Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Tuesday, 27 November 2012

ade ape dengan konvo?

as salam.

sir Nazim yang kachak lagi single kesayangan kak wa dan si ferra berkata;

"kenapa nak kena sambut convocation 2 kali? convo lagi ada 'feel' kalau raikan sekali seumur hidup.bla bla bla..."

saya sokong sir! 100% sokong.*tepuk tepuk tangan*

i do think that convocation day should be celebrate once in my lifetimes. macam wedding la. wedding yang terbaik adalah sekali seumur hidup bersama dengan bakal.zauj yang terchenta, insyaAllah.. =___=' eheh. tapi, betul kannnnn..? lalala~..

ada ape dengan konvo? amek gambar pakai baju konvo tu? eley.. da buat dah.. takyah gi konvo pong boley~~

heh. tangan hilang.nak jaga aurat punya pasal. =)

dah tu, ade ape dengan convo? nak bunga dengan bunga teddy comel-comel kat dalam tu? heh.. tak payah konvo pong kite dah dapat. dua lagi tu. kekeke...~



so..? ade apa dengan convo? *muka annoying nak mati. rasa nak kena bagi pelempang kat diri sendiri.*

baik. dengarlah kata-kata budak jeles ni. dengarlah alasan-alasan merepek budak senget ni. >.< to be honest, i am totally jealous of my batch from UiTM Jengka, Pahang yang graduate semalam. 

dan seperti boasalah, inchek pesbuk memang suka mengapi-apikan budak yang takde konvo neh dengan trending gambar-gambar konvo kat news feed. ceeeh.. puh-leeez la inche pesbuk. awak ingat saya nak jeles bagai? *dalam hati hanya Allah je yang tau.*

it's okey ferra. chillax. kau ada setahun setengah lagi. kemudian giliraan kau pulak. insyaAllah. to all my friend from Jengka and ex-TiKL yang graduate minggu ni, tahniah. congrates korang! dalam semua yang bergelar sahabat, teman, rakan, hanya sorang je yang mesej saya masa dia konvo. dia berharap sangat dapat konvo dengan saya. maaf Eliza. aku tak tunaikan janji aku. aku pergi jauh dari kau. maaf Eli.. insyaAllah, kau grad degree nanti (which i'm probably dah keje time tu, insyaAllah) aku pergi graduation day kau. insyaAllah. =')

p/s--> tamat with exhibiton. phewww.. penat. thanks to kak wa, mizat, siha, jiha dan kak izzah for everything. kita tak menang, tapi keseronokan bekerjasama tu terasa. =') pengalaman mengajar. tahnks a lot kakak-kakakku sekalian. oke, done with bebel. sekarng masa untuk basuh baju dan studi. kbai.
Friday, 23 November 2012

mumbling.

oke. i hate jealousy. it's burn me, deep, deep inside. jealous tengok budak-budak tak concentrate time lecturer ajar kat depan, tapi boleh score time exam. jealous tengok budak-budak dengan berani nye meniru time test tapi time exam tak fail. jealous tengok MKA pandai buat poster santek-santek dan sangat kreatif compared to mine. jealous tengok kawan-kawan graduate diploma this saturday until monday. *sigh* how to kill this jealousy thingy?

D'poster.

  
him. the MKA.

 
mine. the FERA.

i'm sooooo jealous of you pak cik MKA. please, tolong bagi sikit idea anda pada saya boleh tak? *sigh*

btw, someone said hai to me in formspring. HAI back to you shahrul. *kalau tak silap tu nama dia. kalau silap maaf. >.<*

stress. exhibiton. poster. handbill untuk program rakan intelek tak siap lagi *dorang baru bagitau kena buat tadi oke?*. done with mumbling. continue with work. kbai.
Thursday, 15 November 2012

cerita anak sulung.

as salam.

alhamdulillah.. tinggal satu je lagi test minggu depan untuk tamatkan 'demam test 1'. pheew~.. lega. dalam saya tengah sibuk menyiapkan poster untuk exhibition kitorang, saya terjumpa benda ni kat facebook. orang dok share sana, share sini. mula-mula saya buat derk je, sebab my though said that;

'alah, bukannya betul pun yang aku nak amek kesah sangat'.  

but then bila teliti apa yang dorang tulis;

'eh, macam sama je? hohoho... daebak!'

dan lama-lama bila baca;

'salah salah salah! nononono. that's not me! >.<'

makanya marilah kita bersama-sama kita cek, whether mende ni betul ke salah. let's check it out!

************

Siapa ANAK SULUNG? sila baca..^_^

1) ANAK MANJA EMAK ♥
Sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu.

---> pffffft! one word. HARAPAN. takde maknanya diutamanakan. disayangi lebih adelah kot. in my own dream! hohoho...

2) ANAK DEGIL
Anak pertama dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. Semua dia aje yg betul. Dlm ramai-ramai adik beradik dia aje yg betul. Kemahuan dia kuat. Kalau buat sesuatu sungguh-sungguh. Kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan.

-----> oh. my. har har har. kalau saya anak degil, nescaya haru biru rumah nanti. according to ibu,saya anak paling mendengar kata berbanding adik-adik yang laen. hohoho..

3) TAK PANDAI PUJUK
MJemang anak no 1 ni dia tak pandai pujuk makwe or pakwe dia.

---> tak payah pakwe, ibu merajuk pun saya tak reti pujuk. >.< biasanya it will end up as ibu yang pujuk saya. heee~.. budak gedik memang gini. 

4) BERCINTA
Dia kalau bercinta, sangat setia. Sanggup berkorban.

