Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Wednesday, 6 February 2013

edisi wanita: mahkota wanita.

as salam.

mula-mula, saya nak ia jadi camni.

gaya ala KARA Nicole.

but it's end up jadi macam ni pulak. *sigh*

gaya ala Jewellery Yewon.

takpelah. at least someone puji yang gaya sekarang lagi kemas berbanding dulu. oke fine. semua tak suka saya nampak matang. >.<

ini hanyalah dari pandangan mata saya sahaja. pada pandangan mata saya, wanita berambut panjang nampak matang dan feminim. especially without bang. or kalau nak ade pun, jenis yang panjang punya. eh, hair bang pun sebenarnya memainkan peranan penting tau pada wajah. with hair bang, anda kelihatan....muda? huhuhu...

p/s--> bang tu rambut depan ala-ala korea tu. yang macam ni.

Miss A Suzy hair bang

bagi saya juga, wanita berambut pendek nampak comel dan menunjukkan muka yang tidak matang. huhuhu..  aip! jangan nak marah-marah. ni pendapat saya je. oke?

cuba tengok muka IU kat bawah ni. credit to google.

     
IU without bang and long hair.

nampak matang kan? nampak feminim kan? nampak ayu kan?

     
IU long hair with hair bang.

see? nampak lain sikit kan? hair bang bagi effect muka muda remaja. even with long hair.

      

IU short hair. with and without hair bang.

nampak tak muka kebudak-budakan si IU ni? muka dia dengan rambut pendek nampak macam budak bawah umur kan? kan? kannnn? ^_^

as a conclusion, pilih lah gaya yang sesuai dengan kehendak jiwa anda. eheh? macam pelik pulak ending dia cakap macam ni. haish..

yang sebenarnya, saya nak kongsi sikit cerita pendek dari facebook syahirul.com yang saya baca semalam. cerita benar yang sangat kena dengan keadaan semasa. perempuan zaman sekarang suka sangat pakai tudung bagi nampak bonjol kat kepala, konon nak cakap, 

"rambut i panjang sangat. susah nak cover."

eh tolonglah. my dear friend, Dahlia Basri time sekolah dulu sanggup tak ikat rambut, masukkan dalam baju. memang sangat tak selesa tapi pendirian dia, dia tak nak bonggol ikatan rambut tu nampak sangat. memang saya sangat respect dengan dia. nice Dahl!

dan nak dijadikan cerita, masa saya sekolah teknik dulu ada satu waktu saya kehilangan getah rambut. entah mana ntah saya campak. disebabkan sangat tak selesa kalau tak ikat rambut masa pakai tudung, maka saya capai je pape yang ada dan cucuk sanggul dalam tudung. ye, i know. sangat ridiculous kan? hudus giler kan dengan ada bende tercucuk keluar kat atas kepala dalam tudung. tapi nak buat macam mana. kabut punya pasal.

dan sesi memalukan pun bermula. one of my kawan lelaki, Kimie Idris tegur saya masa kitorang tengah duduk berempat kat Midpoint sekolah.

"rambut kau panjang sangat ke sampai kena buat camtu?"

"macam mana?"

"tu yang tercucuk-cucuk keluar kat tudung kau tu?"

" oh.. hehe.. tadi aku kabut. aku pakai cucuk sanggul je. ala-ala makcik dalam pantang."

" tapi rambut kau pendek je. aras bahu kan? lebih sikit la dari bahu. boleh ea cucuk sanggul?"

"WHATTTT?! mana kau tau rambut aku paras tu? kau pernah nampak ke?"

"tak la. dari segi ikatan rambut kau hari-hari tu aku boleh agak."

*pengsan*

 see? kau tak payah nak pakai bonggol sangat pun dorang boleh agak la rambut kau panjang mana. tapi seriously, sangat memalukan. lagi-lagi bila orang tegur macam tu. rasa macam;

"apa guna aku pakai tudung tapi orang boleh tau rambut aku macam mana? arrrrrrrrghhhhhhhhhhhhh *konflik dalaman*"

malu. malu. malu. tak nak ingat lagi dah. haish.. eh, masa dah tamat. saya nak kena buat kerja lain. haa.. sila lah baca cerita pendek dibawah. until then, wassalam.


