Monday, 28 May 2012

week-end.

‎" Bertalu-talu di facebook manusia berbicara tentang pernikahan, surat utk bakal pasangan, istikharah cinta, calon-calon pasangan, bla bla bla. Betul, perkara itu baik, tapi ia bukan matlamat! saya acap kali berpesan pada diri sy, dalam Al-qur'an tiada ayat yg berbunyi "setiap daripada kamu pasti merasai saat pernikahan". Yg ada hanyalah "setiap daripada kamu pasti merasai saat kematian". Kita banyak bercerita tentang perancangan saat pernikahan, tetapi sejauh mana perancangan kita tentang kehidupan selepas
kematian kita?
(pengerusi sigma)

*sekadar perkongsian dari facebook*

as salam.

it's been busy since I've back home. jadi drebar tak bertauliah. jadi seorang anak mithali, bukan mee-tali. =_=' jadi seorang kakak yang kuat depan adik-adik. jadi anak kesayangan (kekeke...) yang patuh pada kata-kata ibu bapa. jadi cucu sulong yang ambil berat akan ssatu-satunya nenek yang tinggal. dan jadi seorang wanita, yang dalam proses nak move on, sambil jadi wanita yang kuat. banyak sangat watak kena pegang dalam satu masa. phew....

alhamdulillah, i'm getting better at home. tips nak cepat sembuh kalau sakit, silalah bergedik dengan family. InsyaAllah anda terus sihat. hehe.. i've got so many things to talk about. tapi takde masa nak cerita semua. eh, masa tu ada. Allah bagi 24 jam tu dah cukup sangat. aku je yang tak sempat menyempat.adoooi..

dua hari ni, aku cuba mensibukkan diri. oh, tak payah nak cuba-cuba sangat. memang busy pun. =_='. orang cakap;

"one ways nak lupakan masalah, busykan diri. InsyaAllah kita akan lupa apa yang kita dok pikir. tapi jangan pulak busykan diri dari Allah. Tanpa Allah, siapalah kita, bagaimanakah keadaan kita, dan palah yang akan jadi pada kita."

yes, i've being doing a lots of thing. semua ni bertujuan untuk melupakan kenangan. haish.. rupanya susah jugak kan nak lupakan kenangan? apatah lagi kenangan pahit. suka sangat maen playback kat dalam kepala ni. nak tekan delete, tak jumpa pulak button 'delete' tu. =_= telekung, tafsir al-Quran sentiasa bawak dalam beg. setiap kali ada masa, mengaji. masuk waktu je, solat. bukan nak suruh diri aku riak ke hape, tapi nak suruh orang lain, (kalau boleh) pun buat sama. kita nak masuk syurga sama-sama kan sahabat? InsyaAllah. (^^,)

memang la time busy kita akan lupa. normally, other people do. tapi.. kenapa bukan pada saya? kenapa makin saya busykan diri, makin saya ingat kenangan tu? haish... tak boleh jadi ni. sampai time tertidur dalam kereta pun boleh mimpikan nappeum namja. aig0o... kronik sangat ni! *mencik mencik mencik! ops, gedik. =_=*. orang cakap;

"setiap kali kita ingat kat benda yang kita tak nak ingat (dugaan Allah), maknanya Allah nak kita pergi pada Dia. so, once teringat je, terus amek wudhuk, solat. buatlah apa-apa solat sunat. talk to Him. Dia dengar. eh, tapi kalau lepas Asar macam mana pulak? read His Love letter, Al-Quran.takkan kita je nak cakap dengan Allah. kena la ada hubungan dua hala. baru la communication tu berjaya"

practice makes perfect. kalau buat sekali dua kali memang tak jadi la kan. buat hari-hari. buat setiap kali. kuatkan hati. percaya pada Allah. Dia tau apa yang terbaik buat hambaNYA. ='). it's hurt a lot, but insyaAllah, we will get better in time. insyaAllah.

p/s: i hate sacrifices. tapi, dalam setiap perkara pun perlu ada pegorbanan kan? haish.... sabar Farah.. sabar. kalau tsak penat je ayah aturkan program " buat anak-anak gembira" tadi. huhuhuhu... >.<

Cinta adalah fitrah manusia, cinta yg didasari dengan taqwa akn membawa kepada cinta yang Maha Cinta.
“Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.” [QS. Ar. Ruum (30):21].