--> pergh pergh.. oke, ini betul. *panas telinga* saya memang setia orangnya. setia menunggu jonghyun masuk Islam lepas tu kawen dengan saya. eheh? =____='

5) HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang. Kalau hitam, hitam lah kalau putih, putih lah. Degil tak boleh toleransi.
--> tipu tipu tipu! semua kaler kita suke ek! takdenye suka kaler hitam putih je.


6) HATI
Anak no 1 ni juga nampak aje keras, tp hati dia lembut. Satu lagi perangai dia tak boleh ditegur.
-->bab lembut tu dah betul dah. sekali bila kata tak boleh ditegur.. pergh..pentipu!


7) BERDIKARI
Very independent. Memang betul. Tp kalau terlebih independent pun payah. Mudah bergaul. Very take care.

--->sooo true. 100% true. miss independent~... lalala~

8) ARAHAN
Anak no 1 ni juga dia payah nk terima arahan. Dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja ngan orang.
---> haha! oke, ni ade sikit. sikit la. sikit. tapi kalau orang dah panggil nama penuh dengan buat pandangan mata 'jaga kau kalau kau tak dengar arahan aku' memang lah saya ikooot je. huhu..


9) PEMAAF & CARING
Tidak dinafikan anak no 1 ni pun pemaaf dan caring. Tapi awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham je lah.
--> betul betul betul!


10) PAKAIAN
Nak semua up to date. [Semua nak kemas.]

--> sangat salah! sometimes i do follow trend. sometimes! not all the times. dan saya bukan hamba fesyen. sukahati sayalah nak pakai ape pun yang penting menutup aurat, dan selesa. susah-susah pakai jubah je pegi kelas. senang!


that's it. i'm done with bermaen-maen. now, back to work. poster nak kena hantar jumaat ni. grrrrr.... penat. ='(
Tuesday, 13 November 2012

ragu-ragu ketika solat?

as salam.

ehem.. tak payah cakap orang. saya sendiri pun kerap alami benda macam ni. sampai rasa geraaaaaaam sangat dengan diri sendiri sebab jadi tak khusyuk dalam solat. *malu*.


sumber: 

before benda ni keluar kat facebook, saya pernah tanya ayah solution untuk masalah ragu-ragu ketika solat ni. tips yang ayah bagi simple je.

1. niatkan dalam hati, solat kerana Allah.
2. sebelum angkat takbir, baca surah an-nas dulu.
3. dan kemudian, rendahkan diri utnuk berjumpa DIA.

and i did. alhamdulillah.. berkesan jugaklah. =') thanks ayah!
Sunday, 11 November 2012

kenali tokoh : Saad Bin Muaz


'Cintamu adalah bermujahadah melawan nafsu, cintamu mendaulatkan Allah nombor satu!'
Fatimah Syarha, Cinta High Class.


# siapa baek hati boleh la hadiahkan saya buku Cinta High Class karangan Fatimah Syarha. saya nak, tapi belum mampu nak beli. duit tengah kering~... sob sob..

as salam.


alhamdulillah.. I've just finish 4 out of 7 test from this week and next week. phew~... penat! rasa macam otak ade brain-freeze seketika, bilamana malam tadi tiba-tiba rasa nak tidur lama-lama tu begitu menggoda jiwa. and i did. heee~.. teruk punya punya budak. tidur tak hingat dunia. memang la esok takde test kan sampai malas nak study? *erk* oke. ini ayat perlian. i do have a test tomorrow night. and dua lagi test rabu depan. *sigh*. takpelah. sikit je lagi. 6 minggu before final exam then it's over for this semester. 

 oke, that's it for this week punya update. bangun pagi harini (bilamana tengah cuti ni) terus rasa MALAS tu menyerang jiwa raga. maka, nak online pun pakai hempon je, dari dalam comforter (sebab malas nak bangun. sejuk!) still diatas katil. tak bergerak-gerak. SERIUS INI TAHAP ANAK DARA PEMALAS YANG TAK PATUT AND CONTOHI. =___= bal bla bla... then terjumpa satu status yang meruntun hati. yang menyentaap jiwa raga. hohoho..

teringat kisah sahabat nabi, Saad bin Muaaz.Masuk islam ketika umo die 31 tahun, meninggal
pada umo 37 tahun. 6 TAHUN je dalam islam.Masa dia mati, bergegar arash Allah. Para malaikatmenangis dgn kematian Saad bin Muaaz. Padahal 6 tahun jedalam islam!
Nah teman! kita bagaimana? saya 22 tahun doh islam.saya x tau hujung hidup saya macamana."moga hujung hidup aku dlm keadaan kau redha
ya Allah" :'(doakan saya teman.


status seorang sahabat. amekaw! orang lain bangun pagi terus berjuang, saya bangun pagi buat ape? ='( disebabkan cerita tentang tokoh Islam saya tak begitu luas, maka saya tertanya-tanya.. siapa SAAD BIN MUAZ? APA KISAH BELIAU? dengan sifat ingin tahu yang kuat, barulah saya berjaya keluar dari 'kepompong' comforter, basuh muka segala, bukak lapy and search for him. and this is the result.