Oleh: Ustaz Bob Al-Bukhari (dipetik dari status page syahirul.com)

Pelik lah. Rambut isteri saya panjangnya sampai melebihi pinggang tapi semenjak saya kenal dia sampai lah sekarang ni, tak pernah pulak dia pakai tudung sampai terbonjol kepala ke atas belakang macam e.t dari planet marikh. Kadang-kadang tengok dah macam apes from planet of the apes pun ada. Renti-rentikan lah alasan kata rambut panjang sebab tu bersanggul tinggi. Ada sampai ke keting ke panjangnya? Semua tu sebab nak menarik perhatian je. Nak marah saya, marah lah. Saya memang suka kena marah dengan orang yang tak nak patuh syariat Islam ni. Rasa nak bagi hadiah pon ada sebab nanti kat akhirat karang bila Allah tanya, rambut kau akan jawab, "ustaz bob dah bagitau dah kat aku yang nabi melarang wanita bersanggul tinggi macam bonggol unta tapi aku yang DEGIL"



kasut tumit tinggi.

as salam.

kasut tumit tinggi merupakan suatu kemestian bagi setiap wanita tak termasuk saya. walaupun saya sedang belajar pakai kasut yang bertumit tinggi sambil berlari *memandangkan setiap hari saya perlu berlari ke kelas* namun saya tetap failed untuk meMASTERkan diri dengan pakai heels ni. *sigh* there's a million times where i've been humiliating myself by doing some stupid act such as;

1- bila tengah jalan dengan penuh gaya muslimah yang sopan, tiba-tiba kaki terlanggar amende ntah. dan jatuh. *batu jatuh atas kepala* serius segan.

2- lagi 5 minit kelas nak mula dan saya baru nak keluar bilik *overslept. usually tengah hari. kabut nak pegi kelas.* sekali masa tengah lari turun tangga kaki tersalah pijak tangga dan .... jatuh? *tutup mata*

3- bila mana time tu di jalan yang lurus lagi benar, saya berjalan dengan laju, bukak langkah besar-besar dan tupp! tali kasut putus *heels*. ahhh.. pedulikan! jalan lagi laju, dah tak pandang kiri kanan da. tiba-tiba time naik tangga KBM org depan pusing belakang, pandang kaki, pastu tegur, "eh, kasut awak putus la." dan manusia yang baik hati tegur tu pulak lelaki. *tutup muka dengan bantal.*

there is a time when my friend ajak beli wedges yang tinggi giler. tapi kasut tu cantik. harga pun boleh tahan jugak. saya dah berkira-kira nak terpengaruh dengan dia sampailah saya try kasut tu. try jalan kat sekeliling kedai. dan hasilnya cukup memalukan. kbai.

=____________='

oke, pedulikan kisah memalukan antara saya dan kasut tumit tinggi a.k.a heels ni. malas nak ingat. kita pergi kepada main point dye. last time masa saya tengah kabut pasal accident thingy tu jumpa satu info dari facebook yang quite....confusing. tak pasti betul ke tak. ke saya salah faham. hmmm.....

ahh... korang sendiri jelah baca. *malas nak explain pajang-panjang*


source: facebook

1) Narrated by Abu Sa’eed Al Khudri, Allah’s Apostle said :” A Jewish women used to put two wooden legs to lengthen her shoes, so that no one could recognise her, for she was very short.” The Prophet forbade this action that is a kind of cheating others.

2) Abd Sa'id Khudri reported Allah's Apostle (may peace be upon him) as saying: There was a woman from Bani Isra'il who was short-statured and she walked in the company of two tall women with wooden sandals in her feet and a ring of gold made of plates with musk filled in them and then looked up, and musk is the best of scents; then she walked between two women and they (the people) did not recognise her, and she made a gesture with her hand like this, and Shu'ba shook his hand in order to give an indication how she shook her hand.