¨Maha Suci Allah yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.¨ [QS. Yaa Siin (36):36].

*p/ssss: yang ni pun copy paste dari pesbuk. *

Saturday, 26 May 2012

g0odbye nappeum namja!

as salam.

alhamdulillah, UiTM cuti seminggu. yeay!  alhamdulillah.. ibu ayah sudi datang amek saya kat Melaka, dan dah selamat pun sampai rumah. yeay! alhamdulillah.. rezeki harini mencurah-curah ke ladang gandum sampai pening kepala makan banyak sangat. =_='

it's been 2 week i think, since saya tak boleh makan nasi. dan dah kurang makan. dan dah tak boleh makan banyak. dan kalau lapar sangat, otak penat fikir nak bagi perut makan apa sebab banyak benda perut ni dah tak nak terima. bak kata si Mizat;

"aku rasa kan Ferra, cacing-cacing dalam perut kau demand nak makanan lain kot. atau mungkin cacing-cacing dalam perut kau tengah meragam, nak kuarkan baby cacing. sebab tu kau asyik muntah-muntah je. "


yeah right. kadang-kadang saya pun terfikir camtu. ye lah, bayangkan si gemuk yang sebelum ni makan nasi dalam polistrin (betul ke ejaan tu?) belum tentu cukup, sekarang kalau paksa diri nak habiskan nasi dalam satu polistrin tu punye lah payah. sampai kena dera perut, tahan muntah supaya hadam nasi-nasi tu. sebab penat nak jadikan toi-toi (toilet) tu 'rumah kedua'. grrrr...

dan harini, tengahari tadi dah paksa diri makan nasi. good. malam tadi dalam perjalanan ibu belikan sorang satu burger. daging (usually i pick ayam tapi ... huhu..nevermind.). special. dan sampai Kajang ibu suruh menghala ke arah kedai mamak yang berdekatan. errr... makan lagi i guesss? sampai sekarang saya dah rasa nak muntah sebab over kenyang. dah lama kot tak makan banyak! tapi burger tadi tak habis makan pun. bagi Alia (adik) habiskan. then kat kedai mamak just order air teh je. selebihnya kacau makanan orang lain. dan sekarang tak boleh tidur lagi sebab nak tunggu makanan tu turun cepat-cepat. aig0oo.... =_='

sebenarnya, sekarang saya rasa nak menangis. bukan nak menangis sebab meratapi peristiwa sedih yang sebelum ni. grrr.. yang tu dah buang jauh-jauh. shuuuuh! saya nak menangis sebab ibu dan ayah. sanggup ayah penat-penat balik kerja drive sampai Melaka sebab risaukan saya. *sob sob* sanggup ibu pujuk adik-adik ikut sama-sama dan bagi sokongan moral pada kakak dorang yang lembik ni haa. *sob sob sob* lepas tu siap pujuk ayah suruh bawak pegi jalan-jalan sepanjang cuti ni supaya saya tak stress. *sob sob sob sob*  lepas tu asyik fikir cara terbaik untuk membantu saya  dan bagi kata-kata semangat yang dalam segala aspek supaya saya kuat. huhuhu.. biane (maaf) ibu, ayah. akak lembik sangat. akak janji akak akan jadi kuat ea?

akak janji dengan nama Allah, insyaAllah akak takkan sia-siakan pengorbanan ibu dan ayah. insyaAllah, akak akan graduate in Bachelor in Accountancy lagi dua tahun setengah seperti yang ibu dan ayah dah rancang. insyaAllah akak dah ubah impian akak untuk kahwen awal seperti yang ibu pernah nak tu (=_=') kepada kumpul duit untuk bawa satu family tunaikan Haji dan Umrah. insyaAllah. unless keadaan jadi macam yang ibu cakap tadi. boleh pulak kan ibu cakap macam ni;


"kalau ada orang masuk meminang Farah nanti ibu terima je lah. biar Farah lupakan terus 'nappeum namja' tu."

