Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Thursday, 14 November 2013

Gades Praktikal.

As salam.

it's been busy weeks for me. eley.. setiap hari pon kau busy Farah oi. mana pena kau tak busy. -___- dan malas yang datang menerpa pabila saya pulang dari kerja..( macam sekarang ni penulis sedang menaip diatas katil..beserta meja kecik yang diletakkan diatas katil kerana malas nak gerak naik turun katil) menyebabkan saya berada ditahap yang paling serius! ahhhh.. i need to change! >__<

oh well..  that's enough.

sepanjang saya berpraktikal di MNC, a.k.a Mohd Nizaruddin & Co. banyak ilmu yang saya pelajari. seriously, kalau korang tak cukup kekuatan mental dan fizikal better jangan apply sini.  kalau kau memang malas nak buat kerja setakat nak potostat je baek jangan apply sini. kalau kau tahap manja-manja nak kena tegor sikit nanges2 baek kau jangan datang sini. kalau kau nak elaun tinggi tapi kerja sikit baek jangan datang sini. SERIOUSLY.

kenapa?

1) kau akan dianggap sebagai seorang auditor yang sebenar oleh client, yang sepatutnya, i repeat, SEHARUSNYA TAU TANGGUNGJAWAB dan FLOW seorang auditor. so kalau kau buat silap sikit memang kena la dengan client.

2) dalam sebulan tu ade la dalam 5-10 company kau kena audit. dan tu belum masuk kerja senior sebelum kau lagi. eh takpe. company dormant (yg tak banyak revenue, tak banyak item) je. kejap je siap. insyaAllah.

3) kalau kau punya kenderaan, kau akan disuruh hantar document sana sini. kira macam merangkap tugas despatch boy la. tapi jangan risau. berbayar. hihi..

4) klient akan fikir kau buat audit company dia sorang je. so dorang akan keep calling and asking  "bila boleh siap huh?" ...

dan tetibe manager letak document baru dan cakap "buat yang ni dulu. urgent. yang laen biarkan dulu."
 -____-'

5) bila bos masuk dia suka ajak buat bacaan yaasin, surah al waqiah, surah al-kahf dan beberapa zikir. dan kemudian kekadang ade sikit tazkirah. dan tafsir quran. so dalam seminggu tu kau jangan risau kalau xde pengisian rohani. insyaAllah ada.

6) there'll be bias between you and budak praktikal yang laen dimata senior. ahh.. normal la tu. saya memang bukan orang yang disayangi. *merajuk*

7) kekadang bila client nak cepat..kau kena ot. oh jangan risau, ini berbayar juga. cume kekadang kau tak ready untuk ot. dan nak tak nak, kau kena juga. haish...

9) isteri bos suka menggoda kau dengan makanan-makanan free yang diberi. kekadang kek. kekadang cupcakes. lasagne. cheesecake. ah... yang penting kek. sedap pulak tu. i loike!

10) dan laen-laen alasan.

despite all of the reasons above, kalau kau rasa kau nak menimba ilmu dengan ikhlas, pedulikan cabaran. dan apply untuk praktikal disini.

bagi pemilik nama Farah Nurazrina ni, dia suka berpraktikal disana. well, staff dye walaupun macam berpuak tapi dorang okey. sangat unite. suka bergosip *same la kitew. hihihi* dan tak lekang nak ngajar ilmu. mungkin ada yang garang sikit. or banyak. -__-' tapi kalau nakkan ilmu, kena la hadapi cabaran sikit. tak mati nye kena marah sikit-sikit ni. i love the way dorang ajar buat sesuatu. satu-satu mereka tunjukkan. step by step. 

workload belambak? rilekkssss.. bila banyak keje la kita lagi belajar. ye tak? dulu kalau nak terel math cikgu mesti kasi buat keje sekolah banyak3. betul tak? so apply la benda tu disini.

"maka, nikmat Tuhanmu yang manakah engkau dustakan?"

alhamdulillah.. pilihan ibubapa memang selalunya tepat. terima kasih ayah sebab 'paksa' orang amek tempat yang dekat. hihihi..

now, lets get back to our business. sepanjang berpraktikal saya berpelung mengenali mereka ini. Syafiqah, Nik, Kak Haziq, kak Saffa dan lain-lain. mereka juga berpraktikal disana. of, si Naddy tak payah kira. tu dah kenal dari sekolah lagi. hihihi.. among all, kami berempat jelah yang tinggal. tak termasuk Ayie, abangnya si Syafiqah. takde gambo dia so tak boleh la nak menyelit. huhu..

itupun, gades yang bernama Nik Syahirah Zulkeflee (kalau tak salah eja la. sori nik!) dah abes waktu untuk praktikal. jadi, dihari-hari terakhir dia ( dah lama dah kot gambar-gambar ni. budak pemalas ni malas nak upload) akmi berjimba sakan tak hingat dunia. time lunch la terutamanya. hihi.. OT pun bersama juga. sampai pukul 9 kami berkhemah di MNC, menyiapkan kerja sambil layan moviee... hihihi.. nakal budak nik ni. ngajo orang yang bukan2. (oke tipu je)

gambar di jusco. tandas jusco. kunun-kunun nak buat macam gadis Pavi la. puhahaha!


a moment to remember. she actually terharu giler bila kitorang wat surprise birthday party kat domino. dan Capika sayang buatkan kek khas untuk nik. so sweet~


homemade cake by capikah sayang,

si nakal Naddy mak tiri sayang.

Us, dan gades yang terharu.

masing-masing update gambo masuk insta or facebook. eheh..



Dear nik, dear Capikah, dear Naddy,

maybe terlalu awal untuk saya nyatakan disini tetapi, it such a pleasure to meet you guys, hangout together, eat what we wanna eat, and even overtime together. all those memories will be kept deep inside here *sambil tepuk dada*. dan semoga ukhuwwah yang terjalin akan berkekalan buat selama-lamanya. oh by the way, Kak Haziqah pun termasuk sekali. kang majuk pulak akak tu. hihihi.. love you guys lillahi taa'la.



last but not least, disebabkan saya semakin malas, here's a tip for a better work dress code.

1) malas nak gosok tudung? pakai shawl. yangtak payah gosok. dan labuh. easy. tak sampai 5 minit, pakai cara basic je, and done.

2) pakai kemeja. malas nak gosok? sokey. pakai cardigan kat luar. orang akan nampak benda tu macam "eh kau nampak macam wanita bekerja" padahal kau malas nak gosok baju kurung.

3) pakai seluar instead of kain. kekadang baju yang sepatutnya match dengan kain saya pakai dengan seluar. dan tetiba jadi trend pulak staff pun pakai camtu. sebab malas. hahahaha!

