Click Here For Free Blog Templates!!!
Blogaholic Designs

Pages

Friday, 26 February 2010

Salam Maulidur Rasul...



Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).
(Surah Al-Ahzaab:21)
"






Selamat Menyambut Maulidur Rasul (^^,)




Rasulullah SAW telah meninggalkan kita dua perkara iaitu al-Quran dan Hadis.






"Aku tinggalkan kalian dua perkara. Kalian tidak akan sesat selama berpegangan dengannya iaitu Kitabullah (al-Quran) dan Sunnah Rasulullah SAW."



(HR. Muslim)






Oleh itu hendaklah kita berpegang kepada keduanya bagi mencapai kebahagiaan dan kecemerlangan hidup dunia dan akhirat sebagai bukti kita mencintai Rasulullah SAW.


(^^,)
Thursday, 25 February 2010

sedeynye!! ( -_- )

kesedihan sepanjang minggu ini...

KESEDIHAN 1 :

last week minggu 'Kembali Ke Sekol..ops!! ke k0lej'. dah la kt0rg pelajar siswi UiTM Jengka yg duduk kat komplek siswi kena bawak balik SEMUA, saya ulangi S-E-M-U-A barang-barang ktorg macam nak cuti sem..( thanx to persidangan UMNO yg tamat begitu awal..dan menyebabkan ktorg hanya boleh ambil kunci bilik pd pkul 7.30 pm!).huhu..
punyelah penat mengankut barang naek bilik. dengan jalan jam, pelajar siswa lak sesuke hati masuk kawasan kolej, dan dengan berani nya naek ke bilik 'kawan-kawan rapat dorg', aish... mmg tensen habis!!
lepas siap kemas barang n letak ke tempat asalnye, farah pun ingin la menyuarakan ketidak-puasan hati kat blog ni. hehe.. TAPI...broadband pulak tertinggal!!! uwaa.... sedey nye!! dah la rindu kat b0o-b0o..huhu..mmg sedey habis la malam tu....






KESEDIHAN 2 :

hari ni dah set nak balik rumah (walaupun da cuti seminggu..sbb ibu yg suruh.. Betul ni!)
tiket da beli awal2 da. (terpakse la ckp "bye2" kat kupon majlis penutupan HOMSIS..huhu..) lepas je kelas QMT 181, farah dan rakan-rakan ( 3 orang je ) bergegas ke Uwais al-Qarni yg terchenta sbb nak ambil beg, then kembali berlari ke bank Islam, apa lagi, nak men'cucuk' la. hehe.. tatlaka kami sampai ke destinasi yg dituju...(apasal la si farah ni pakai ayat baku sangat ni..?? huhu..) terjumpa lah dengan kak Zakiah. nak dipendekkan cerita, kak Kiah cakap :



"farah, esok ade kem kat Sri Gading. Exco WAJIB turun. Akak lupe nak bgtau Farah.."

haah?! sudah. diri da rase cam kaku dah. xtau pun exco wajib turun. Dan lagi mentorku tersayang tak invite pun Farah pegi. Masing-masing busy. maybe mentorku lupe kot. uwaaaa...Ruginye!!! huhu...






( -_- )
Saturday, 20 February 2010

wanita yang harus dijauhi...

aik? tak tidur lagi..?

hehe..

tengah syok2 wat blogwalking, tiba-tiba terbaca la satu artikel ni. bagus untuk kaum-kaum muslimah kat luar sana dan tidak lupe juga kepada diri saya sendiri. sekadar muhasabah diri. before tidur, macam biasa la kita haruslah sentiasa bermuhasabah diri, kembali kepada Pencipta. yelah, mana lah tau ini malam terakhir kita sebelum dijemput Ilahi..


kan kan kan?


huhu..





Ada satu pandangan daripada pakar cinta di luar negara berkenaan ciri-ciri wanita yang wajib dijauhi :



1. Wanita kategori liar.





Inilah jenis wanita yang sering dinasihati oleh mana-mana ibu untuk dijauhi. Pada awalnya, perhubungan dengan wanita sebegini sememangnya menyeronokan.Dia selalu melakukan sesuatu di luar jangkaan. Perasaan selalu mencuba sesuatu yang bagus, tetapi sikap cuba-cubanya tidak wujud sempadan. Kita teruja dengan kegilaannya tetapi tak kita sedar, tersadung dalam masalah yang diciptanya.





2. Wanita si Bom jangka.





Wanita bersifat bom jangka seumpama emosi yang akan meletus tanpa apa-apa amaran ketika anda menjangka semuanya erkawal.Dia kelihatan normal luarannya sehinggalah kita menjadi sasarannya.Individu seperti ini bukan sahaja menjadi bom jangka dalam emosi kemarahan malah emosinya akan mengubah keputusan-keputusan penting.





3. Wanita si Gula-gula





Gadis muda seumpama gula-gula yang melihat kita sebagai pembimbingnya dan menyukai kewujudan kita.Dalam keadaan ini kita seolah-olah bertindak seperti seorang yang mengajarnya untuk menjadi wanita idaman dan cuba mencipta kehidupan yang penuh kematangan untuknya.Hakikatnya kita sudah tertipu, gadis muda seumpama ini sebenarnya sedang menguji kuasa tarikan yang ada pada dirinya.