*********

Saad Bin Muaz adalah seorang hamba antara sahabat yang paling hitam pada masa itu, dibandingkan Saad dengan Bilal, Saad dikatakan jauh lebih hitam dari Bilal. Saad mula memeluk Islam ketika berumur 31 tahun dan Syahid pada umur 37, seorang yang tinggi iman. Ketika berhijrah ke Madinah beliau ingin untuk mendirikan rumah tangga lalu dipinangnya perempuan di Madinah, kerana kulitnya yang hitam pinangannya telah ditolak berkali-kali oleh wanita2 Madinah. Rasa kecewa dengan peristiwa ini lalu beliau mendatangi Rasulullah untuk mengadu, “wahai Rasulullah, adakah hinanya aku ini kerna kulitku yang hitam sehingga pinanganku ditolak berkali-kali” lalu Rasulullah bekata “jangan bimbang Saad, engkau adalah orang yang aku jamin” lalu Rasulullah memanggilkan sahabat2 yang lain untuk bertanyakan kepada meraka akan rumah seorang wanita yang terkenal dengan kecantikannya di Madinah. Lalu Rasulullah menyuruh sahabat2 tersebut membawa Saad untuk di pinangkan kepada Saad atas jaminan Rasulullah. Alangkah gembiranya Saad di saat itu kerana dirinya dijamin oleh Rasulullah untuk dikahwinkan dengan wanita yang cantik.

Maka Saad pun dibawa oleh sahabat2 kerumah wanita yang cantik di Madinah itu. Ketika sampai di rumah tersebut, lalu Saad dan sahabat2 di layan oleh bapa kepada wanita tersebut. Lalu sahabat2 yang lain menyampaikan hajat bahawa Saad telah dijamin oleh Rasulullah datang untuk meminangka anaknya yang cantik tersebut. Bapa wanita kemudian gembira kerana salah faham menyangka anaknya dipinang oleh Rasulullah. Oleh kerana Saad seorang yang jujur lalu dinyatakan maksud yang sebanar bahawa beliaulah yang ingin meminang wanita yang cantik tersebut. Bapa wanita tersebut kemudian bertukar menjadi marah kerana menghina Saad yang berkulit hitam ingin mengahwini anaknya yang cantik. Saad pun balik berjumpa dan mengadu kepada Rasulullah. Perempuan yang cantik ini kemudian menegur bapanya kerana menolak pinangan Saad kerana Saad adalah seorang yang di jamin oleh Rasulullah, dan ketentuan oleh Allah. Lalu bapa wanita pergi mengejar Saad dan meminta maaf dan menerima pinangan Saad di depan Rasulullah. Rasulullah lalu menanyakan Saad samada beliau memiliki wang. Kerana mengetahui bahawa Saad tiada wang untuk berkahwin maka disuruhnya untuk meminta wang kepada Abd Rahman, Usman dan Ali. Dan Rasullulah menyuruh Saad membeli kelengkapan untuk perkahwinannya.

Ketika sedang membeli keperluan untuk perkahwinan Saad terdengar seruan jihad dari Rasulullah “wahai pemuda2 Islam bersiap sedia segera kerna musuh sedang datang untuk menyerang kita”, lalu Saad menukar fikiran dengan membeli kelengkapan perang siap sedia dengan baju perisai dan kuda untuk berperang. Dan Saad dengan segera pergi berbaris paling hadapan dengan sahabat2 lain dengan siap berpakain perisai perang. Kerana baju perisai yang lengkap, Saad tidak dikenali oleh sahabat2 lain. Takdir Allah Saad telah syahid dalam peperangan tersebut, dan selepas perang jihad tersebut, sahabat2 terkejut kerna tidak menyangka orang yang berperisai lengkap tersebut adalah Saad, mereka sedih dan tidak menyangka kerana Saad sedang bersiap sedia untuk perkahwinannya. Berita syahidnya Saad ini segera disampaikan kepada Rasulullah dan Rasulullaj berkata “di saat kematian Saad bergegar arash Allah dan menangis para maklaikat di langit dan di bumi”. Saad Bin Muaz dimuliakan oleh Allah di saat kematiannya adalah seorang yang hanya 6 tahun jangka hayatnya dalam Islam. Tetapi apakah kita kini yang ketika balir telah pun Islam sehingga hari ini adalah Islam akan dimuliakan oleh Allah di saat kematian kita?



*******

senyap. diam. berfikir.

sepanjang 21 tahun saya hidup kat dunia ni, apa yang saya dah sumbangkan untuk Islam? ade ke? dan sepanjang zaman lagha saya , berapa kali bila diberi pilihan untuk memilih, saya pilih untuk utamakan DIA instead of dia? 

#fyi, 'dia' yang saya maksudkan disini boleh merujuk kepada benda laen, tak semestinya spesefik untuk seorang insan.


melihat pada kisah SAAD BIN MUAZ ni, banyak kesimpulan yang kita boleh dapat. antaranya;

1. apa sumbangan kita pada Islam selama kita hidup?
sedangkan Saad yang baru beberapa tahun masuk Islam sebelum dia meninggal pun sempat lakukan sesuatu untuk Islam. bagaimana dengan kita yang lahir-lahir memang dah Islam ni? takkan la Islam pada IC je..? *perlian untuk diri sendiri*

2. bagaimana kesanggupan kita untuk meninggalkan perkara yang kita suka demi menyahut seruan Allah?
orang nak kawen, tapi sanggup tinggalkan perkahwinan demi nak berjuang di jalan Allah. macam mana pula kalau kita? diantara pergi holiday dengan family dan mengukuhkan ukhuwwah dengan sahabat mana yang kita akan choose? *perlian untuk diri sendiri lagi*. hadooi. dilema berminggu-minggu. *malu*

3. fiqh aulawiyat (fiqh keutamaan), bagaimana kita mengutamakan mana yang perlu?
bilamana diri sedar yang dah berminggu-minggu tak bagi makan pada 'rohani' (dalaman) bagaimana kita mengutamakan 'esok aku ade test' dengan 'malam ni ade program /majlis ilmu'? masih ramai yang memilih untuk 'puasa' kan rohani dan mengutamakan  'esok aku ade test jadi kena studi giler-giler malam ni' padahal jadual exam tu dah tau lama dah. boleh je study dari awal kan? *pesanan buat diri sendoro jugak*