4) pakai baju gelap. so kalau tak gosok seyes tak nampak. kalau nampak pun...aku peduli hape. *nampak tak malasnya disitu?* hohohoo..

5) pakai blouse. tapi bukan yang meriah sangat. yang simple sudah. corak kosong je cukup.

done. hihi.. until then, wassalam.

p/ss: i've found a new victim to be stalk. inchek ai. ahahahahaha... seyes, baca blog dye boleh buat saya yang tensen gelak habis habisan. tahniah bro. kekekeke...
Sunday, 13 October 2013

Tak kenal diri, maka tak kenal Allah.

As salam.

Tajuk kuliah bersama family pada hari ini,

Tak kenal diri sendiri maka tak kenal Allah.

*ihsan gambar google*

sounds easy rite? tapi berat. wuuu~~  disebabkan ini sesama keluarga, maka ayah panggil sorang-sorang, bermula dengan saya *malu gilos* untuk terangkan apa yang saya kenal dengan diri saya sendiri. anything. jadi saya pun...


*ihsan gambar google*

"diri kita, segala kelemahan, kekurangan, kelebihan, itu lah diri kita."

"detail kan lagi. apa dia? senaraikan."

"eh? errr.... aaa.a..."

it's not that hard pon sebenarnya nak klasifikasikan diri kita macam mana. tapi malunya bila nak jatuhkan ego, bagitau pasal diri kita, kelemahan kita pada orang lain. even pada keluarga kita sendiri.  dan disebabkan malu tak terkata, maka..

"tengok, nampak sangat Farah tak kenal diri Farah sendiri. sampai nak cakap pun tak terucap. ego. dah la. skip. next! "

malu. malu.. dan malu. >.<'

oke, the main point yang simple, dari apa yang saya faham arini, kalau kita kenal diri kita, kita akan tahu yang siapa kita. kita sebagai khalifah di muka bumi. apa tugas kita. siapa pencipta kita.

dan bila saya google balik untuk menambah bahan rujukan, saya jumpa sesuatu. berkait dengan tajuk ni, anda juga boleh tambah bahan bacaan disini:

http://rahsiaalif.tripod.com/

he has a good point yang saya boleh terima. jadi......sedikit tentang kuliah hari ni. dan.. wassalam. hihi.. dah ngantok.

p/sss: dah tukar layout baru. dulu kan serabut sangat. busy so tuka mana yang mampu je. huhuhu...
Friday, 27 September 2013

Sabah, a journey to remember. Part 2.

As salam.

semalam kena OT sampai nanges-nanges sebab Overtime bukan dalam keadaan yang rela, tapi terpaksa. dan harini, collapse. demam. tak mampu nak bangun. at the end tak pegi pun keje. haila.. T__T oh well, daripada baring je keje baik berblogging. kan? hihi..

tahukah anda, di Kota Kinabalu, terutama di kawasan bandar popularnya dengan cekedis seperti ayam panggang madu?


erk..ni image ehsan google je. malas nak amek gambo. pegi pantai, pegi pasar malam, mesti berlambak orang jual benda ni. sedap woooo... lagi-lagi buat makan gigit-gigit time malam-malam lepas penat seharian berjalan. dan malas nak keluar bilik. ahaaaa..

selain itu, makanan pelik-pelik di Sabah antara lainnya :




kat sini saya belajar makan puding dalalm kelapa, minum air kelapa bakar, dan makan lokan bakar. dan seriously, ade kedai yang masak sedap giler. dan ade jugak yang.. sedang-sedang je. ahh...yang penting, makan. hahaha.. dan maaf, banyak gambar ehsan google je. sebab....tak sempat amek gambo. terus je makan. hahaha.. ape punye perangai la. -___-'


banyak je lagi makanan sedap-sedap dan pelik-pelik.even murtabak kat sana pun cara masak dia laen. dan banyak lagi la makanan pelik tapi tak sempat rasa pon. dan tak ingat nama. pegi mana-mana, kalau jumpa benda pelik obviously kami akan beli. hehehe.. jalan-jalan cari makan. ngee~

oke. day 2 in the next entry oke? kepala sakit balek. uwaaaaa... esok nak pergi kursus kawen. eh eh? nak kawen da ke? idok ler... pegi je. lepas ni kalau jadi pape bole teros kawen. ahaks! bagi pelempang satu nak? =____='

until next time, wassalam.
Thursday, 26 September 2013

Sabah, a journey to remember. Part 1.

As salam.

6 September yang lepas menjadi saksi bahawa salah satu impian saya dah tercapai. Alhamdulillah...sejak kecil lagi family saya memang suka berjalan. trend ni bermula daripada arwah nenek ataupun arwah mak mengikut panggilan saya, yang nama arwah suka sangat buat pelan last-last minit untuk pegi sana sini. dan kemudian diikuti oleh si ayah dan ibu kepada Farah.

it's started with promosi tambang murah Air Asia yang membuatkan ibu terbuka hati untuk pergi ke Sabah sebab tengah murah. dan dibantah oleh si ayah sebab tahun ni kami dah pegi berjalan dan bershopping sakan di Vietnam which cost us Rm 16,000++ total. dan ayah tak nak kami membazir lagi. tapi unfortunately ibu dah pun bayar dan dah set, bulan 9 pegi Sabah. puas la ayah bagi alasan ada kelas la, ugut tak nak ikot la. but at the end, pegi juga. hihihi..

time ni saya teringat salah satu kata-kata ayah dalam sesi kuliah Subuh yang lepas-lepas;

"kalau memang rezeki tu Allah tetapkan milik kita, buat lah macam mana pun. ia tetap akan jadi milik kita."

hehehe.. terkena batang hidung ayah balik! banyak sangat alasan..tapi pergi jugak!


But seriously, memang banyak gilos dugaannya nak pegi Sabah ni. boleh pulak IC Aten si adek hilang masa nak check in flight, dan passport dia pon tetibe hilang. padahal semua orang punya ada. tapi Alhamdulillah la lepas tu jumpa. risau pulak kita time tu.

dan kemudiannya flight suppose to be berlepas pada jam 9.30 pagi. tapi delay sampai nak dekat pukul 12 tengahari! gila lama tunggu dalam flight. ayah sampai boleh habeskan beberapa mukasurat al-Quran.

psss--> btw, i'm sooo glad that ayah appreciate my gift. Terjemahan Al-Quran tu saya belikan untuk rumah sebab kami takde al-Quran terjemahan lansung dalam rumah. yang ada pun saya punya yang saya selalu bawak pegi Melaka. dan saya saaaaaangat terharu ayah gunakan ia sebaiknya. Alhamdulillah.. tak sia-sia. =')

later around 2 pm kami selamat sampai. dan alhamdulillah, semua selamat. ayah dah search kereta dari KL lagi dan dapat deal kereta VIVA. oke, kereta VIVA untuk 6 penumpang. beserta luggage. can you imagine that?! hahaha! itu pun ni yang paling murah.  RM100 sehari. yang laen beratus-ratus. mana mampu.. T___T nanti tak enjoy la holiday. huhu..


