Tips nak apply internship. Especially bebudak Accounting.

As salam. Hai.



Kalau cerita pasal internship, of course Naddy akan keluar alam memory saya dulu. HAHA, Zaman saya tengah 'putus kawan' dan Naddy banyak tolong dengar cerita saya. sobs. me love chu a lot Naddy!

 Semalam masa saya reconstruct blog saya ni, saya terbaca beberapa komen bertanya;

"macam mana nak contact / hantar resume ke Mohd Nizaruddin & Co? (MNC)"
"Macam mana mana nak hantar email ke MNC? boleh ke hantar email je nak praktikal?"

Dan beberapa lagi soalan yang saya tak berapa nak ingat. Okey. saya akan jawab terus dalam entry ni. Memandangkan saya dari UiTM Melaka Kampus Bandaraya, kitorang macam ada list la untuk audit firm setiap negeri/daerah. Ni based on senior punya info la. By the way thank you sooooo much dear senior sebab sudi kongsi maklumat. We really appreciate that. 

Jadi tugas kitorang ni masa sem 6 (sebab kitorang intern semester 7), awal-awal lagi kitorang dah hantar resume melalui POS dan EMAIL dan CALL untuk tahu sama ada tempat tu ada terima internship lagi atau tak. Percayalah, bukan satu universiti je yang nak apply intern time tu. Banyak wehhh. Siapa cepat dia dapat.

So tips saya untuk yang baru nak apply internship tu;

1. JANGAN MALU. Beranikan diri call company yang anda mahukan. tanya saya tak guna sebab saya dah lama tinggalkan company tu (MNC). better terus call tanya kat sana kan lagi secure. Lepas tu tanya tu suara bagi lunak sikit, proper sikit, salam jangan lupa bagi. Cari tempat nk intern ni macam nak cari kerja jugak. semua benda orang nak nilai tau.



2. BUAT RESUME ELOK-ELOK. Korang jangan ingat

"elehhh, ni internship je. buat resume cincai pun orang boleh terima sebab kitorang kan student lagi."

Ehhh budak ni aku cubit gak kang. Dari resume korang la kita boleh nilai personaliti korang. Kira macam first impression la. Tadi suara kan? sekarang through resume pulak. sume benda pun orang nak nilai tau. Lagi satu, kalau dapat majikan jenis yang extreme, korang punya laman sosial pun dia nak cek tau. FB ke Blog ke Instagram ke. sekali taip nama korang tengok apa yang keluar. Tapi tu jenis yang extreme la. Doa-doa la majikan korang bukan jenis yang macam ni. Scary. So kesimpulannya sila buat resume yang tepat, padat dan mampu menarik hati bakal majikan kalian. gituhh. nak tengok contoh boleh google je. malas nak tunjuk contoh resume saya sendiri. tak best. 


3. BACKUP PLAN. make sure korang bukan sekadar harap pada satu company. korang kena faham, kat Malaysia ni banyak Uni. Setiap Uni ada course yang sama, mesti ada kena buat internship so boleh bayang tak persaingan korang tu macam mana. Make sure korang hantar resume kat beberapa company in case la company A ni dah bagi harapan nak terima sekali dah penuh pulak. at least takde la korang meroyan nak cari company lain saat-saat akhir.

Boleh buat stress tau bab nak cari tempat nak intern ni. berapa kali dah saya tengok roommates saya dulu menangis sebab company yang dia nak taknak ambil dia. last-last minit pulak tu. pehhh.. stress final exam lagi stress nak cari tempat intern lagi. stress putus cinta lagi. eh eh? 


4. SELALU UPDATE. bila korang dah call dan dah hantar resume sekarang masa untuk korang beramah mesra dengan bakal majikan korang. selang seminggu lepas korang post resume ke company tu mohon update sama ada dorang dah terima ke belum. call setiap dua or tiga hari sampai company tu dah received korang punya resume. HAHA. Tension la majikan tu kalau dorang dapat intern macam korang. mesti dorang TAK SABAR nak interview korang. hew hew.

Selang dua minggu ke tiga minggu macam tu boleh la start tanya bila korang boleh dapat keputusan. jangan rush sangat, bagi jarak dalam 2-3 minggu macam tu, ada company yang akan panggil untuk interview, ada yang setakat interview by phone, ada yang takde interview lansung. ikot la makilan korang tu macam mana. just be ready okeyyyy?


5. DOA. TAWAKAL. Korang dah berusaha kan? sekarang doa banyak-banyak moga dipermudahkan. Moga apa yang korang dapat tu yang terbaik untuk korang. Letak dalam hati,

"Aku dah berusaha. sekarang aku Redha dengan qada' dan qadar yang Tuhan beri untuk aku. Setiap yang berlaku pasti ada hihkmahnya maka aku akn bersyukur dengan setiap keputusan yang diterima."

Dengan harapan in case yang korang naaakkkk sangat tu tak dapat, takdelah korang  menagis guling-guling kan. percayalah, mesti ada reason yang baik untuk korang dapat benda tu.


So lebih kurang ni jelah tips yang saya dapat share. Harap benda yang simple ni dapat la bantu korang. satu lagi saya nak pesan, berbaik la dengan senior. Ada la satu dua tips yang dorang boleh bagi yang mana tau berguna untuk korang ke kan? tak salah berbaik-baik dengan orang. Mana tau senior tu jodoh korang ke..? HAHA.  I Wish. 

   

ni saya sertakan alamat dan no. tel Mohd Nizaruddin & Co bagi yang bertanya tu. email? sorry takde la awak-awak kena la rajinkan diri call dorang. sorry ye.



Ni gambar zaman Intern. HAHA very kiddo. Yang nak tau cerita saya kerja disana macam mana boleh la refer entry ni;


http://farah-hime.blogspot.my/2013/11/gades-praktikal.html

okey sekian info. selamat malam. until then, wassalam.

You Might Also Like

0 cot-cet cot-cet mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...