4. seberapa kuatkah kita dalam berjihad? 
.......sedangkan jihad melawan nafsu pun masih lagi gagal... *malu*.......


nak huraikan lebih-lebih, saya tak reti. sebab ilmu saya sendiri masih kurang. sob sob.. sebab tu bila ada satu benda yang saya tak tahu, cepat-cepat saya search. cari. tak jumpa, tanya. at least ada usaha kan? 

oke, done with updating blog. perut dah lapar. semalam beli ketam, teringin nak makan ketam dah berhari-hari alhamdulillah dapat jugak beli ketam. yeay! boleh masak ketam. hehe.. oke, until next time. wassalam.

p/s--> gambar kat bawah ni sangaaaaaaaaat comel! hehehe...



Tuesday, 6 November 2012

hormon tak stabil-->punca?

as salam.

rasanya ramai yang dah tau kot perempuan bila tengah 'cuti' atau 'datang bulan' hormon dia jadi tak stabil. kejap kami boleh gelak-gelak hepi je tapi dalam pada masa yang sama boleh rasa nak menangis. ada pulak yang keje asyik nak mengamuk je sepanjang hari. emo memanjang. dan pelbagai lagi gelagat pelik-pelik yang anda boleh tengok sendiri realiti di depan mata.

persoalannya, kenapa ek jadi camtu?

haaa.. saya pun tak berapa tau sangat kalau nak dibuktikan dari segi saintifik. kalau nak tau, boleh la search sendiri, tanya pakcik google. tapi dari segi logik akal pun boleh jugak kita dapat jawapannya, lagi-lagi dari sudut agama. saya tak tau lah betul ke tak, tapi jawapan kawan saya agak meyakinkan untuk akal saya menerimanya.

the story begins yesterday, bila mana kami sedang duduk berbincang pasal group assignment untuk exhibiton yang akan datang. i don't know why tiba-tiba saya jadi hyper active, gelak-sana gelak sini dan tiba-tiba terus rasa nak nanges sebab teringatkan 4-5 test yang ada dalam minggu ni. *sigh*. kak wa yang perasan dengan perubahan saya. dan bermulalah conversation matang antara wanita dan wanita. hoho..

"fera ni bahaya la, kan mizat? tengah gelak-gelak hepi-hepi tiba-tiba dia boleh rasa nak nages. tu namanya depression tau. bahaya lah fera. gi jumpa doctor la."

"huhu.. iye ker depression? tak mungkin la. hurm.. ni sume pasal period lah. emosi tak stabil. sebab tu macam kabut kalut je memanjang. sob sob"

"oh.. period ke, padan la."

dan si kecik jia menyampuk;

" haa..korang tau tak kenapa orang perempuan time period je emosi tak stabil? jia pun baru tau sebenarnya. masa kat ku.iah ritu ustaz tu cakap emosi tak stabil disebabkan kita tak solat. bila kita solat, kita akan merendahkan diri pada Allah, dan time sujud tu lah kita akan dapat ketenangan yang sebenar. sebab tu kita cool je time tak period."

penjelasan yang ada benarnya. sob sob. betul jugak. bila tak boleh solat ni, syaitan sentiasa memanaskan hati kita, mendekatkan diri dengan kita. sebab tu jugak emosi boleh jadi tak stabil. now i get it.

bila kita biasa bangun awal time boleh solat, lagi lagi bangun tengah malam, mesti automatik mata kita akan terbuka sebab dah tebiasa. tapi bila tak boleh solat ni, walaupun mata dah terbuka ade je alasan dalam otak yang membuatkan kita malas nak bangun pagi. padahal bole je bangun tengah malam, berzikir ke, studi ke. ni tak. pegi sambung membuta. pastu berlarutan sampai habis 'cuti', dan bila dah boleh solat balik, mulalah tinggal segala amalan yang dah biasa buat before 'cuti' tu. *sigh* ----> ayat hentaman untuk diri sendiri.

maka, maafkan saya kalau dalam seminggu dua ni saya agak kurang sopan dengan siapa-siapa sebab mood tengah tak baik. dengan period pain yang tak sudah-sudah. ditambah lagi dengan stress sebab test yang menggedik beratur dekat-dekat.*sigh*

Sunday, 4 November 2012

.petua nak cari isteri.

as salam.

alhamdulillah.. cuti dah habis. once saya balik ke B7-8 apartment yayasan Melaka, pelbagai tugas sedah menanti. hoyeeeah. =__=' lepas ni dah tak boleh kerap update blog. lepas ni dah tak boleh makan banyak-banyak. lepas ni dah tak boleh tengok movie/drama korea malam-malam. test tengah beratur untuk dijawab. quiz menari-nari tunggu untuk diambil. ye, inilah yang kita maukan. T____________T

argh! perdulikan dulu. kekeke... selagi ada masa, meh kita buka topik baru. saya suka buka page pakar diari hati kat facebook. sebab kadang-kadang ade benda menarik yang saya jumpa. dan kali ni saya nak kongsi petua untuk cari isteri. ;)

kata sang lelaki :


Nak cari isteri yang manis wajah, comel tingkah laku, pandai mengaji, suka memasak, pandai menjahit, manja dengan suami, pandai jaga anak, pandai bergaul dengan sedara mara. Suami pergi salam cium tangan, mendoakan suami selamat perjalanan ke tempat kerja, balik di sambut, tidak banyak merungut, turut je cakap suami,sentiasa beralah, memuaskan pandangan dan perasaan suami, ohhh...