DAY 1:

keluar rumah pukul 6.30 pagi dan selebihnya duduk kat dalam airport tunggu turn naek kapal terbang. seriously bosan. hahaha! iman saya cukup lemah, tak sekuat ayah yang boleh baca Quraan kat tempat bising dan bosan camtu. saya dok amek gambar, makan cekelat. kacau akim, makan gula-gula. dengar lagu, makan mints. -_____-' yeah.. really healthy.


dalam pukul 10 boleh naek flight tapi belum boleh terbang atas sebab teknikal. makanya pihak air asia bagi makanan yang dah di order online dulu. makanan yang dipilih? mulanya saya pilih nasi lemak pak nasir sebab ayam rendang dia sedaaaap sangat. tapi ibu tersalah pilih nasi ayam so kena tukar. and trust me. nasi ayam dia tak best. wuuu~~ T___T



dan makcik disebelah saya ni dengan gembiranya makan nasi lemak yang lazat itu, tanpa offer syaa sikit pon. oke tak. dia bagi sikit. sikit jela. SESUAP NASI. =__=


oke, sejam lebih kapalterbang tak gerak-gerak. ape lagi boleh buat? maen game. amek gambo. mengunyah.


Alhamdulillah, sampai juga di Terminal 2, lapangan terbang Kota Kinabalu.  cari kereta, isi minyak, buka WAZE (GPS hempon yang sangat berguna) dan ciaoooo~~ 

tempat pertama yang dituju, Tanjung Aru. pantai tanjung aru. lapar! seriously, makanan kat Sabah ni sangat banyak untuk dimakan sorang. saya ulangi, SANGAT BANYAK. beli makanan sorang satu tapi at the end, ade 2 makanan bungkus. dan makanan dia tak sama pon macam kat semenanjung. contohnya, nasi goreng USA. hahaha... memang laen. susah nak describe.


lepas makan berjalan la kat pantai. dan mok cik-mok cik ni dengan hepinya amek gambo. haish.. cam takde keje laen.


NEXT DESTINATION! cari hotel. ibu nak cari hotel yang boleh jalan kai je pegi pasar filipina. night market. setiap hari ade. kat situ la nak dapatkan souvenir murah. dan alhamdulillah.. hotel yang dipilih CAPITAL HOTEL. dekat dengan Jesselton point. dekat dengan pasar filipina. selesa. ada wifi. tapi susah nak parking. yelah, hotel kat tengah bandar. memang susah giloooos nak parking. tapi nak pegi 7eleven jalan kaki je. nak g pharmasi pon dekat. petron kat depan hotel je.  nak kedai mamak turun bawah belok sikit da sampai. kedai kat sebelah hotel kedai Italian food. ahaaaa.. nak ape lagi?

sepetang tu kami berjalan di KK Waterfront. cari maklumat untuk berjalan esok. dan kemudian menikmati pemandangan di sekitar kawasan hotel. oh btw, waktu solat kat snaa cepat. dan pukul 6 petang dah macam maghrib dah. memang beza gileeeerrrr. huhuhu..






DAY 2: PREVIEW.

dah ngantok. sambung next time. babai~~
Thursday, 22 August 2013

Alhamdulillah!

as salam.

alhamdulillah..alhamdulillah...alhamdulillah.....

oke, hari ni boleh senyum lebar-lebar. sememangnya perancangan Allah tu yang terbaik. Alhamdulillah.. hari ni...ada problem baru pulak datang. tak besar pun..tapi melibatkan orang lain dan kami hanya membantu. tak kesah la tu. yang penting, ibu dah start cakap dengan ayah balik. hehe.. Alhamdulillah...

walaupun adik-adik saya tengah boikot saya sekarang sebab saya tak bawak dorang tengok cite the conjuring semalam (eh hello? cite tu 18 tahun keatas je) dan lepas tu masing-masing buat protes aman dengan tak nak layan or bercakap dengan saya (i know i did the right thing walaupun ada sedikit rasa bersalah) tapi kalau ibu dengan ayah dah bercakap, means masalah besar seperti mereka yang menangis sorang2 dalam bilik, tak boleh tumpukan perhatian pada kerja dan pelajaran sebab stress dengan masalah keluarga dapat dikurangkan. insyaAllah.. masalah dapat selesaikan masalah yang lain. =)

now, berbalik pada cerita adik-adik saya yang boikot kakak dia neh... haish... ni lah sebabnya saya malas nak jaga hati orang. at the end saya yang kena balik. nak jaga hati adik-adik, kakak saudara terasa. nak jaga hati kaakk saudara, adik-adik menyumpah marah dan terasa. dah tu hati saya sape yang nak jaga? *istighfar*.. haish..

the thing is, saya tolong buat kerja kakak saudara, edit journal yang berkait dengan art..dalam bahasa inggeris. dan upahnya? dalam bentuk belanja makan dan tengok wayang. sebelum ni pon sebenarnya kakak saudara saya tu dah lama dah nak ajak keluar tengok wayang. date berdua. berjimba malam-malam. dan lepas tu tapi saya je yang tak nak. sebab anak dara tak elok keluar malam. lepas tu tngok wayang membazir. lepas tu nanti penat. pastu nanti adik-adik tak boleh ikot. kesian.

tapi!

kalau dah banyak kali tolak pelawaan orang memang tak sedap la. lagi-lagi kita tidur sebilik, sekatil. haish... dan si kakak saudara tu pulak kejenye mendesak. mendesak. dan terus mendesak. setiap waktu mesej tanya jadi ke tak, siap call lagi time orang tengah buat kerja. dan keluahkan segala hujah-hujah dye supaya dapat keluar bersama. makanya... siapa sampai hati nak tolak kalau dah macam tu!

saya cuba arrange supaya dapat bawak adek-adek sekalai. kata dorang, cite The Conjuring tu best. lepas tu ada kawan-kawan dorang yang lepas je masuk. oke fine. try la bawak. sekali tengok arini ade tiket pukul 6.30 dan 9 malam. dan semalam ari rabu. dan mereka budak bawah umor. dan esoknya mereka sekolah. KAU GILER? erk... memang tak la. saya bersunggu search kat mines, jusco, siap propose tengok cite lain supaya dorang dapat kuar tengok sama. depan bos pulak tu. nasib baik bos tak nampak. -___-'

dan yada yada yada... bla bla bla.. akhirnya, decide yang dorang tak boleh ikot. sebab kalau tengok 6.30, Alia tak dapat ikot. plus nanti tak solat Maghrib. dan tak fair. dan saya tak nak keruhkan keadaan dengan ayah. then saya mesej ibu bagitau. suruh jangan bagitau dorang supaya dorang tak terasa. tapi malangnya ibu bagi Aten baca.dan dye tau. dan dye cakap camni:

"takpe. dah tau dah memang tak jadi punye. tak marah pon. aten boleh pergi dengan alia berdua. tak kesah pon. takde sape marah. dah la malas nak mesej. hav fun."

eh HELLO? orang dah bersusah payah pikir pasal korang..ada korang fikir pasal akak? then kata tak marah tapi boikot. mengong. memang geram tahap ape dah ni. selfish. tak pernah nak jaga hati orang lain. unmatured. haishhhhhh....

alhamdulillah mood akak baik arini. akak geram je. kalau geram bape jam je pon. korang nak boikot sukahati korang lah. yang penting masalah lagi besar dah settle sikit.dan akak tak rugi pape pon kalau korang boikot akak. buat korang stress je. akak kesah hape. =___= *gaya kakak yang evil sedang merajuk*

sumber: Facebook

#gaya cakap macam tengah cakap dengan adek je. eh tapi memang pon. sebab Alia rajin stalk blog akak dye. hohoho...

pape pon, arini kena istighfar banyak-banyak. zikir banyak-banyak. doa banyak-banyak. kuatkan hati. kuatkan iman. perbanyakkan amal. Selamat berpuasa kawan-kawan! dan... marilah kita bersiap nak pergi kerja. hihi.. wassalam.

Tuesday, 20 August 2013

lemahnya iman seorang Farah.

as salam.

nampaknya..iman saya masih lagi lemah.masih lagi memikirkan "kenapa" Allah beri dugaan yang macam ni. padahal selalu sangat saya ingatkan diri.. semua yang terjadi ni..semua ada hikmahnya. semua Qada' dan Qadar yang telah ditetapkan. Allah kata:

"Kun fayakun..jadi. maka jadilah."

dan saya masih menangis seorang diri bertanya. kenapa? kenapa?? dan kenapaaaaa??

T____T

lemahnya iman saya. lemahnya diri saya. padahal, Allah beru tarik balik sedikit 'sesuatu kepunyaan Dia'. dan saya terus begini. lemahnya iman saya. lemahnya. lemaaaaaah sangat. ='(


dan lepas tu dengar lagu lagha. menangis lagi. sengal. T_______________T

Judika- setengah mati merindu

Judiki - aku yang tersakiti.

seriously, how i wish i could turn back time. nak pegi balik masa gembira dulu. nak simpan banyak-banyak supaya tak rindu macam sekarang. rindu setengah mati katanya. haish...

#rindu sangat sampai masuk mimpi. memang dah kemaruk betul namanya tu. -___-'

ibu...ayah..tolonglah berbaik. tolonglah tak gaduh lagi. jatuhkan ego, minta maaf. turunkan ego, memaafkan. kenapa kena jadi macam ni?


this is how i feel. now. rite now.
sumber:
Monday, 19 August 2013

akhir rasa ini. ecececeh.


as salam.

semalam...lupa nak cakap. tazkirah yang ayah bagi aritu bertajuk lebih kurang,

"Apakah amalan sepanjang bulan Ramadhan habis camtu je dibulan Syawal?"

baca quran, solat malam, puasa, solat sunat, semuanyalah. adakah kita masih lagi buat seperti mana di bulan Ramadhan dulu? hmm..geram macam mana pon dengan pakcik tu, saya tetap terkesan dengan apa yang dia cakap. alhamdulillah, masuk arini dah berjaya puasa 3 hari untuk puasa 6 di bulan Syawal. solat sunat? selagi mana saya boleh saya cuba. insyaAllah. bangun malam? sejak kerja ni..saya selalu masuk tidur awal. dan kadang-kadang terjaga di tengah malam. Alhamdulillah. selagi boleh saya buat. mana tau mati bila-bila masa je kan.

hmm.. sejak dua menjak ni jiwa saya kusut sikit. mungkin sebab nikmat kegembiraan yang Allah beri tu, saya dah salah guna menyebabkan dia datangkan sedikit ujian supaya saya kembali pada Dia. dan seriously, saya bersyukur. Alhamdulillah.. =')

ibu..masih lagi begitu. tunaikan tanggungjawab sebagai isteri..tapi jiwa merana. diam je sepanjang masa. moody. saya? takkan nak terukkan lagi keadaan. adek saya tak kuat. saya tau. jadi..saya perlulah kuat. act la macam mana pun. yang penting dorang tak stress. tak runsing. tak sedih.

dan ketika mana jiwa meronta-ronta kusut ni lah mood jiwang saya memuncak. haila.. dengar lirik mendalam sikit, lagi-lagi kalau time tengah dok sorang-sorang. mula lah..air 'hujan' nak turun. dengan laju pulak tu. grrrr... nampaknya..saya masih lagi lemah.depan orang boleh la acting. bila dok bilik sorang-sorang....hurm..


akim-menunggu


najwa latif - i love you.

#ending laki tu macam saya dulu. ahaaa..~ saya still simpan video yang saya buat..yang saya tak bagi kat encik history. nak delete sayang pulak. tp bila tengok dapat la timbul rasa insaf. rasa tak nak buat camtu lagi. >.< 

argh.. kalau letak kat sini playlist jiwang saya kang sampai esoktak sudah. padah esok saya nak kena bangun awal lagi. grrr.. tak boleh jadi ni.

and there is one time saya tumpang kereta Naddy balik rumah. sakit kaki punya pasal. and suddenly dye bukak cd lagu...slow rock. ahaaa.. linkin park, muse, my chemical romance, evenescence....semua tu saya dah tinggalkan. dah lama dah. orang dah berjiwa lembut kan. eheh.. -___-' 

#but still bila lagu-lagu dorang keudara saya still boleh ingat lirik dia. nampak sangat dulu hafal giler-giler. adeeh.. 

and suddenly keluar lagu ni.


my immortal - evanescene.

ohoii~~ nak nanges depan Naddy. thinking of me. thinking of my mom. thinking of women out there..yang pernah alami kejadian camni. haish.. gedik. menyampah betul bila jadi lembek ni. rasa nak belasah diri sendiri. boleh tak?