*nappeum namja tu saya yang bagi, ibu tak cakap pun. tapi saya malas nak sensored nama dye so, tulis je la nama gelaran yang saya bagi. hew hew hew.

guess what, i'm in the middle of move on to a new life. ok. tak payah nak gues-guess sangat. =_=' maksud saya, saya sedang dalam usaha untuk move on. kalau boleh, segala 'kesan hitam', 'sejarah hitam', dan pape benda 'hitam' yang perbah terjadi selama 3 tahun ni saya nak lupakan. so that i can have a happy life. dan ibu ayah tak payah risau lagi. banyak benda saya plan nak buat cuti ni. banyak sangat. sangat3. sampai tak tau, boleh ke tak saya lakukan. *sigh* masuk balik UiTM nanti, Farah yang 'kuat' akan terhasil. hoho.. no more Farah yang susahkan kawan-kawan rumah dia untuk dengar cerita mengarut dia. no more Farah yang suka muntah-muntah bila stress. no more Farah yang cengeng. *heh. kalaulah berjaya lepas sifat cengeng tu...* hohoho.. hey 'nappeum namja', what's goes around comes around tau! hukum karma. kekekeke.. gedik nak cakap pasal hukum karma. hukum Allah tak nak pulak sebut. >.<'

ok. ok.

saya yakin qada' qadar Allah. saya yakin Allah nak saya kuat, sampai bagi saya dugaan yang macam ni. saya yakin, letakkan sepenuh kepercayaan pada Allah bahawasanya my Mr. Right tengah tunggu saya berjaya tunaikan impian saya tu. tak pun kalau dia baik dia tolong saya tunaikan impian tu. hehehehe...  geli. =_=

so, bai-bai nappeum namja. tak kuasa I nak ingat you lagi. *hew hew. geli la I-You neh.* kalau I ingat you lagi pun, sebab you dah jadi HISTORY I je. and i hate HISTORY. sebab tak dapat A masa SPM dulu. *kantoi. =_='*  dan thanks kak wa, thank Mizat. thanx dear housemate. thanks everyone. for being there when i need somebody. thanks Fara (dear roomate) sebab sudi layan saya yang sangat annoying time-menangis-dengan-hingus-meleleh-leleh-sambil-main-gitar-kono-nampak-cool padahal tak. =_=' dan thanks Allah, for giving me  chance to see how beautiful and wonderful my life is. kekekeke... gedik. thanks jugak Mr. Kay sebab sudi diputuskan oleh saya. (my guitar, satu tali terputus time lepas tension. hohoho.. jaga-jaga, sila jangan buat saya marah or i'll be Mrs. Hulk) dan to Cik Neko yang hilang tatkala saya gelabah bila Mr. Kay putus. grrr.. ayat macam baru lepas menang grammy awards. >.<

p/s: Alhamdulillah, saya terfikir nak block 'dia' di facebook tapi asyik takde kekuatan je. sekali 'dia' dah tolong block kan untuk saya. hew hew hew.. g0od. i don't want to have any connection woth you anymore nappeum namja. hope we'll never see each other again.

Friday, 25 May 2012

selamat hari Jumaat!

as salam.

pengajaran buat saya, lepas ni tak payah gatal-gatal suruh orang laen carikan calon. kang ramai-ramai bagi saya pulak yang yang segan. =_=' member saya, si Mizat cakap;

"Ferra, pada aku senang je. nak lupakan yang lama cari yang baru!"

hohoho.. takutnye dengar. =_=' kalaulah semudah tu... aip! ape masuk bab geli-geli ni. yang patah tumbuh, yang hilang berganti segala bagai. errrrkk....

