kalau tak bersyukur jugak tak tahu lah.

As salam.

alang alang saya tengah rajin nak mengonline, meh la kita hupdate seberapa entry yang boleh. hew hew hew..

as i mention in my previous entry, i've already been accepted as an invoice assistant di sebuah syarikat yang agak besar. keje biasa-biasa je, sebagai orang bawahan. bak kata ayah, nak cari pengalaman kena hidup susah dulu. okeyyyy..

macam mana boleh dapat kerja cepat sgt ni? tak sampai dua bulan menganggur da dapat keje. lols. *ayat makcik-makcik kepochi*


TIPS NAK MEMULAKAN LANGKAH UNTUK CARI KEJE BAGI FRESH GRADUATE
  1. Sediakan resume. hahahaha! benda basic kot. mohon prepare resume yang simple but include all the important things. nak tengok contoh resume boleh google je. saya malas nak upload diri sendiri punya resume. sebab gambar passport terukkk sangat. kekeke *alasan*
  2. rajinkan diri google pasal JOBS FAIR atau CAREER FAIR. serius, sangat membantu lagi-lagi untuk memulakan langkah ke alam mencari kerja. dan kalau boleh pergi ke semua Karnival yang berkaitanm kerjaya. pergi je. tebalkan muka. serius! (mohon bawak banyak resume time ni. jangan menyesal dikemudian hari.)
  3. banyakkan bertanya. PALING PENTING. bila ke karnival kerjaya kena banyak bertanya pasal kerja yang related dengan course kita. tanya sama ada ambil fresh grad ke.. tanya macam mana nak memohon ke, tanya pasal minimum qualification untuk memohon ke. tanya je. 
  4. luaskan connection. kalau ada senior-senior, kawan-kawan yang da kerja ke.. tanya dorang kalau ada job vacancies yang related dengan course yang kau ambil. jangan malu bertanya, nanti terlepas peluang pulak.
  5. JobsMalaysia.com, Godzilink.com, Jobstreet.com, masuk laman web cari kerja ni. hantar resume through email.
  6. jangan demand! mulakan dari bawah kalau jenis yang low self confident macam saya ni. kekadang orang tak nak ambil kau bekerja sebab kau ni fresh grad, takde pengalaman pulak tu. pastu demand gaji tinggi, demand nak position tinggi-tinggi. heh.. kelaut la jawabnya.
  7. doa dan bertawakkal pada Allah. itu yang paling penting. dalam setiap solat doa la supaya dipermudahkan urusan cari kerja. kalau ikot petua ibu, banyakkan solat sunat dhuha. dan kalau ayah pulak, solat sunat isyrak jangan lupa buat.

dan bila dah dapat kerja, jangan lupa sujud syukur. bila dalam dilemma nak accept kerja mana atau perlu accept ke tak, buat istikharat. apa apa pun kembali pada Allah dalam buat keputusan. yang bab ni saya memang sellau leka. pape pun saya akan dahulukan ibu ayah. selalu lupa nak istikharah.. sebab dalam fikiran nanti mestia da ayat ni.

"ala... ibu ayah dah tolong buat istikharah untuk aku."

heh. rasa nak tampo diri sendiri. tapi tu la.. pemalas tahap ape dah. -____-'

Nak dijadikan cerita, last week sampai 2x saya ke Jobs Fair di Mid Valley Exhibition centre semata-mata nak hantar resume which alhamdulillah bawa pada apa yang saya peroleh kini. gigih punya nak cari keje sementara belum grad ni  hah. keje ape pun takpe, yang penting related to account dan rezeki yang halal, insyaAllah.


1st day, setelah consult dan pujuk ibu ayah untuk kasi keluar rumah akhirnya saya pergi sendiri ke Mid Valley tu naek Baby Silver. oh ye, hehehehe.. ayah ibu dah belikan kereta baru untuk saya pinjam sementara waktu ni. kereta Myvi je pun.. dan kepunyaan ibu yang Allah pinjamkan sebagai harta dunia kami je. Alhamdulillah. dengan berani saya drive sendiri (tak pernah ibu ayah kasi drive sendiri kemana-mana) dan jumpa kak Fiza disana. saya nak cari kerja, Kak Fiza nak dapatkan info untuk sambung belajar PHD. memang berguna sangat kami pergi hari weekdays. tak ramai, dan dapat layanan yang memuaskan. kita tanya apa je, semua dorang jawab. hehehe.. ALHAMDULILLAH!

dan kemudian, memasing memuaskan nafsu dengan makan makanan korea di Bulgogi Brothers Restaurant. penat Kak Fiza membebel pasal status halal makanan kat situ dan amhamdulillah, kami makan tanpa was was. sejak tengaok drama Let's Eat (korean drama) saya mula la mengidam nak makan itu ini. tapi at the end kami pilih Chicken Bulgogi dan Chicken Kimchi Stew.dengan side dishes yg sangat byk dan quite sedap, saya memang berpuas hati dengan makanan kat situ. except for air special tea dia. errr.. tak boleh diterima tekak lansung.  -____-'



esoknya again, pegi ke tempat yang sama untuk hantar resume. sebab hari jumaat tu bawak 5 salinan resume je. heehehe.. orang takde pengalamana nak buat macam mana kan. huhu.. kali ni pergi dengan Sarah. jumpa dia kat sana which mean again, drive sendiri. yehuuu~ rasa macam matang giler pergi sana sini sorang-sorang. kah kah kah! confession of a spoil kids. 

kali ni mampu makan Kenny Rogers Roasters je. tapi bersyukur sangagt sebab Sarah cakap dia tak pernah makan sana. rasa macam dah bagi gula-gula kat budak kecik yang dah lama nak gula gula. hahaha! imaginasi yang melampau beno. ceit.

jumpa sarah memang banyak la cerita terbuka. pasal senyum manis, pasal jodoh, pasal keje, pasal pelajaran. lols.. ala makcik-makcik kepochi bercerita. tak sah kalau suara saya tak berkumandang diseluruh kedai. kekekkee..

dah dah. ingat nak buat entry baru lagi. hehe.. kbai!

You Might Also Like

0 cot-cet cot-cet mereka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...