oke done. dah boleh tidur. at least cara ni boleh elak saya menangis sorang-sorang dalam bilik. penat dah luahkan kat si junior tu.. kalau cerita lagi kang makin mendalam pulak. si dia tu lelaki. tak boleh cerita lebih-lebih. nanti timbul perasaan laen. ish..takmo! *istighfar*


p/s---> mana mana nak cheer up kan ibu. dia yang paling terluka sekarang. dan saya berfikir. senangnya si pakcik tu.. takde pun rasa bersalah. muka cool je. siap boleh ketawa dengan orang laen. kenapa? KENAPA PAKCIIIK?!
Sunday, 18 August 2013

hari yang suram.

as salam.

short entry. kepala pening. kusut. rasa macam baru semalam kami bergelak ketawa satu family. dan arini zapp! sekelip mata je semua benda musnah.

saya memang sangat kagumi ibu. walau macam mana sakit pun hati dia dengan perangai ayah, she keep doing her duty. makan, pakai, semualah. cumanya... dia kurang bercakap. banyak berfikir. dan saya? heh.. masalah sendiri belum settle lagi. datang pulak bala baru. Astaghfirullah.. kena berzikir banyak-banyak ni. kang terkeluar bahasa-bahasa kasar pulak. >__<

kalau dulu..si aten selalu cakap dia benci ayah. jenuh jugak la nak betulkan balik tanggapan dia. walaupun mulut cakap benci, tapi hati sayang. saya tahu. sebab saya dah rasa benda tu. dan sekarang, aten dah besar. dah boleh berfikir sendiri. dia tak cakap benci. dan dia boleh bertindak natural. act macam saya. act like there's nothing happen. supaya tak bagi bebanan pada ibu. that's great.

masalahnya...alia. sekarang dia dah makin besar. dulu dia tak faham..masa mula-mula benda ni jadi.sekarang dia pulak yang tak boleh kawal perasaan. rasa benci meluap-luap. sehinggakan semalam.. masa ayah bagi tazkirah...dia macam tak bagi perhatian. dia...tak boleh terima. hilang hormat. *sigh*

saya berpegang pada prinsip:

"jangan lihat pada siapa yang berkata. tapi lihat pada apa yang dikatakannya."

so...boleh je saya buat macam takde pape jadi. cuma... sampai sekarang saya tak boleh pandang mata ayah. aha! baru saya sedar. bila saya marah...bila saya bengang...bila saya tak dapat terima tapi saya act mcm cool...saya mesti tak pandang mata orang tu. huhuhu...

sumber:

satu lagi bala bagi saya..bila someone tak faham yang kita perli dia tapi dia pulak pegi anggap benda tu betul dan kalutkan lagi keadaan. sekarang, Mr. Teddy ingat saya desperate nak cari laki sebab si Kak Friz (bukan nama sebenar) pegi cerita apa yang dia faham. bukan apa yang saya nak sampaikan.

"Farah, akak da cakap kat Mr. Teddy pasal cerita yang Farah cerita tu."

" *muka toya* oh... then?"

"dia cakap 'abg ni jenis yang setia. Farah nak ke kat abg?' "

" WHATTTTTT?!!!"

"akak baru balek dari amek dye tadi. akak kan tak kompem nak kawen dengan dye ke tak. nanti kalau akak dah pegi merantau pastu jumpe orang laen boleh la Farah amek dye."

"pffffttt..."

bala. ini satu bala. kalau bala yang akim bagi tadi bila mana dye pegi cakap kat jiran (kawan dye) yang saya nak kat abg kawan dye yang mana dulu pernah ada history tu...saya boleh lagi elak sebab saya bukan jenis yang suka kuar rumah tunjuk muka. so probability terjumpa kalau keluar rumah tu dapat dikurangkan.

TAPI YANG NI dah kes berat hoooiii. kalau betul-betul kak Friz jumpe lelaki laen pastu Mr. Teddy tagih balik kata-kata tu....? erk... >.<

#dan tiba-tiba kak Friz cakap dia kirim salam. gulp.

bala. bala dan sekali lagi bala. >___<'

sumber:

Saturday, 17 August 2013

#pic of the day yg entah ke berapa.


sumber: facebook



p/s --> ayah ajak buat kuliah lepas maghrib dan suruh kitorang yang sampaikan tazkirah tu. dah adek-adek saya dok sebok suh cari bahan pasal :

" TIPS SUPAYA LELAKI TAK CURANG"

"DOSA SUAMI PADA ISTERI"

"KESAN POLIGAMI"

yada yada....hailaaa.. =____='


lelaki dan curang.

as salam.

it's quite moody here..at my place. at my home. with my family. masing-masing ada ceritanya sendiri. masalahnya sendiri. fikirannya sendiri. *sigh* mood camni lah yang paling saya tak suka.

saya tertanya-tanya, betul ke kata orang,


"lelaki memang tak pernah cukup satu?"

"lelaki..kalau dah pernah main kayu tiga tak mungkin dye takkan buat lagi"


sebab saya tetap percaya ada lelaki kat luar sana, jenis yang setia. yang tak perlu nak ada pilihan-pilihan neh. haish.. MANA AWAK NI?! MANAAAAA!!  i'm calling for all lelaki yang setia kat dunia neh! pffffttt..!

ahaaaaaaa... gaya orang desperate tak? >.< kekekeke..

oke, ini bukan masalah saya patah hati ke hape walaupun kakak saudara saya dah sebok kenalkan saya dengan orang tu orang ni. mana-mana kawan dia yang single lagi walaupun dan masuk umo 30-an sume dia nak kenalkan. erk.... -___-' whatever. ni masalah dengan semua lelaki. dan saya dedicate khas buat sipakciktuayangtaksedardiri ayah saya.

okey, saya memang dah perasan kot kalau dia macam ade seseorang lagi kat belakang. tapi tu macam instinct je. takkan saya nak terus tuduh kot... betul tak? then gaya dia..cara dia.. semua mencurigakan. tapi demi kebahagiaan semua, saya pendamkan jela. sebab saya memang dah ade prasangka buruk terhadap semua lagi. sifat 'tak mudah percaya lelaki' ni dah datang dah lama dah. sejak peristiwa tuttttt.. =__=..oke sambung.

sampailah satu hari adek saya dapat tangkap dia ada berborak dengan seseorang bisik-bisik. dan teros buat spekulasi sendiri.. yada yada... and the rest became history. chaotic. semua moody. hurm.. kalau nak ikotkan, saya pon geram jugak. sebab..lelaki yang saya kenal semua suka sangat nak ada pilihan banyak-banyak. konon dah kawen nak berubah. setia pada yang satu. eley..cakap kosong je semua tu. sebab, once dorang dah pernah buat, mesti nak buat lagi. especially yang dah ada rekod buruk ni.  =__=

hmm..rumah tengah tegang. saya pun bengang. geram. rasa nak gigit-gigit orang. grrrr... erk. dah la. until next time.


p/sss--> i've been wondering.. perlu ke saya belajar selok belok curang ni supaya tau macam mana nak detect orang yang curang. *sigh*  mana perempuan yang pandai curang ni. MANAAAAAA!  kekeke... desperate lagi. =_____='
Thursday, 15 August 2013

de praktikal.

as salam.

arini saya saja buat entry awal. menggantikan esok. sebab... hehehe.. kita tengah merajuk! ;p ahaaaa.. yang tu konflik dalaman. pedulikan. maka marilah kita sambung membebel.




