah! hohoho.. *keluar aura gatal*

dan lately keluar isu poligami. oke, pendirian saya, kau tak tahu ape yang dia alami so jangan masuk campur or kritik.so saya pun takdelah ulas pape. sebab my dad  that someone i know used to be like him. had someone that your accidentally fall in love even though you already married, dah ada anak bagai, family bahagia bla bla bla that sort of thing.

***tapi dalam kes Asyraf Muslim, diwar-warkan punca dia nak berpoligami sebab dah dua tahun kawen tapi still takde anak which i think is bulls*** sebab that someone i know used to say the same thing. nak kawen lagi sebab nak dapatkan anak lelaki. walhal dah amek anak angkat lelaki. oh maaf, saya terguna bahasa yang kasar. it just that hati saya sakit bila ingat balik. *sigh* istighfar.

berbalik pada cerita tadi, you accidentally fall in love, and decided to marry again. oke fine. isteri pertama sakit hati. sedih. kecewa. itu hal rumah tangga korang. just be strong je lah Kak Dayana. Allah tengah duga akak.

but then bila mana si pakcik Ashraf ni pegi kawen WITHOUT HIS WIFE KNOWLEDGE, dimana proses minta persetujuan kawen lagi kat mahkamah pun belum selesai lagi... haish.. hilang sudah segala kekaguman tu tadi. hilang. hancur. pakcik, awak tu dah tak sabar sangat ke nak kawen lagi? geramnye!!!

that someone i know tu, walaupun dia berniat nak kawen lagi, tapi bila mana isteri dia tak bagi persetujuan dan something happen in the family, dia berhenti dari pentingkan diri. dia cuba baiki hubungan kekeluargaan yang retak sekejap sebabkan perasaan chenta dia tu, dan ketepikan selfishness dia untuk kawen lagi sebabkan family dia. that kind of man, the way he handle dugaan yang Allah bagi tu, memang saya kagum. at least he try. buang sifat 'pentingkan diri', 'pentingkan dunia', 'pentingkan nafsu' dia. Alhamdulillah, Allah tarik balik dugaan tu dan beri dugaan laen.

but this pakcik, Asyraf Muslim, cara dia handle dugaan ni sangat-sangat-sangat tak patut. lagi dengan dia punya future wife, cakap kat newspaper yang isteri pertama dia REDHA dia nak kawen laen. tup tup dapat tahu rupanya semua tu DUSTA. what the..?! Astaghfirullah.. saya yang emo bagai. rasa nak ketuk diri sendiri je.


i hate that kind of guy. PENIPU. orang yang tak reti hargai apa yang dia ada. i don't care kau nak kawen laen ke apa but pak cik, please. at least jaga lah hati isteri pertama kau tu. susah sangat ke?

sedih sangat bila saya baca nukilan Kak Dayana yang dah tersebar kat fesbuk dan blog. tak baca lagi? ha.. nah baca.


"Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand "

Sungguh ! Beratnya memegang kasih dan cinta pada seorg suami ! Berdoa agar jodoh dia mmg milik aku seorang smpai mati dan sungguh ..andai jodoh dia tetap ada bersama org lain , aku akan terima dgn terbuka dan terus kuat mcm yg mami lakukan !!

Percaya pada jodoh ! Percaya pada ketentuan ! Menangis air mata darah pon kalau takdir dah begitu..kita ada dua pilihan, terima atau menarik diri !!!

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah...
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan...



p/s: hey future guy. kalau sempat saya dapat bersama dengan awak, i hope, i pray, i wish, (but somehow i know Allah know the best. Qada' and Qadar is not something that i can easily change) that you would NEVER hurt me like this.even if something happen, please! i beg you. take good care of my heart. take me to HIM first. make me forget about my love to you, and make me TOTALLY IN LOVE WITH MY CREATOR until i would not care with whatever you wanna do. saya tak nak rasa benda yang sma berulang kali. it hurt me enough.

sekian. wassalam.