kataPakar diari hati  

X ADA POMPUAN mcm tu.. Jangan berangan bro. Setiap dari kita kalau comel yg itu, yang ini pula kurang. Adatlah, jangan mencari sempurna, tetapi sempurnakan yg ada. Itulah cinta, bukan idam nak mcm bidadari, sedar diri :)


betul. mana ada perempuan perfect macam yang awak-awak semua idamkan tu. hargailah apa yang anda-anda semua ada. setiap orang ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. i've been living with kakak-kakak dalam rumah sewa. semester ni yang baru dapat sorang dua housemate sama umor. living with them make me realise one thing. definisi 'matang' bagi seorang wanita sangat luas.

kenapa saya cakap camtu? oke. ada wanita yang matang dari segi berpakaian, tapi tidak dari segi yang lain. ada wanita yang matang dalam berfikir walaupun luarannya lansung tak nampak ciri-ciri ketangan fikiran tu. ada juga yang muka nampak je matang, tapi perangai lansung tak matang. ada juga yang matang kerana based on experience hidup yang dia dah alami. ada jugak seorang yang umur dah 25 tapi keperibadiannya lansung tak nampak macam dah umor 25. comel-comel je orangnya. ada pula yang baru 24, tapi act macam orang umo 27. matang!

bab memasak, mengemas rumah, pun satu hal. tak semua wanita boleh conquer dua bidang ni. macam ada sorang kakak kat rumah saya yang dah kawen, dia sendiri mengaku dia pakar dalam bab mengemas, tapi bab memasak dia kurang sikit. macam saya pulak, masak tu, insyaAllah boleh. kemas rumah? heh... fail sikit. or fail banyak. sebab bila saya kemas je mesti ibu still tak puas hati. huhuhu.. sampai hati ibu.. T____T

oke, pointnya kat sini, MANA ADA PEREMPUAN PERFECT KAT DUNIA NI. remember, kami hanya manusia. bukan bidadari. wajah cantik, tapi tak berapa pakar dalam hal surirumah. yang terel bab surirumah pulak, tak berapa nak cun/cantik/comel macam yang di idam-idam oleh kaum lelaki. *sigh*

biar tak cantik di dunia, yang penting cantik pada pandangan DIA.

last but not least;


Wαnitα yάng HEBAT αdαlαh Wαnitα yάng tαbαh istiqomαh menjαgα AURAT..
 
Lelαki yάng HEBAT αdαlαh Lelaki yάng sαbαr menαhαn kehendαk SYAHWAT.. 
Wαnitα & Lelαki yάng HEBAT αdαlαh yάng sαmα² teguh memuliαkαn SYARI'AT :)


done. kbai. nak sambung packing barang. sob sob.. babai kajang~

.kenapa kita kena berubah?..

as salam.

i've receive a question on formspring. alhamdulillah.. means ade jugak la insan-insan yang sudi membaca blog saya. ngee~.. thanks! syukran! gomawoo~ arigatou. terima kasih. hew hew hew. *muka bangga kembang hidung*

disebabkan saya tak tau siapa geranganny yang bertanya (tapi saya boleh agak yang si dia adalah si cantik manis), jadi saya gelarkan anda comel. boleh? hee~.. oke, straight to the point, ini soalan yang ditanya.


salam,awk rase,perlu ke kite ubah perangai kte,tok seseorang yang kite sayang, sedangkan org laen,slesa n senang hati dengan perwatakan and cara kite yg happy and klakar2...,sedangkan kte dah slesa jadi diri kte sendri?? bole saye dapatkan pndapat dari awk?tima kaseh :D

terima kasih untuk soalan tu. nak pendapat saya ea? boleh. tapi sebelum tu, pernah tak dengar kisah Luqman al-Hakim dengan anaknya?

gambar sekadar hiasan.

kalau ade yang belum, cuba baca dulu. saya kopipes je dari page lain. maaf!

Dalam sebuah hadith menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk kedalam pasar dengan menaiki seekor himar manakala anaknya mengikut beliau dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu setengah orang pun berkata : "Lihat orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki".

   Setelah mendengar desas desus daripada orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya lalu diletakkan pula anaknya di atas himar itu. Melihatkan yang demikian itu maka orang ramai dipasar itu pula berkata :"Lihatlah orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu".

   Sebaik saja mendengar kata-kata itu Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi : "Lihatlah tu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu".

   Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang maka Luqman dan anaknya pun turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata : "Dua orang berjalan kaki sedangkan himar itu tidak ditunggangi".

Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang kerumah Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, lalu katanya : 

"Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia... maka orang yang berakal tidaklah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah s.w.t sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran maka kebenaran itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap sesuatu".



sama juga seperti cerita di bawah ni.


dah baca cerita kat atas? dah fahamkan isi dia? good. sekarang baru saya boleh bagi pendapat saya. =)

in my own opinion, it depend on jenis perwatakan yang nak diubah tu. kalau yang nak diubah tu, membawa kearah kebaikan, then go. kalau ianya membawa ke arah keburukan, then stop. kalau ragu-ragu, then kembali kepada basic. cuba awak tanya diri awak sendiri, adakah perwatakan  dan cara yang awak rasa 'selesa' tu melampau-lampau atau tidak. kalau awak rasa oke, tak melampau, tak membatasi syarak, then teruskan. 

kata orang;

kalau dia betul-betul sayangkan kita, dia mesti boleh terima diri kita seadanya.