Alhamdulillah..saya dan rakan-rakan seramai 4 orang telah diterima ber-praktikal di salah sebuah Audit Firm di Kajang. Nama syarikat? hehe..cukup lah kalau saya kenalkan sebagai MNC. Kalau anda inginkan elaun yang tinggi dan kerja yang sedikit, saya aka seratus-peratus menghalang anda dari memasuki syarikat ni. nak tahu kenapa? ahaaaa...

berbanding dengan elaun yang diterima oleh rakan-rakan se-batch saya, boleh dikagtakan elaun kami paling rendah. rm200 je. tapi saya rasa sangat bersyukur. sebab, jarak dari rumah ke tempat keje tak jauh mana pon. 10-15 minit dah sampai dah. masuk keje pon pukul 9 pagi. so... hehehe.. seronok! tapi.. bukan tu je yang buatkan saya seronok bekerja disitu.

hari 1st masuk kerja, kerja yang sangat banyak sudah mula diserahkan pada kami. sedangkan di whatsapps group kelas saya, ade yang letak gambar tengah tidur dalam pejabat sebab takde keje. hahaha.. mula-mula.. rasa macam nak nanges je. penat! belajar banyak sangat benda dalam satu masa. saya diletakkan didalam department audit. tai buat keje company secretary sikit, dan hampir nak masuk department akaun pulak. tapi tak jadi. huhu..

bayangkan, 1st day keje da ade overtime. second day keje pon. malah, sehari sebelum raya pun ada keje yang hampir membuatkan saya kena overtime lagi. nampak penat? kan? haaaa.. kat sini la yang seronok. sebab saya rasa, perlahan-lahan saya mula meminati audit (yang mana masa exam dulu dapat C+ je pon) dan rasa..tak susah pun kerja ni. buat working paper audit, adjust audit report, buat statutory audit, tak tau pulak audit ni seronok. hehe..

dan kemudian! disebabkan meja saya terletak disebelah telefon pejabat maka terpaksa lah menjadi counter girl seketika. tapi yang bagusnya, saya mula belajar menghilangkan rasa malu yang tak bertempat tu. bayangkan, nak call syarikat lain untuk mintak report dari dorang, alahaaai... rasa nak nanges je. takot! hahahaa.. terok betul. tapi sekarang alhamdulillah.. takde pon rasa malu lagi. in fact kalau one day dorang suh datang pejabat dorang untuk amek report pon saya tak kesah. macam mencabar pulak. hihi..


this is how we do working paper. and that's me

.
meja saya. si gadis tukang angkat phone. hihi..tapi kadang-kadang saje je biarkan si Naddy mak tiri yang angkat. malas nak gerak. ahaaaa..~~



dan juga disebabkan saya boleh pergi kerja dengan selambanya sebab syarikat kecik dan tak perlu nak melawa sangat pegi keje, maka outfit yang selalu saya pakai semestinya baju kurung ataupun jubah. kalau boleh dapat yang tak payah bergosok tu lagi bagus. nampak tak pemalasnya disitu..? -____-'

apepun, saya bersyukur sebab ikot cakap ayah untuk kerja kay situ. walaupun penat. walaupun maybe kena selalu OT. walaupun kena banyak duduk bersila untuk buat working paper. huhuhu.. oh oh, kalau buat OT pun...dapat je elaun. tak ke seronok? kekekee... orang laen elaun banyak..tapi OT tak dapat. so.. hehehehe...

oke done. saya dah tak nak merajuk. hihihi.. dah boleh pegi bukak puasa walaupun dah pukul 9 malam. -__-'. gedik punya budak. asyik nak merajuk je kejenye.


Raya 2013.

as salam.


alhamdulillah..selamat pergi selamat pulang. Hello kajang! i'm home~ kekeke..

erm...masuk keje kol 9. kol 8.15 kang gosok baju. 8.30 mandi. 8.40 bertolak. sebelum kol 9 sampai. amacam perancangan hidup? teratur kan? ahaaaaa.. sementara ada masa ni nak update blog sikit. takkan nak update buku log praktikal je. hohoho..

Alhamdulillah.. Alhamdulillah..Alhamdulillah.. seronok sangat! peraturan DIA memang sangat baek, malah yang terbaik. 'ilham' ayah nak pegi menziarahi makcik2 atok2 dan dua pupu yang jaohhhhh dari mata neh, (eley, kat Singapura je ponnnn) telah membuka minda dan memberi banyak pengajaran pada kami. eh..yang tu story morry laen kali lah. mana sempat nak taip panjang-panjang. -___-'

anyway..

malas nak taip banyak-banyak. mari biarkan gambar yang berbicara.... ecece..


cisss.. kunun nak baju sama dengan orang laen, sekali jadi anak tiri pulak dalam family. orang laen pakai baju choc-oren, yang saya pulak pakai peach. padan muke. ikutkan rasa binasa, ikutkan hati mati. eheh? betul ke peribahasa tu...? hohohoho...


raya kedua. purple katanya. tapi entah kenapa...baju purple saya dah macam baju kurung outing sekolah teknik dulu. erk...?

pelannye, trip pegi johor ni ade beberapa kereta nak join. at the end, dua family pergi hari ahad-rabu, lagi 3 family pegi ari rabubalik hari. haish.. thaun ni takde konvoi raya. tak best. >___<


the beradik's. the gedik's. the pengumpul duet raya. bahaha! si kecik di kiri dan kanan saya hari-hari tanya 

"jom la pegi raya kat rumah saudara laen. nak kumpul duit raya ni." 

eheh korang ni. orang pegi sana nak melawat saudara yang sakit. dan eratkan silaturrahim. bukan kumpul duit raya dik oiii... -__-'

si kecik ni lagi sorang. pegi rumah orang laen, selamba katak je buat macam rumah sendiri. conquer ps2, ps3, psp, basikal, dan segala macam mainan saudara dye, macam tu mainan dye sendiri. ahaaaa... rasa nak gigit je budak kecik ni. 