alhamdulillah.. dah masuk hari Jumaat. maknanya dah 3 minggu nightmare berlaku. *kenapa tak "dah 3 tahun" je terus.*

semalam ada kuliah mingguan kat surau. Alhamdulillah saya diberi kekuatan, diberi keizinan oleh Allah untuk menghadiri majlis Ilmu. banyak sangat yang saya dapat semalam. sedikit sebanyak terkena jugak pada batang hidung sendiri. antara yang kak wa highlight kan dan bagi pada saya;

" tak payah nak menangis-nangis bila kehilangan seorang lelaki. lelaki kat dunia ni banyak lagi."

hoho.. tak habis-habis dengan lelaki. grrr...

padahal tajuk kuliah semalam, ISLAM SEBAGAI AD-DEEN,  yang mana memberi fokus didalam ibadah. ni antara yang saya dapat share dari majlis ilmu semalam. kak wa, kalau salah tolong betulkan ea? hehehe..

1. TAZKIRAH KEMATIAN (intro dari ustazah)

  1. bila kita mati, bukan orang-orang sekeliling kita je yang sedih. sendi-sendi badan kita pun sedih.
  2. sendi-sendi kita yang akan menjadi saksi segala perbuatan kita di depan Allah nanti. 
*time tu saya dah pandang tangan saya, "sorry tangan, sorry jari. berapa banyak kali je kau tadah tangan, berdoa pada Allah. sorry kaki, berapa banyak kali je kau membawa aku ke tempat0tempat begini. sorry mata, berapa banyak kali je kau menangis, bertaubat pada Allah diatas dosa-dosa yang aku dah lakukan." sigh. malu!*

dan ustazah cakap, orang yang paling bijak ialah orang yang sentiasa mengingati akan kematian. Ya Allah, aku asyik meratapi 'kehilangan', aku tak pernah fikir "cukupkah amalan aku, nak bawak jumpa Allah nanti?". malu!

2. IBADAH SECARA UMUM


  1. ibadah tu kewajipan kita. bukannya bermusim. maksudnya bila kita sedih, baru beribadah pada Allah. bila masuk bulan Rejab, Syaaban, Ramadhan, banyaknya amalan kita. tapi bila masuk Syawal..musim beribadah tamat..? =_=
  2. orang yang sentiasa beribadah, walaupun dirinya miskin sekalipun Allah tetap beri kekayaan padanya, dari segi rohani. jiwanya sentiasa tenang, tapi orang yang mementingkan dunia dah senang-senang meninggalkan ibadah, Allah beri kita kesibukan di dunia. sentiasa tak tenang.
  3. kita beribadah (solat) kerana kita rendah diri, malu kepada Allah sebagai hambaNYA, yang tak beribadah tu, dah rasa diri besar sangat kot sampai tak nak merendah diri pada Alllah. 
  4. ibadah ni ruang lingkup luas. ibadah umum dan ibadah khusus. kerja pun boleh jadi sau ibadah. kehidupan seharian kita pun boleh jadi ibadah, seperti makan, tidur, kerja. tapi kita sendiri yang kena jadikan ianya ibadah. sebab bukan semua kerja boleh jadi ibadah. haaaa... ni dah masuk point yang penting ni!

ustazah cakap ramai orang tak perasan sesuatu ni, dorang fikir kerja tu je dah jadi satu ibadah. so hari-hari la jadinya kita beribadah. tapi kita lupa nak jadikan kerja sebagai satu ibadah tu bukan senang.