UPDATE:

puisi tersebut bukan dari Kak Dayana? sila ke link berikut untuk maklumat lanjut:
http://farah-hime.blogspot.com/2013/07/maaf-kak-dayana-maaf-asyraf-muslim-maaf.html
Tuesday, 16 July 2013

this girl is on fire cause she miss her housemates!

as salam.

hai awak-awak sekalian. kita jumpa lagi! hihi.. ingatkan dah lama tak update blog dah takde la orang baca blog kita. tapi komen dari sis Atiqah Wadiah membuatkan hati melonjak-lonjak untuk terus menaip. thanks you sis! :)

anyway, semalam saya ditag oleh kakak-kakak housemates di facebook. butirannya seperti berikut.


credit pic: my facebook.

eheh. kakak rindu saya ye? don't worry cause rindu akak berbalas. kite pon rindu akak! >.< housemates selama dua tahun setengah kat Melaka. susah senang bersama-sama. there's so many memories yang dah ter-create. kekeke.. bahasa rojak makin melampau-lampau pulak sekarang.

a few days ago pa'man cerita pasal housemates anak-anak dia yang tak berapa nak ........ tak tau nak describe macam mana. alhamdulillah, sepanjang saya di Melaka, serumah dengan kakak-kakak comel dan giler (hehehe) tu, takde pon perkara-perkara buruk pernah terjadi. alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah.  mereka matang, tapi boleh je layan si gedik manje ni. kena buli? hahaha.. takde maknenye. kalau ade pon setakat bahan jelah. oh, membahan orang tu memang salah satu dari hobi kami serumah. i mean, membahan antara satu sama lain la. tapi takde pon yang touching. insyaAllah. hihi..


mana nak dapat roommates yang reti masak deobboki? kikiki.. dah la banyak sangat similarities antara kami. nama pun sama. dok kajang pon sama. stalker! kekeke..

setiap kali puasa, mesti ade adengan makan ramai-ramai ni. seronok. sambil makan sambil membahan. kekeke..

the only housemates yang label saya 'dah besar' sebab baca buku kat atas ni. *blush* haha.. mereka giler.
 >.<

 

buat prank giler-giler kat atas bumbung apartment. kononnya nak prank ain sorang, sekali semua kena tepung, kena cebisan kek. haha! 

muka lepas 'berperang' dengan tepung. abes baju tidur masing-masing.

mana ada housemates yang sanggup terjah domino malam-malam semata-mata sebab si gedik Farah dapat info yang domino ade buat offer pizza seposen? haha! projek berani mati dengan cik Aida Hafiza.

the crazy midgets. haha.. group dalam wechat. padahal satu rumah je pon, nak berwalkie talkie bagai. hahaha.. bila ada orang ketuk pintu je guna walkie talkie suh orang yang dok bilik depan bukak pintu. eh, budak bilik depan tu saya lah. =__='

makana feveret kami ketika dilanda kemalasan nak keluar rumah or beli makanan kat luar or tiba-tiba lapar dan tak tau nak makan ape. hihihi..

ketika ribut datang time tengah-tengah malam, si jiha yang baru bangun tidur datang kat ruang tamu rumah yang mana ketika tu ade beberapa orang manusia yang dah terjaga sebab ribut tu, dan jiha pun berkata:

"akak, ni dah kiamat ke?"

"belum lah jiha. kiamat kan hari jumaat. arini kan hari sabtu."

=____=' sengal.



kenangan masa dok kolej Tun Mutahir. kami yang gigih ke surau tingkat 4 untuk bacaan yaasin dari tingkat 10. bisingnya tak hingat dunia. haha!


ni semua cebisan kenangan je. kalau nak ikotkan, banyak lagi nak cerita, tapi cukuplah sampai sini. nak kena kemas rumah al-maklumlah, dok rumah jadi bibik sepenuh masa. lepas tu nak kena jadi driver adek-adek pulak. huhuhuhu..

until then, wassalam.




ehhhh! jap. nak dedicate satu lagu untuk housemates tersayang. hihi..



oke bai!
Monday, 15 July 2013

this girl is on fire cause she's 22.

" i don't know about you~~
but i'm feeling 22~~ "

eh. tak payah nak feeling-feeling bagai. aku memang dah 22 tahun pon. hihi.. ;p

Credit pic from my insta!

as salam.

alhamdulillah. akhirnya semester 6 dah tamat. next month dah start praktikal. dan yang paling penting, saya dah 22 tahun! hihi..

sepanjang satu semester saya tak menulis. Ya Allah.. rindunya! rindu nak membebel. rindu nak menconteng arang di blog sendiri. rindu sangat!

"eh kalau dah rindu apasal tak update je blog sepanjang musim merindu tu?"

eheh. the thing is, my lappy started to hate me a lot and causing so much trouble. and the p1 Wimax yang lansung tak membantu bila mana saya nak online sebab bilik saya yang jauh dari modem so tak dapat coverage.. *sigh* dan juga kunun-kunun nak cuba naikkan pointer so jauhkan diri dari bahan hibaran (which i think tak dapat buat pun sebab tangan saya gatal online pakai phone pulak). and stop. malas nak ingat benda yang dah lepas.

well, ade banyak lagi mende nak bebel ni tapi dah kesuntukan masa la pulak. until next time, babai!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...