(Book #027, Hadith #5598) sahi muslim
3) The Woman with Wooden Sandals

“The Prophet (sal Allahu alaihi wa sallam) delivered a lengthy sermon one day covering the affairs of the world and the Hereafter. He also said: ‘Surely, the first thing that destroyed the Bani Israil were the poor and needy women who went to great lengths for their clothes and colours. They wore colourful clothes which only the wealthy women could afford.’ He then mentioned one woman of the Bani Israil who was short-statured. She got for herself wooden sandals to conceal her height and got made for herself a ring with an opening which was locked from the top. She filled it with musk. She then walked with tall or fat women. The people sent a man behind them and he recognized the tall women but not the one with wooden sandals.” [Sahih Muslim]


orang kalau tengah kabut memang tak baca betul-betul sangat. takat tengaokk kat komen je. hehehe.. pemalas kan? then ade komen tu cakap;

"Alhamdulillah saya memang tak pakai kasut tinggi"

then i realize.

'oh, pasal heels ke? heh. nasib baek aku memang tak suka pakai kasut tinggi. eh, kasut tinggi ni tak boleh pakai ke?'

setelah berperang dengan perasaan sendiri yang mana saya kerap disogokkan dengan cerita bahawa 'belajar-pakai-heels-tu-penting-untuk-masa-depan' thus saya kena tengok juga kedidudukan dia dalam Islam. whether isnya dibolehkan atau tidak. takkan nak pakai something yang Allah larang kot semata-mata sebab masa depan yang tak pasti..? huhu..

dan setelah melakukan pelbagai research, saya jumpa beberapa fakta yang bercanggah. tapi saya tertarik dengan artikel yang ditulis di satu blog ni. kalau letak link je for sure orang malas nak tekan kan? saya letak jela kat sini ea supaya orang lain boleh baca. kalau nak rujuk balik boleh tekan link kat source.

source: other blog

Syaikh Bin Baaz rahimahullah ditanya:
"Apa hukum islam memakai kasut tumit tinggi?"
Beliau menjawab :


"Minimal hukumnya makruh disebabkan beberapa hal:
1. Mengelabui orang dimana wanita tersebut terlihat tinggi padahal hakikatnya tidak demikian.
2. Dikhuatiri wanita tersebut terjatuh.
3. Memudaratkan kesihatan seseorang sebagaimana yang telah ditetapkan oleh para doktor.


(al-jami' lifatawa almar'ah almuslimah: 568)


jika hukumnya adalah makruh maka boleh kah kita terus memakainya?


Ada pendapat mengatakan: berterusan melakukan perbuatan makruh akan menjadikan ia suatu yg haram, sepertimana berterusan melakukan dosa kecil akan menjadikannya dosa besar. Malahan ada satu kata-kata masyhur: Berterusan dalam perkara harus membawa kepada makruh, dan berterusan dalam perkara makruh menjadikannya haram.

Tetapi pendapat yang kuat -Wallahu Taala A'lam- berterusan melakukan perkara makruh tidak mengubah hukumnya kepada haram KECUALI jika perbuatan makruh yang berterusan itu menjadi wasilah kepada perbuatan haram, maka ketika itu baru menjadi haram.

kerana:
1) Makruh dan Haram adalah dua hukum yang berbeza. Makruh ialah yang dilarang syarak bukan secara ilzam, manakala haram ialah larangan syarak secara ilzam.
2) Makruh termasuk dalam perkara yang halal, dan Nabi bersabda dalam hadis yang sahih: "Yang halal itu jelas, dan yang haram itu jelas".
3) Tidak ada dalil yg menunjukkan suatu yg makruh jika selalu dilakukan akan menjadikannya sebagai haram.

walaupun begitu, amat tidak digalakkan berterusan dalam perkara makruh kerana:
-ia menunjukkan ketidakpedulian seseorang muslim terhadap hukum syarak terutama, hukum larangan.
-jika sikap bermudah-mudah dalam perkara makruh berterusan, maka tidak mustahil selepas ini, timbul sikap bermudah-mudahan dalam perkara haram.

wallahu Taala A'lam.

dan disini saya sertakan sekali keburukan memakai kasut tumit tinggi;

  • Kasut tumit tinggi direka untuk menolak dada ke depan dan punggung ke belakang sehingga spina dan pinggul terkeluar daripada kedudukan asalnya dan menimbulkan masalah kesihatan bukan sahaja kepada kaki tetapi keseluruhan badan.


  • Kasut tumit tinggi jika dipakai terlalu lama boleh menyebabkankencing tidak lawas, masalah belakang dan tulang pinggul.
  • ”Selain itu ia juga boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian rahang, leher dan kepala, gangguan kitaran haid malah membawa kepada masalah kesuburan,”
  • Berkasut tumit tinggi selama bertahun-tahun akan menyebabkan tendon Achhilles menjadi pendek hingga menyebabkan sakit tumit.