SYARAT KERJA MENJADI SATU IBADAH


  •  niat ikhlas kerana Allah. ---> kadang-kadang saya pergi kelas pun saya lupa nak niatkan kerana Allah. ruginyeeeeeeeer!!!!
  • kerja yang mengikut syariat Islam. ---> kerja tu mestilah yang halal, yang mematuhi syariat-syariat Islam.
  • bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja. ---> nak dapatkan pahala kerja, tapi kerja dok main-main je. boleh ke macam tu?
  • tak lalai dari melakukan ibadah yang wajib. ----> hoho.. yang ni memang kena jaga. kita kerja nak dapatkan sebagai ibadah. tapi solat pulak tinggal. hadoooi... 
  • mengikuti syariat Allah ketika bekerja. ---> hok yang ni ustazah dok tekankan bahagian pakaian. *accent yang saaaaaangat tak jadi. =_='*  kita bekerja tapi aurat tak jaga. pegi kelas pakai baju spring. pahala...ish, mana nak dapat, dosa pulak datang bertimbun-timbun.
*mula-mula aku tak paham, apa baju spring tu. lepas tu kak Aisyah duduk kat sebelah aku cakap, "kamu angkat tangan tinggi-tinggi, terangkat segala baju kamu". means baju pendek or ketat. ohooo...budak lelaki kadang-kadang time nak tekan button projektor (dalam kelas) selalu ternampak 6-pax dorang. hailaaa... =_='

setakat ni jela yang saya mampu kongsi. banyak lagi nota yang saya salin tapi memandangkan kejap lagi ade kelas....errr... kena la siap-siap. hohoho... lepas ni cuti seminggu. tak sabarnya! bai- bai! =)

Wednesday, 23 May 2012

apabila aku ditolak -versi si Ferra.

as salam.

pertama sekali, alhamdulillah. saya dah berjaya harungi 3 kuiz dalam masa satu hari dalam keadaan yang sangat pack, penat, dan sakit. Syukur alhamdulillah, Allah beri saya kekuatan untuk meneruskan hidup macam biasa. syukur alhamdulillah, Allah berikan ibubapa, sahabat, rakan dan lecturer yang memahami. syukur alhamdulillah. alhamdulillah..alhamdulillah.

mungkin ada yang pernah terbaca, mungkin ada yang belum. kenalkan anda dengan Hilal Asyraf?  oh, kalau belum maka silalah buat research sendiri. saya belum ada m0od nak buat research kat sini. maaf.. Hilal Asyraf adalah seorang motivator. karya-karya beliau semua berunsur motivation. gaya penulisan beliau cukup buat orang mudah untuk memahami. kisah yang saya ingin sampakaikan berkait rapat dengan salah satu hasil penulisan beliau; iaitu


Motivasi: Sebelum Aku Bernikah – Bila Saya Ditolak.



* sila klik pada tajuk untuk membaca karangan beliau.

ketika kali pertama saya ditolak, saya membaca karangan beliau yang diatas. mungkin kerana masih dilanda perasaan gundah gulana, sedih dan emosi belum stabil maka saya tak berapa menghayati apa yang ingin disampaikan.

dan ketika saya ditolak kali kedua, oleh orang yang sama, kerana sebab yang sama, saya mengalah. ye, saya tau akan konsep redha, namun bila nak aplikasikannya subhanallah, berat sangat! malah sehingga kini saya masih malu nak cakap yang saya pernah lalai kerana dikecewakan. hanya Allah yang tau betapa tak terurusnya keadaan saya dalam nak menerima hakikat, DIA BUKAN UNTUK AKU.


tanpa perasaan malu saya menangis, meratapi nasib yang tak-seberapa-teruk-tapi-dah-rasa-macam-dunia-dah-nak-kiamat dan terus-terusan menangis. sehingga sakit. =_='

dan saya lupa, sekali lagi. cinta yang sebenar-benarnya pada siapa. tak perlu saya sebutkan, semua pun tahu. CINTA PADA ALLAH ADALAH CINTA YANG SEBENAR-BENARNYA. alhamdullillah. dengan doa dan sokongan mereka yang berada disekeliling saya, saya mulai kuat. perubahan seorang manusia tu, bukan boleh berlaku dengan sekelip mata. tak boleh berlaku secara drastik. kita perlu berubah secara berperingkat. dan harus diingat, dalam berubah tu haruslah istiqamah. yup, the key words for today is istiqamah. hehe..

dan ketika saya dalam proses menguatkan lagi semangat, dan mencari sinar kekuatan, saya terjumpa lagi satu karya Hilal Asyraf yang kena tepat pada batang hidung saya. ouch!


Bila Cinta Putus. Bila Cinta Ditolak.