TAPI!

boleh jadi jugak kerana dia sayangkan kita, maka dia nak kita berubah (kearah yang lebih baik). 


kaaaan? tapi kalau awak rasa awak tetap jugak nak teruskan dengan perbuatan, gaya, cara dan perwatakan awak yang sekarang tu sebab awak rasa ianya tak salah, then it's okey. teruskan. tapi kalau awak rasa nak berubah, tapi agak susah sebab awak dah terbiasa ke ape ke, meh sini saya nak bagi tips sikit.

nak berubah memang tak senang. susah tau. been there done that. i use to be a girls yang huhahuha--> jenis yang giler-giler, siap boleh maen keja-keja dengan budak lelaki, banyak cakap, worst of all, pernah sebabkan orang yang bawak basikal accident langgar kereta saya sebabkan aurat saya which saya taknak cerita kat sini *malu*. macam mana saya yang semua tu boleh bertukar jadi saya yang sekarang?

naah! jangan cakap sebab saya kuat. jangan cakap sebab saya dah biasa ke, kental ke, hape ke. eh, jangan tak tau. saya ni lembek tau. sikit-sikit nanges. sikit-sikit nak mengadu. heh.. =_=' *maluuuuuuu~* susah giler nak ubah diri. sampai sekarang still lagi ade bekas-bekas diri yang dulu, tapi tak banyak la. huhu.. \

erk, kembali pada subjek yang asal, which is you si comel.kalau awak nak berubah, mulakan sikit-sikit. dah istiqamah dengan ;erubahan tu. insyaAllah jadi punya. biar ambil masa yang lama, yang penting ada usaha. and kalau boleh, letakkan niat nak berubah tu kerana ALLAH. bukan kerana si dia. ;) insyaAllah, you can do it.


just for a reminder, awak mungkin beperwatakan begitu kerana awak masih muda. one day nanti, bila mana awak akan melalui fasa remaja-->dewasa (as in dewasa yang matang) awak akan berubah jugak tanpa awak sedar. manusi tu, memang sentiasa berubah-ubah. kalau tak, masakan boleh ada kes lelaki/perempuan yang curang dengan pasangan dia dengan sebab 'dah berubah hati'? hohohoho.. sekadar selingan. 

semoga awak dapat pendapat yang awak nak.maaf, saya tak pandai nak bagi pendapat. tapi demi awak, saya cuba bersengkang mata sampai pukul satu pagi (sekarang dah pukul 1:07pagi) untuk menyelesaikan masalah awak, dengan izin Allah. =) sekali lagi, terima kasih sebab sudi bertanya pada saya. =)

p/s--> kalau nak berubah kerana kata oramg lain, memang susah la sebab setiap orang akan ade komen masing-masing. yang berlainan. lantas, perlu ke setiap kemahuan mereka kita tunaikan..?
Saturday, 3 November 2012

.petua nak kumpul duit untuk kawen.

hew hew hew. petua ni dipetik dari pesbuk. kopipes je. credit to them. not me. thank you.

***********


Petua Kumpul Duit Untuk Majlis Kahwin
~ Dipetik dari Page Suami Isteri Bahagia

1. Simpan RM250.00 setiap bulan.
2. Ulang sehingga 36 bulan atau 3 tahun.
(RM250 x 36 bulan = RM9,000)

Jika Tidak Mencukupi:

Kongsi dengan bakal isteri.,Setiap orang simpan RM250.00 setiap bulan.
(RM250.00 x 2 orang x 36 bulan = RM18,000)
Jika Masih Tidak Mencukupi:
Gandakan nilai simpanan anda berdua: RM 500.00 setiap bulan x 2 orang
(RM500.00 x 2 orang x 36 bulan = RM36,000)

Cara Bajet:

a) RM10,000 : Kenduri belah perempuan (Bajet Ekonomi)
b) RM20,000 : Kenduri belah perempuan dan lelaki (Bajet Ekonomi)
c) RM38,000 : Kenduri belah perempuan dan lelaki (Bajet Sederhana Tinggi)

#Kalau yang bercinta dah lebih 1-2 tahun tu cubalah pakai tips ni..mungkin lepas ni korang boleh tamatkan zaman bujang.. hehehe.








dah ade tips. moh kite buat saving dari sekarang~.. <3 div="div" nbsp="nbsp">
Thursday, 1 November 2012

those memories.

as salam.

again, sengaja saya nak mention. i do hate paracetamol dan yang sewaktu dengannya. saya tak suka makan ubat. sebab ade orang cakap ubat = drug = kalau selalu makan nanti badan punye sistem imunisasi jadi lemah. thus, seboleh-bolehnya i will avoid using all kind of medicine. muktamad.

but still, there's a time kalau dah sakit sangat, tak tahan sangat, saya akan paksa diri telan sebiji. again, sebiji sahaja. itu pun ibu suruh telan 2 biji paracetamol tadi. sob sob.. rasa macam nak kena demam la. sakit gilos kepala. but things yang best time sakit dekat rumah ni, dapat tidur atas peha ibu sambil ibu picit kepala dengan penuh kasih sayang. selalu adik-adik yang dapat, kite tengok je dari jauh dalam kejelesan. *ayat sedih* tapi tadi tiba-tiba ibu offer nak urut. serius saya terharu sangat sampai menangis kat situ. nasib baik ibu tak nampak. sob sob..