  • Memakai kasut tumit tinggi mengubah cara jalan seseorang dengan mengenakan pusat graviti ke atas bebola kaki dan meletakkan tekanan berlebihan sehingga 26 peratus pada lutut iaitu kes biasaosteoprosis.
  • ”Hasil kajian pakar pembedahan ortopedik dari Kolej Perubatan Baylor, Houston, Profesor Madya Dr. John Marymont, seseorang yang memakai kasut bertumit 2.5 inci memberi 50 peratus manakala kasut bertumit 3 inci memberi 76 peratus tekanan pada kaki.


  • ”Masalah lebih menyakitkan berkaitan pemakaian kasut tumit tinggi ialah neuroma iaitu kaki dipaksa masuk ke dalam kasut tumit tinggi yang ketat dan runcing di depan, ia kemudian akan menekan saraf dan tisu mula terbentuk di sekitar saraf yang menyebabkan kesakitan sehingga pembedahan mungkin perlu dilakukan untuk memulihkannya.
  • Kecacatan Haglunds juga, sering dialami wanita berkasut tumit tinggi yang mana berlaku pembesaran tulang bahagian belakang kaki sehingga kaki bengkak, merah dan menyakitkan.
  • ”Masalah yang biasa berlaku ialah pergelangan kaki terseliuh kerana sukar mengimbang badan kerana memakai kasut tumit tinggi.

jadi.....hmm... ikut suka masing-masing lah nak pakai heels ke tak. as for me, pakai ikot keperluan je kot. kalau perlu, pakai la. lagipun, saya bersyukur sangat dengan ketinggian saya. walaupun saya boleh dikatakan pendek berbanding dengan kawan-kawan dan sepupu-sepupu saya, tapi saya happy je macam ni. redha. tak payah nak seksa diri pakai heels semata-mata nak tinggi or cantik. oke, sedia untuk lari sebelum diserang. until next time, wassalam.

#lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiik~~
Monday, 4 February 2013

the story behind.

as salam.

AMARAN: buat mereka yang tidak mempercayai, it's okey. pergi maen jaoh2. buat mereka yang malas nak baca cerita panjang-panjang ni, it's okey. tutup browser ni, pegi usha blog orang laen. buat mereka yang tak memahami it's okey.kami yang rasa, kami yang tau. buat mereka yang cuba berniat jahat, it's okey. kami berserah pada Allah atas segala yang bakal dan akan kami tempuhi. insyaAllah.

cerita disebalik enntry yang lepas. well.....things happened fast. sampai tak sedar tiba-tiba je benda tu dah berlaku. *tunduk* ayah cakap,

"rumah kita tengah 'panas' sekarang ni. ayah nak semua orang berdoa agar semua ni dapat dihentikan atau dikurangkan. dan mogon agar kita semua kuat untuk menempuh semua dugaan yang diberi."

kronologi musibah bermula dari hari family saya ambil saya di Melaka. or maybe, awal lagi..? wallahua'lam. started from Asrama Yayasan Melaka, kami di'ganggu' sepanjang perjalanan pulang ke rumah. kalau dulu ianya mungkin satu perkara yang menakutkan, tapi sejak peristiwa besar yang berlaku beberapa bulan yang lepas, 'diganggu' oleh makhluk Allah yang laen tu seakan perkara biasa. nak takut pun dah tak boleh. kerap sangat berlaku sampai dah rasa biasa. mungkin.

basically, adek-adek saya mempunyai sixth sense. Allah buka sedikit 'hijab' mereka untuk melihat makhluk Allah yang berada dialam lain. ada yang nampak dalam bentuk rupa, ada yang nampak dalam bentuk cahaya, dan ada yang tak nak describe or komen pape. mereka special. Allah beri mereka peluang untuk menguatkan akidah mereka dengan mempercayai alam ghaib dan seterusnya meningkatkan keyakinan pada Allah. Subhanallah! tapi, saya tak termasuk dalam golongan special tu. mungkin ada hikmahnya, dan saya redha. :)

berbalik pada cerita tadi. it's been a while since kami diganggu, sehingga menyebabkan one of my sister punya badan diambil alih oleh makhluk yang laen. dalam kereta. berbekalkan keyakinan pada Allah, kami berhenti solat di satu RnR dan ayah cuba membantu my sis ni. dan alhamdulillah, keadaan boleh dikawal sehingga kami selamat sampai ke rumah. tamat.