*sekali lagi, sila klik pada tajuk untuk membaca karangan beliau.

cinta yang saya cuba cari, yang saya ingat saya 'pernah' miliki... saya ingatkan adalah yang akan munuju ke gerbang perkahwinan, dan seterusnya membawa saya menuju ke jannah. namun, malu saya akui disini. saya dah silap. kalau benar itu tujuan saya mencari cinta, maka kenapa bila putus, bila ditolak, saya kecewa? kenapa perlu begitu FARAH! WHY? TELL ME WHY??! =_=' *konflik dalam diri kejap*

dan kemudian terjumpa lagi satu benda di facebook. *kdang-kadang facebook ni macam faham-faham je apa yang kita perlukan. weirrrrddddd00ooooo! =_='*


Terjumpa sesuatu yang menarik. Sembang-sembang dua sahabat.

Sahabat A: "Aku dengar, perempuan yang kau sangat cintai itu tak balas cinta engkau."
Sahabat B: "Ya."
Sahabat A: "Tapi kenapa aku tengok engkau tidak bersedih pun?"
Sahabat B: "Buat apa aku nak bersedih? Aku hanya kehilangan orang yang tidak cintakan aku. Tetapi dia kehilangan orang yang benar-benar mencintai dirinya."


hew hew hew. betul jugak. saya tak nak ulas apa-apa. masing-masing dah besar *i hope* so pandai-pandai la fikir sendiri. dan ketika saya cuba menahan kesedihan yang datang menggila tatkala nak baca buku, ibu hadiahkan saya sesuatu yang sangat bermakna. yang sehingga kini saya amalkan.

LEPAS DARI KESULITAN 

AL-ANBIYA 87: 87.

LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZALIMIN 
(“TIDAK ADA TUHAN SELAIN ENGKAU. MAHA SUCI ENGKAU, SESUNGGUHNYA AKU ADALAH TERMASUK ORANG-ORANG YANG ZALIM.”


Rabbi Yassir wala tu-‘assir. Rabbi tham-mim bil khayr. 

“O my Lord, make things easier for me, do not make things difficult for me. O My Lord, let my affairs end with goodness.”

alhamdulillah. dengan mengamalkan dua ayat ini menjadi zikir, beserta kepercayaan yang kuat kepada Allah, kini saya mampu bangkit. mungkin belum pulih sepenuhnya, namun alhamdulillah, ada sedikit perubahan berbanding dengan sebelum ni

*maaf, ayat ni saya cari di internert. tak jumpa yang jawi punye. so taip dalam rumi je, boleh kan?*

dan beberapa ayat...di facebook lagi =_=' yang cuba saya jadikan peransang untuk berubah. insyaAllah. kuatkan hatimu wahai Farah. Allah sentiasa ada bersamamu. =')

Yang engkau cintai selama ini ,
Belum pasti milikmu nanti .
Maka usahlah bersedih hati,
Dikala dia bukan milikmu lg,
Dikala dia melukai hatimu.
Bersyukurlah atas ujian dan cubaan dari ALLAH..
Ternyata ALLAH masih sayang kepada kita dengan memberi cubaan ....

InsyaAllah ...
ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA,
Akan memberikan penganti yang lebih soleh/solehah kepada kita....Aamiin.

YA..ALLAH..
Jika Cinta kan menghampiri diri
Jangan biarkan Cinta kepada Mu hilang di hati..
Perkenankanlah selalu tuk selalu Mencintai Mu..
Sepenuh hati dan Ketulusan diri.

YA..ALLAH
Hanya kepada_Mu Cinta Hakiki,
Cinta yang mengantarkan Keindahan sesungguhnya…
Cinta dengan kebersihan jiwa hati..
Cinta untuk mendapatkan Keredhaan Mu.
Aamiin Ya Rabbal'Alamin..

 dan sesuatu sebelum saya menutup entry untuk hari ni;

SILAPNYA SEORANG WANITA ialah :

✿ bila dia percaya, maka dia TERLALU PERCAYA..
✿ bila dia menyayangi, maka dia MENYAYANGI SEPENUH HATI..
✿ bila dia memberi, maka dia BERIKAN SEGALA-GALANYA..