oh oh.. last but not least. the foooood~~ mana mungkin pegi sana sini tak makan makanan yang sedap-sedap. hehehe.. memandangkan dua hari sebelumnya perut sebu..takde selera nak makan... muke pon serupa mayat hidup je bak kata adek2, jadinya saya manfaatkan makanan sepanjang perjalanan tu. kekeke.. and pufff!

i've got my life back!


and wallah.. that's all. cerita dalaman, errr..next next entry la. lg 2 minit nak masuk 8.15. jadual lari nanti. kbai! wassalam.

p/sss: special thanks to si junior yang selalu kubuli dulu. the one who always nasihat me, and hold on to me time kak tengah lonely, beside Allah la of course. buat saya lupa masalah. buat saya gelak. buat saya sesar yang saya kena jadi lagi matang dari dye. cisss~!

eheh.. nape la awak lagi matang dari akak. padahal tengok muka awak, tengok gaya awak, cara awak mesej, sume macam tak matang lagi. tapi bab bagi nasihat... amboi.. kalah akak si kaunselor tak bertauliah neh. naseb baik dye tak tau pasa blog ni. mau malu saya kalau dia baca.

 hadoooi.. mari menjaga hati. nak pegi keje. babai~

Tuesday, 13 August 2013

Celoteh raya.

As salam.

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Hihi.. ♥♥♥ maaf zahir batin kalau saya ada terkasar bahasa or tercopy-paste entry tanpa izin dari tuan punya blog walaupun saya dah creditkan pada mereka. Whatever it is, maaf kan saya.

Ni hanyalah short entry semata sebab saya still beraya. Raya tahun ni membawa kami sekeluarga merantau dari Kajang-Klang-Cheras-Johor Bharu-Singapura. Phew~~ penat! Tapi seronok. Sebab at least dapat rasa kampung jauh walaupun tu kampung orang lain. -___-'

Baru-baru ni saya ada tulis entry pasal kaki yang terseliuh kan? Haaaaa.. raya kali ni juga saya menjadi.warga emas dek kerana kaki sebelah tu juga. Tapi takpe. ALLAH sayang sebab tu Dia uji. Kan? Hihi.. dan kemudian Dia uji lagi. Again, seperti tahun lepas Dia tarik satu nikmat kechiiikkkk dari saya.yg mana telah membuatkan jantung saya bagai disiat2. Sobsobs.. but then Alhamdulillah.. in return He gave me so many wonderful thing. Seorang pendengar yg baik, seorang teman yang setia, seorang.adek a.k.a junior yg dulu selalu sy buli2 manja (ehehehe) tapi kini act lebih matang dari saya dan sudi berada dgn sy disaat sy sedang sendiri.. alhamdulillah.. sy tak rasa rugi pun kehilangan satu nikmat yang ditarik tadi.


Anyway, nak taip lagi dah susah sebab pakai henpon je ni. Balek umah nanti saya update lagi. InsyaAllah.. :)
Saturday, 10 August 2013

The other side of us.

As salam.

Saya perasan, kalau seriap kali saya sakit tak kira lah sakit hati ke sakit kaki ke sakit kepala ke tapi saya akan menulis. And yes. Hati, dada saya..terasa berat. Sakit. Pedih. Terbeban. Aataghfirullah.

I just need to write something. To take out these mess in my heart. To let my sadness gone. Sebab sakitnya sampai sekarang, jam menunjukkan pukul 2 lebih and i'm not even slewpy yet. Oke, baxk to ourbusiness.

Setiap orang ada personaliti yang berbeza. Dengan orang ni kita jadi lain. Dengan orang tu kita jadi laen. It's like.... manusia ni mcm ada multiple personality disorder, i guess. Terutama lelaki. Bear with me please. Saya tengah sakit hati dengan lelaki sekarang ni. Don't worry, bukan 'bakal imamku' or something sort of like that. Tapi lelaki ni, someone who dear to me. seseorang yang saya berani.cakap.sayang. *malu*

Kenapa kan lelaki ni....(sebenarnya merujuk pada 'dia' tapi saja bagi general.)......kebapa lelaki ni....depan perempuan yang dia sayang (mybe) tunjuk yang dia.sangat...berbeza dari lelaki laen kat luar sana eventhough dia peenah je buat benda yang sama macam lelaki laen a.k.a curang yapi dengan alasan yang saaaangat lembut sampai perempuan yang dia sayang tadi tu boleh pecaya. Tapi belakang perempuan tu?! Dia umpama ada akaun 'facebook' yang laen. Yang menunjukkan the other half of him yang dia.nak tunjukkan.kat dunia tapi bukan pada perempuan yang dia tunjuk tadi. Why?!

Kan bagus kalau jujur. Tapi kenapa kejujuran tu sgt susah nak jumpa? Fine. Kalau nak sangat ada perempuan laen just tell me. We can figure it up somehow walaupun perit. Tapi jangan la sembunyikan. Sebab.... kalau perempuan yang dia sayang tu tau dari orang lain or maybe.secara tak sengaja.... hanya.Allah je yang tau betapa sakitnya.

I trust you. We trust you. Saya percaya awak bukan macam yang orang lain bayangkan tapi you act like one! You done it before. Saya cuba jugk bina balok kepercayaan yang dah lupus tu. Tapi... awak hancurkannya balik. Sakit awak tau tak?!

Ya Allah. Mungkin ni dugaan untuk saya. Dugaan untuk kami. Dugaan untuk mereka-mereka yang berkaitan. Tapi...sampai dua kali rasa camni. Ya Allah... kuatkah aku? ..........

Sunday, 28 July 2013

kifarah dosa.

as salam.

sobsobs.. jam menunjukkan pukul 2:14 pagi dan saya tak mampu nak tidur. kenapa? sobsobs.. here's the story.

saya tak tahu kenapa but lately perasaan 'kedengki' a.k.a cemburu kepada adik saya yang last a.k.a si Akim semakin menjadi-jadi. teruk betul. dah tua bangka pun nak jeles dengan adik sendiri. >.<' entah lah. he keep getting the attention and i keep taking the blame. mungkin angin monsun puting beliung saya dah nak datang kot sampaikan saya boleh berperasaan begitu. wallahua'lam.

nak dipendekkan cerita, adek-adek dapat makeover bilik dorang lagi hebat dari saya. katil, meja, almari, semuanya baru. jeles? heh... tak kesah pon. sebab bak kata ayah,

"Farah tu tak lama lagi kawen, mana nak dok sini lagi dah. kalau dia nak perabot baru nanti kat rumah dia sendiri dia beli la mana yang dia nak."