#tiba-tiba teringat masa belum ade adik-adik dulu. masa tu saya jadi anak tunggal sementara. time tu... =') if only i could turn back time...~ oke, back to reality.

tak tau lah. kadang-kadang rasa macam nak ada abang or kakak supaya boleh share beban sama-sama. boleh story morry sama-sama. boleh sedih ketawa sama-sama. nak harap kawan, saya dah letak border dalam diri supaya tak bergantung pada mereka. nak share dengan sahabat, haish.. dorang punye prob lagi berat. tapi dorang oke je. malu nak story prob kecik macam ni. maluuuu~...

dah lama tak bermanja dengan ibu. rindu sangat. sebab tu bila dapat peluang macam tu, rasa terharu sangat. =') eh, anak manja ibu kan dah matang. mane boleh sedih sebab benda kecik macam ni. macam mana nak kawen ni kalau asyik rindu ibu je.. *eheh.jauh pulak aku pikir* =____=



gambar zaman tok kaduk mana yang saya amek ni pun saya tak tau lah. bila saya godek-godek album, baru saya sedar. dah lama tak amek gambar dengan ibu! astaghfirullah.. asyik selca je, sampai lupa nak bergambar dengan yang tersayang. ibu! mianee~..

teringat semester lepas, masa saya rasa separuh jiwa saya dah nak pergi sebabkan peristiwa tu. betapa ibu berusaha nak kuatkan diri saya. betapa ibu dengan nekadnya jenguk saya kat melaka every week supaya saya tak buat benda yang bukan-bukan. betapa ibu  dah habiskan beratus-ratus supaya saya boleh bergelak ketawa menikmati hidup yang saya rasa macam kunun-kunun dah tak bermakna time tu. *melodrama giler ayat. =_=* dengan segala usaha ibu tu, alhamdulillah saya berjaya teruskan perjuangan walaupun ade 2 subjek fail. hohoho... tapi ibu cool je. tak marah pun. macam mana saya tak sayang ibu sangat3?

.
.
.
.
.
*crying*
.
.
.
.
.

mata bengkak. hidung tersumbat. kepala still pening+sakit. pedulikan.
>.<

setiap malam pun nak berfeeling. saya ni...dah nak 'pergi' ke? sebab asyik bukak memory lane je. asyik terfikir pasal benda yang saya tak terfikir sebelum ni. agak-agak kalau saya dah 'pergi' nanti, siapa yang boleh takeover tugas saya ek? aten hari-hari cari gaduh. alia dengan sifat sangat tak matang dia. akim? yang tu lagi la. tak cukup umo. tadi ibu cerita, anak kawan dia, anak first kawan dia, meninggal dalam tidur. arwah baru 14 tahun. meninggal kat asrama. innalillah.. meninggal muda ni ade jugak bagusnya. takdelah nak buat dosa banyak-banyak. tapi... amalan dah cukup ke nak bawak pergi? *gloomy*

saya ade lagu untuk ibu. lagu ost saifulnita yang ibu tengok semalam. heh, dah melekat lagi. adoyai..dengar lagu ni mesti ingat ibu. thanks ibu. thanks for everything. akak nak tidur sambil nanges lagi malam ni.

*padahal ibu tidor bilik sebelah je pun. tapi nak rindu segala bagai. weirdo.*

ku pilih hatimu - ussy ft Andhika apetah nama dye. >.<

mari, berfeeling-feeling bagai. as salam.

p/s--> aku tak tau pun yang nak buang gambar kenangan akan menyebabkan molekul-molekul airmata mula berenang-renang dalam mata. heh. gedik lah. tekan je delete. alang-alang tengah berfeeling ni, meh kita menangis sambil muhasabah diri sama-sama. sob sob..

honestly i just don't care.

as salam.

disebabkan saya peminat music korea yang tak berapa nak hardcore sangat, maka dah lama saya tinggalkan hitz.fm, fly.fm, trax.fm or mix.fm. sampai dah lupa frequency radio-radio ni kat kl apatah lagi kat melaka. ikim.fm? yang tu ingat la. hehehe... ayah cakap setiap hari kena dengar kuliah or zikir pape, supaya hati tak hitam. so kadang-kadang tu ade jugaklah bukak ikim. heee~.... *anak yang patuh. kaaann? ;p*

sepanjang minggu ni bila travel dengan budak-budak kecik kat rumah ni, tangan dorang suka benor tuka-tuka siaran kat radio. kejap hitz, kejap fly, kejap hot, kejap era. dan si gemok jakun ni sebok la tanya;

"eh ni lagu ape? tu lagu ape?"

and they was like;

"daa? tu lagu lama la kak. takkan tak tau?"

heh. kalau dulu, saya lah yang selalu cakap mende alah tu kat dorang. sekarang dah terbalik. segan? naaaah. tak lah. buat apa nak segan kalau ketinggalan lagu baru. kalau ketinggalan slot prof muhaya tu boleh la nak segan. sebab ibu hari-hari dengar ikim. pastu mesti cite balik ape yang dia dengar. saya? masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. *segan* ish ish ish...

okey, stop saying nonsense. makin lama saya dah makin pelik dengan diri sendiri. cakap tanpa point. amende lah makcik mok ni. oke lah, meh kita layan lagu yang tengah stuck kat kepala otak ni kejap. haish...

catch my breath- kelly clarkson.

#she's back! i love her since zaman lagu behind these hazel eyes, b'coz of you, breakaway, walkaway, bla bla.. giler aku hafal semua lagu dia dulu. of, baru ingat. saya ade beli album dia dulu masa zaman walkman fofular. hewhewhew.. padan la boleh hafal. 


hot chelle rae - honestly.

honestly i just don't care~....