SELAGI BELUM PASTI..janganlah terlalu mempercayainya..Selagi belum pasti
jangan memberi sepenuh hati, selagi belum memiliki .JANGAN MEMBERI segala-galanya, bila kita terlalu mudah memberi..maka kelak nanti kita akan SANGAT SUKAR MELEPAS PERGI..♥

ya, jika kita mudah memberi, maka susah untuk kita lepaskannya pergi. be strong!

p/s: si 'dia' sudah in a relationship dengan 1st love dye. what can i do? just smile and be strong. takde apa yang aku rugi pun. insyaAllah, aku kuat. 

Tuesday, 22 May 2012

oh tidak!

as salam.

preeetttt *bunyi tengah hembus hingus dekat tisu*. oh maaf. saya tengah kena demam. tapi dalam sakit-sakit ni saya rasa teruja! plop! *bunyi sumbat tisu dalam lubang hidung* =_='

saya baru dapat tau. kejap. nak tarik nafas dalam-dalam. hingus ni kacau je!

"Fera, Mia, Eli, Fiza. antara kita ni korang rasa siapa akan kawen dulu?"


"biasenye yang tak pernah couple ni yang akan kawen dulu. tak pun yang tak matang ni. ok, Fera kawen dulu"


"kenapa pulak orang!" =_='


"hahahaha... lepas tu mesti eli. then Fiza. last skali Mia. Mia nak kawen at least umor 28."


"Mia! tuanye!!! jangan lah"


"Fiza pun rasa dalam area 26 something kot kawen. eli?"


"sampai ke tua pun eli tak kawen kot. korang, kalau sampai ke tua nanti kite tak kawen lagi... nanti kita duduk rumah orang tua sama-sama tau."


hahahaha.. ni sekadar cerita yang lebih kurang apa yang pernah terjadi masa saya muda-muda dulu. oh, tak! baru sedar diri dah tua! preeeettttt *hembus hingus lagi*

now, disaat saya sedang recover dari kedukaan. dan disaat saya tengah demam. datang pulak berita..


ONE OF US DAH BERTUNANG! DAN DAH NAK KAWEN!!!!


aaaachuuum! *bersin sambil hingus meleleh* ohhooooo.. panik? terkejut? gembira? geram? semua ada! orang yang paling tak disangka-sangka dah nak kawen. haruslah gundah gelana kan? hehehehe.. CHUKAE!

just now semua orang saya call. in my gang la. nak gosip-gosip sikit. plop! *sumbat balik tisu dalam hidung*

semua terkejut! aaaaaaaaaa.... why?! kenapa tunang tak bagitau awal-awal? tup-tup dah nak kawen..  ulan 7 ni pulak tu! kalau saya tengah final exam macam mana nak pergi? *sob sob*

tak sangka... dia dah nak kawen. kawan yang dulu masa kat teknik kejap gaduh kejap baik. kejap merajuk kejap menggedik. partner in crime. tukang simpan rahsia. kongsi cerita suka kat sapa. now, she's getting married! dan paling tak tahan, hantaran 15k! oh tidak. sangat jeles!!!!!!!!! >.<

tadi borak dengan eli, dye cakap:

"cube kau bayangkan. kita grad (graduation) bawak family. dia bawak suami!"


"awww~..."


"cuba kau bayangkan... kita graduation baru nak cari calon suami, dia dah bawak baby in her tummy!"


"awwwwwwwwwwwwwwwwwwww~~"


oh tidak! ottoke? nampaknye saya dengan eli lah yang kena saling teman menemani di hari tua sebab takde pasangan. uwaaaa!! *dush!* degree pun tak habes lagi da gedik-gedik fikir pasal future.. =_='


oh tidak! kepala pening. hingus meleleh. sebelah tersumbat. rasa nak muntah. tapi jantung dup dap dup dap hepi. apa patut saya buat? tidur je la. bai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Arkib Teratak Farah..