=___='

arasso ayah. akak faham. ayah dah tak sabar nak halau akak ea? sobsobs.. *gedik*. eh saya tak sedih pun pasal tu. nonsense.

nak dijadikan cerita lagi, si akim beli katil yang berbentuk kereta. heh, tu katil idaman dia dari dulu. saya sebagai kakak yang nakal mestilah selalu bahan dia, cakap yang saya nak kan katil tu. bahaha! dan dia percaya! selalu jugak lah bahan dia sebab katil tu. kalau ade kerja nak minta tolong dia buat tapi dia tak nak, hahahahaha.. time tu lah saya ugut menggunakan katil kereta dia tu.

nak dijadikan cerita lagi, stime berbuka tadi entah macam mana kemarahan dia macam..errr... memuncak? asyik cari gaduh je dengan saya. sebagai kakak yang tak matang saya mestilah tak mengalah. bahan dia habis-habisan. sampai dia merajuk taknak makan untuk berbuka (tapi dia makan jugak. gedik!)

hahaha...

but then masuk bab touching. ibu tegur, saya yang sedang terbawa-bawa watak 'kakak yang tak matang' tadi TERmengungkit kasih-sayang ibu yang lebih pada si Akim. saya.... berniat nak main-main je. but then.... haish.... tak tau pulak ibu ambil serius. sedangkan ayah pun cakap;

"eh, yang you am,bil serius tu kenapa? budak tu main-main je lah."

tapi...rupanya ibu tetap terasa. saya tak sedar.

lepas makan dengan sedikit (kunun-kunun ambil aura merajuk sambil diet) saya pun ke ruang tamu untuk melipat baju yang berlambak-lambak kat depan sementara tunggu ayah bersiap untuk solat Maghrib berjemaah. dan disitu sketsa perit bermula.

selepas mengambil wudhuk dan kunun-kunun nak sambung merajuk dok kat depan, saya....TERpijak salah satu jet pejunag akim yang bersepah kat atas lantas.

hey! terpijak barang mainan Akim tu dah biasa. tapi tak pernah pulak bila terpijak mainan dia ade sekali bunyi "CRACK" kat kaki tu.

dan hasilnya, kaki saya.... SAKIT YANG TERAMAT! TERSELIUH OKEY? sakit giler... T________T mulanya ayah cakap;

"ni kifarah dosa ni.  dah nak pukul 8 lebih tapi tak maghrib lagi. solat dulu. nanti ayah urut lagi."

dan dengan tangisan yang tak berbunyi, saya solat berdiri seperti biasa. serius saya cakap, SAKIT GILER! T____T dalam hati hanya mampu beristighfar je sebab otak keep hoping ayah pendekkan bacaan surah dalam solat sebab sakit sangat dan itu membuatkan saya lansung tak khusyuk. ye, saya mengaku saya solat tak khusyuk. betapa berdosanya saya.

lepas maghrib rehat kejap pastu solat isyak dan terawih berjemaah pulak. disambung dengan witir. ya Allah... betapa sakitnya saya rasa ketika tu. menangis setiap kali solat. sampai adik saya angkat saya setiap kali habis trawih sebab saya tak mampu bangun dengan sendiri.

dipendekkan lagi cerita yang panjang ni, *haish* lepas witir dan sedikit tazkirah ayah pun urut lagi. dan time ni la ibu cakap;

:sakit sangat ke? tu lah. mungkin balasan sebab buat ibu terasa tadi."

ZAAPP! SENTAP MAK NAK. ibuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu... maaaaaaaaaaaaf!  T_________________T

saya hanya mampu menangis sebab sakit sangat ayah urut. lepas tu dia keep bebel pasal kifarah dosa, pasal Allah bagi balasan CASH sebab lukakan hati ibu, pasal sebagai peringatan supaya kita tak lalai dan sebagainya. saya dengar. tapi dalam tangisan. sakit woooo..

and the rest is history.

sampai sekarang saya tak mampu lelapkan mata sebab tak selesa kaki sakit sangat. lepas solat sunat, saya tak tau lagi nak buat apa lantas update blog.

sekian.


oh oh! lupa. sekarang kaki saya lansuing tak boleh jejak lantai. saya solat secara duduk. nak kejutkan ayah mintak tolong urut lagi, rasa bersalah pulak sebab dorang penat. maka... marilah menangis sorang-sorang sambil mengadu pada DIA. T______T

oh oh oh lagi. disebabkan saya jakun sikit macam mana nak solat duduk ni, maka saya pun search internet. dan jumpa ni. sekian.

p/s: tak mampu nak taip banyak. kaki sakit duduk lama-lama ni.T_____________T


PANDUAN SOLAT SECARA DUDUK (DIATAS KERUSI)










atau ni;

credit to google.

BOLEHKAH KITA SOLAT SECARA DUDUK?

Diketahui bahawa menunaikan solat dalam keadaan berdiri ketika takbiratul ihram yang pertama , ketika membaca Al Fatihah , ketika ruku’ dan ketika I’tidal adalah wajib. Dan kewajipan berdiri dalam situasi yang disebutkan tadi adalah diwajibkan di dalam solat fardhu. Namun jika sekiranya seseorang itu tidak mampu solat berdiri maka dia dibolehkan untuk solat sambil duduk sebagaimana yang telah dinaskan oleh hadis.

Adapun di dalam solat-solat sunat, seseorang itu boleh menunaikan solat sunat dalam keadaan duduk walaupun ia mampu solat berdiri dan dikira baginya separuh pahala solat orang yang solat sunat dalam keadaan berdiri. Namun jika ia solat sunat dalam keadaan duduk kerana tidak mampu berdiri maka baginya pahala yang sempurna seperti orang yang solat sunat dalam keadaan berdiri.

Hendaklah diketahui bahawasanya orang yang mampu solat dalam keadaan berdiri di dalam solat fardhu tetapi sebaliknya ia menunaikan solat fardhu dalam keadaan duduk maka batallah solatnya dan tidak ada pahala baginya.

Adapun solat dalam keadaan duduk itu ada padanya berbagai bentuk dan keadaan. Antaranya solat sambil duduk terus di atas tanah (lantai), maka ketika ruku’ hendaklah ia menundukkan kepalanya dan ketika sujud hendaklah ia meletakkan kepalanya di atas lantai.

Namun jika ia tidak mampu sujud dengan meletakkan kepala di atas lantai maka hendaklah ia sujud dalam keadaan merendahkan kepalanya lebih rendah dan lebih kebawah dari keadaan ketika rukuk supaya jelas perbezaan di antara kedua perbuatan tersebut. Sedangkan duduk di atas kerusi ketika solat tidak membolehkan seseorang itu sujud terus di atas tanah (lantai), maka batal dan tidak sah solatnya itu.

NAK TAU LAGI? BACA DISINI;


until then, wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...