4. Wanita si Bintang





Wanita bersifat bintang menjadikan pasangannya sebagai jalan untuk mempopularkan atau menguntungkan dirinya semata-mata, lebih-lebih lagi jika dia mempunyai keinginan besar terhadap sesuatu yang jelas bukannya diri kita.

da abes? ade lagi la....






5. Wanita si Penggapai

Penggapai mempunyai kedudukan kewangan lebih dari apa kita miliki dan dia menyukai keadaan demikian, ia memberi jaminan kepada dirinya.Mengapa dia suka? Dia memilih pasangan yang bukan dalam kelompoknya agar ia memberinya ruang bergerak.Kita menjadi sasaran jika matlamat kewangannya gagal, dan kita dilihat sebagi punca terbazir masanya sekadar untuk aktiviti bersama.Dia cenderung mengatakan setiap usahanya adalah untuk kebahagian bersama.

6. Wanita yang Tercedera


Hubungan yang terjejas menjadikan wanita dalam kategori ini tercedera emosinya sepanjang masa.Kewujudan kita adalah kapal persinggahannya sementara baginya untuk memikirkan kesilapannya, apa yang terjadi, siapakah dia dan apa yang perlu dilakukannya.Sepanjang kita menjadi pasangannya, kita mendengar segala kisah buruknya. Kita akan menjadi pendengar setia kisah sedihnya semalam, hari ini dan esok.Dalam jangkaan kita kewujudannya untuk menyintai kita, tetapi dia lebih memikirkan keadaan dirinya.

s0......
adakah anda tergolong dalam golongan wanita yang WAJIB dijauhi? hmm.....
renung-renungkan lah..
and tak lupe, Selamat Malam..
wallahua'lam.
(^^,)

teringat zaman d0lu-d0lu..

salam..

hee~.. actually, there is nothing to be told today. this week, the journey of my life from a.m to p.m are the same. haha.. 'klise' isn't it?
huhu.. tp kn....bukan ke sepatutnya,


"today is better than yesterday, and tomorrow is much2 better than today" ?


h0h0...
teringat pulak kat lagu yang slalu ktorg nyanyi time kat teknik K.L dulu.. klu x silap selalu dengar cam suara ustaz al-amin yang berkumandang.

wallahua'lam..
anyway,
that song kinda nice. best la jugak. selalu klu farah dengar mesti nak hayati betul2. hehe..
ni bait2 lagu tersebut. (ewah..)
klu salah jangan la marah ek?? ni je yg mampu diingati..



" Umat Islam harus cemerlang

hari..ini mesti lebih baik, dari semalam

dari semalam..


jangan buang masa,

siapa kata kita tidak boleh,

kita ada ALLAH maha kuasa,

kita punya kuasa tenaga,

doa sebagai senjata!


Umat Islam sentiasa boleh..

Umat Islam sentiasa boleh.. "


best kn? i've told u already. hehe..
hmm....
rase cam nak mengimbau kenangan zaman dolu-d0lu... (picture to...burn??)



(^^,)
Friday, 19 February 2010

Selagi kita bergelar MANUSIA...

setiap hari sebelum tidur, kita haruslah bermuhasabah diri.

janganlah sentiasa leka (peringatan untuk diri sendiri mahupun mereka yang lain).

dunia ni sementara je, Akhirat nanti yang kekal abadi.


S0...


lets hear this poem yg Farah baru jumpe td.. hehe.. intr0 bg panjang2, baru dramatik kn? hehehe...

Anyway, Selamat malam..





" Manusia suka harta tetapi lupa pada amalan..


Manusia suka rumah tetapi lupa pada kubur...


Manusia suka berchenta tetapi lupa pada neraka...


Manusia suka berbalah tetapi lupa pada syurga...


Manusia suka manusia tetapi lupa pada Pencipta....? "





wallahua'lam..





(^^,)


farah
Thursday, 18 February 2010

Salam Perkenalan...

salam..

to be honest, this is not the first time i have ever write a blog. i have a blog before, but....hmm... biasalah kalau kita rasa kita dah buat something became very complicated then kita mesti nak start it all over again. owh, that's me. saya memang begini. hehe..

blog sebelum ni cam x function je. dunno why. mybe b'coz first time isn't always the best kot? *daa? padahal salah sendiri pastu nak buat ayat-bajet-jiwang.urgh!*


but somehow,maybe mmg betul kot;

"first time isn't always the best"

memang kena betul ayat tu dengan tuan punye badan. (serve me rite!)


silalah kenali cik tuan punya blog ni betui-betui na. dye (cik-tuan-punya-blog) ni memang plek sikit. suka bebel-bebel-macam-murai and sometimes m0ody-tak-tentu-pasal. ish3... apa lah nak jadi dengan kanak-kanak zaman sekarang ni... =.="

perlu diingatkan sekali lagi, cik-tuan-punya-blog ni suka membebel sorang-sorang. so jangan buat muka pelik bila tengok ruangan kumen-mengumen kosong je. ;p

bla..bla..bla... oh ye, jom bertaa'ruf sikit.

Nama ~> Farah Nurazrina

panggilan ~> Farah, Fera, kakak. INA IS STRICTLY FORBIDDEN! ADA PAHAM..?

kesukaan ~> wooy0ung (2pm), korean drama especially Dream high, sume yang berkaitan dengan korea, sume yang berkaitan denga p0oh, bisk0ot,dan segala macam benda yg comel.

kebencian ~> Durian!, makanan pedas yang teramat, pergaduhan, dan sakit perut.

hmm..ade masa nanti saya update lagi. wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...