i though it's the end. tapi rupanya tu baru permulaan.nak dipendekkan cerita, sorang demi sorang dalam ahli keluarga saya diduga lepas tu. seperti yang diceritakan dalam entry saya sebelum ni, si Aten masuk hospital. demam panas sampai dia pengsan. dan kejang. sampai kena panggil ambulans datang rumah sebab susah nak angkat dia memandangkan badan dia kejang. ambil masa 2 hari jugak la dia terlantar di hospital, menyebabkan keadaan rumah jadi tunggang langgang. dengan ibu yang sibuk ulang alik dari rumah ke hospital. dan keadaan dia pada waktu malam disana yang kerap kali diganggu sehingga ayah kena tempiasnya dirumah. *sigh* lepas dua hari ayah paksa ibu gunakan segala kemampuan yang dia ada untuk paksa doktor bagi si Aten balik rumah. lepas segala pertelingkahan kecik dengan doktor, alhamdulillah, aten dibenarkan balik. maka setiap malam jugak la kami sekeluarga bersolat jemaah, dan kemudian membaca ayat-ayat Ruqyah secara berjemaah. nak dipendekkan cerita alhamdulillah, Aten makin sembuh. *lega*  tapi kemudiaan ayah dan ibu pula yang demam. eheh..? dengan segala dugaan dan ujian yang datang ni, saya fikir satu je. mungkin ada hikmag disebalik semua yang terjadi.


Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.

 source: http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/2419-ujian-itu-rahsia-allah-swt.html

kata-kata yang dipetik dari salah satu artikel yang saya baca di iluvislam.com. maka, saya tersenyum sendiri.

seterusnya, pada harijadi ayah yang ke 50 beberapa hari yang lepas, motor cabuk kesyaangan ayah buat hal. rosak dipagi hari ayah nak ke tempat kerja. it's okey. alhamdulillah kami punyai 2 kereta. satu untuk kegunaan ibu, satu lagi untuk kegunaan rumah. unfortunately, kereta ayah tiba-tiba rosak. tayar pancit. nak repair kena tunggu kedai buka. end up, ayah tak pergi kerja. *sigh* kata ayah;

"ni lah hari jadi yang paling teruk pernah ayah rasa."

tapi dia cakap dengan senyuman. means dia redha... i guess? tapi mungkin ada kekesalan sebab tiba-tiba kena ambil emergency leave. siapa tak sedih kan? sebab takde transportation pulak tu. oh ye, kereta tu memang dia kena repair sebab itu je kenderaan yang kami ada untuk hantar dan ambil adik-adik dari/ke sekolah. tanpa ayah tau, kaami ada plan untuk sambut b'day ayah petang tu. tapi semua plan rosak sebab takde kenderaan. nak buat macam mana kan? terpaksa la tuka kepada beli kek senyap-senyap dalam keadaan kelam kabut sebab nak kena tunggu ibu balik kerja dulu baru boleh saya pinjam kereta dia untuk cari kek di saat-saat akhir. dan hari jadi ayah tamat dengan penuh kegembiraan diwajah adik-adik saya sebab dapat makan kek askem yang dorang dok idam-idamkan. termasuklah saya. kekekeke... hari yang teruk *bak kata ayah*, berakhir dengan saat-saat yang menggembirakan. dapatlah ayah berehat dirumah sepanjang hari. lagi pula, dia still belum baik dari demam time tu. maka saya teringat ayat yang selalu saya sebutkan,

Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.