# i hate this mv. sebab lelaki tu macam !@#$% sebab layan perempuan macam tu. i hate this kind of guy. pfffft! tapi lirik dia saya suka. sebab honestly, i just don't care~... hehehe.. 

pink -try


#pergh pergh.. mv dia macam sensored. tapi itu cuma satu tarian. memang tak boleh bagi akim tengok. dia tu mudah tuuuuuuttt. baru tengok lagu korea sikit dah menjerit-jerit suruh tukar. sebab tuuuuuuutt. adoi.. baru tau lelaki macam tu. =__=' pape pun, suara pink memang best. huhu.. cume tak gemor dengan mv dia.

ellie soulding-lights

#masa dengar lagu ni saya ingat lelaki yang nyanyi. sebab chorus dia buat saya teringat kat adam levine.hehe.. dulu minat giler kat adam levine. suara dia unik! <3 p="p">

oke, done with benda lagha. now back to reality. prepare for asar. bubbye~..

blah blah blah.

akim takut kilat. disebabkan tinggal kami berdua je kat rumah ni, dia pun sebok la mengendeng-ngendeng dok dekat dengan saya. orang nak pergi tandas pun dia tak kasi. adoyai.. satu cara, bagi dia pegang hempon saya.

# padahal tengahari tadi menangus-nanges bencikan saya. menangis macam orang kena dera. padahal suh buang sampah je. gedik tak nak pause cerita upin ipin kat youtube. pffffttt... pastu bila kilat ade hati pulak nak ngendeng-ngendeng dengan kita. ingat nak buat jahat tapi.... kesian pulak. aish... budak..ooo.. budak... kenapa kau gedik sangat.

oke, sambung cite. tiba-tiba, dalam album gambar kat dalam hempon tu, dia sebok tanya 'ni siapa, tu siapa.' sampailah ke section gambar lama. heh, patutnye tu gambar-gambar yang akan di buang kedalam 'recycle bin'. tunggu masa je. nak buang semua benda dalam phone.

"akim kenal tak siapa-siapa dalam gambar ni?"

"tak kenallah."

"really? cuba tengok betul-betul."

" hmm... *tengok dengan penuh khusyuk* hah! akim kenal abang baju hitam ade garis putih putih tu. rambut dia panjang. akim tengok sekali pun akim dah kenal. abang akim kan?"

"eh? akim kenal ea? oke. cuba tengok gambar ni pulak. *tunjuk satu lagi gambar yang akan dibuang jugak*."

"fuiyooo.. khairul fahmi che mat!"

"hah? akim kenal ke kfcm tu?"

"kenal la. akim suka dia. dia ade motor besar. dia selalu exercise. dia kuat."

"amboi.. tapi dia jahat lah."

"tak! akak tipu. dia baik. akim tengok dia kat tv, dia baik je. akak yang jahat."

# yeah rite. aku yang jahat. =_______=

"akim kenal ke abang ni? kenapa akim panggil dia kfcm?"

"ade iras je. siapa ni kak?"

"ahah! bagus akim tak kenal. tak payah kenal pun. delete je dalam otak akim terus. tau!"

hewhewhew.. ape motif saya story kat sini? entah. rasa nak cerita something kat someone. kekeke... takde keje. =_________=

p/s--> ingat nak tukar no phone la. tapi macam susah tak kalau kawan-kawan lama nak contact balik? hurm.. kalau tuka ingat nak pilih certain orang je yang tau no phone ni. ke tak payah? urgh.. dilemma.

cerita nenek.

as salam.

semalam saya dan adik ditugaskan untuk melawat nenek di kampung. the one and only nenek yang tinggal (tak termasuk nenek tiri). sebagai cucu sulong, ianya tanggungjawab yang besar untuk memastikan nenek gembira, sebab kegembiraan nenek = kegembiraan ibu. kegembiraan ibu = ibu tak marah-marah untuk satu hari = kami pun hepi. kekekke...;p

#fyi, my kampung kat Cheras dan Klang je. hee~ sejam lebih perjalanan bila ikot had yang ditetapkan. kalau pecut 45 minit je dah sampai. ngeee~...

last week, raya haji kitorang beraya kejap kat klang, sebelum kami beraya di kampung kelahiran ayah, which is singapore. lahir je kat singapore, tapi menetap kat Cheras. disebabkan kampung kami yang terlalu dekat sampai takde feel pon nak nyanyi lagu 'balik kampung' sepanjang perjalanan, maka trip kali ni sangaaaaaaat mengujakan diri masing-masing. next story! menyingkap tempat kelahiran ayah. hewhewhew..


nantikan~...

eh, tapi sebelum tu saya nak cerita sikit. sampai-sampai kampung time tu nenek tengah tengok cerita indon ape ntah, benci jadi cinta kot. huhuhu.. benda yang buat saya tak jadi nak baring kat bilik kejap before balik adalah sebab dengar nenek cakap;

" ni jelah keje nenek. petang-petang ni takde buat pape, takde orang pun kat rumah, tengok jelah cerita indon ni." -->cakap sambil senyum. tapi riak muka macam sedih. awww~... nenek jangan sedih!

see? betapa lonely nye nenek tapi dia tak nak mengaku. dia hepi sangat bila saya dan si aten datang melawat walaupun seketika. at least dia ade kawan. betapa berdosanya saya sebab boleh terfikir untuk tak nak balik mula-mula tu. sob sob.. maaf nenek. ='(

abes je cerita tu, keluar pulak lagu samsons-akhir rasa ini. ost untuk cerita tu. haa..sudah. melekat pulak aku dengan lagu ni. =____________=


bila balik rumah, punyalah saya search balik lagu ni. sebab dah addicted kan. dan bila dengar balik, lepas tu terbayang wajah nenek yang sedih tu, dan terkesan pulak dengan lirik dia, suddenly mata berair pulak. apekah? =_____________________________________= weirdo.

dan sekarang, asyik buat playback lagu ni je. lagu yang kena dengan waktunya...ingat lagi tak? heh.. dah mula dah......
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...