done with that. beberapa hari kemudian ibu pula ditimpa musibah. ada yang menganiaya ibu, menyebabkan ibu kena tukar tempat kerja setelah dia bersusah payah hantar borang untuk dikekalkan di klinik yang dia currently kerja. *sigh* rajuk ibu sampai dia dah ambil borang nak tukar kerja kat daerah laen. hohoho.. now i know where did i get those kuat-merajuk-hormon. *senyum lebar-lebar nampak gigi* nak dipendekkan cerita, setelah ibu puas mengadu pada DIA instead of orang atasan ibu, bos ibu mahupun kawan-kawan ibu, dikhabarkan yang BOS BESAR ibu TAK TAHU lansung pasal pertukaran tempat kerja ibu tu. dan mereka sanggup adakan special meeting untuk membincangkan kes ibu ni. alhamdulillah.. maka 1 February dipilih sebagai hari dimata meeting tersebut akan dijalankan. 

dan al-kisahnya, pada hari tersebut (1 February) saya disuruh untuk menghantar duit dan doa untuk dikirim pada pak cik saya yang akan berangkat ke Mekah sebelum jam 12 tengahari. disebabkan beberapa masalah dalaman, saya tak tahu entah kenapa hati saya berat untuk ke Cheras dan berjumpa pak teh sebelum dia berangkat. berat sangat, sehingga saya kerap mendapat bayangan teantang accident. entah kenapa, pada jam 10.20 ibu telefon, berkeras untuk saya bertemankan si Alia pergi ke Cheras jumpa  jugak dengan pak teh. dalam keadaan resah gelisah, takut kena marah *sebab mood ibu tengah tak berapa nak baik and she keep getting mad at me on the phone earlier* saya bergegas ke cheras.silly me. ayah ada cakap;

"kalau sebelum nak buat satu perkara tu Farah rasa tak tenang, keliru, dilemma, ambil masa 5 minit, pegi buat solat istikharah time tu jugak. tak pun buat la apa-apa solat sunah yang boleh, minta petunjuk dari Allah."

poor me. silly me. sengal me. hasil dari perasaan tak tenang dan beserta gangguan suara yang tak dikenalai semasa sedang drive tu, akhirnya terjadi sebuat perlanggaran dimana saya lah yang bersalah. yes. i'm the wrongdoer. i'm the one yang langgar kereta depan. kat lamou insyarat. tak jauh dari rumah. menyebabkan ali punya kepala terhantuk dekat dashboard kereta *sebab dia tak pakai tali pinggang kereta. silly me. saya nampak tapi tak tegur pun bila dia tak akai talipinggang tu.* dan kereta yang dilanggar *kereta mahal katanya. Audi MPV* bercalar sikit. kereta saya sendiri? hancur. cermin retak oke? kes ni selesai kat balai. alhamdulillah segala bayaran insurans yang bayar. alhamdulillah, ayah tak marah teruk setelah saya cerita dari awal sampai akhir apa yang jadi. ayah cuma berpesan,

"PLEASE DO REMEMBER, kalau hati tak tenang, minta petunjuk dari Allah dulu. baru buat keputusan. pedulikan kalau orang nak marah. yang penting, dahulukan DIA."

saya malas nak cerita macam mana keadaan masa accident tu sebab benda tu satu nightmare bagi saya. yang penting, lepas je dari accident tu saya demam terkejut sehingga ke hari ni. setelah beberapa solat hajat dan bacaan yaasin, alhadulillah semua dugaan besar terhenti buat seketika. i think? wallahua'lam.

at first, i do feels that: 

"kenapalah Allah bagi dugaan macam ni kat family aku. bertimpa-timpa pulak tu."

tapi lepas solat jemaah dengan family tu ayah ada baca something yang sort of like this. not totally like this tapi maksud dia macam ni jugak la...

".....Ya Allah, dugaan yang KAU beri pada kami tidaklah seteru dugaan yang KAU beri pada para nabi yang terdahulu. namun hati-hati kami yang lemah ni terasa segala dugaan yang KAU beri ni amatlah berat. betapa lemahnya iman kami Ya Allah.."

seriously, saya tersentak seketika. dan ayah baca ayat tu dengan penuh...penghayatan. he almost cry, or maybe he did. wallahua'lam. i can't see it properly sebab kepala saya still pening dan tak berapa nak sihat lepas accident tu. hmmm... pape pun, bersyukur sebab semua selamat. dan diharap saya akan beringat selalu untuk mendahulukan Allah dalam setiap perkara, dan berhati-hati dalam memandu. itu pun kalau saya boleh memandu lagi. sebab saya macam....takut nak pegang stereng..? huhuhuhu...  until then, wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...